Followers

Showing posts with label Korea Summer 2013 : Jeju. Show all posts
Showing posts with label Korea Summer 2013 : Jeju. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Korea Summer : Day 3 Main hujan di Jeju

Day 2 Jeju agak kesejukkan. Seharian hujan namun kami redah kan jua. Setiap saat di Jeju harus dimanfaatkan sebaiknyer. Selepas semua dah siap2, kami bersarapan di Namguk Hostel. Ada roti bakar disediakan. Sebat jer la ape yang ada kan. Driver kami pun dah sampai. Pepagi ni kami nak ke Air terjun dulu. Kami ke Cheonjiyeon Waterfall. Since hujan keadaan agak kurang best. Dulu aku datang sini mmg best sesangat sebab time tu salji turun. Jakun gamaknyer. Kali ni hujan. haishh kat Malaysia pun hujan kan. So gambar aku mcm padington bear la. Jgn gelak ea.


Mase ni hujan. So kamera sume simpan dalam bed. guna hp jer la amik pic.

Next kami ke Jeongbang Waterfall. Uniknyer air terjun ni dia trus ke laut. Amat la awesome tp sampai jer hujan turun dengan lebat. Arghhhh keciwe yang amat. Since memasing pki baju hujan kami redah jugak. Ni klu x hujan mau aku stay lame kat cni. Mmg best.


Ni jer la pic yang hado sbb hujan kan. Cik Note mmg kompom dok dalam beg. Ni curik pic hp org len. Xpela nanti aku datang lagik. hihi.

Next kami ke Oedolgae Rock. Tempat ni aku dah pegi time Winter dulu. Mase tu langit clear. Gambar mmg cun habis. Tapi kali ni hujan and awan tebal. Keciwe la aku. Kali ni aku berjaya menamatkan perjalanan. Xmacam dulu halfway kami patah balik sbb pancet. Tp bile pk2 semula, patah balik lebih jauh. Dengggggg...

 Oedolgae rock sama seperti dulu. hahahaha



 Laluan berliku.

Finally akhirnyer... 

Setelah mengabiskan segala tenaga menapak kami pun dah kelaparan. Driver kami kali ni English sgt la tadika. Nasib la si Nadzirah pun tau hanggul lavel tadika. Maka dua2 budak tadika ni pun berjaya berkomunikasi bgtau y kami dah kebulur nak makan. Kedai makan yang dibawa ni xder jual daging. So Tawakal jer la y selebihnyer. Makannnnn. Sedap tul.



Aku x tau nama makanan ni. Tp y macam sambal ni rice cake. TTbokki kot. Ada rice roll dalam dia. Lapo nyer pasal sebat jer la.

Next kami ke clift lagik. Hujan agak lebat so kami x lama kat sini. Jusangjeolli Clift kene pukul ngan ombak mmg awesome. Nampak macam Stone Pillars.


   
Satu lagik tempat menarik untuk bunuh diri. Ni klu jatuh ni mmg trus arwah.

Next destination kami sgt la xder dalam plan. Tetibe jer dia bawak kami. Mebi En Driver nak bgtau yang museum bear ni free and best tp x tau nak cakap. Kami masuk jer la. Tp seyes better drpd bear musium yang aku pegi tahun lepas. Mahal plak tu. Ni free. Tp aku lupe name Musium ni.



Deco kat Musium ni mmg best.

Next kami ke Yoemiji Botanical Garden. Entry fee 9KWon. Sangat mahal utk tgok bunga. Pada aku agak x berbaloi. Tp since dah bayar kite enjoy jer la. Tp aku give up separuh jalan. Kaki aku mmg dah x larat. Sementara dorang dok merayau aku carik kerusi n meja tuk tdo. Giler penat weh. BTW dalam ni banyak la bunga ikot kawasan. Indoor.






Next kami ke Mini mini land. Entry fee 9KWon dan sangat x best. Maleh nak cite banyak sbb aku x suke tempat ni. Tgok jer la pic ni. Mase ni berkabus yang amat.


Actually aku sangat nk pergi Halim Beach tp sbb dia sangat jauh and hari pun hujan maka aku pendamkan jer la. Kami pun dah sangat2 kepenatan. Kasut pun dah basah so malam ni kene la basuh baju dan keringkan kasut. Sampai jer kat Sum hostel kami pun pakat cuci baju. Free tp dryer kene bayar 3KWon. Makanan malam kami adalah nasik kat 7E dan lauk pauk y kami bawak dr malaysia. Makan kari daging kau... mane nak dapat kat Korea. huhuhu

Bersambung.


Tuesday, 16 July 2013

Korea Summer : Day 2 - Canteknyer Jeju.

Mari kite sambung hari ke 2 di Jeju. Setelah memikirkan semasak masaknye kami decide sewa kereta ngan driver sekali. Kecewa x kesampaian nak drive Veloster idaman hati.. sob sob. Walaupun sewa kereta mmg murah compare sewa ngan driver sekali tp ada benda yang merisaukan kami. Yela, nk dok jeju ni 2 hari jer. pastu tic flight sume dah beli. kang kot2 terxcident ker susah lak. Sbb seat driver opposite ngan kite kat Malaysia ni. Aku drive kat Singapore pun kekadang kompius ngan Trafic light dia. Ni kan plak kat Korea kan. sat lagik jadi pape nangeh x ber lagu. Kami sewa hyundai starex. Sehari 200k Won. Dalam RM 600 la. Sewa utk 6 orang. So RM 200 la sorang sepanjang kat Jeju ni. Nak kate murah mcm riak lak tp masih dalam kemampuan la kot. senang xyah pk dah. Dapat contact dr internet. Nama dia Mr Won. Boleh communicate dalam English. Friendly and akan suggest tempat2 yang menarik. Boleh carik dia kat FB: Mons Won. 

Pepagi sebelum memulakan perjalanan kami sarapan la dulu. Aku dah sound awal2 yang tempat y nk pegi ni mmg memerlukan tenaga. Sarapan kami roti dan biskut Tiger ngan air Nescape.

Sarapan sambil check FB. ada free wifi.
Sempat tulis Guest book.

Dalam kul 9 Mr won pun sampai. Misi pertama kami ialah Sunrise Peak. Tempat ni la yang aku nak gi dulu tp x jumpe. Mase tu naik bas. ala2 nk mati. Kali ni i jd bos besar... Nyandar jer. kikikiki

Usaha tangga kejayaan. Akhirnyer berjaya sampai ke puncak. Menapak naik tangga mmg menguji lutut aku. Puas hati sesangat tp mase ni awan tebal. Maka berkabus la. x dapat nak amik pic permandangan sangat.

Kami terserempak ngan rombongan budak tadika. Giler kagum ngan bebudak ni. Aku pun semput y amat. Gigih tul cikgu dorang ni kan. Tetibe aku terpk pasal safety. Klu la budak ni jatuh camner ekk. Tp klu kat Malaysia mmg x lepas la budak tadika panjat bukit bertangga ni. X lepas EHS hahahaha. 

Ikut belakang budak2 tadika ni. so xder la malu sangat jalan pelan2. kikikiki.

Permandangan yang awesome dr atas. Serius x rugi datang sini.

Last posing sebelum ke next destination.

Next destination Seopjikoji. Yang ni aku mmg dah gi mase Winter dulu. Dulu x ramai orang. skung ni summer orang ramai and agak panas la sikit. Berpeluh makcik. Memanjat Seopjikoji x sengsara Sunrise Peak. Seopjikoji lebih landai.


Ni dah 3/4 puncak la.

 Susah nk carik port xder orang sbb org ramai.

 Abg ni jual biskut diperbuat dr madu n kekacang. muscle dia mmg xleh blah..

     
Posing ayu gitu.

 
Mr Won belanje kami sotong bakar. Sedap tul.. 10KWon seekor. Sedap!!!!

Next kami ke Pyoseon Beach. Pantai y landai. aku pun x tau sampai mane dia landai. Dah macam padang bola dalam air. Klu ikotkan hati mau jer aku mandi tp segan ler plak. kikikiki.



Seaweed.. geli nak pegang..


Okeh next kami nak check in ke Namguk Hostel. Mr Won kate check in dulu. Leh letak beg y gaban2 berat ni. Namguk hostel ni ok la. Bilik yang sangat besar muat nk sumbat sume 6 orang. Lepas check in kami pun carik kedai makan plak. Lapo dah memasing time ni. Kami ker Perl Restaurent. Makanan Seafood. Aku carik balik gambo makanan x jumpe. hahahaha. Sedap. Thumb up!!

Pearl Restaurent. Dekat seogwipo


 Next kami ke Shilla Hotel. Mr Won y suggest. Shilla hotel area ni open to public. Cantek la jugak. 


Merase la gak ala2 spring. Jakun tgok bunga. Summer katenyer.

Next kami ke Trick Art Musium. Bayaran masuk 9kWon. Pintu masuk jeng3.. gambar2 18SX. pening jap aku tgok gambar2 vogel. Aku pun x paham. Perluker?? So kami berjalan agak cepat sikit sehingga gambar2 18 SX berlalu. So sape2 y gi ngan family terutama kanak2 bawah umur tu sile la soh dorang tutup mate yer. Kang jenuh nak menjawab kang. 






Sesudah puas ambil gambar sane sini kaki pun dah penat, kami nak balik hostel. Mr Won bgtau yang dia ada masalah dengan org book tp x buat confirmation. Pastu nk marah2 Mr Won sbb buat double booking. So Mr Won send orang lain utk esok. Since dia buat muka sedih aku pun kate ok la. Like i care la kan. Janji ade driver. In stead of 200KWon per day Mr Won bagi diskaun jd 180KWon per day. Ok la Mr Won see you next time.

Malam kami berpakat nk jejalan carik makan kedai yang aku gi dulu. Sebenarnyer kami xder la lapar sangat tp nak jugak makan lagik so here we are....


Dalam ni sume seafood, tahu dan sayur. 

Malam kami belum berakhir. 6 budah jelita sambung makan lagik... Pat bin soo jeju mmg yummeh.. next time gi jeju kompom aku carik lagik. Ada next time kah??? kikikiki


Jaki x muka aku. Hahahaha Pat Bin Soo mmg sedap okey.

Hari yang panjang utk kami semua tp mmg best dan puas. 5 Bintang untuk harini.. Oklah penat dah taip panjang lebar.

Bersambung...