Followers

Showing posts with label Korea Winter 2012 : Seoul. Show all posts
Showing posts with label Korea Winter 2012 : Seoul. Show all posts

Monday, 23 April 2012

Visit Korea during Winter

Ada kawan Kpop nak gi korea during Winter. Jan plak tu. hehehehe kompomla sejuk giler time tu. Since ni first time dia nak gi saner so aku wat entry ni tuk bagi info sikit. Sebenarnye nak bagi info masa dia nak dekat2 nak gi nanti tapi since few thing dia nak kene look in to. Bagi jer la awal2. Hope 15 hari kat saner akan sangat awesome.

Hostel.
1. Since pegi time winter harusla kene book hotel/ hostel/motel awal2. Sat lagik penuh jenuh lak nak tdo sejuk2.
2. Booking hostel 2 bulan sebelum dan reconfirm sebulan sebelum date.
3. Pilih hostel yang dekat dengan subway supaya senang nak bergerak nanti.
4. Print out map lokasi hostel in case sesat nanti. Senang nak tanye orang.
5. Dan yang teramat penting amik no phone hostel yang korang dah book. Senang nanti klu x jumpe leh call.
6. Print Email booking sbg bukti booking.
7. Recept kat hostel2 ni selalunyer x pandai English. Prepare yourself. Google translate la awal2 ape2 yang korang nak cakap mase nak check in or out. Supaya x jadi macam ayam ngan itik. Aku dah merase. hahahaha pening.

Transportation
1. Amat mudah kalau ada T-money. Ala2 touch n go card gitu. Sume public transport leh pakai. Ada jual kat kedai2 kat airport.
2. Book awal2 tic flight atau ferry utk long distant journey. Contohnyer dr seoul ke Jeju. Kalau nak naik ferry check jadual perjalanan.
3. Print latest subway map. Senang nak plan perjalanan nanti.
4. Check your flight tic. Klu arrival malam alamat kene la carik hotel dekat2 airport. Unless x kisah spend more money on cab fees. Agak mahal sbb dia dah kire mid night fee. Subway akan stop 11.45 PM. So kalau flight sampai dalam kul 10 tu sesalunye x sempat nk sampai middle Seoul.

Food.
1. Kalau budget travel bawak ape2 yang patut. Instant nasik ada jual kat Family mart. so no worry.
2. Kalau nak makan kat kedai makan, perkataan yang perlu cakap ialah NO KOGI. (daging). Untuk safe mode makan la kat kedai seafood jer.

Baju
1. Actually x perlu baju yang sangat tebal asalkan warm. Long John, T shirt and Jacket dah ok dah.
2. Bawak stokin yang banyak. 1 hari 1 pasang.
3. Sarung tangan nipis tapi warm.
4. Klu pegi pulau macam jeju sile pakai penutup mulut tu. klu x semput nak bernapas. Sejuk dan berangin = pengsan!! hahahaha.. ni gambar aku mase kat jeju yang sejuk + berangin tahap nak terbang. Tangan masuk kocek sbb x tahan sejuk ahahahaha.



Itinerary
1. Plan tempat2 y nk pegi, google how to be there.
2. Google translate la dalam bahasa korea tempat yang nak pegi tu. Nanti senang nk tunjuk kat driver bus @ cab. Terutama klu gi Jeju. Driver x pandai English.

Barang2 lain
1. Hand and body losyen. ( Bace la pasal hard water )
2. Handplas
3. lip ice
4. Kompom kaki ala2 nak tanggal sbb menapak. Bawak la ubat2 y sesuai.

Do not
1. Jangan minum tap water. Buy mineral water
2. Jangan bawak barang banyak2. Nanti x larat nak bawak naik turun subway. kebanyakkan kene naik turun tangga.

Tempat menarik
ni tempat2 yang aku dah research nak pegi tp x sempat nak pegi sume aritu. sile la pilih disini ^_^. Tapi klu Kpop mision kene wat aditional sikit la. Aku x start wat research lagik. Tapi aku mmg teringin nak pi Mubank tu. Tapi time winter ni aku rase toksah la. Kompom korang beku mase nak Q. huhuhu. Satu lagik yang aku menyesal sampai skang ialah x dapat gi carik kedai CD. x sempat. Denga2 ada kat Insadong ngan Dandaenum.

Ada free tic dari seoul ke destinasi2 tertentu. Sile la korek blog aku label korea tu. Ni link dia.

Okeh Sha. Anything nak tanye just email me. Klu aku x dapat jawab aku leh tanye kengkawan travel yang sangat la otai2 ni.. hehehehe aku beginner jer. kikiki.. Gud Luck.

^_^

Saturday, 25 February 2012

Review Travel to Korea Feb 2012

Dok jalan2 korea tu mata memandang otak berfikir. Kadang2 kite ke tempat orang ni kene la belajar dan amik tauladan. So entry ni nak cite review overall pasal korea. 

Seoul
Bandar yang sesak dan semua orang sibuk. Kalau time masuk keje atau balik keje subway mmg penuh dan semua orang nak cepat. Subway 3 tingkat dalam tanah. Kalau ader escalator to mmg nikmat la. Kalau xder tu gigih la menapak. Nak cari bangunan mmg sukar sebab alamat bangunan x tersusun. Perlukan HP yang canggih tuk google map. Tapi dalam sesak2 tu ader jagak tempat2 yang cantik. Kalau taman contohnyer taman yang nak ke namsan tower tu mmg best. Bersih. Susah nak carik tong sampah tepi jalan. Ada pasar2 yang menggugat iman jugak. so prepare la duit.

Busan
Bandar yang agak tersusun. Lokasi tepi pantai. Sangat kagum dengan kebersihan pantai dia sampai burung2 leh datang berterbangan. Tempat2 menarik mmg akan related nagn laut sbb dia mmg tepi laut.

Jeju
Pemandangan pada lokasi2 tertentu mmg AWESOME. Boleh wat tergamam seketika. Musium2 agak mahal tapi entrance fee tuk tempat2 permandangan ni murah atau percuma. Pulau yang agak besar. Ada jugak perkampungan. Kawasan bandar agak tersusun dan deretan kedai banyaknyer tuk hiking sebab Mt halasan mmg kat tengah2 Jeju. Makanan seafood mmg fresh. Xder subway so kene naik bas atau cab. so mahal untuk transportation. Ada banyak information center so x susah tuk dapatkan maklumat.

Warga tua Korea
Sangat gigih. Atuk2 dalam umur 70 ke 80 an naik subway, naik bas. Mereka jarang naik cab sebab mahal la kot. Suka hiking dan jalan kat cliff2 tu. Kuatnyer mereka!! amat ramah walaupun dorang x paham English. Sedaya upaya nak bercerita dengan kite. Kalau yang pandai english akan sedia membantu. Kalau mintak tolong atau bertanya mereka akan tolong sedaya upaya.

Warga muda Korea.
Kalau yang x pandai english mereka akan cuba avoid kite. x confident kot nak explain. Sape2 yang pandai english tu mereka akan willing to help dan kadang2 tu offer nak tolong klu nampak kite lost. Mereka sanggup hantar kite ke lokasi yang kite nak pergi walaupun agak jauh. Sanggup call sana sini tuk tolong. Tapi x semua orang la. Mungkin yang aku jumpe ni kebetulan yang baik dan pandai speaking.

Kemudahan pengangkutan
Harga minyak sangat mahal. Pengangkutan utama ialah subway dan bas. Semua perkhidmatan awam sangat on time. Semua orang menggunakan T money sebab nak cepat. Flight punyer price agak murah dan perkhidmatan mereka sangat baik. Mungkin sebab banyak competitor. 

Telephone mobile
Warga tua suka pakai Samsung. Pakcik2 yang keje opes ni selalunye pakai note atau SII. Student suka pakai iphone. Hp kat sana murah sebab line sekali ngan Hp so kebanyakkan offer contract 2 tahun. So sume orang mmg pakai hp yang canggih manggih ni la. 

Burung belatuk
Tang ni tetiba balik Malaysia dah terikut2 lak. Orang korea ni kalau berjumpa dan ucap terima kasih akan tunduk sikit kepala. Lagik2 kalau dengan warga tua. Seminggu kat korea surela selalu tanya sana sini. So tiap kalu cakap kamsahamnida ni aku mmg akan automatik tunduk sikit kepala. Tanda hormat gitu. Bila balik malaysia gigihla terikut peel tu. Bile cakap terina kasih atau bersimpang ngan sape2 senyum automatik kepala aku akan bergerak sekurang2nya 2 cm tunduk. Huhuhuhu. xpela. budaya yang baik kot. layannnn

Benda yang perlu bawak travel time winter
First time gi korea time winter ni banyak la belajar apa yang perlu dan x perlu. Ni list yang wajib pada aku.
1. Losyen / pelembab / Skin oil (Sangat penting!!)
2. Handyplas
3. Ketip kuku - Potong kulit kuku yang luka
4. Lip balm - bibir kering dan menggelupas
5. Baju sejuk ikot kesesuaian.
6. Stokin yang banyak - Banyak berjalan kaki pun harummmm

Kat korea time winter humidity rendah. Sangat kering. Kulit kite akan kering. Yang aku hadapi kulit atas jari akan luka2 sampai berdarah. Maybe kulit aku sangat sensetip la kot.

Cik paE dok menampal tangan yang luke.

 Hasilnyer... yummy2 T_T

Benda yang aku bawak tp x perlu / xpenting wat berat beg jer
1. Blanket
2. Baju Sejuk yang tebal - maybe badan aku sihat terlebih haba.
3. Toiletries - Kat guest house sume ada.

Bile nak gi lagik... Serius aku akan gi korea lagik sebab banyak tempat x gi lagik. Antara tampat yang aku nak jejak ialah
1. Mt Sorak
2. Mt Halasan
3. Gyenju
4. Misi Kpop (Dengar2 ada concert Hyun Joong kat busan March 2013.. Haruskah??)
5. Jeju.


Okeyy bubieee ^_^




Friday, 24 February 2012

Total Perbelanjaan Korea Feb 2012

Disebabkan ramai yang dok tanye total perbelanjaan ke Korea. So aku wat la entry ni untuk referent korang. Ramai yang dok tanye ni mesti ramai yang plan nak pergi la kot. Ok detail perbelanjaan adalah seperti berikut :-

Hostel
1. Seoul - Sunshine guesthouse = 18,000 Won
2. Busan - Pusan Inn = 17,500 Won
3. Jeju - Global Motel = 16,500 Won
4. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
5. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
6. Jeju- Global Motel = 13,300 Won
7. Seoul - Green field motel = 21,600 Won (Extend till 7pm)

(Kiraan tuk 1 bilik 2 orang)

Total = 116,900 Won

Transport
Subway + Bus T money = 36,000 Won
KTX seoul busan = 43,300 Won
jeju air Flight Busan - Jeju = 38,900 Won
Jeju air Flight Jeju - Gimpo = 37,800 Won
Air Asia KL - Incheon = RM 681 (Include luggage balik 15kg and meal balik)
Bas JB-LCCT = RM 44
Busan Tour = 8,000 Won

Total = 164,000 Won + RM 725

Ticket2 masuk
Teddy bear musium = 8,000 Won
Halim's Park = 9,000 Won
Manjanggul Cave = 1,100 Won
Cheonjiyeon Waterfall = 2,000 Won
Taejong Busan = 1,500 Won
Aquarium Busan = 22,000 Won
Haeyoe Musium = 2,000 Won
Chocolate land = 3,000 Won

Total = 48,600

Grand Total = 329,500 Won = RM883.52 + RM 725 = RM1608.52

Makan = RM 300 (makan sangat x mewah pastu siap ader bekal roti dll dr malaysia)
Soping = RM 500 (Sikit cenderahati + baju sweater + keronsang + rantai silver dll)

Grand total = RM2400

Conversion RM - Won = 1,000 Won = RM 2.7


Wednesday, 22 February 2012

Korea Day 8 - Seoul ( Last Day )

Hari ni merupakan hari yang terakhir kat Korea. Alaaa x nak balik lagik tapi badan dah x larat dan duit pun dah ranap. Wajib la balik jugak. Boleh gitu. Plan harini akan ke Nami Island tp aku rase klu aku follow jugak ke Nami Island akan menyusahkan orang. Badan tak berapa sihat sebab sejuk sangat. Sebenarnye aku dah demam pun. Makanya aku suruh diorang  teruskan perjalanan ke Nami. Aku sambung tarik selimut sampai kul 9am. Badan pun dah ok ckit aku siap2 nak berjalan la. Rugi la plak dok dalam bilik jer. Destinasi pilihan ialah Myeondong. Semalam dok meroung myondong macam x best sebab dah malam. so banyak kedai dah tutup. Perjalanan mudah jer sebab naik subway jer. 

Sampai je aku agak blur. Mak aihhhh banyak nyer kedai. Happening sesangat. Banyak betul kedai. Kalau naik dalam bangunan bersambung2. Macam2 ada. Duit jer la yang x berape nak ada. Dapat la jugak beli sikit2 tuk buah tangan. Apa yang aku lihat orang Korea ni gigih!!. Nenek2 ngan datuk2 ni gigih la meniaga. Aku sangat kagum.


 Ni antara deretan kedai yang baru nak bukak. Almaklumla aku datang dalam kul9. Ajushi2 baru nak bukak kedai. 

Yang bawah lak antara kedai2 yang jual pelbagai kimchi dan seafood. Kimchi kat sini aku x berani nak beli sebab dia macam ada perisa2 daging termasukla oik2. tp tgok macam lazat jew..

  Yang atas ni kedai jual accessories tul oh wanita.. barang2 silver pun ada. Keronsang yang cantik2 banyak dannnnnn price klu convert leh wat korang pk 2 kali nak beli. Tapi aku beli jugak la. Kenangan katanya. Keronsang li tuk family jer. 

yang bawah ni kedai2 kpop yang wat aku sawan. Banyak gak aku bali. Puas hati aku!! Banyak giler. Yang dalam gambar ni luar kedai sahaja. Tengah2 tu ada pintu yang menuju ke ranapan wallet aku. kikiki. Tp aku suke. Nanti aku datang lagik nak beli lagik. miahahahaha. Harga klu nak compare beli kat malaysia sangat berbeza. Dengan erti kata lain murah sesangat.

 Myeondong sangat besar. banyak kedai sampai aku dah x tau mana lorong yang aku lum lalu. last2 aku dah x larat aku give up. Misi seterusnye ke Itaewon semula. Aku nak kene gi satu kedai jual baju Hardrock cafe. Motipnye mula2 nak beli Hard rock ori tp kedai dah tutup 2 taun lepas. So kite carik yang imitation jer la. hahahaha. Kiriman orang tu. Perjalanan menaiki subway pun x lame sangat. dapat 3 lai aku pun round lagik jumpe lak tali tai. Sangat cantik dan kain dia sangat ok. Tp nak beli sapa nak pakai. Disebabkan sangat tertarik aku beli la satu. 8K Won jer. Murah la pada aku. Disebabkan aku rase dah penat giler dan badan macam nak pengsan dah aku pun balik ke guesthouse. Tunggu kawan aku balik dari nami pastu nak ke Airport tuk balik KL.

Sampai kat guesthouse dorang lum sampai lagik. Aku kemas2 pastu ajumma cal cakap bile nak check out.. Ah sudahhh.. aku cakap la kul 3. ngan harapan kawan2 aku balik seblum tu. Ajumma kata kene pay 10 K Won. Mak aihhh 3 jam 10K Won. mahal tu.. xpe la dari aku nak ngangkut beg sume lagi mati aku. Aku pun bayar la. Kul 3 ajumma tepun lagik. Aku pun turun la kat bawah cakap yang aku xleh nak checkout lagik sebab kawan aku lum balik lagik tapi kami aku check out petang ni sebab flight malam ni. Komunikasi sangat blur sbb ajumma x paham. Aku siap tunjuk kat jam dinding kul 12 malam sambil tgn terbang ala2 nak mention flight. Dengan muka yakin ajumma tu soh bayar lagik 20K Won. Huh!! pitam... bayar jer la. nak wat camner. Dalam kul 6 kawan aku pun balik dari nami. kami kemas2 dan kuar dari bilik. Ajumma tu nampak sambil jerit2.. Apa pulak. Aku dah bayar 30K Won ni. nak marah dah ni. Tetibe ajumma tu pulang 10K Won. ait... macam nak mati aku explain dia x paham rupenyer. Extend bilik sampai kul 7 actually bayar 20K Won jer. ok la.

Kami trus amik subway ke Incheon Airport. Sampai2 trus check in beg. Huh lega giler aku bawak beg kecik jer. Heaven tuh. Tak lame lepas tu kami pun check in masuk. Kawan aku singgah nak beli kosmetik sikit. Layan.. Tetibe aku teringat ada poscard tuk My_KHJ lum pos. Alamak.. aku tanya2 rupenya ada pos box kat tengah2 airpot tu. Apa lagik. aku pun berlari la nak pos jugak poscard tu. Post box tu kat information counter rupenyer. dia nak tic flight lak. aduhai. dah bagi sume2 yang dia nak aku pun berlari balik kt tempat kawan aku tunggu. Kami kene naik satu lagik train untuk masuk flight. Dah sampai kat wing airport yang betul aku pun relex2 sebab ada masa lagik. Sekali nampak kedai jual CD. Touching kejap sebab aku x sempat nak gi carik kedai jual CD kat Seoul. Trus aku grap 1 CD secret. X panyak pilihan. Ikot plan asal aku nak beli CD Beast, TVXQ, Super Junior, IU, SNSD dan Cn Blue. Tp x dapat T_T nanges!! Dapat Secret je. 12USD. mahal ker?? x tau. macam murah sbb kat mesia macam mahal jer. So next time gi seoul mmg aku akan carik jugak kedai jual CD!!. tp biler tuh?? huhuhuhu. tungguu..

30 min selepas tu kami pun terbang ke Malaysia... Oh tanah air kuuuu..

Tamat la sudah perjalanan ke Korea Feb 2012...

Monday, 20 February 2012

Korea Day 7 - Jeju - Seoul

Dok bace2 my blog list tu ader lak kisah resize picture.. hahahaha aku x penah wat. Okeh entry ni aku wat la.. Maceh yer. Suka sangat nasihat2 membina ni.

Wokeh. Perjalanan diteruskan. Harini kami akan ke Seoul semula. Flight awal pagi. So lepas solat subuh aku dah kerah sume orang bangun siap2. Kalau terlepas flight ni sia2 jer. Kul 7pg sume dah siap2. Disebabkan nak cepat, kami tahan cab jer la. X nak pening2 nak naik bas. Flight kul 8pg. Alhamdulillah xder sebarang aral. Dah check in beg, kami sempat bekpes jap. makan roti ngan coffe jer la jawabnyer. Perjalanan Jeju - Seoul dalam 50min jer. Disebabkan dah dalam keletihan aku pun kroihhhh jer dalam flight tu. Sampai Seoul dalam kul 9pg. Kami turun kat Gimpo Airport. Sebelum meronda2 Seoul kami nak letak dulu beg kat Guess house. Disebabkan lokasi Sunshine guesthouse sangat dekat ngan subway so kami plan nak tdo kat situ jer tp memandangkan kurang berpuas hati sikit dengan keadaan bilik dia last2 kami tdo kat gueshouse berhadapan ngan Sunshine hostel. Agak murah dapat masa tu. 30K Won per bilik. Sebab aku share so sorang 15K Won jer. Ok la. Lepas letak beg kami pun kuar balik. Destinasi kami ialah Itaewon. Kat Itaewon ader Masjid. Dan jugak motip nak makan kat area2 Itaewon tu. kami bertemu dengan studen UTM. Mereka pun nak ke Masjid. So kami follow jer la dorang. Alang2 dah sampai kami nak zuhur trus. Tetibe ramai lak rang datang. Ok agaknye mmg selalu orang ramai kot. Tetibe ada khutbah. Ehh, check punye check rupenye hari ni ari jumaat. So semayang jumaat la gamaknyer. Astarafirullahalazim.. Serius kami lupa hari ni hari jumaat. Alang2 dah dok dalam masjid kami trus jer la denga khutbah. Khutbah dalam bahasa Inggeris, Korea dan English. Xder script. Spontan.. Hebatkan. Lepas solat kami pun turun la nak keluar masjid. Punye la ramai umat islam kat luar masjid. Kat Masjid ni lepas solat mereka makan roti dan susu. Ada orang sedekah agaknye. Ni gambar di sekitar Masjid Itaewon.

 Perut dah menyanyikan lagu riang. Kami pun mencari kedai nak makan. Kalau boleh nak makan makanan korea yang halal. Nampak jer halal korean food kami pun masuk. Ah sudahhhh sume pun orang Malaysia. Ada student rombongan UTM tadi dan ada jugak student yang mmg belajar kat korea. So amik kesempatan la tanya macam mana nak ke Nami Island. Tetibe ada sorang student tu offer nak jd driver kami ke nami island dan trus hantar ke airport. Bayarannya 50K Won per head. Mak aihhh mahal. Dalam RM150 per head. Diluar kemampuan gamaknyer. Kat kedai makan ni ada sorang pekerja je. Dia la masak, dia la amik order. So agak lambat. Aku makan bibibap jer. Boleh tahan la. 8K Won. 

Lepas dah kenyang kami pun ke kedai2 area Itaewon tu. Kat sini beli la sikit buah tangan tuk bawak balik. sikit2 jer sebab agak mahal. Lepas bersoping kami pun jalan lagik. Motipnye nak carik namsan tour. Jalan punye la jauh. Dari bawah dah nampak dah. Macam x yakin jer nak menapak. Mendaki bukit lak tu. Disebabkan kite ni x lame kar seoul ni maka aku x suggest korang naik mendaki. Bukannye malas tapi buang tenaga dan masa. Masa tu korang leh gi kat tempat lain lak sebenarnyer. Tapi kami sebenarnye ala2 sengal x tahu, so menapak la naik. 

Sepanjang perjalanan kami menikmati kesejukkan. hahahaha. aku pun pelik macam mane aku leh berpeluh sepanjang mendaki bukit ke namsan tower tu. Perjalanan menapak nak dekat 1 jam setengah. Macam nak patah kaki aku. Sampai kat atas tu dah nk sunset dah. Mmg cantek jer timing. Ni gambar2 yang sempat aku amik mase nak sunset. 




Alkisahnye sesampai jer gigih la memanjat naik nak amik gambar sunset. ramai la orang nagn camera2 besor gabak. Aku ngan camera secoet ni nyelit la. Hasilnyer tu ler gambar yang tengah2 tu. Tengah syok2 layan sunset tetibe angin kuat bertiup... Fuihhh aku ngan baju berpeluh tadi dah macam pakai baju ais. Sejuk x hengat. Kalah jeju ooo. Gigil aku time ni. Last2 give up. Terus masuk dalam cafe. Beli keychain. Motip nak tulis la. Kan namsan tower tempat pengikat kasih sayang kata nye. Janji cinta sehidup semati dimangga di namsan tower. kami pun gigih la tulis tp x pakai mangga pun. Mahal nak mampuihhh. aku iklat pki keychain jer. hahahaha bijak x??

Persembahan namsan tower bermula. adeh sanggih la. kagum dalam kesejukkan. Tetibe teringan cite BOF. sempat la amik gambar kar tempat Lee Min Ho dok.


Kat sini la Min Ho dok tunggu Jandi tu. Boleh feeling drama korea jap. Oleh kerana dah kejung kesejukkan kami pun turun. Sebenarnya ada jer bas nak naik turun namsan tower ni. Bas ni lak mmg akan ke destinasi2 yang must go kat area seoul ni. Rugi la plak rasanya. Klu tau pasal bas ni sure dapat gi tempat lain jugak. So next destinasi ialah Myeondong. Tapi disebabkan kami sampai dah malam, kedai pun dah nak tutup. Dapat la masuk satu dua kedai. Salah satu kedai yang aku masuk ialah.. jeng2.. kedai barang Kpop!!. Binasa la duit aku time tu. Masuk2 jer orang kedai tu tanye aku minat sapa. Aku sebut la Kim Hyun Joong. Trus dia kumpul sume barang hyun Joong. mak aihhhh.. ranap!!!. macam2 ada. yang perlu time ni adalah poket yang tebal. Beli la jugak poster, tumbler, sticky note dll.. Dll tu paham2 jer la. Banyak la jugak. Barang2 Kpop yang aku beli akan aku tulis special entry..Miahahahaha.. Disebabkan wallet aku dah ranap cepat2 aku kuar. xleh lame2 dok situ. Mau papa kedana aku. seterusnye kami ke Itaewon semula. Nak makan lagik gamaknye. Last2nye masuk kedai India muslim. Menyediakan buffet.16K Won perhead. Mahal la jugak tp disebabkan macam best layannnn.. Dari Itaewon kami trus balik ke Guesthouse. Kaki aku nak patah dah menapak. Telan panadol aku pun pengsan.... Selamat malam Seoul!!~~

Esok last day dah!!~~



Tuesday, 14 February 2012

Korea Day 1 - JB - KL - Seoul

Seminggu x bukak blog langsung. Hari ni akan start nak menulis pasal trip ke Korea dari 4 Nov hingga 11 Nov. Sebagai mukadimah aku cume dapat membayangkan kat semua yang korea is awesome. Disiplin mereka memamg tip top. Aku sangat kagum sebab Korea adalah negara yang agak susah nak jumpa tong sampah tepi jalan tapi xder nampah sampah merata2. Aku puas dok perati mane dorang buang sampah dan akhirnyer aku nampak live... jeng3.. dorang akan kumpul sampah dalam hand bag dorang. So bile jumpa tong sampah baru la dorang keluarkan dari hand bag.

Disebabkan naik dari LCCT kul 2.40 pm , so kami bergerak dari JB tengah malam kul 12.00am. Mula2 plan nak kene singgah banyak tempat sebab nak kene tukar duit tp last2 kawan kat KL dah tukarkan, So pagi sok sempat la lalalalala kat KL dulu gamaknya. Bag aku 12 Kg blakang dang 2 kg depan.

Sesampai kt TBS awal pagi sangat subuh pun x lagik maka kami pun carik port tuk tdo sementara menantikan subuh.


Merempat dibumi sendiri. 
Lepas subuh solat dan sambung tido kat dalam surau sampai la nak dekat kul 8.00pg. kawan Kitorang pun sampai bawak duit jutaan Won. Jeng3.. aku kaya!!

Kaya kat malaysia jer. rupenyer kat korea aku xder la kaya naw. Miskin jugak. Sarapan kat TBS.




Masih lagik mamai while waiting makanan sampai.

Kami trus jer ke KL central dan ke LCCT. Sampai kat LCCT  trus check in luggage, solat dan check in. Ngam2 jer trus beratur naik bas. hahahahaha Lalalalala la sangat. Sengal tul. penat aku berlari2 ngan beg tu. Hampeh...


Perjalanan dari KL ker seoul nak dekat 6 jam. Kami sampai seoul dalam kul 9.00pm waktu korea. amik beg, beli T money pastu gigih berjalan carik subway. Kami bertekad nak sampai guesthouse malam ni. Dapat jer naik train yang betul bukan main lega. Dalam train siap tanye ajushi betul tak kami nyer plan nak kene tukar subway ni. Ajushi tu siap tunjukkan train mane nak kene tukar. Maceh ajushi.


Nebes takut train stop..

Sempat aku rembat Korail nyer promotion brosure dalam train.. Sbb chenta hatiku jd model.

Setahu aku train kat seoul ni sampai kul 12.30 am so rase2 sempat la nak sampai tp tetibe lepas je 3 station ada anouncement this is last stop!!... Last stop??? 11.50pm?? check2 peta mak aiiii jauh lagik tu. mampuih nak jalan dalam sejuk2 ni. Kami pun ringankan mulut la bertanyer pada sorang ajushi. Dia kate naik cab. Ok sure mahal tahap leh pitam ni. Kitorang tanyer berape won. dia kate 70K won.. OMG, mahal nak mampuih!! tapi ajushi kate cheep cheep.. waklu murah. nak dekat rm 200 tu. giler ke hape. rupenyer 17K won. dalam RM50. Boleh la bagi 3 orang x la mahal sangat. Masih mampu lagik. So kami pun amik cab. Sampai Jogno  sam ga dalam 19.5KWon. ok lagik la.




Abang yang baik menunjukkan arah tujuan... maceh oppa. Yantie aku curik gambar ko. kikikiki

Turun kat area2 subway. Nak mencari Sunshine gueshouse plak. Apsal macam yang aku study senang jer tapi kami sesat bagai nak rak. Rupenyer salah subway. patutla jauh. Nasib baik bertemu ngan sorang mamat korea ni. Sangat baik. Aku bagi tabik spring toing2 la kat dia. Punye la jauh dia tunjukkan jalan. sampai jumpa dia tolong. Sebenarnye dia pun x tau kat mana guesthouse ni. gigih dia call kawan2 dia dah akhirnyer jumpa gak. Moral of da story.. sile dapatkan phone number guesthouse yang korang booking supaya senang nak carik nanti. BTW syukur sangat dipertemukan ngan maunusia yang baik kat korea. Mamat ni dia penah travel kat canada, so dia kate dia tau macam mane perasaan bile lost kat negara orang. skang pun aku dah tau macam mane perasaan tu. so klu jumpe orang lost insyaAllah aku tolong.

Sunshine guesthoust ni kami amik dorm jer. nak jimat gamaknyer. 18K Won per nite. Agak murah jugak la. Sebab kerana gigih lost, kami kelaparan, Bedal makanan yang ada pastu... kroihhhhhhhh... selamat malam Korea. Jumpe esok. hahahahaha

Ok sambung day 2 lak nanti ^_^