Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Masuk mahkamah!! oh mai....

Salam sume.. Propa x tajuk entry kali ni. Kali ni nak bercerite pasal kali pertama dalam hidup aku masuk mahkamah. Seram la gak. Maklum la kan mahkamah ni selalunye dikaitkan dengan penjenayah. Entry kali ni xdok gambar. Klu boring sory la yer.

Alkisahnye aku ade sebijik motor atas nama aku dah diwakafkan pd adik2 y br nk keje. Tp bijak la plak dorang x renew roadtax selama 2 tahun. Kena la tahan plak. Saman jpj la kan atas kesalahan xder roadtax dan insurent selama 2 tahun. Untuk kesalahan ni mmg owner la y kene naik mahkamah tuk bayar saman.

Pada mulanye kene la amik surat naik mahkamah kat jpj. Kat surat tu ada dinyatakan tarikh kene naik mahkamah. Selalunyer pegawai jpj tu nanti akan bgtau la jumlah amount saman y nk disediakan. Dan jumlah saman aku total 500.. Oh yeaaa. Since adik aku y rase bersalah dia la kene byr kan.. Hahahaha..cian dia.

Okeh kene ada kat mahkamah kul 8. Actually kul 8.30 br mula bukak. Dengan nebesnyer aku naik mahkamah tingkat 3. Bahagian trafik. Memasuk jer dewan nampak la kandang, kerusi baris2 dan meja tuan hakim. Nebes la plak kan. Mula2 kene serahkan surat saman kat pegawai kt situ. Nanti pegawai akan ingatkan tentang jumlah saman. Ada bawak duit?.. oh apekah.. Mebi akan buang mase la klu bicara tp x dpt bayar saman. Ooo mebi kang x pasal2 masuk penjara lak.

Tuan hakim masuk dalam kul 9. Semua berdiri tanda hormat. Tuan hakim kali ni perempuan. Nampak tegas. Nama sorang2 dipanggil. Pegi depan, pegawai akan bacekan kesalahan dah buka ruang tuk rayuan. So mase ni la kite boleh merayu mintak kurang. So kebanyakkan saman dapat dikurangkan. Semua berjalan lancar jika pesalah mengaku kesalahan. Bagi y tidak mengaku kesalah, kes akan ditangguhkan. Maksudnye mahkamah akan bagi laluan pada kes y lain dan kes y ditangguhkan akan dibicarakan kemudian.

Setiap kes dalam 5 min jer. Setelah dibicarakan semua kes, kami dibawa ke bawah untuk bayaran saman.

Sekian.. Tu la pengalaman aku first time jd pesalah sampai naik mahkamah. Moral of the story.. Sile la renew roadtax n insurent kenderaan anda on time. Sape 2 yang bagi adik ke akak ke abg ke motor tu sile la tkr name trus. Pada aku bukan jer sbb duit tp masa nk layan benda2 ni mmg leceh. Haishhh menchiiii..

Okey la.. Cik pae nk pack barang dah. Sok nk terbang ke koya... Weeee.. Tp kawan aku kat sana kate raining season started!! Ottoke?? Dah terlambat nk undur diri... Kite redahhhhhhhh!!!!!
Hwaiting!!!!


Wednesday, 20 June 2012

Ulat dan Belalang bercinta. korang kejam!!

Sebelum kite cite pasal si ulat yang notty ni aku nak kene tebas sawang dulu. lame bebenar rasenyer x menaip kat blog ni. Skang keje dah start bz and sibuk dengan cake. Lagipun dah lame x berjalan. BTW arini sepatutnyer aku terbang ke Phuket tp terpaksa burn tic sbb cuti x cukup. Xpela.. sok2 kite gi. Bile nak berjalan lagik?? Jeng3... mode kopok lekor lalalalalala...

Wokeh meh citer pasal ulat yang sangat noty ni... Yang wat aku sakit jiwe. Alkisahnyer kat laman umah aku yang sekangkang kere ni ada la beberapa tanaman. Pokok serai, pokok limau dan pokok daun kari. Ni sume mak aku yang taman mase dia datang dok ngan aku dulu. Pokok limau la yang paling subur. buah limaunyer besar tpppppp nape lame dah dia x berbuah? Aku lame dah x baje ker?

Jeng jeng jengggg aku balik keje tadi ni la pokok limau aku..

Cube korang kire berape helai jer daun yang tinggal. Hadeh, ni kalau mak aku nampak ni mesti aku kene bebel 2 hari 2 malam. meh kite zoom in sikit tgok sape nyer keje ni...


Ape yang korang nampak? rerase ada berape makhluk kat gambar ni. Gambar x clear sbb gune hp cap ayam. Bukan kah mereka nampak happy seperti sedang bercinta kat dahan pokok limau aku ni. Mungkin dorang sedang nyanyi lagu kanda dinda ketika ini... Siap la kau!!!!

Okeh disebabkan aku mmg x suke nak gune racun perosak chemical ni sume2 maka cara yang paling mudah ialah blenda bawang puteh + cili padi. Pastu tapis dan spraykan kat pokok. Ni mak aku yang ajar. mula2 dulu dia kate bawang puteh jer. Skang dah tambah cili padi kat resepi ni. kikikiki bagi pedas x leh blah. Pasni kalau ulat ni nak makan daun limau aku lagik kompom dia nak kene carik air sbb kepedasan. hahahaha. Bijak tul mak aku ni.

Kite tgok hasilnyer dalan 2 minggu lagik. Adakah tunas baru pokok limau aku diganggu lagik oleh ulat dan belalang yang notty ni...

Saturday, 12 May 2012

May yang Awesome - Konvo la plak

Setelah Misi Kpop aku berakhir kite swing to Konvo la plak. Meh nak cite mukadimah ckit. Flash back 6 taun di UTM.

Aku masih ingat lagik 6 taun yang lepas, mase tu baru jer keje 1 tahun. Mak dah bising2 bila nak sambung belajar. Register SPACE sebab nak jaga hati mak. Boleh macam tu. Belajar x ikhlas, hamek kau tahun pertama aku keparit. Sangat demotivated sbb culture shock. Dulu belajar kat poly ala2 sekolah. Masuk UTM blur x paham ape yang lect ajar. So berlalula Tahun pertama yang hampeh. Tahun ke 2 semangat tu dah ada dah. Fed up agaknye jadik tech. Mula simpan cite2 nak upgrade diri. Walaupun pada masa tu ramai yang kate aku xkan habis punyer. Ciscake!!!! Sem 2 tahun 2 aku dah dapat geng. Dot aku mention name ko xpe kan. Syida la orangnyer. Dia punyer otak agak berkelajuan tinggi klu nak compare ngan aku yang sederhana ni. Selain dia K.Fidah pun jadik geng study aku. Tapi kebanyakkannye aku sama kelas ngan syida. Dia la jd sifo aku klu x paham. Ahhh memanjang x paham aku ni. Sabar tul dia layan aku. Maceh dot. i lebiuuu. 

Kelas setiap minggu. Nak jejalan mmg susah sangat. Nak balik kg pun susah. In the end mak yang datang JB. Bayar yuran lak pki KWSP ngan kad magic. Maceh KWSP n kad Magic. Kekadang pinjam mak. (Baiknyer mak aku) lebiu mak. Ingat lagik nak gi kelas ujan la plak. Sebenarnyer alasan ni la aku guna nak gune beli kete. hahaha.. 

Okeh Anyway orang yang laluinyer jer yang akan faham pengorbanan y kami lalui. So aku mmg respect la SPACE student.. Lagik2 scorer2 tu. Hebat korang. (aku bukan scorer).

Okeh Kat sini aku nak ucapkan Jutaan terima kasih pada mak (Hazazah Bt Hamsah) sebab paksa aku belajar dulu. Mak mmg insan yang terbaik dan Mulia. Pengorbanan mu membesarkan dan mendidik kami xkan dilupekan. Hanye Allah jer yang mampu membalasnyer. (Ahhh tacing lak aku. nak nages nih!!). Meceh gak kat adik beradik aku. Fathia yang dok jemput aku mase gi kelas kat KL dulu. Fahmi n Farid gak. Raji jugak.. sayang korang sume.

Kengkawan yang mmg supportive. Norasyidah Omar, Hafidah, Shamsiah, K.Su dan sume2 la FKE SPACE JB. korang sume terbaik. Lebiuuu.

X lupa gak Big thanks to Lecturer2 sekalian. Terutama Dr Sevia. Thanks and Sorry for everything. Halalkan Ilmu yang diberikan yer. 

Okeh setelah mode sayu2 ni meh kite layan picture posing ngan baju jubah. 

Me and Syida




Okeh.. Tamatla misi Degree saya. Pasni nak wat ape lak... Haruskan sambung lagik?? InsyaAllah klu ada rezeki. Ada beberapa plan sedang bermain2 difikiran. Memerlukan pertimbangan yang sewajarnyer. Skang fokus career dan ekonomi dulu. 

Pada kengkawan yang masih dalam perjuangan. Teruskan hingga ke penamat. Aku boleh korang sure boleh.. Hwaiting!!.. Pada kengkawan yang sambung Master lak. waaa korang mmg jinjaa daebak!! jeles!! InsyaAllah saya akan follow tp lmbt ckit.

^_^

Saturday, 21 April 2012

Kebaikan dan keburukan kafein dalam kopi

Kebelakangan ni aku agak risau bile nescafe 3 in 1 yang aku selalu minum berwarna merah telah ditukar kepada hijau. Aku tukar kepada hijau kerana aku rase merah sudah tidak begitu berkesan lagik dan aku sebenarnye agak risau kerana takut ia akan mendatangkan kesan sampinyan untuk jangka masa panjang. 




Disebabkan kerisauan yang agak poyo tu aku pun study la sikit pasal kesan Kafein terutama Nescafe 3 in 1 tu. Tapi apa yang aku jumpa adalah sesuatu yang agak menarik dah tersedar diatas kebodohan diri sendiri. Okeh ni aku share research yang aku wat seharian ngadap lappy si sabtu yang mulia ni.

Apa tu kafein?
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna. 

Berapa banyak kafein yang akan memudaratkan kesihatan?
Dos yang akan membunuh adalah sebanyak 10g kafein.

Kebaikan Kafein
1. Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
2. Mecegah gigi berlubang: Kafain dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
3. Membantu meringankan sakit kepala: berdasarkan pada jumlah tertentu
4. Membantu seseorang yang sukar bernafas kerana lelah atau asma
5. Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA
6. Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
8. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80%kurang risiko mendapat kerosakan hati.
9. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
10. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.

Keburukan Kafein berlebihan
1. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala2 seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
2. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
3. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan baby kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
4. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
5. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
6. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
7. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak2 dan menyebabkan kanak2 kurang daya ingatan.

Okeh. Dah nampak kan kebaikan dan keburukan Kafein. Pada pendapat aku ok jer kalau kite nak minum kopi asalkan tidak berlebihan. Jangan la sarap, lunch, minum petang, dinner and supper sume minum nes. Tu dah kire over dose la. Since aku cume minum mase breakfast so still acceptable la. 

Tapi choooopppp x abis lagik. Dalam dok bace2 ni aku terjumpe sesuatu yang aku mmg x tau. Dok risau Kafein tp korang tau x ape yang patut kite lebih risau. Non Dairy creamer. 

Apa tu Non Dairy Creamer
Nondairy creamers are liquid or granular substances intended to substitute for milk or cream as an additive to coffee or other beverages. They do not contain lactose and therefore are commonly described as not being dairy products (although may contain a milk-derived protein). Some parts of the world require the alternate term nondairy whiteners so as not to imply the presence of real cream.
"Some non-dairy creamers contain trans fat. Trans fat is a kind of fat that increases your bad (LDL) cholesterol while lowering the more beneficial (HDL) cholesterol. This can boost your risk of heart disease, stroke, and diabetes. You should not consume more than 2 grams of trans fat in a day, and some brands of non-dairy creamer can contain 1 gram per tablespoon."


Maklumat tambahan
1.Krim tapi tidak mempunyai tenusu? Minyak sayuran digunakan - selalunya kelapa atau minyak isirong sawit - menyebabkan "Krimer" yang kelihatan berkrim, dan berperisa
2. Bahan tambahan ditambah untuk meniru kualiti susu dan krim. Sirap gula, natrium, jagung dan pewarna makanan akan ditambah untuk meniru rasa susu. 
3. Krimer bukan tenusu meningkatkan kandungan kalori. Kopi hitam plain mengandungi hampir tiada kalori. Tetapi apabila kita tambah krimer bukan tenusu, lemak dan kalori akan bertambah. 
4. Krimer bukan tenusu mengandungi lemak trans. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kencing manis. 
5. Krimer bukan tenusu serbuk mengandungi bahan-bahan yang mudah terbakar. Mythbusters program popular TV yang menguji mitos. krimer bukan tenusu serbuk dapat menyebabkan letupan? Ternyata, natrium aluminosilikat, bahan tambahan untuk krimer menjadikan ia mudah terbakar.
Okeh. Kesimpulannya, kandungan kafein dalam kopi xder la bahaya sangat kalau diambil secara sederhana tapi akan bahaya kalau diambih secara berlebihan. Kopi 3 in 1 tu sebenarnye tak bagus kerana ia manggunakan non dairy creamer. So, pilihan yang kita ada ialah, minum plain coffee atau coffee with fresh milk. okeh.. persoalan telah terjawab... Case close!!~~ ^_^


Tapi ape2 pun kite kene banyakkan minum mineral water. Baca sini untuk maklumat lanjut.


Jom minum Kopi ^_^ tp kurabf manis ya..

Thursday, 5 April 2012

JBS Earth Day Program : EM Mud Ball

Sempena Earth Day Program, JBS menganjurkan EM Mud Ball program. Program ni diadakan untuk menyokong Bumi Hijau gitu. Seblum nak tau lebih lanjut kene la kite tau dulu ape tu EM Mud ball. Korang bace la kat bawah ni.

E.M. is an abbreviation for EFFECTIVE MICROORGANISMS Microorganisms are tiny units of life that are too small to be seen with the naked eye and they exist everywhere in nature. Microorganisms are crucial for maintaining the ecological balance. They carry out chemical processes that make it possible for all other organisms including humans to live. There are friendly guys of the microbial worlds known as beneficial microorganisms and a not so friendly group called pathogens that are harmful and capable of producing disease, decay and pollution. Learn more here on EM The EM Mud balls are useful as one of the environmental solutions towards reducing water pollutants and thus improving water quality in our rivers and drains. 

So bakteria baik yang ada dalam mud ball ni akan mengembalikan ekosistem semula. Bakteria baik akan makan bakteria jahat dan sludge dalam sungai, kolam dan kawasan yang sewaktu dengannya. Air akan jadi semakin jernih dan kolam atau sungai akan semakin dalam. Ikan kat kolam pun makin gemuks.. 

Berbalik pada program kami tu, kami bertolak dari seagate pada jam 8.45am. Breakfast disediakan.. Sebelum kami bertolak sempat la sarap dulu. Nk gune tenaga kan. Peserta sepatutnyer 40 orang tp yang datang cume 23 orang jer.

Ni la mangsa peserta2 program ni

Jom Bertolak.

Ni adalah tanah yang sedia menanti kami tuk diuli. Target harini ialah 4222 bijik. Load kerja adalah untuk 40 orang tapi disebabkan 23 orang jer datang. Hamik kau. hehehe mau patang pinggang menguli tanah.

Sebelum start kami diberi penerangan oleh NGO. 

Mari kite memulakan aktiviti ni... Mula2 semua bersemangat waja menguli.. after 2 hr. sume orang dah nak bengkok.. hehehe. Bertabah demi environment gitu.

Bahan bukti. kami bekerja keras dengan penuh ikhlas. 

Hoyeeee.. mission completed. 

Ni hasilnyer. Jangkaan melebihi 4k. 

Sempat amik gambar sebagai kenangan.. carik aku kat mana.. cepat2...

Masa tuk makan. Lapo2..

Ni show room yang dijadikan EM workshop.
Selepas ni kami akan ke kolam tuk baling sikit bola2 api ni. 

Ni adalah rupe EM Mud tadi bile dah dibiarkan selama 2 minggu.

Jom baling ke kolam... 

Gelak tepi kolam pas baling EM ball.

Okeh.. kengkawan nak tengok banyak lagik gambar. Tapi tunggu saya upload kat FB la yer... 
Marila kite sokong aktiviti BUMI HIJAU ni... Peace da World!!.





Friday, 23 March 2012

Info : Hard Water si air keras~~

Dok berbual2 ngan kawan opes tetibe topik kami sangat la ilmiah kan. Maklumla berbual ngan orang2 yang berilmu ni dapat la curik sikit ilmu dia. hehehehe. Alkisahnyer bercerita tentang hard water. Mungkin ramai yang dah tau tapi aku mmg tak tau la. maklumla aku ni budak karen. so tang chemical2 ni x berapa nak pandai sikit. Kalau ada yang pandai boleh la komen2 supaya fakta aku kalau yang auta tu dapat diperbetulkan. 

Apa tu hard water?
Hard water adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Mineral yang terdapat dalam hard water ialah magnesium, calcium dan iron metal. Ada jugak kandungan mineral lain mengikut kawasan. Calcium lak akan larut dalam air dalam bentuk calcium carbonate atau calcium sulfate. Bergantung dia combine ngan kapur atau limestone. magnasium lak datang dari dolomite. Mineral2 ni semua x menjejaskan kesihatan. 

Camner nak tau hardwater ke x?
Cara yang paling mudah tuk tau air tu hard water atau tak ialah dengan menggunakan sabun atau ubat gigi. Kalau kene pada air hard water, sabun tu x berbuih. Lebih kurang macam tu la kekdahnyer. Ni lak referent nak determine hard water ke x.

* Soft Water..............less than 1 grain
* Slightly Hard ..........1 to 3.5 grains
* Moderately Hard ........3.5 to 7 grains
* Hard Water..............7 to 10.5 grains
* Very Hard ..............10.5 plus grains

So kalau nak bayangkan dalam bentuk pil plak. 1 pil aspirin tu sama dengan 5GPS.(grain per gallon). So kalau air kat umah tu contain 15GPS sama dengan 3 pil aspirin dalam 1 gallon air. Nampak macam x banyak kan. tapi kalau 30 pil dalam 10 gallon air?? erkkk banyak 

Kesan Hardwater kepada kulit.
Walaupun hardwater tidak menjejaskan kesihatan tapi dia memberikan kesan yang x baik pada kulit kalau digunakan tiap2 hari. Erkkk.. air kot. mestila guna tiap2 hari kan. Kandungan mineral ni sume akan merosakkan collagen kulit. So kalau collagen kulit dah rosak mudah la kulit resak bila terdedah pada cahaya matahari dan ultraviolet

Acne?? Tidakkk
Disebabkan Kandungan hard water adalah mineral yang tidak larut maka acne akan mula timbul. Sebab kulit akan kering dan natural oil pun gone. So akan berlakula irritation yang akan menyebabkan acne breakout. Selain itu kulit jugak akan mengalami kegatalan dan kekeringan. Kadang2 kulit akan menjadi meradang, merekah dan berdarah. Dan lagik... kulit jugak akan mudah berjangkit pada bakteria sebab natural oil dah xdok.

Gambar kulit yang rosak sbb hard water. Ni bukan tangan aku ea. Pinjam tangan dari cik google. banyak lak bulu dia hahahahaha.. kulit aku masa gi korea aritu sempat merah2 jer...

Cube teka ni ape??? lipas??? Salahhhhh. ni adalah bentuk germ yang boleh berjangkit pada kulit kite sbb xdok natural oil.. Maceh cik google


Air paip kat Malaysia.
Hahahaha aku wat nebes x?? sebenarnye air kat malaysia ni soft water. So korang x payah la risau naw. Motip la aku kongsi ilmu ni tuk traveller2 yang dok merayau ke negara yang tab water dia adalah hard water. Termaksuklah KOREA. denggggg patut la aku kene teruk kat korea aritu. Sebab aku mandi hari2 dengan air hardwater pastu sedap jer mandi gune heater. So persoalan telah terjawab. Bukan salah udara sejuk dan kering okey. Air tab water jadik punca. Tu la agaknye sebab orang sana mandi seminggu sekali jek. hahahahahaha. Satu lagik, bersyukur la nakkk kite dok kat Malaysia.

Actually banyak lagik kalau kite tengok keburukkan dalam industri. Kos proses air akan bertambah sebab dorang kene suling air tu tuk jadikan soft water. Ada jugak yang kene tambah softener. Hahaha macam soflan ker?? hehehehe bace sini. 

Okeh... kesimpulannya kalau kite gi negara luar yang tab water dia tu hard water sila la x yah nak mandi beriya sangat dok berendam ngan air panas. aku la tu. Kalau dah mandi tu cepat2 la sapu minyak atau losyen yang sesuai. 

Okey cukup la. kalau aku salah sila betulkan. ^_^