Followers

Monday, 20 February 2012

Korea Day 7 - Jeju - Seoul

Dok bace2 my blog list tu ader lak kisah resize picture.. hahahaha aku x penah wat. Okeh entry ni aku wat la.. Maceh yer. Suka sangat nasihat2 membina ni.

Wokeh. Perjalanan diteruskan. Harini kami akan ke Seoul semula. Flight awal pagi. So lepas solat subuh aku dah kerah sume orang bangun siap2. Kalau terlepas flight ni sia2 jer. Kul 7pg sume dah siap2. Disebabkan nak cepat, kami tahan cab jer la. X nak pening2 nak naik bas. Flight kul 8pg. Alhamdulillah xder sebarang aral. Dah check in beg, kami sempat bekpes jap. makan roti ngan coffe jer la jawabnyer. Perjalanan Jeju - Seoul dalam 50min jer. Disebabkan dah dalam keletihan aku pun kroihhhh jer dalam flight tu. Sampai Seoul dalam kul 9pg. Kami turun kat Gimpo Airport. Sebelum meronda2 Seoul kami nak letak dulu beg kat Guess house. Disebabkan lokasi Sunshine guesthouse sangat dekat ngan subway so kami plan nak tdo kat situ jer tp memandangkan kurang berpuas hati sikit dengan keadaan bilik dia last2 kami tdo kat gueshouse berhadapan ngan Sunshine hostel. Agak murah dapat masa tu. 30K Won per bilik. Sebab aku share so sorang 15K Won jer. Ok la. Lepas letak beg kami pun kuar balik. Destinasi kami ialah Itaewon. Kat Itaewon ader Masjid. Dan jugak motip nak makan kat area2 Itaewon tu. kami bertemu dengan studen UTM. Mereka pun nak ke Masjid. So kami follow jer la dorang. Alang2 dah sampai kami nak zuhur trus. Tetibe ramai lak rang datang. Ok agaknye mmg selalu orang ramai kot. Tetibe ada khutbah. Ehh, check punye check rupenye hari ni ari jumaat. So semayang jumaat la gamaknyer. Astarafirullahalazim.. Serius kami lupa hari ni hari jumaat. Alang2 dah dok dalam masjid kami trus jer la denga khutbah. Khutbah dalam bahasa Inggeris, Korea dan English. Xder script. Spontan.. Hebatkan. Lepas solat kami pun turun la nak keluar masjid. Punye la ramai umat islam kat luar masjid. Kat Masjid ni lepas solat mereka makan roti dan susu. Ada orang sedekah agaknye. Ni gambar di sekitar Masjid Itaewon.

 Perut dah menyanyikan lagu riang. Kami pun mencari kedai nak makan. Kalau boleh nak makan makanan korea yang halal. Nampak jer halal korean food kami pun masuk. Ah sudahhhh sume pun orang Malaysia. Ada student rombongan UTM tadi dan ada jugak student yang mmg belajar kat korea. So amik kesempatan la tanya macam mana nak ke Nami Island. Tetibe ada sorang student tu offer nak jd driver kami ke nami island dan trus hantar ke airport. Bayarannya 50K Won per head. Mak aihhh mahal. Dalam RM150 per head. Diluar kemampuan gamaknyer. Kat kedai makan ni ada sorang pekerja je. Dia la masak, dia la amik order. So agak lambat. Aku makan bibibap jer. Boleh tahan la. 8K Won. 

Lepas dah kenyang kami pun ke kedai2 area Itaewon tu. Kat sini beli la sikit buah tangan tuk bawak balik. sikit2 jer sebab agak mahal. Lepas bersoping kami pun jalan lagik. Motipnye nak carik namsan tour. Jalan punye la jauh. Dari bawah dah nampak dah. Macam x yakin jer nak menapak. Mendaki bukit lak tu. Disebabkan kite ni x lame kar seoul ni maka aku x suggest korang naik mendaki. Bukannye malas tapi buang tenaga dan masa. Masa tu korang leh gi kat tempat lain lak sebenarnyer. Tapi kami sebenarnye ala2 sengal x tahu, so menapak la naik. 

Sepanjang perjalanan kami menikmati kesejukkan. hahahaha. aku pun pelik macam mane aku leh berpeluh sepanjang mendaki bukit ke namsan tower tu. Perjalanan menapak nak dekat 1 jam setengah. Macam nak patah kaki aku. Sampai kat atas tu dah nk sunset dah. Mmg cantek jer timing. Ni gambar2 yang sempat aku amik mase nak sunset. 




Alkisahnye sesampai jer gigih la memanjat naik nak amik gambar sunset. ramai la orang nagn camera2 besor gabak. Aku ngan camera secoet ni nyelit la. Hasilnyer tu ler gambar yang tengah2 tu. Tengah syok2 layan sunset tetibe angin kuat bertiup... Fuihhh aku ngan baju berpeluh tadi dah macam pakai baju ais. Sejuk x hengat. Kalah jeju ooo. Gigil aku time ni. Last2 give up. Terus masuk dalam cafe. Beli keychain. Motip nak tulis la. Kan namsan tower tempat pengikat kasih sayang kata nye. Janji cinta sehidup semati dimangga di namsan tower. kami pun gigih la tulis tp x pakai mangga pun. Mahal nak mampuihhh. aku iklat pki keychain jer. hahahaha bijak x??

Persembahan namsan tower bermula. adeh sanggih la. kagum dalam kesejukkan. Tetibe teringan cite BOF. sempat la amik gambar kar tempat Lee Min Ho dok.


Kat sini la Min Ho dok tunggu Jandi tu. Boleh feeling drama korea jap. Oleh kerana dah kejung kesejukkan kami pun turun. Sebenarnya ada jer bas nak naik turun namsan tower ni. Bas ni lak mmg akan ke destinasi2 yang must go kat area seoul ni. Rugi la plak rasanya. Klu tau pasal bas ni sure dapat gi tempat lain jugak. So next destinasi ialah Myeondong. Tapi disebabkan kami sampai dah malam, kedai pun dah nak tutup. Dapat la masuk satu dua kedai. Salah satu kedai yang aku masuk ialah.. jeng2.. kedai barang Kpop!!. Binasa la duit aku time tu. Masuk2 jer orang kedai tu tanye aku minat sapa. Aku sebut la Kim Hyun Joong. Trus dia kumpul sume barang hyun Joong. mak aihhhh.. ranap!!!. macam2 ada. yang perlu time ni adalah poket yang tebal. Beli la jugak poster, tumbler, sticky note dll.. Dll tu paham2 jer la. Banyak la jugak. Barang2 Kpop yang aku beli akan aku tulis special entry..Miahahahaha.. Disebabkan wallet aku dah ranap cepat2 aku kuar. xleh lame2 dok situ. Mau papa kedana aku. seterusnye kami ke Itaewon semula. Nak makan lagik gamaknye. Last2nye masuk kedai India muslim. Menyediakan buffet.16K Won perhead. Mahal la jugak tp disebabkan macam best layannnn.. Dari Itaewon kami trus balik ke Guesthouse. Kaki aku nak patah dah menapak. Telan panadol aku pun pengsan.... Selamat malam Seoul!!~~

Esok last day dah!!~~



No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^