Followers

Wednesday 28 December 2011

Dapat Kebenaran. Yeay!!

Semalam secara x sengaja bgtau mak y awal bulan 2 ader trip gi Korea. Sebenarnye hati amatla berdebar2 sebab takut mak x kasi. Hehehe to be honest ni la kali pertama aku nak gi obecee y jauh. Sebelum ni aku cume gi Indonesia n Singapore jer. Tempat tu pun sekangkang kere je dari JB ni so mak xder la amik pot sangat. Dia ok jer. Tp tang Korea ni kan jauh. Pastu aku dah beli tic dulu lak tu. Hotel sume dah book. Mmg kecut perut la nak inform mak. Buatnye jawapan mak no maka burn la tic aku n sume2 yang dah bayar tu. Tapi sebab dah dekat sangat dan xmo la aku jd tanggang di bumi korea tu maka aku pun bukak la mulut aku ni.

Satu lagik aku takut nak bagitau sbb aku ni agak fanatik ngan artis2 korea tu. Masuk kete aku mmg CD korea jer memanjang. Tapi klu aku bawak org len aku buka la radio. kang boring lak dorang. So mak mmg x berkenan minat aku ni. Sory mak, adik suke x leh handle. kikikikikiki. Nanti dah bosan adik stop la yer. Makan lak aku dah belajar pakai chop stik. Motip nanti senang nak makan kat korea. hahahahaha. Kat umah ni makan megie n mee jer la pki chop stik. Kemaruk aku ni. Tu sume kalau aku sesorang kar umah la. Kalau mak ader chop stik aku letak tepi la. Kang ader kene skolah x jadi makan lak. ngeeee.
Berbalik pasal mintak izin tu, aku agak terkejut ngan jawapan mak. Dialog nyer begini.

aku: Mak adik nak bitau ni jangan marah ea.
mak: ape dia.
aku: Awal bulan 2 nak jalan.
mak: nak gi mane?
aku: mak janji jangan marah tau
mak: cakap je la.
aku: Adik nak gi korea.
mak: Pegi la. nak gi ngan sape? berape hari?
aku: huh... (dalam hati biar betul mak aku ni) adik gi ngan bla bla bla bla... explain sume. pastu aku tanye. mak x marah?
mak: nape mak nak marah. pakai duit sendiri kan.

moral of da story. Jangan jugde benda y belum berlaku. Mak haku open minded hokey... 
Mummy i Love u!!!!!

So, 1 lagik to do list dah buat. aku excited xleh blah ni padahal final exam dah dekat. Date tu mmg cantek sangat. Hadiah abis study.. Mesti best sangat sebab tul2 abis final exam. Korea... wait for me. Winter dibumi Korea.. Wah gitu. Jakun x aku ^_^.

Wasalam.

Sunday 25 December 2011

Final Exam Fever.. Hamek ko!!

Bila nak masuk bulan 1 ni aku start la seram sejuk. Serius aku memang sangat cuak. Penentu ni. penentu sama ada jd pecinta UTM atau perindu UTM. Dah tak larat nak jd pecinta kot. Biar la rindu rinduan plak. Sampai masa kite sambung lagik ^_^. Minggu ni abis 1 lagi test. tinggal 1 lagik test minggu depan. Lepas tu hidup aku akan jadik bertambah huru hara. 

Sebagai mengatur strategi, habis dah aku pangkah calender mengatur strategi. Tapi lagik kelakar siap aku pangkah sekali date vacation 2012. Terjebak aku ngan perangai Hakak Yantot!!. Layanzzz. 4 subjek, 2 subjek killer yang mane aku ngulang sem ni. klu fail lagik aku rebus buku2 ni sume!! 2 lagik subjek 2 kredit jer. Ada berangan jugak nak score A. Tapi bile fikir2, no study no berangan la yer paE. Jadual final memang cantek. so rase xder la burden sangat. Kali ni aku nak all out. Kalau nampak hidung aku berdarah tu maksudnya aku terlebih study la tu. (pernah ker??) propa tak aku. Hokey pelajar2 sekalian. aku wish good luck la yer. Terutama dak2 SPACE jb.. Moge kite x jumpe lagik (Dalam UTM) hahahaha. Sebab klu jumpe lagik maksudnyer aku kene repeat lagik la tu. 

Jom Bace buku





Agak2 klu banyak bace buku leh jadik comel macam ni x?


Wasalam

Wednesday 21 December 2011

Aku belum kawen... So What??

Harini topik yang aku pilih adalah isu besar bagi sesetangah manusia macam aku. Sebenarnyer agak kecewa dengan apa yang terjadi tapi aku luahkan kat sini sebab ni blog aku. aku punye suka la. :p

Semalam dalam keadaan yang sangat penat balik keje sbb ada planned activity sbb production shut down. Seriously mmg penat. Aku smpt breakfast biskut n quick lunch jer. seharian aku berjalan kehulu kehilir dengan safety boot yang berat. So aku masuk kete kul 8 dalam keadaan y penat + Lapar tahap nak telan orang. As usual masuk jer kete, kuar dari pagar kilang aku akan dial number mak aku. Motip, melaksanakan tanggungjawab seorang anak y maknyer sendirian di kg. Bertanya kabar dan mendengar keluhan apa2 yang aku x tau. Normally aku akan tanye mak wat pe arini. makan ape. gi mane dll soalan biasa je tp kali ni permulaan topik perbualan agak panas. Bunyinyer camni.. Mak hot harini!! Ok tu bukan permulaan y baik bagi perbualan harini. Sesuatu yang menyakitkan hati mak telah berlaku.

Alkisahnyer ader seseorang yang dah bergelah Ajjumma kat kg dok suke nak bercerite tentang kisah orang lain. Sibuk2 la plak status anak orang yang belum berkahwin. Ayat yang sampai kat telinga mak mmg menyakitkan hati. Aku serius x paham, adakah kawin tu matlamat utama kehidupan yang perlu dipenuhi semata2. Dalam hidup ni klu x kawin xleh bahagia ker? dan sangat pelik.... Hoi korang ni hidup zaman batu ker nak sibuk2 dalam urusan hidup orang. Aku skang ok jer x kawin, ko sakit mate ke tgok aku x kawin? haaaa tahap macam tu aku annoy ngan ajumma ajumma tersebut!!

Anak dara tua? so what klu anak dara tua, aku bekerja, aku ada kerjaya n rase2 aku ni xder la jadik sampah masyarakat. Mak aku y mulia kat mate aku tu cukup bagi aku ilmu dan sesungguhnye sekarang ni aku bersyukur dan bahagia. Anak2 anda y dah berkahwin atas dasar xmo jd anak dara tua tu rase2 cukup bahagia ker? Klu sekarang bahagia, kekal ker bahagia tu. Dari sibuk2 hal orang, pi la doakan kebahagiaan anak sendiri.

Kepada sesiapa y dah berkahwin tu xyah la sibuk2 nak tanye orang macam aku ni bila nak kawen. Bersyukurka y korang dah kawin dah dah dapat memilih pasangan y baik (kalau baik la kan). Itu adalah kerana dalam hidup anda telah diberi pilihan yang baik. Dan x semua orang diberi pilihan macam tu. Aku? aku diberi pilihan tp pada aku pilihan tu bukan y baik. so aku pilih untuk stay cool dulu. Melilih? mmg la kene memilih. Sbb aku xmo la skang ni aku mampu nak pki kereta dan sewa rumah sendiri. mampu nak soping n plan vacation tetibe jadik x mampu sbb dah kawen. Sory to say aku mmg xnak pilih hidup macam tu sebab apa yang aku dah lalui dalam hidup aku ni cukup menyajar aku keperitan hidup. Dan x sanggup lagik menambah keperitan tu. Jangan judge orang dengan apa yang korang nampak sekarang sebb ape yang orang tu lalui korang x tau pun. So x payah la nak nasihatkan orang melainkan orang tu yang minta untuk dinasihatkan.

Ni antara never end soalan yang aku rase sangat menimbulkan rase sakit hati pada aku n kengkawan aku walaupun dah kawin.
1. Bila nak kawin?
2. Bila nak ada anak?
3. Bila nak tambah anak?
4. Nape rapat sangat anak tu?

Cubela persolan kehidupan ditukar secara positif dan membina sikit macam.
1. Bila abis study?
2. Xsambung Master ker?
3. Bila nak gi oversea?
4. Apa plan hidup lepas ni?

dan banyak lagik soalan membina korang boleh tanye klu dah xder modal sangat nak tanye. Setiap manusia ni sepatutnyer ader matlamat hidup. Target kehidupan. Aku pun macam tu jugak, beberapa matlamat hidup aku dah tecapai, beberapa lagik dalam mase terdekat. Sekarang aku sedang merancang beberapa target baru dalam hidup aku. Kawen mmg salah satu, tp bukan main target. So klu mis 1 target x bermaksud aku trus gagal ye. Aku masih ader banyak target lain y boleh aku capai.

Seriusly hati aku mmg remuk bile mak cite ape yang berlaku. Pastinyer Mak sangat sedih, tp luckily mak ni jenis y educated punyer orang dan boleh berfikir secara rasional dan amat memahami ape yang kami lalui. Hopefully mak live life cool la dengan ajumma2 sengal tu. Hidup ni terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan and Mummy i love you... i love you... i love you so much...

Serkian Wasalam

Monday 19 December 2011

Online shoping bagus ke?

Lately ni ada berurusan dengan online shopping ni. Ada la 4 ke 5 barang dah. Mula terjebak bila nak dapatkan collection Hyun Joong. Main percaya sebab memang nak sangat. Beratus jugak la price dia. Bayar pada Malaysia fan club. Mak aiiii nebes jgan la cite. Kalau nak kene tipu memang jawabnya aku pasrah dan redha jer la sedekah. Alhamdulillah semua barang sampai dan sangat puas hati. Walaupun agak lambat sebab import dari korea la kan. Sekuramg kurangnya sampai la jugak. setakat ni dah 3 kali barang aku deal ngan MY_KHJ. 2 barang dah dapat and 1 lagi OTW. Honestly sangat gembira and aku mula percaya la kat MY_KHJ. Admin, you're the best!!.

Barang kedua aku beli beg online. Bayar harini esok dah sampai. Siap bagi aku diskaun lagik. ouh happy nyer. Tapi sampai2 barang cacat!!. Kecewa nyer. Tapi mamat ni aku rase stock y jujur n amanah. Siap bagi replacement and barang tu sampai the day after. My God.... Lincahnyer mamat ni. Mintak maaf berguni. Siap bagi aku diskaun lagik sekali. Mak datuk baiknyer manusia ni. Ok bang len kali saya beli lagik. Miahahahaha. 

Tapi y last ni memang aku kecewa tahap nak belangkung orang. Nasib la barang y aku beli ni x berape nak penting dan murah jer. Kalau x sure habis page ko aku hack!! Hoiii dah sebulan aku bayar barang x pos lagik!! korang nak pos ikan pekasam ke hape. esok2!! berapa kali esok!! hahahaha ayat bos aku dah keluar. Ni tadi dia replay email cakap esok sampai. Anyway aku dah x mengharap dah. Kalau sampai bagusla. Kalau x sampai aku x kisah pun.. ko jangan mimpi la aku nak bukak web ko tu. Web macam bagus tp haprak!!.

Thursday 15 December 2011

Bungkusan Mayat?

Harini receiving kat office aku wat jantung aku nak luruh sekejap. Dok ngah syok layan keje depan PC tetibe dapat call dari receiving. Faizah, ada bungkusan mayat untuk awak. Huh!! bungkusan mayat?? kejap saya datang. Agak nebes ape la bala yang datang ni. Sampai jer kat receiving aku nak tergelak sakan. 


Ni la bungkusan mayat tu. hahahahaha. barang aku beli online rupenyer. sbb bungkusan ni sangat pelik cik kak y jaga recep tu nak tgok barang y aku beli. so aku buka la ckit bagi dia tgok. hahahahaha. Anyway sangat gembira ari ni sbb my to buy list dah bleh pangkah lagik satu. Pada insan-insan y tertentu. saya mintak maaf. Hati ini telah dilukai. wah gitu.

Thursday 8 December 2011

Destinasi 2012 bertambah

Pak tony dok promote baik punyer, aku pun terjebak la. Bertambah sudah destinasi 2012. Until Oct cukup dah dulu kot. cume meriki2 utk bulan 5 jer. Destinasi macam dah bermain2 difikiran. cume tunggu bile wit nak jatuh dari langit. huhuhuhu. So ape hasil tangkapan kite taun depan. Agak sengal sebab mmg x pernah pergi area borneo saner. Target cume nak ke KK jer tapi Hakak Yantot menyeru Brunei. So pk 5 min and trus ok kak date plz... Public Malaysia day. ON! pantas x kami. mmg xder la nak pk2 bagai tu. Tic x lah murah sangat sbb time balik tic x dapat promo tu. Total gedebak gedebuk RM 278. So layanzzzz. Dalam pade tu aku nyer cite2 nak gi KK trus jugak. Agak kamikazi gak sbb aku li solo tic. Weakend jer. RM 50 pi balik. Oct 2012. 

Dok beriya2 beli tic ni tetibe aku cakap la kat akak y aku x abis jalan lagik Singapore y sekangkang kere jer dari JB ni... and unexpected answer, aku pun!! huh!! x sangka. ko lagik hine okey.. Dok jb dr kecik tuuu.. kikikiki. Plan explore singapore telah dipangkah dalam calender. April 2012. Dekat tp jauhnyer date. Maklumla makcik tu ader banyak blurp blurp nyer trip. Aku tang blurp2 tu, poket masih lum izinkan. lagi pun nanti sun burn!! gediks x? x kisah pun sangat pasal sun burn tu tp kene wat lesen tu y pk 8 kali. Nanti yer kak. ngeh3...

okeh dengan ini aku umumkan y pembelian ticket dibekukan sehingga aku balik korea. Aku kene penuhkan tabung ayam. supaya dia boleh bertelur emas untuk dibawa ke korea.


Thursday 1 December 2011

Pengganti Katak pisang...

Sedang meriki2 pengganti katak pisang... jeng jeng jeng... orange kah?? hahahaha. klu travel gi korea bawak beg 45+10 muat x??  terjumpe sesuatu y menarik tp 45+10 liter jer lak.
Mari kite servey lagik... hehehehe

Sunday 27 November 2011

Parcel Dari Korea - KL - JB

Hello.. cik Faizah, sile tunggu saya di lobby ya. ada bungkusan untuk awak. Bungkusan?? oh no.. dah sampai. Apa lagik berdezumm la aku menuju ke lobby kilang ni... taraaaaaa!! pos lagu pun sampai. Excited x hengat ni trus mintak receptionist pisau nak bukan. Gelojoh giler. Dan ini lah dia bungkusan dari Korea...

Ni 2011 Breakdown 1st Showcase Photo book. Break down ni title first album single dia.


2012 U:Zoosin Calender. Sangat funky and ader karton U:Zoosin..

Diary U:Zoosin. nampak macam kanak2 rebina kan. tp seyes dalamnye sangan fun n funky. Detail sangat. sume ader. siap ader money management section lagik. 

Postcard ni sangat special. Siap ader kilat2 lagik.. dah macam real picture pun ader. 


Bookmark.

So last week mmg aku meroyan epy giler pasal bungkusan ni.. ader lagik 1 bungkusan lagik tp x confirm lagik dapat x.. harap2 dapat la kan... Lucky Special Edition ^_^

Thursday 24 November 2011

Visit Korea CF.

Motip la aku nak promot Korea ni la kan. Tapi sebab ader seseorang kat CF ni aku post la kat blog aku ni. Jom Visit Korea. Miahahahaha. Lucky emili!!




Tuesday 22 November 2011

Katak pisang dah mati..

Sangat sedih. aku cume nak tulis kat sini, katak pisang dan oren dah mati... Xpe la. xder jodoh kot dia ngan aku. ahahahahaha Gelak sambil nangis T_T

Friday 18 November 2011

Memori di Bandung

Hari ni tetibe mood nak menaip keyboard berada di tahap yang tertinggi  pulak. Motipnyer nak menguji daya ingatan dan keupayaan menulis karangan macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi kali ni mungkin banyak kesilapan tatabahasa yang akan berlaku disebabkan dah terpengaruh dengan perkataan chat yang sangat ringkas. Selamat membace yer.

Tajuk karangan kite kali ni adalah Trip to Bandung (30 Oct - 2 Nov 2010). Trip bandung ni adalah trip pertama aku bersama ibunda dan akak ker luar negara. saja la nak try jejalan ke luar negara. Bandung menjadi pilihan kerana ia lokasi y sesuai tuk SOPING!!.. yelah pegi pun ngan mak dan akak. sure la soping menjadi perkara y seronok. 

Disebabkan aku adalah minah kilang dah dulu operator aku sume from indonesia so banyak la talian hayat aku kat saner. since trip ni bersama ibunda, harusla percutian mak datin kan. xkan aku nak soh mak aku bawak backpack lak. and in additional, my sis pun ala2 mak datin so mmg namenyer percutian mak datin. (Harap2 akak aku x jumpe blog aku ni klu x sure gulai kawah aku). Beg troli menjadi pilihan tp aku x kose la nak berbag troli bagai. pergi pun cume 3 hari jer so beg belakang jer la. muat jer pun. 

Dulu aku mmg rapat ngan budak2 operator indonesia ni. dorang ni x sume y datang sini sbb susah malahan datang sini pun dorang kene bayar n bayarannyer org miskin x mampu pun. dan amat bernasib baik dikenalkan dengan Suci Rahmadani. Baik orangnya seperti namanya y suci tu. Datang malaysia cume nak amik pengalaman, and bila balik sane dia sambung Degree lak tu. so kire educated la jugak orangnya. Mula2 aku roger la suci y berada di Jakarta. Sile cuti yer suci. kakak mau datang ke bandung. hehehehe. Transport dan penyinapan diuruskan oleh suci. kire kami yang mak datin ni tinggal turun flight dan ader kete y tunggu. sangat selesa untuk orang tua.

Sampai je di airport bandung suci dah tunggu dengan avanzanya. siap ader pemandu sekali. Seingat aku kami sewa avanza tu RM150/day. Siap dengan pemandu. mungkin murah sbb suci yang uruskan semuanya. Perjalanan pertama ialah check in Hotel. sangat lupe nama hotel tu ape. x lah mahal sangat. dalam RM90/day. Dok 3 orang 3 malam. Murah sangat... ni permandangan sekitar hotel tu.






Sebab dulu bute IT dan x penah pun terpk nak buat blog makanye gambar sangat muka interframe. harap maaf la yer. Hotel ni aku sangat puas hati dalam serba serbi. 

Malam tu kami pun memulakan aktivity explore bandung for soping di Jalan Dago. Deretan factory outlet mmg sangat mabeles. Seriously said, klu kat melaysia ade macam ni mmg heaven la. antara factory outlet y dilawati adelah Donatello. x tau kenape tp aku mmg sangat suke kedai ni. kedai kasut. cantik2 kasut kat sini dan aku pun sambar la satu. 


  Design kedai mmg terbaik. ala2 mewah macam tu dan jual barang xde la mahal sangat. Kedai kat sini bukan sampai pagi tp sbb dah nak muntah berjalan bagai nak rak so kami pun balik la tido. mak pun dah komplain sakit kaki. sian dia. Tapi y aku mmg x puas hati ialah saiz baju sume kecik. huaaaaa.. aku y terlebey sihat ni kempunan la baju2 yang cantik tu. sangat kempunan. so dapat kasut jer la.

Esoknye distinasi kami adalah Kawah putih. sangat x tau ape tu kawah putih sebenarnyer. Mmg x wat research langsung pasal trip ni. so kami redah jer ikot cakap2 orang. Kawah putih rupenyer kawah gunung berapi yang ade belerang. putih tu sbb ade belerang. perjalanan ke kawah putih mengambil masa dalam 2 jam jugak. campur singgah tepi jalan beli makanan dalam kete. huhuhuhu. Jangan pandang rendah pada makanan tepi jalan sbb makanan tepi jalan la yang sedap. Suci pernah dok malaysia so mmg xder masalah langsung. mungkin dia pun tau ape tekak orang malaysia ni. and y bestnyer semua makanan tepi jalan y kami rase mmg sedap. 




Sekali tgok gambar macam kat tempat sejuk y ala2 salji gitu. macam kat alam fantasi pun ade. ni lah kawah putih... air kat kawah tu berkabus. sejuk + kandungan belerang yang tinggi. disebabkan permandangan opersekitaran yang ala2 alam fantasi ni ade la pasangan pengantin memilih lokasi ini untuk ambik gambar kawin. serious cantik..


ni pulak permandangan dari atas. 


Dalam perjalanan turun pulak kami pun feeling2 la atas bukit tu. Suhu dah permandangan macam cameron highland tp keaslian bukit ni masih terjaga la. masih natural. x macam cameron y dah tokak sane sini tu. Ade jugak petani yang tanam sayur dan strawbery. Operasi memetik strawbery pun dimulakan.


Yang bestnyer buah2 kat sini sume organik. xder bahan2 kimia ni. dan sangat murah... sangat2 murah. Actual price mmg x ingat tapi 3 kali ganda lebih murah. kami pun memetik la buah sepuas puasnye. cuci2 and makan kat situ jugak.

dah puas makan kami pun balik berehat seketika dan lapas magrib kami makan di atas bukit. sangat atas bukit. menu kami adalah nasik purple.



Beras purple ni padi bukit. kenape purple aku lupe nak tanye. tapi mmg sedap. ayam tu ayam madu yang dipanggang. sume tu dipanggang semua sedap kecuali sotong. sebab aku mmg suke makan sotong so tangan pun gatal la memilih sotong. tamak sakan pilih yang besar2 skali hamek kau. sotong tu sotong asin rupenyer. sotong masin.. macam ikan masin tu. lazat x paE!! hahahahaha gelak sakan mase makan bile mengingatkan ketamakkan aku terhadap sotong. permandanga sekitar mmg menarik. Nampak la bandar bandung tu dari atas tu. Perjalanan ke atas mengambil masa dalam 1 jam. bukit sangat curam dan Avanza yang kami naik memang hebat. Avanza kat malaysia pun macam ni ker. sangat lasak. Pengangkutan di bandung ni kebanyakkannya Avanza dan Inovo sahaja. mungkin dorang suka toyota dan kete ni boleh angkut ramai orang.
Menurut suci, mereka kebanyakkannya akan beli kete untuk disewakan. Duit sewa kete akan digunakan untuk bayar kereta tu. dan bila kereta tu dah abis bayar, mereka akan jual dan beli kereta lain untuk kegunaan sendiri which ofcozla monthly lebih murah sebab down payment tinggi. Macam tu la cara mereka nak survive la. klu kite kat malaysia, nak sewakan kete baru beli?? mungkin tidak. sayang giler. nak pinjamkan orang pun pk 8 kali kot. aku la tu. orang lain aku tak tau la.

Keesokkan harinya kami ke pasar baru. Pasar baru ni ala2 pasar payang tu la. Soping kat sini mmg lebih murah dari kat Factory outlet tp kene pandai pilih. ada yang sangat berkualiti tapi ada jugak y x sesuai. bak kate orang barang baik harga pun baik jugak la. perkara yang paling aku benci ialah. baju xder saiz. giler kecik orang kat banding ni. dorang x makan ke hape. hangen jer aku. tp mmg benar la. sebab kebanyakkan org L or XL or XXL ni mesti dr Malaysia atau Singapore. maklumlah negara mewah dengan makanan. maka segala pun terlebey la. termasukla kain nak wat baju kan. so pasrah jer la. so akak aku mmg heaven la soping. grrrrr.

Seharian soping bagai nak rak kat pasar baru ni, kami pun balik ke hotel. Penat mmg bagai nak rak la. skali time nak pek barang.. alamak.. cam x cukup beg jer. so akak aku pun kuarkan la bag magic dia. hahahaha bag ala2 org indon nak balik indon tu. kagum x? hahaha mane la dia dapat beg tu.

Sok pepagi kami pun siap2 untuk balik. Driver kami pun sampai dan kami pun ke airpot dan perasaan sedih pulok. mak sangat emo sedih sbb dia sangat rapat dengan driver kami tu. mak sampai sob sob nangis.. ish2... nasib ler budak tu masih blajar x abis klu x sure dah jd menantu dia. driver kami student medic yer. huhuhuhu. hebatkan. kami bagi jugak la tanda kenangan kat driber kami tu. belikan sedikit hadiah buat kenang kenangan.

jeng jeng jenggggggg. kejadian yang sangat kelakar di airport.. alkisahnyer kalau kite nak balik malaysia atau keluar dari indonesia kite kene bayar tax. halamak seyes lupe jumlah tax tu. bawah 100 la. kami mmg dah asingkan duit untuk tax awal2. Tetibe ader la pasangan suami isteri ni muka sedih nak nangis x bleh blah. kisahnyer dia dah habiskan sume duit cash sbb mmg ingat dah xder nak kene bayar ape2 lagik. so macam mane nak balik klu x bayar tax. Dorang pun datang kat akak aku mengadu nasib. tanye punye tanye dia org kl jer pun. ok la, mak pun bagi la duit utk mereka bayar tax. serious sangat happy muka dorang. berkali2 ucap terima kasih kat mak. yelah tgh susah ader orang tolong. mmg rahmat besar la kan. mase dok menunggu lepas check in tu dorang pun cakap la ni first time gi bandung, dan mmg x tau kene bayar tax. so mase berlegar2 kat dalam airport dorang mmg habiskan sume duit beli keychain la bagai kat kedai airport tu. tetibe kene bayar tax. mmg macam nak nangis laki binik tu... nasib la jumpe orang malaysia jugak. klu x macam mane. bile aku pkkan keadaan tu klu berlaku kat aku. sumpah aku dah nangis. hahahahaha. moral of da story, slalu la ader emergency money kat bag tu...



 

Monday 14 November 2011

Katak Pisang satu permulaan?

Disebabkan beberape plan yang akan datang makanyer persiapan telah dimulakan dan permulaan yang baik adalah beli katak pisang. Katak pisang adelah gelaran bagi beg travel ku ini. sangat katak pisang. Thanks to Hakak Yantie. Seyes suka pilihan anda ^_^



Sebelum ni klu gi mane2 cume bawak beg trolley jer. Tapi rasanya pasni mungkin akan berubah. lebih mudah rasanya. Tapi benarkah segalanya akan bermula disini?

Tiket balik confirm sudah!!

Dok kejar tiket murah nak gi phuket punyer pasal, amik 1 way jer dulu. murah giler. RM 30 jer termasuk tax. x ker murah tu. tp one way yer. saya ulangi one way. bile open jer balik nyer tic. ok time tu line giler bz. xleh masuk air asia. waiting room. ape kate org, minum kopi di waiting room. ok pastu pc hang lak. ok sabar. last2nyer malas la nak pk.. aku beli jer la tic balik bebile nanti. dalam hati pasrah dan redha jer la berape pun. 

As usual date promote mmg time aku x gaji lagik. sabo jer la. Tamat sudah time promote aku check la harga tic balik. hape!! RM200!! cis. malas la nak beli dulu. nanti2 la. nak beli tuk 3 org lak tu. and y leceh nyer nak kene gune duit plastik. 

Arini member 1 opes kate AA ader wat pomot. so ringan la tangan aku check tic price. huh 490.00batt. mahalnyer. eh jap. kompius. gi kat online currency converter. Erkk RM49. plus tax2 bagai RM129. 



Dalam hati mesti geng aku hangen jer sbb dia dah beli y RM200 tu. huk3. aku x bersalah. Aku pun ngan senyumnyer book and dah confirm dah. Alhamdulillah. Lega ok ^_^. Baru beli tic utk aku jer. y langik 2 tu kene tunggu maklumla aku bulan ni bulan utk Oppa Hyun joong ku. Eko no money dah...

Friday 11 November 2011

Memori USS Singapore..

Saje2 nak design pic head blog ni la kan. so carik la gambar2 dolu2 merayau bersama kengkawan gohonjeng.. tetibe... USS singapore!!~~ rindu teramat mase tu... Sebenarnye ni le first time jejalan bersama mereka... siapa mereka?? carik le sendiri... hik3. banyak sangat kenangan ketawa terbahak2. maklumla mereka sgt gohonjeng... tau x gohonjeng tu ape?? carik le sendiri...

Disebabkan kami sume sengal ubi keledek x tau nak gi camner.. langkah paling mudah adelah beli tic bas direct dr JB to USS. Bukan xnak explore tp tic masuk USS tu mahal gamaknyer so mase adalah sgt penting disini.. nak dok dalam USS sampai nak muntah gamaknyer..

So pepagi kene standby kat tune hotel danga bay... 7.00 pg bas nak gerak.. makanyer pas subuh sume pun lincah biawak bersiap siap gerak... Pg tuh.. lapar hokey... sampai jer carik minum + makan. roti jer la... dalam bas ape lagik tdo la.. Sedar2 dah sampi kastam. ok cuti umum sure la x ramai sangat org ke singapore.. awal pg plak tu. mesti dorang tgh dap2 ngorok... 

Sampai USS dalam kul 7 camtu... USS bukak kul 10... 1 jam lagik ni... so kami pun melakukan aksi2 ni..


Ni y terbaik la... y len x berape la.. suam2 kuku... Ok penat lompat... pusing2 lak kat kedai coklat..



Dok syok2 amik pic tetibe tokey kedai cekelat ni kuar. cakap xleh amik pic.. huh!! xleh amik pic.. rupenyer dia kate hiasan coklat dia ni selalu patah sbb org amik pic.. halahai.. aku bukan bergayut pun kat cekelat dia ni... tp xpe la. senyum n kami pun blah... 
Ok USS dah bukak.. jom beratur... mula2 masuk kite kene amik pete dah schedule program...



Kt USS ni ader banyak program y dorang buat. so klu mis rugi la kirenyer.. tp lapar!! jom carik kedai makan... kat cni ader kedai makan x halal yer. so siler refer peta. ader indicate kedai mane y halal.









Sile jgn convert ye harga makanan kat cni.. klu korang convert sure ralat giler nak kuar duit... so anggap jer la korang org singapore and gaji dalam dollar.. ahaks!! pitam.
dah kenyang kami pun... start meraound.. mula2 layan binatang ni.. comel giler.. 



Dorang buat macam musical. ok best.. pastu amik gambar.. 



Donkey show.. Ala2 dok dalam theater gitu

Jurasic park ni wet area. so simpan camera yer. naik bot. okey agak tercabut nyawa jugak sbb ader tetibe ader macam water fall




Peta laluan jurasic park


Ni live show. perang ngan lanun... ni pun wet area. so sape2 x bawak baju spare tu jgn le menggatal dok depan. dorang tembak gune air.. kitong pakai rain coat. so bleh dok depan.. hahahahaha.


Dance show. mmg hebat.


Ni gambar y aku paling suke... ader adegan lawak disini... hahahaha masihkah korang ingat??


ok malam dah. beli FM. y len mahal nak pitam so xyah beli. 


Lepas kuar dari USS kite pun merayau carik Hark Rock ni... 




On da way balik singgah plak Victoria Secret.. ape lagik. soping perfume ler... nyesal nanti klu x beli... x la mahal sangat. bleh layan lagik.




Mase tuk balik. sume macam tapai basi dah sbb kaki macam nak patah... beg merah tu propa jer yer. dorang bg free gift. amik la. bukan kene bayar pun. ^_^

Saturday 5 November 2011

Travel Vs Study

Hati melonjak2 nak travel tp study camner?? Dah setengah sem dah ni... nanti tetibe... jeng jeng jeng... final exam!!... pitam.... Date next travel mmg cantek sungguh... right after my final exam... sambut merdeka katenyer... merdeka sbb dah tamat sudah study ku... kikikiki... 

Sekarang dok kemaruk bace blog org... kumpul ilmu didada katenyer sebelum kite redah. Seyes, it will be my first backpack travel with my friend and i will go to KOREA... sangat awesome and sangat keje giler time wat decision nak beli tic...  Dapat lak geng kaki bertahi lalat di tapak kaki... ok set pae... beli... i like!!. 
sbb keje giler tu aku pun check2 kewangan... Alamak.. harus mengerah keringat ni.. okey, inspirasi dah ader. mari kite membanting tulang. 3 month to go...

Monday 24 October 2011

Solo Travel to korea in my mind ^_^

Sangat la terpk... agak2 klu aku gi korea sesorang ni ok x ek... hurmm sangat nak rase. Tp nape nk gi sorang? sbb aku nk buat ikot suke aku jer... kikikiki. nk stalker artis2 korea, nk gi tgok Mubank kat KBS... nak gi tgok sakura tu macam mane rupe dia.. Nk gi ngan kaki travel kompom dorang xmo kan... so solo travel was in my mind. Bile? target bulan 10 @ 11 2012.. So travel bulan 2 ni kene la sangat meninjau2 cara2 y terbaik untuk berada di seoul.. harap2 plan giler ni akan menjadi la... 

Ni Bangunan KBS 

Sukira Studio
Kat cni la tukie suju jd deejay... huhuhuhu glass wall. kan best klu dapat tgok dorang kat dalam tu...  

Tukie SUJU.
Mamat ni la y aku suke dalam Super Junior...

My Upcoming Travel.

Sangat excited tahap x leh blah bile pk pasal upcoming vacation... huhuhuhuhu... Setelah sekian lame dok usha jer tic air asia and dok diam2 jer sebab macam x mampooo aku kali ni berjaya jugak dapat tic gi KOREA... ahahahaha... Nape nak gi korea??? nape ekkk.. ooo sbb aku sangat meroyan tgok artis2 korea and drama2 korea y wat mate aku juling setiap kali ngadap.. kompom xleh wat keje len dah... So finally dapat la jugak aku gi bulan 2 ni... dekat dah kan... semangat punye pasal aku kene la kumpul wit... walaupun selame ni aku malas dah nk OT2 ni... tp disebabkan misi ni perlukan duwetttt makan semangat la aku dok ngadap PC kat opes ni.... xpe la... bukan susah pun... 

So perkara pertama nak kene wat adalah perancangan perjalanan... maklumla nak gi ngan kawan y mmg x penah gi jugak... so kene la study sume2 pasal korea ni... habis sume aku bace blog2 orang y penah gi...Ader kat side blog saye yer ^_^

blog korang mmg terbaikk la... ader jugak bace web2 dari korea.. maklumla dorang pun nak pomot negara dorang kan... so jenuh jugak la aku bace sume... tetibe jd peminat blog lak... rerasenye seblum aku gi saner dah kene pakai spec mate kot. rabun gamaknye... 


Okey... dah bace2 sume barulah tau macam mane nak start... mule2 plan la mane nak gi dulu... search la lokasi2 menarik y waib gi... kami akan disaner selame 8 hari 7 malam... dah dapat dah mane nak gi, kite tgok plak peta korea... mane la plak lokasi dia jgn lak nanti dok kehulu kehilir hape pun x dapat... motip adalah nak fully utilize mase kat sane nanti... and pastu plan lak transportation dia... haaaa nak kene naik flight, feri, bus and subway... erkkk banyak nye... camner la system dorang kat sane plak... so kene la print pete subway darang... sume ader di cni... 


hokey... kene print kaler yer... klu x xder makne nyer.... okey tu progress stakat ni... pasni nak check lak feri dan bus dorng... flight dah xder masalah sbb dah beli pun... Thanks Air asia... selalula wat pomot yer ^_^

Saturday 2 July 2011

Konvoi PD

Kenagan terindah jugak time merdeka. Konvoi merdeka katenyer...
Insan y terlibat ramai la... as pic below :)
Siap ader baju tema lagik... kete siap ader sticker... wah time ni mmg gempak. jiwe muda katenyer :p
Ni mamat2 y terlebey excited malam konvoi... Sticker tu y ader bendera tu... hehehehe
Ni kaum hawa y dah kepenatan... aku sorang driver wanita... nasib co pilot aku x berani tdo... hahahaha 
Ni port kitorang berkhemah... Cube teka sape y sedang mencangkung kesejukan tu :p

Lepas PD ke Melaka lak... kene saman park... sume kete terlibat... hahahaha sampai skang aku x bayar lagik... wakakakaka.