Followers

Tuesday, 14 February 2012

Korea Day 2 - Seoul to Busan

Dah penat semalam kami terbongkang penat tak hingat dunia. tetibe dengar bunyi hp yang ala2 nak pecah telinga tu. 6.30am.. ok relex lagik ada masa. Pastu aku tanya la kak 6.30tu waktu Malaysia ker Waktu korea... Waktu Malaysia. Huh?? kul 7.30g. Bangun!!! ader 1/2 jam jer lagik seblum kul 8.00am. Bas kite kul 8.00am la wei... melompat la aku dari katil kemas apa yang patut pastu siap2 and lagi keluar guest house nak tahan teksi. Woi cepat woi... lambat lak dorang ni... pas dapat cab aku dok sempat explain mane nak gi, dorang masuk jer cab tubbb ajushi tu trus jalan. Ader ada 10 min jer lagik ni. sempat ker. Sampai jer depan Lotte mall dalam kul 8.03am. Bas dah jalan. Cis!! 3 minit jer. ralatnyer. Penat aku melompat dari katil. Ok mmg salah sendiri, nak marah pun x guna so ape nak wat skang ni. Plan kene jugak gi busan pagi ni klu x kompom kite nyer plan sume lari. dan kita dah book hostel sume. So pilihannya adalah naik bus dari seoul ke busan bayar la yer. Mula2 bas yang kami nak naik tu Free. Tuk detail Tgok kat cni bas Free Seoul - Busan dan tempat2 lain.



Seoul station 

Setelah sampai kat seoul station, apa yang aku bayangkan adalah stesen bus intercity la kan macam TBS tu. Salah ok. Seoul station tu Train station. Kat cni ader leh beli ticket flight ngan ticket train yang laju tu. Ok aku blur masa ni. camne nak carik bus intercity ni. Nak naik train laju ke busan memang mahal. nak dekat 50K Won. Pada aku mahal la. so pening camner nak wat tetibe ada 2 orang student dari busan nak balik busan. tanya kitorang nak gi mane. Dorang nak naik Train laju tu. Rupenye kalau 4 orang dapat murah. So kami pun agree jer la. dia kate ini adalah pilihan yang paling murah dan cepat. Kalau naik bas nak dekat 5 jam dan harga tic pun mahal jugak. So terpaksa la naik train tu.


Dalam train yang sanggih. yantieee aku curik gambar ko lagik..
Dalam Train kami dok berbual2 pasal harga minyak dan harga Hp. Dorang suka pakai iphone. Dan Iphone kat sana x la mahal sangat. Dalam 200++ + contract 2 taun. Murah giler ok. So dorang prefer amik iphone compare to samsung. samsung ni orang2 tua jer yang pakai. Note plak ajushi2 yang keje opes. Corby x jumpe!! kecik hati... harga minyak kat sana plak Dalam RM 5. So bersyukur la nakkkk. Tapi subway dorang tip top.. tang tu Malaysia masih jauh kat belakang. Subway 3 tingkat dalam tanah... giler canggih!!. Jalan2 kat seoul ni yang wat aku ngeluh turun naik tangga subway. Kurus aku klu dok seoul sebulan.

Sampai jer kat busan kitorang pun nak carik guest house nak letak beg. Ni satu lagik bala. Kire lawak yang wat aku nak pitam jugak la. Ni sume punce x amik no phone hostel. 
Dok bagai ayam ngan itik tanye ajushi2 kat busan ni. ni la route kami sebelum jumpe pusan inn... bukan main jauh berjalan. last2 dia seblah jer busan station. Setiap kali tukar arah anak panah tu maksudnyer kami tanya orang2 kat situ. bagai nak rebeh bahu aku. sabo jer la. Ni nama nya lost and explore race at busan!!
Sedaya upaya memahamkan arah yang diterangkan. Kuang ajo kawan2 aku mmg serahkan bab tanya2 ni kat aku.

Check in hostel pastu masuk bilik.. mak ai.. best giler pusan inn ni. dah la murah, selesa badak. Toilet tip top. ader internet lagik.

Pas makan2 kami pun siap2 nak naik Busan city tour. Click cni kalau nak tau detail. busan City tour Bayar 8K won pastu dia bawak pusing satu busan. 




So last sekali kitorang turun kat Haeundae Beach. Pantai kat cni memang awesome. Pantai tepi bandar ala2 danga bay camtu tapi bersih sungguh. satu sampah pun tak jumpa. Siap ada burung yang sangat cantik lagik. kagum tul.


Best giler main ngan burung ni. Punye la jinak. dapat la aku snap beberapa gambar burung yang posing kat pantai ni. Pusing2 aku x ternampak 1 notis board. Rupa nya pantai adalah kawasan larangan merokok. patutla satu puntung rokok pun x jumpe. Tu pasal bersih dah burung ni pun suka datang. Dah puas main kat pantai ni dan dah x tahan sejuk kami pun masuk Aquarium busan. Ticket masuk agak mahal. 22K Won. Tapi memang berbaloi. Ikan mungkin ada jer kat aquarium yang lain tapi kat busan decoration dia mmg tercantik yang penah aku gi. Ni gambar2 kat dalam Aquarium Busan.

Bile keluar dari Aquarium kitorang berlari ke pantai. gigih la nak main pantai lagik memalam buta ni. 



Pas dah x tahan kesejukkan kami pun mencari subway lak tuk balik ker pusan inn. Disebabkan ada pengalaman train stop aku pun nebes la. so pas minum cafe dalam kesejukkan kitorang pun balik pusan inn. Sok kami akan round lagik. Sampai2 hostel ape lagik, rendam magie la. perut pun dah menyanyikan lagu riang ni. Pas makan, mandi, main FB jap pastu Kroihhhhhh.... 

Kite sambung lagik esok...




10 comments:

  1. salam.....sonok bc blog u.... ;)..klu blh nk tahu nama hostel tu blh x?? barang kt busan mahal mcm dekat seoul x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusan inn. Location dia mmg dekat jer ngan busan station. Sy x soping kat busan. So tak tau la price mcm mana huhuhu

      Delete
  2. bus station dekat x dengan gimhae airport?cam ne dari airport nak g pusan inn?berapa harga semalam dekat pusan inn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusan inn 40kwon 1 bilik. Boleh la for 2.
      Ada bas dr airport. Tp naik subway lagik senang. Kami naik subway jer.

      Delete
    2. Pusan inn 40kwon 1 bilik. Boleh la for 2.
      Ada bas dr airport. Tp naik subway lagik senang. Kami naik subway jer.

      Delete
  3. Salam..boleh tak dptkan no hp...jgn risau,saya wanita,org baik2 ( cewahh ) . Byk benda nak tanya pasal ke Busan ni. Kami nak pergi main redah je. Kalau sdri sudi share maklumat saya sgt berbesar hati. Emailkan ye imjay113@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam..saya nak tnya..brapa harga pergi busan dari seoul ke busan????

    ReplyDelete
  5. salam, hi, boleh x email itinerary bercuti di korea? hazlinahassan@ymail.com.
    ktorg akn ke korea bulan 9 ni. seoul n busan jugak. tp mcm blur jugak nk ke busan tu. GH pon blom decide lg. tgk Pusan inn tu mcm dkt je dgn bus station. harap boleh share ye . Tq =)

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^