Followers

Showing posts with label Aku dan Camera. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Camera. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

Tanah Aina Fahad : Back to Nature

Actually ni cubaan ke 2 aku setelah cubaan pertama aku tadi gagal.. Dok melayan panggilan dan x sempat save lalu zassss hilang trus semua. Since aku ditahap kebosanan maksima.. Aku cube sekali lagik. Actually aku nk siapkan entry seoul dulu tp since dalam hp ni cume ade gambar Tanah aina maka kite proceed entry tanah aina dulu. Moge aku x blog dlm hati jer entry seoul tu huhu

Ok tercetusnye idea tanah aina ni bila mesyuarat wilayah selatan dah 2 kali miting tp gagal menghasilkan ape2 maka aku... Aku ker?? Ha boleh la aku telah memaksa mereka2 menyambut birthday kami iaitu aku ngan hang dhamin punye birthday dalam hutan. Bertema kan kuning.. Eh jap.. Baru teringat!! Mane baloon kuning!! Mane mane??? Hang dhamin nape kite lupe baloon kuning?? Na aku tuntut baloon kuning next trip hahahaha. 

Disebabkan ahli miting wilayah selatan y lain bz x dapat cuti maka aku pun memulakan perjalanan ke KL bersendirian. Plannyer nk tido rumah chawanna tp memandangkan perjalanan berliku ehh x lalu hiway tp jam bagai nk rak, finally aku give up dah tdo umah abang aku kat Seri Kembangan jek.. Mujur la cancel tdo umah na.. Rupenyer ade org sampai nk sembunyikan oven sebelum kehadiran ku.. Huhu

Melapurkan dari tempat kejadian

Keesokkan paginyer aku bergegas ke rumah na seawal 7 pagi. Sejam kemudian aku pun sampai dengan bantuan En Waze.. Mujur xder sesat barai. Aku jln KL ni mmg fail habis. Sampai2 jer aku dijamu oleh chawanna dengan roti canai y ditebar oleh cawan seawal 6 pagi.. Ha x tau la dia tebar kat mane.. Tp mmg sedap la. Tau2 jer aku x sarap lagik. Aqilah plak sedang bergumbira bermain dengan rakan sebayanye.. Tak lama kemudian, hang dhamin pun sampai.. Tiba2 aqilah jd pemalu umpama anak dara yang hendak dipinang. Trus masuk bilik.. Ya ampun hensem sangat ke hang dhamin nihhh??
 Hang dhamin sedang makan ruti canai..

Jam 9 kami pun gerak ke tanah aina. Masz kami tinggalkan memandangkan dia ade urusan seri paduka baginda dan kami yakin dia sangat kental untuk drive sendiri ke tanah aina. 

Ni dlm kete kak anash yer. Bukan kapal terbang.. 

Setelah memandu dlm 2 jam kami pun sampai. Tahniah pada chawanna kerana berjaya carik jalan yang benar dan kami hanye follow jek.

 Sebelum meneruskan perjalanan ayuh kite selfie dulu. Masz kite selfie bersama mase balik la yer



Setelah beg kami diangkat oleh pekerja resort umpama diva memasing berlenggang, first thing to do ialah isik borang dulu. Tanggung sendiri gitu. Kak anash sedang membaca dengan teliti setiap perkataan di borang. Setelah selesai kami pun makan. Naga pun dah mengaruk. Lepas makan kami ke hotel 5 bintang kami. Jom layan suasana perkarangan hotel kami. Detail hotel korang refer la blog mereka yang lain. Xder plak dlm hp aku ni nk share.


Ni bukan sekadar hiasan yer. Air kolam ni disedut dari sungai berhampiran.. Dan ianyer sentiasa baru. Sejuk sangat.

 Ready for next activity.. Mandi sungai.

Ayuh.. Tak sabar dah mase ni.

Permandangan sungai.. Air agak deras. Kami wajib menggunakan life jacket. Dan dikawal oleh pekerja disini.

    Selfie berjemaah lagik..

Setelah puas berkubang sampai kecut semua jari jemari yang halus ni, kami pun naik. Masing2 berehat di dlam khemah y persis sauna. Ha gitu kepanasan. Bertemakan kuning bagai, kami pun bersiap untuk minum petang. Tetibe kak Anash hadir dengan Kek Birthday bagai... Yang ni mmg aku x jangka pun.. Rupenyer depa berkomplot baking kek bagai ha.. Hasil kerja Aqilah, Kak Anash dan Chawanna. Tu yang sampai nk sorok oven bagai tu... Terharu aku.. Thanks a lot la... Deco by Aqilah ok.. G for girl and B for Boy.. So sweet.

    Aku ngah hantar report kat mak bgtau dah sampai.

    Polkadot HD blanje.. Thanks HD.

    Us party dalam kekenyangan.

    Sesi photography sgt..

   Main susun2 polkadot.

    Photography session.

    Persis retis berposing.

    Dan lagik...

   Dinner plak.

Sesudah dinner kami layan so call live band inport has dari Indonesia. Bukan main ha sume lagu dangdut. Aku masuk bilik jap nk tukar baju tetibe dengar org main piano. Rupenyer Kak Anash main piano Lagu birthday... Kemudian disusuli Lagu birthday versi dangdut.. hahahaha.. Thanks sume..

Berakhirla hari pertama kami di Tanah Aina.. Day 2 esok la aku sambung. Dah malam ni nk tido..
Bye..


Saturday, 25 February 2012

Aku, Camera dan Korea ^_^

Entry ni nak share gambar2 yang aku snap masa kat korea. Camera yang aku guna cuma Panasonic Lumix Power Shot. Xder la sanggih mana tp ok la. Secukup rase.

Sunset di Korea. Ambil dari Namsan Tower. Tgah amik gambar tetibe ader flight lalu.. Macam bonus lak. Suasana kat sini masa tu sejuk yang amat sebab angin kuat.

Lokasi Odealgae kat Jeju. Laut biru saujana mata memandang. Awesome adalah perkataan yang terbaik utk menceritakan segalanya.

Lokasi Odealgae Jeju jugak tapi side lain. Macam lukisan imiginasi. Tapi ni reality.


Lokasi pantai kat area Halim park Jeju. Siap ada sampan karam. Angin kuat time ni. Sejuk sangat.

Lolasi Cliff nearby musium teddy bear jeju. Uniknye cliff ni batu2 dia berbentuk hexagon.


Lokasi Ilchibong Jeju. Sebab awan tebal so macam kelam jer. Tapi permandangan kat sini cantik


Lokasi Halim park Jeju. Skill la katenyer amik gambar burung dalam sangkar. Tapi suka sangat.

Lokasi halim park Jeju. Burung ni macam itik pun ada. Warna warni. Malu la konon nyorok muka tu. Puas aku tunggu nak amik muka dia xmo. Cis..


Sekian tu jer bubie... ^_^