Followers

Showing posts with label Malaysia : Perak. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Perak. Show all posts

Saturday, 19 April 2014

Royal Belum 2014 : Back to Nature Part 2

Walooo... Ayuh kiter bergigihan menyiapkan entry Royal Belum.. huhu sebenarnyer baru tersedar, wikend adalah satu satunye masa yang aku ade untuk blogging. So here we go.. mari kite!!..

Next destination ialah Jetty dimana kami akan berlabuh untuk bermalam. Cewah ayat.. Kami sebenarnya akan bermalam dia salah satu chalet. Dari perkampungan orang asli agak berhampiran. Dalam pada tu sempat la gak kami snap few gambar.. Cikidout...




Sepatutnya kami akan bermalam disini. Namun.... Main generator malfunction la plak. Ada Generator kecik jer yang boleh cover sampai toilet. Akhirnyer kami decide nak tido dalam boat house jer. Aku x pernah la tdo dalam house boat sebenarnyer so agak nebes la gak. Ok ker persoalannyer.


Petang tu kawan2 dah start bermandi manda dengan seronoknyer didalam tasik.. Mase tu aku dah pening sbb x cukup tdo. Maklumla tido dalam bas. 5 Jam jer aku dapat tido setelah aku kepenatan kat kilang tu. Dalam hati nk jer join dorang tapi risau plak x berjaya kawal diri dlm air disebabkan otak tgh mereng kan. Xpelah.. kang susahkan org len plak. So aku cume melayan perasaan tgok pemandangan. X sabar aku nk tdo.. hahahaha. 

Hasil pancingan. beso kan.

Pada malamnyer selepas makan kami mendengar sedikit penerangan mengenai Royal Belum. Menurut penerangan dalam hutan Royal Belum ni ade harimau, Gajah, seladang, badak dan lain2. Maaflah ade yang x ingat sbb aku dah mamai time tu. Aku baru tau gajah akan jalan pada route yang sama dan dia akan ajar anak2 dia berjalan pada route yang sama gak. Satu lagik info yang menarik.. Kalau gajah kibas2 telinga maksudnyer dia tengah gembire.. huhuhu.. 

Malam tu aku tdo awal dengan nyenyaknyer... Na ajak aku turun bawah gosib katenyer.. hehehe blajar pasal camera aku cakap korang go on la.. aku dok daya lagik dah nak bukak mate. uhuhu.


Pagi esoknyer kami mulakan dengan activity kubang.. huhuhu. Aku rase klu x sekarang mmg xdpt dah mandi air tasik ni. Sangat teruja bile tgok mas terjun, lantas aku dengan pantas capai life jacket. it's time to play!!.. woot woot. Lepas gian. Lame giler dah kot x beraktiviti air ni. Last2 meraka sume pun terjun ke tasik.. hahahaha.. sume pakat malas nk mandi la tuh.. terjun tasik trus.. kiki. 

Nota utk amik pic yang bagus.

Setelah semua bersedia, kami lunch dan ke destinasi seterusnyer. Air terjun plak. Sementara nak ke sana kami ade kelas bersama photographer otai. Aku sebenarnye malu nak join sbb aku sgt beginner yang sangat2. Camera pun dah rosak sampai sekarang x beli2 lagik. Ni pun pki camera Hakak Yantie.. huhu. InshaAllah ade la kot nanti menjelma.. kikiki. Doa murah rezeki sikit. Banyak gajet nk kene upgrade nih.. uhuhu


Untuk ke lokasi air terjun kami kene naik sampan. Suspen kan.. Jom kite zass pic air terjun plak.




Setelah track tahap kesusahan -4 katenyer tu.. kami pun sampai. Sekarang ni musim panas so air agak kurang. Air pun agak keruh. Mula2 sume macam xder perasaan jer nak mandi. Last2nyer.. semua pun mandi. Air terjun ni nampak jer cam kecik tapi dia sangat dalam. sape2 yang xleh nak floating sume kene pakai life jacket. Lama gak kami bermandi manda dan bile sume dah penat sume pun ready tuk balik ke boathouse semula.


Sampai jer di haouse boat memasing mandi untuk bersihkan diri dan packing2 dah untuk pulang. Sepanjang perjalanan ke Jetty kami cube melelapkan mata. Sempat la terlena seketika sambil ditiup oleh angin sepoi2 bahasa tu. Wah gitu. 

Jom kite cikidout plak gambar ni.. Ni lah mereka2 yang menyertai program Royal Belum ni. Gambar yang xder watermark blog aku bermakna milik orang lain. Cr to Hang Dhamin.


Ni Afif, Hang Dhamin ngan Janggel. 


 Ni aku, Mas, Na dan Bya

Aku, Kak anas dan Hang Dhamin. I like this picture.

 Kak Lily, Bya, K.Anas, Aku, Na dan Aqilah

Hang Dhamin, aku, Zara and Hubby.

 Hang Dhamin, Afif, Janggel dan Shahrul

Finallay.. Ni lah kami semua. Mereka adalah Blogger, Traveller dan Photographer. Enjoy life dengan pilihan yang berbeza. Bile kami bersama... we always talk at same page. Except aku la ade masuk unsur Kpop.. Hahahaha bertabah la yer kawan2.. I will try not to make it too obvious in the future.. Gitewww...

Perjalanan ke Grik ke JB agak lancar. Aku sampai umah di JB jam 3 Pagi dan berjaya masuk keje keesokkan harinyer dengan tenaga low level.. Demi sangat!!!.

Big Thanks to Bya sbb tumpangkan naik kereta dan bagi aku bawak kete dia merembat dr Grik ke Ipoh. Thanks gak sebab anto aku ke TBS. 

Thank to Kak Anas sbb bg cekut. Sedap ok..

Thanks gak pada BOA. Pengisian yang ok. dan layanan yang memuaskan. Food pun mmg sedap. Thanks sbb bertabah layan kami semua. Thanks gak sbb x lokek share ilmu. 

And Finally Thanks pada semua sbb sudi layan aku. Sila jangan serik yer. Maafla klu ade yang terover acting.. Terplastic. Terbuat korang annoying. TerKpop lebih... Ter ter ter dan ter... Sesungguhnyer aku mmg TER. kikiki

Sampai Bertemu lagi dengan Tema Visit Malaysia akan datang ^^





Friday, 18 April 2014

Royal Belum 2014 - Back to Nature Part 1

Waloo.. Entry kali ni Tema Visit Malaysia.. Anyway Thanks to Travelholicawesome atas jemputan ini.. Sangat terharu huhuhu..

Sebelum gi Korea lagik Dorang dah roger dah ader activity Royal Belum ni, dengan kompidentnyer aku accept walaupun jarak masa 2 minggu jer selepas aku balik dari Korea nanti. Harapan mmg indah tup tup minggu kedua memacam plak issue kat tempat keje. Macam nak tercabut nyawa aku terkejar kehulu ke hilir. Dalam hati mmg dah xder harapan la aku nak join Royal Belum ni. 

Ikutkan perancangan awal, aku akan naik kereta sampai KL dan naik ngan Byya dr KL tetibe production down plak. Xkan la nk tinggalkan keje yang x siap untuk berhuga2. Aku dah give up dah mase tu tp beg dah packing masuk dalam bonet kete ^^ masih meletakkan harapan disitu... Finally ape ynag belaku adalah problem settle dan sampai jer kat meja aku roger mereka2 semua. Dengan pantas aku menggoogle Ticket bas online. Dapat jer Zassss aku beli. Demi Belum katenyer. Bas dari JB bertolak ke Ipoh Jam 10.30pm dan sampai Ipoh 5.30am. Na datang jemput aku kat Stesyen bas dan singgah umah parent dia kat area Ipoh. Selepas segar2kan badan dan sarapan (nasik lemak mak na mmg sedap. Terima kasih daun keladi sgt2), kami bertolak dari Ipoh ke Grik. Actually aku sgt fail bab Geografi Perak. Nasib baik ade kakak kawasan yang memberikan penerangan yang sangat jelas. Untung kan.. Jgn Jeles... Perjalanan mengambil mase dalam 2 Jam dari Ipoh

Aku pun baru perasan Gerik ni dah dekat ngan Thailand. Tepuk dahi.

Program Royal Belum kali ni kami joint Belum Outdoor Adventure. Pada yang beminat boleh la roger mereka. Ni detailnyer.

BOA contact:
Belum Outdoor Adventure (IP0399913-T)
Hotline: +6017-451-4939
Web: http://belumoutdoor.wordpress.com
Email: belum.outdoor@gmail.com (Main contact)
Facebook Page: http://www.facebook.com/Belum.Outdoor.Adventure
LinkedIN: Belum Outdoor
Youtube: Belum Outdoor Adventure
Flickr: belumoutdoor

Setelah letak barang kami diberi penerangan ringkas. kene gak isi form untuk tau detail, contact person sume la yang berkaitan. 

Sementara dengar taklimat kite test camera dulu.

After denga taklimat house boat pun bergerak. Excited aku. Maklumla first time naik houseboat. Misi pertama kami ialah Bunga Rafflesia. Sepanjang perjalanan ke Refflesia tu sempat la aku snap beberapa gambar. Jom cikidout.


 House boat meninggalkan jeti

 Houseboat yang lain.

Mission pertama nk skodeng Rafflesia. Bunga Rafflesia ni boleh membesar sehingga 1 meter dah seberat 10kg. Bunga terbesar gitu. Ia adalah sejenis parasit yang hidup tanpa daun batang dan akar. Bunga ni cume kembang selama 5-10 hari jer. Nak tunggu dia mekar plak kene tunggu 9 bulan. Dah macam ibu mengandung kan. Tu pun kalau xder manusia pegang atau binatang makan. Bunga ni sangat la sensetip. Kalau kene pegang dia trus layu. So lepas ni kalau sape2 yang senang tacing leh la kite panggil dia Bunga Rafflesia. Boleh gitu.

Ni la Rafflesia yang lum mekar. Entah merape lame br nk kembang.. huhu

Nak naik ketempat Bunga Rafflesia ni kene la panjat2 sikit. Bile panjat2 ni aku simpan la kamera. Maklumla kamera pinjam kan. Kang jatuh jenuh plak aku nk ganti.. huhu. Aku sangat la kagum ngan Aqilah leh panjat ngan slipar jepun jek... Ely plak dokong suci. Super mama ok. 

House boat kami.

Setelah gigih memanjat kami ke lokasi seterusnyer. Kawasan orang asli. Actually aku mmg x pernah gi jumpe org asli. I mean real perkampungan orang asli. Agak teruja gak bile sampai sini. Speechless pun ade. X sangka dan bersyukur dengan ape yang ada pada diri sendiri pun ada. Kadang2 kite selalu memandang keatas dan selalu rase x puas hati. Melihatkan mereka ni buat aku terkesima kejap.. Dari penerangan, gomen ade hantar keperluan asas. Ok la.. better then nothing kan.

 Perkampungan org asli

 Bya bagi toys.

Orang Asli Royal Belum.

Kehidupan mereka masih bergantung pada hasil hutan. So masih ade yang memburu dan bertani. Menurut penerangan dari BOA, masih ade yang duduk kawasan lagik dalam dan mereka hanya pakai cawat. Mereka sangat pemalu. Aku suke dengar penerangan dr BOA ni. Dari penerangan, ada bagtau yang mereka juga ada mengadakan beberapa aktivity untuk org asli disini. Kadang kala dorang buat kelas untuk ajar orang asli ni basic communication. Baguskan.. Bilangan penduduk disini juga sudah bertambah. Ada beberape rumah baru sedang dibina dikawasan ni. 

Tengah ari tadi aku ade tunjuk kawan aku gambar ni kat hp. aku cakap la x sangka aku jumpe org asli kat Royal Belum. Dia cakap la ni la orang peri bumi. betul2 orang asli bumi. Pastu aku tanye dia, abis kite ni org ape mummy? (aku panggil dia mummy sbb ikot anak dia. motip supaya aku sentiasa rase muda ^^). Mummy jawab kite orang bulan. Erkkkkkk.. bantai gelak same2. huhhuhuhu..
Janggel - http://janggeltrekking2.blogspot.com/
Afif - http://timetravelafif.blogspot.com/
Zara - http://zaraab.wordpress.com/
Kak Anash - http://anash-coconutz.blogspot.com/
Bya - http://travelleranatomy.blogspot.com/
Mas - http://masmz.blogspot.com/
Ely - http://mrspapi.blogspot.com/
Shahrul - http://mystoryisonlifetimes.blogspot.com/
Kak Lily - http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/
Icam - http://pengembaratumpangan.blogspot.com/

Gigih aku link satu2.. Demi sangat!!.. Btw nice meeting new friend. Shahrul, Hang Dhamin, Afif and Zara. Yang lain aku dah bertemu di redang dulu... Jgn malu2 ajak aku lagik yer... bleh gitu.

 Ok la.. To be continue...