Followers

Showing posts with label Korea Spring 2015 : Seoul. Show all posts
Showing posts with label Korea Spring 2015 : Seoul. Show all posts

Friday, 26 June 2015

Korea Spring 2015 : Photo Sharing Nami Island.

Haloo.. Kembali bersambung ke Entry Korea. Selepas aku selit entry Tanah Aina aritu. Joms kite continue cerite Korea Spring 2015. 

Nami island ni pun aku dah penah kluar Entry sebelum ni. macam mana nak ke Nami Island korang bace la balik kat sini. So Entry kali ni kite layan gambar jer la yer. 

Gapyeong Station

Sebelum masuk kene beli ticket entry dulu.

Mase ni mmg ramai amat org. bertabah la klu nak amik gambar.

Money changer pun ade. Tapi dia amik few currency jer. RM x amik yer.

Kat nami ni ade Surau. Dah upgrade cantek sgt. 

Dalam Nami Library. Bersebelahan ngan Nami Island Library ni ade kedai makan Halal. kat sini boleh la merasa makanan korea. X amik gambar plak nak tunjuk. My first black bean noodle kat sini la.

Ni jer la bunga y hado.. x tema spring sgt!!

Mak ngan winter sonata 

Mengayakan jaket baru.. upssss..


Cubaan nak bergambar x nampak org... fail sgt.


Sian sangat mak mase ni semput dah menapak.

Yeah.. dapat jugak y kurang manusia

Selfie laks


Ok nk balik dah



Ni hasil seni Akak aku..

Ok tu jer la gambar Nami yang aku nk share. Bye...

Monday, 1 June 2015

Korea Spring 2015 : Photo Sharing Seoul

Aku nak gigih harini nk keluar satu Entry.. Actually tak sabar nk kluar Entry Tanah Aina Fahad.. Tapi aku settlekan dulu Korea Spring ni dulu... Kang klu dah skip trus terkubur jer la kan. 

Kite continue ngan edisi seoul pulak. Kali ni aku pukal Namdaemun, insadong dan Namsan tower dalam satu entry. Entry yang detail refer link kat bawah ni yer. Akak kawasan malas nk reblog bagai.

Namdaemun aku cite sikit sebab sebelum ni mmg xder blog detail sangat pasal namdaemun. Namdaemun ni mmg tempat shopping yang macam2 ade kat seoul ni. Tak seperti Myeondong, Namdaemun lebih general dan murah sedikit. Kalau Myeondong tu mmg branded skin product and baju baju berjenama. Selalunyer aku datang namdaemun sebab nak beli brooch. Murah dan cantek. Macam macam design ade. Tp since jual brooch ni xleh amik gambar maka xder la gambar aku nk share. Kat Namdaemun ni selalunyer yang berjual adelah makcik2 tua. Ikot kedai jugak la. ade yang boleh tawar menawar ade yang mmg fix price. Klu barang dah murah tu jangan la nk tawar lagik. Kang makcik tu muka mencuka plak. Tapi kalau y mahal amat tu wajib la buat muka sposen tawar menawar. 

Kalau naik saubway Seoul Subway Line 4, Hoehyeon Station Exit 5. Kalau naik taxi.. sebut saja Namdaemun market. Kalau nk beli brooch.. ha korang tunjuk jer la brooch korang yang berkilat2 tu. sure dia hantar ke entrance yang betul. Namdaemun ni byk entrance. bertabah la klu sesat. 
Namdaemun market ni tutup on sunday. So jgn nk gigih sangat datang ahad. Kang ade sikit jer kedai yang bukak. keciwe korang.


Ayuh kite posing dulu sebelum soping


Cedera parah aku kat kedai jaket ni.


Insadong plak ala2 myeondong tp x la sehapening as Myeondong. Ade kedai2 baju y menarik. aku suke datang sini sebab ade kedai sujebi dan shopping kat sini boleh relex2 sikit. Kadang2 ade y mmg murah. Sekert leh dapat dalam 10Kwon.

Macaroon aiskrim

pis pis cool cool chill chill jekk

Omma layan soping

depan kedai barang antik

Makan kat kedai sujebi

piring2 pun hade


Penat duduk jap

Namsan Tower kali ni aku gigih nak naik cable car. Gigih x klu nka dekat 2 jam beratur beli tic and naik cable car. Akhirnyer dapat la jugak naik. Sian la mak aku kene beratur lama. Dah macam nak beli ticket concert dah aku rase. Demi sangat. Moh la kite tgok gambar yang ade.

view dari dlaam cable car

Nak sunset dah

Bunga yang hado ni jek

Sunset


Selfie sikit




Ok tu saja entry kali ni... Pasni aku share gambar Nami plak.. Bile aku ade mood nak menaip la yer..
Till then bye..