Followers

Wednesday, 22 February 2012

Korea Day 8 - Seoul ( Last Day )

Hari ni merupakan hari yang terakhir kat Korea. Alaaa x nak balik lagik tapi badan dah x larat dan duit pun dah ranap. Wajib la balik jugak. Boleh gitu. Plan harini akan ke Nami Island tp aku rase klu aku follow jugak ke Nami Island akan menyusahkan orang. Badan tak berapa sihat sebab sejuk sangat. Sebenarnye aku dah demam pun. Makanya aku suruh diorang  teruskan perjalanan ke Nami. Aku sambung tarik selimut sampai kul 9am. Badan pun dah ok ckit aku siap2 nak berjalan la. Rugi la plak dok dalam bilik jer. Destinasi pilihan ialah Myeondong. Semalam dok meroung myondong macam x best sebab dah malam. so banyak kedai dah tutup. Perjalanan mudah jer sebab naik subway jer. 

Sampai je aku agak blur. Mak aihhhh banyak nyer kedai. Happening sesangat. Banyak betul kedai. Kalau naik dalam bangunan bersambung2. Macam2 ada. Duit jer la yang x berape nak ada. Dapat la jugak beli sikit2 tuk buah tangan. Apa yang aku lihat orang Korea ni gigih!!. Nenek2 ngan datuk2 ni gigih la meniaga. Aku sangat kagum.


 Ni antara deretan kedai yang baru nak bukak. Almaklumla aku datang dalam kul9. Ajushi2 baru nak bukak kedai. 

Yang bawah lak antara kedai2 yang jual pelbagai kimchi dan seafood. Kimchi kat sini aku x berani nak beli sebab dia macam ada perisa2 daging termasukla oik2. tp tgok macam lazat jew..

  Yang atas ni kedai jual accessories tul oh wanita.. barang2 silver pun ada. Keronsang yang cantik2 banyak dannnnnn price klu convert leh wat korang pk 2 kali nak beli. Tapi aku beli jugak la. Kenangan katanya. Keronsang li tuk family jer. 

yang bawah ni kedai2 kpop yang wat aku sawan. Banyak gak aku bali. Puas hati aku!! Banyak giler. Yang dalam gambar ni luar kedai sahaja. Tengah2 tu ada pintu yang menuju ke ranapan wallet aku. kikiki. Tp aku suke. Nanti aku datang lagik nak beli lagik. miahahahaha. Harga klu nak compare beli kat malaysia sangat berbeza. Dengan erti kata lain murah sesangat.

 Myeondong sangat besar. banyak kedai sampai aku dah x tau mana lorong yang aku lum lalu. last2 aku dah x larat aku give up. Misi seterusnye ke Itaewon semula. Aku nak kene gi satu kedai jual baju Hardrock cafe. Motipnye mula2 nak beli Hard rock ori tp kedai dah tutup 2 taun lepas. So kite carik yang imitation jer la. hahahaha. Kiriman orang tu. Perjalanan menaiki subway pun x lame sangat. dapat 3 lai aku pun round lagik jumpe lak tali tai. Sangat cantik dan kain dia sangat ok. Tp nak beli sapa nak pakai. Disebabkan sangat tertarik aku beli la satu. 8K Won jer. Murah la pada aku. Disebabkan aku rase dah penat giler dan badan macam nak pengsan dah aku pun balik ke guesthouse. Tunggu kawan aku balik dari nami pastu nak ke Airport tuk balik KL.

Sampai kat guesthouse dorang lum sampai lagik. Aku kemas2 pastu ajumma cal cakap bile nak check out.. Ah sudahhh.. aku cakap la kul 3. ngan harapan kawan2 aku balik seblum tu. Ajumma kata kene pay 10 K Won. Mak aihhh 3 jam 10K Won. mahal tu.. xpe la dari aku nak ngangkut beg sume lagi mati aku. Aku pun bayar la. Kul 3 ajumma tepun lagik. Aku pun turun la kat bawah cakap yang aku xleh nak checkout lagik sebab kawan aku lum balik lagik tapi kami aku check out petang ni sebab flight malam ni. Komunikasi sangat blur sbb ajumma x paham. Aku siap tunjuk kat jam dinding kul 12 malam sambil tgn terbang ala2 nak mention flight. Dengan muka yakin ajumma tu soh bayar lagik 20K Won. Huh!! pitam... bayar jer la. nak wat camner. Dalam kul 6 kawan aku pun balik dari nami. kami kemas2 dan kuar dari bilik. Ajumma tu nampak sambil jerit2.. Apa pulak. Aku dah bayar 30K Won ni. nak marah dah ni. Tetibe ajumma tu pulang 10K Won. ait... macam nak mati aku explain dia x paham rupenyer. Extend bilik sampai kul 7 actually bayar 20K Won jer. ok la.

Kami trus amik subway ke Incheon Airport. Sampai2 trus check in beg. Huh lega giler aku bawak beg kecik jer. Heaven tuh. Tak lame lepas tu kami pun check in masuk. Kawan aku singgah nak beli kosmetik sikit. Layan.. Tetibe aku teringat ada poscard tuk My_KHJ lum pos. Alamak.. aku tanya2 rupenya ada pos box kat tengah2 airpot tu. Apa lagik. aku pun berlari la nak pos jugak poscard tu. Post box tu kat information counter rupenyer. dia nak tic flight lak. aduhai. dah bagi sume2 yang dia nak aku pun berlari balik kt tempat kawan aku tunggu. Kami kene naik satu lagik train untuk masuk flight. Dah sampai kat wing airport yang betul aku pun relex2 sebab ada masa lagik. Sekali nampak kedai jual CD. Touching kejap sebab aku x sempat nak gi carik kedai jual CD kat Seoul. Trus aku grap 1 CD secret. X panyak pilihan. Ikot plan asal aku nak beli CD Beast, TVXQ, Super Junior, IU, SNSD dan Cn Blue. Tp x dapat T_T nanges!! Dapat Secret je. 12USD. mahal ker?? x tau. macam murah sbb kat mesia macam mahal jer. So next time gi seoul mmg aku akan carik jugak kedai jual CD!!. tp biler tuh?? huhuhuhu. tungguu..

30 min selepas tu kami pun terbang ke Malaysia... Oh tanah air kuuuu..

Tamat la sudah perjalanan ke Korea Feb 2012...

No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^