Followers

Monday 23 January 2012

Hadiah dari 1 Malaysia

Tengah sibuk2 nak final exam aritu dapat tau yang student dapat voucher 1 Malaysia. Sebenarnya tak harap dapat pun sebab dah final sem. takkan dapat jugak kot. Tetibe kengkawan bagitau soh gi amik. RM200. Ouh rezeki jangan ditolak. Aku pun gi la pejabat SPACE amik voucher tu. Voucher buku.. ok dalam kepala nak beli Lonely Planet Korea. Habis jer exam aritu, aku gi la Airpot Senai. Motip nak cari buku Lonely Planet Korea. Keciwa!! dah habis. Tapi disebabkan hakak Yantie dah ader buku tu so aku xder la ralat sangat lalu mencari buku lain sebagai pengganti.

Hasil dari dok belek2 nak dekat setengah jam aku pun pilih 3 buku.
1. Lonely Planet phasebooks - Korean. (RM 36)
2. Tuttle- Korean For Beginner (RM63)
3. Lonely Planet - Malaysia, Singapore and Brunei. (79.90)
4. Mini Calculator (RM17)
4. Pen 2 batang (RM5.10)

Total = RM 201



Sebenarnya dah lame nak beli buku bahasa korea. Motip nak belajar bahasa Korea. Dapat cakap and faham pun dah cukup. Takder la sampai tahap nak pandai tulis pun. Kalau nak tahap sampai pandai tulis tu tunggu aku sambung Master kat korea la kot. Dapat jugak aku beli buku tu. So skang dok gegeh setady buku tu. Preparation for next vacation katanya. Apa yang aku suka pasal buku ni, kat belakang ada Korean - English and English - Korean dictionary. So nanti dok susah nak tanya orang boleh la aku refer kat kamus ni jer.

Buku Lonely Planet Malaysia, Singapore and Brunei plak aku beli sebab plan vacation for 2012 adalah 3 negara ni. So 1 buku dah cover 3 negara. Ok la kan. Untuk beginner traveler macam aku ni, kite start negara jiran dulu la yer. So 2012 tungguuuuuu.. hehehe.

Calculator mini ni aku beli sebab Yantie soh. hehehe dia kate senang nak kire2 currency nanti. Takkan nak bawak yang besar gabak lak kan. Aku sebenarnye rase RM17 mahal tul calculator kecik macam tu tp akak kate like i care la kan. FREE hape. Hokey beli!!. 

2 batang pen tu cume nak cukupkan balance voucher tu. Terpaksa beli pen sebab cuma buku, majalah terpilih dan alat tulis sahaja dibenarkan tuk voucher tu. So layan jer la.

Apa yang best ialah dah la aku beli sume2 ni pakai voucher, disebabkan aku blanjer lebih dari RM200 makan MPH bagi plak voucher RM10. Kihkihkihkih. So ada lagik voucher. Nanti2 la aku gune voucher tu. Maybe boleh tambah2 tuk beli Lonely planet negara lain plak. Later la yer.  

Till then,
IzaHyun J

Saturday 21 January 2012

Part Time Study. Pengorbanan @ Terkorban

Mula mula sekali nak hurayyy sebab dah habis final exam dan sekali gus habis sudah perjuangan aku sebagai part time student SPACE UTM (Kalau lulus paper sem ni). Ramai yang selalu tanya aku ok ker belajar part time ni. Macam mana nak manage kerja vs study. Maka dikala kelapangan sempena raya cina ni aku merajinkan diri tuk menulis berdasarkan pengalaman aku selama 6 tahun ni. (Kalau full time dah ada Phd).

Aku start macam mana aku leh terjebak dengan belajar part time ni dulu la ye. Dulu masa abis jer belajar Diploma kat polytechnic, tak sempat aku balik kampung terus lincah cari keje kat JB. Maklumla masa tu ekonomi keluarga kurang baik, maka istilah menganggur harus dicampak jauh jauh. Seminggu aku dengan kawan baik meronda kilang kat JB ni dah akhirnya dapat la keje kat senai. Basic gaji sebagai technician masa tu RM950. Tak sampai 1K pun. Sedih jer kan. Tapi masa tu kilang baru setup OT memang melambak dan tak der limit. Masuk keje 7-7 tp selalunyer leh jadi 7-10. Gegeh aku masa tu, maklumla fresh lagik. Gaji bulan2 mmg double dari basic. Mak selalu soh belajar lagik. Soh apply lagik tapi aku wat keras jer. Tambahan lak dah dapat keje, dah pegang duit. Tapi mak mmg x penah give up soh aku sambung lagik. Maka untuk mengambil hati mak aku pun apply la part time kat UTM. 

Bermula la kisah belajar kat UTM. Belajar tak ikhlas, maka tak der la kesungguhan. Waktu kelas aku sabtu 2.00 hingga 10.00 malam dan ahad kul 8.30 hingga 4.30 ptg. Sabtu aku kene masuk lambat sebab aku kene keje sampai kul 3.00ptg. Dengan masa tu keje rotate shift, huru hara hidup aku. Memang tak jadi orang la. Aktiviti weekend aku cume kelas. Enjoy tarak!! Disebabkan aku dari polytechnic, masuk kelas lecture start bukak mulut sampat abis kelas aku pening. Tak faham. Siap merungut lagik, ape la yang lecturer aku merepek ni. Dan hasilnyer dari 3 paper 1 paper jer lulus lagi 2 paper masuk parit dan longkang. pointer aku amat la hangus. Kalau full time sure aku dah kene tendang. Sem 2 aku extend. Mencari nur dan petunjuk. Tamatla tahun pertama aku yang mmg ngabiskan duit jer tu. Taun 2 aku xnak amik 3 paper. aku amik 2 jer. Belajar sangat lalalala sebab jadual x ketat sangat. Alhamdulillah aku bertahan.

Aku jumpa dengan kawan2 baru. Dan salah satunyer ialah pensyarah aku masa kat poly dulu. Dia nasihatkan aku, klu aku trus amik 2 paper jer lambat nak abis. akhirnya aku kan give up. So next sem aku kembali amik 3 paper. Redah jugak walaupun mmg payah. Akhirnyer aku jumpe sorang kawan yang mmg pandai. start dari tu aku mmg follow dia jer. Dia ni mmg kepala hotak geliga. Aku x paham mmg aku tarik dia jer. Start dari situ, aku punye keikhlasan tu mmg makin naik. Tambahan plak keje kat kilang dah macam mengarut. Mula fikir masa depan dan terus target nak jadi engineer. Selalu motovasikan diri aku sendiri yang aku layak dapat yang lebih baik dalam hidup aku. Compare ngan kawan2 aku mase sekolah dulu. Semua digree dan keje pun hebat2 belaka. Aku plak sekadar technician kilang. Mana boleh jadik. 

Bila semangat dah naik, study pun makin ok. Ada jugak paper y kantoi tp aku tak kesal sebab aku dah buat yang terbaik. Tahun akhir aku kene jalan solo sebab kawan aku dah advance. Aku dok repair paper yang fail tu. Dia grad awal 1 sem dari aku. Tapi sebenarnyer dia mmg express sebab dia register 2006. aku 2005. hahahahaha. Dan akhirnyer Feb 2012 aku amik final exam yang terakhir.

Tu adalah kisah budak tak pandai tapi gegeh amik Degree engineering kat UTM. Sepanjang 6 tahun ni banyak benda yang aku korbankan. Antaranya:-
1- Duit. Maklumla blajar part time mmg mahal. Aku ni bukan la dari golongan keluarga y kaya raya which is money doesn't matter. Selain dari gores kad credit, aku gune KWSP akaun ke2. Ok skang akaun ke2 aku empty. hahahaha.
2- Masa. Since belajar part time maksudnyer selain keje aku akan belajar. so xdok la masa nak berhuga2. Berjalan2. balik kg dan sewaktu dengannya.
3- Activity kemasyarakatan. hahahaha aku gune kemasyarakatan sebab sume invitation wedding kengkawan aku x gi. kompom la dorang kawen weekend kan. So mmg clash ngan waktu belajar aku. So kalau aku kawen nanti kompom sume orang tak datang. Korang aku mintak maap la yer. Aku terpaksa.

Sepanjang 6 tahun ni total kelas aku dulu dalam 35 orang tp y sampai kepenghujung cuma 15 orang kot. Balance sume terkorban. Antara faktor mereka terkorban ialah:-
1- Sem satu paper yang di offer memang susah giler maka kejutan budaya dan renjatan otak berlaku. Maka dorang fikir sepanjang belajar memang susah macam tu. So give up. Tapi skang aku tgok sem satu dorang dah tukar bagi paper yang cool sikit. Bagus UTM!!.
2- Tepengaruh dengan orang. Ada jugak yang tak sambung sebab ikot kawan. Kawan benti dia pun sibuk nak benti. 
3- Demotivated. Belajar part time ni kene ader self motivation yang tinggi. kalau tak memang give up. Masa belajar ngan masa keje kene well manage.
4- Family matter. Ada jugak yang benti sebab kawen and masalah keluarga. Tak dapat nak komit so benti.
5- Keje. Faktor keje ni mmg bagi impak yang besar. Tambahan kalau dapat keje yang tak flexibel memang hancus. Ada yang x dapat sambung sebab tukar keje baru dan nak sesuaikan diri ngan tempat keje baru menyebabkan x dapat nak komit. Ada jugak sebab dah naik pangkat. Dah jadi engineer gune diploma. So rasa keje dah mantop. Tak perlukan degree dah.

Ni adalah sebab sebab utama yang aku nampak kenapa mereka kandas. Bagi sesiapa yang nak start wat part time study ni nasihat aku :-
1- Sentiasa berfikiran positif. Ni penting sebab sepanjang waktu belajar tu nanti ramai mereka2 yang berfikiran negative aku bercakap perkara2 yang wat kite demotivated. So kene selalu berfikiran positive. Setiap masa!!
2- Prepare duit. Part time study mmg macam perlukan baja duit. No money no talk beb. Setiap sem mmg kene bayar yuran klu tak anda tak layak tuk register for next semester.
3- Pilih kawan yang betul. Berkawan mmg perlu. Sebab nak wat discussion dan grouping assignment. so kene la carik kawan yang betul. Avoid mereka yang menyusahkan melainkan dia tak pandai tapi ada kesungguhan. Sebab ramai jer yang sebenarnya pandai tapi tak nak usaha. 
4- You get what you do. Jangan la harapkan miracle dok tergolek depan mata. Walaupun miracle mmg ada berlaku sepanjang aku belajar tp usah dok harap. Dia datang unexpected tp selalunye sangap. Tarak!! Klu ko study suam2 kuku result nanti suam2 kuku jugak la yer.
5- Always in group. Ni sangat penting bagi SPACE UTM. Sebab subject dioffer berdasarkan available pensyarah dan jumlah pelajar yang nak register subject tu. Korang tak akan nampak effect dia masa awal2 belajar sebab banyak option untuk pilih subject yang nak register. tapi bila dah final year azab oo kalau xder kawan nak amik subject yang sama. Aku merasa amik kat KL and tumpang budak perdana sebab nak abis awal. 

Aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku belajar part time kat UTM program SPACE Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Power). Tahap kepandaian sederhana. Setiap orang mungkin melalui perkara dan dugaan berbeza. Ada ja yang touch and Go!!. Ni type otak gred A+ la. Bagi fakulti len aku x tau. Sebab aku fakulti elektrik. waktu belajar jugak ada yang tak sama sebab credit hour nak kene complete setiap kursus memang tak sama.

Anyway to new student yang baru register or akan register aku wish Good Luck!! Korang boleh buat punye!! Fighting!!~~

Aku tepek muka adik aku yang konvo baru2 ni. Bagi dia bangga ckit. 


Hanya kite jer yang mampu mengubah hidup kite. Korbankan 5 tahun utk kehidupan 50 tahun akan datang adalah sesuatu yang berbaloi ^_^
 

Friday 13 January 2012

2 Done.. 2 More to Go : UTM Doniaku.

Lame rasenya aku tak menaip kat blog ni, rindu gamaknyer. Maklumla domam peksa katenyer. Huru hara setadi dengan harapan nak pass dan tamatkan riwayat kesan degil. Sem ni agak serabut sebab amik 4 paper. 2 subject killer 2 subject lalalalala.. tang lalalala tu memang la seronok. Siap berangan nak score A. Moga yang berangan tu jadi kenyataan la. Aim higher katenyer kan. x dapat A+ dapat A pun jadilah.. huhuhuhu. Tapi tang 2 subject killer ni memang x berani nak aim higher pun. Aim nak lepas jer. Kalau lepas ni mau aku menjerit ala2 dalam cite korea, depan laut. Aku nak jerit Pae ko mmg hebat!!!. hahahahaha nak korea jugak. Sukati je.

Alkisahnye kat FB kawan aku dah post current trip dia ke Korea. Gigih la aku telek pic dia. Gambar ngah snowing lak tu. Adeh hati aku dah menggelitat tak hingat. Dan2 malam tu aku kuarkan backpack aku godeh2 dok berangan nak pack macam mane. Woi paE!!! ader lagik 2 paper la weiiii... Ok tersedar dari lamunan aku campak tepi beg tu sambung setadi sampai kul 1 pagi. Kronik aku ni.

Arini lunch hour aku kuar gi carik vacuum bag. Maklumla winter baju tebal2 aduhai mau sendat ringan beg aku. so gigih carik vacuum bag. Dapat murah kat area2 sutera mall tu. ader banyak saiz. beli 3 dulu. 1 untuk Hakak Yantot. lagik 2 tuk aku. Malam ni balik keje sure aku akan vacuum jaket bulu2 aku yang aku plan nak pki time emergency jer tu. Satu lagik tuk sleeping bag. 

Ok lupe lagik pekse ader lagik 2 paper.. hahahaha. 19 and 20hb Jan. pertaruhan hidup dan mati. klu fail matila nak repeat lagik!! Gambate paE.. Good luck paE!! 


Ni Logo UTM Duniaku.. ahaks!!





Sunday 1 January 2012

Aku 2011 dan kini 2012

Selamat Tahun Baru semua. Lambat aku wish sebab huru hara hidup aku 2 3 hari ni. lama dah aku plan nak menaip sempena taun baru ni tapi tak sempat pula. Ni la baru sempat dikala sume orang masih cuti. 

Okeh 2011, ape yang berlaku.

Cik paE start bukak blog.
Aku ni memang tak pernah berniat nak tulis blog la bagai tapi pada satu hari abang sebelah meja aku kat opis dok sibuk update dia punyer online bisness dia. Aku kagum betul sebab banyaknyer dia tau. Nape aku tak tau. Buta IT nyer aku. Aku pun tanye la dia macam2 dan dia pasrah jer jawab. Rase seronok la pulak. Dia pun registerkan aku 1 akaun. Ni Blog pertama ku. http://izahyunj.blogspot.com/. Dok sebab aku kemaruk ngan mamat korea ni, aku pun exited jari ku menari kat keyboard. Ditambah pulak load kerja aku kat opes dah kurang, so ade mase terluang jer aku layan blog. Dan hasilnyer mmg seronok. Lagi2 bile reader dah capai ribuan. For beginner macam aku mmg rase macam best sangat. Pastu aku tambah lagik 1 blog. Yang kali ni mmg version aku gi jejalan, aku melahu2, aku meroyan, aku mengekpresikan ape2 jer yang aku nak. Dulu pape aku meroyan kat FB tp ader lak kengkawan y selalu nak sound2. FB aku kot sukati aku la. Rupenyer sbb kuar kat home dorang so aku malas dah. Aku pun dah bosan ngan FB sebab ader sesetengah orang menggunakan FB tuk sound orang len, utk perli orang, utk tunjuk bagus dan len2 lagik yang kekadang aku rase meluat la plak. Ader gak yang wat General Announcement kat FB. Ok x paham aku. Getting excited plak bile aku bace blog2 orang len. Barulah aku tau kenapa seronok jadi blogger ni.

Cik paE Twitter pulak.
Dok sibuk sume orang citer pasal twitter aku wat sengal jer. Macam x excited langsung tp bile kawan kpop aku kate, nak latest update ader kat twitter, aku pun try la wat akaun twitter. OMG.. giler la. Sangat up to date. Rupenyer FB tu tempat tuk citer2 yang dah sejuk jer. Y latest diaorng update kat twitter. Aku baru la kenal ape yang dikatekan peminat fanatic. Semua apa yang Hyun Joong buat ader kat twitter. Bukan sejam yang lalu tp 1 min yang lalu. Ok aku mmg jdkan twitter tempat tuk meroyan Kpop dan jugak menyumpah seranah bila aku ader problem.

Cik paE Travel?
Nak kate aku start travel 2011 mmg tpula. Tapi 2011 mmg aku start buat plan untuk travel. Sebelum ni aku jejalan y x plan dan ikot orang. Ade duit aku gi jer. Tapi 2011 aku start conteng calender plan vacation. Tapi semua yang aku rancang untuk 2012. Dok book tic x hengat. Aku plan semua untuk 2012 adalah sebab aku akan merdeka x lama lagi. Nak abis study dah. Sebenarnya aku wat part time study kat UTM. So hidup aku sejak mula study amat la messy. Huru hara sampai aku pun naik semput. Weekend aku dok dalam kelas dari pagi sampai malam. So bilenyer aku nak travel. Ni aku pun start beli barang tuk travel backpack. Maka 2011 aku jumpe Mr Bike ngan Katak pisang hijau. So destinasi backpack aku yang pertama adalah Korea on Feb. Excited!! jakun kan aku. Maklumla dah tue2 gaya gini baru berkesempatan. 

Tempat2 yang aku hinggap 2011 




Cik paE Study @ SPACE UTM
2011 merupakan tahun akhir aku kat wat degree kat UTM. Aku register 2005 dan complete 2011. 6 tahun adalah penangan tuk budak x pandai bercite2 tinggi nak wat degree engineering. Sepatutnye boleh complete dalam 5 tahun. Tapi tambah 1 tahun sebab aku malas + extend + repeat. hahahaha teruk kan. Xpe la janji aku abis. Pagi tadi kerani SPACE telepon bagi tahu yang borang permohonan penganugerahan aku dah complete. tinggal tunggu result sem ni jer. Huh!!! aku rase macam terbang jap. X sangka akhirnyer aku sampai ke tahap ni dan kalau diulang kembali 5 tahun lepas sure aku xmo!! Serius aku sangat banyak berkorban dan kadang2 aku yang terkorban sekali. Duit jgn cite la. Macam ditabur tabur. Aku dah rase macam kene bayar ngan Along setiap semester. Ugut baik jer. x bayar xleh register.. hahahaha Along y diregister tuh!! Ape2 pun paE... tahniah!! berjaya sudah!!

Ni Kengkawan time susah dan senag kat UTM. 



Cik PaE meroyan Kpop
2011 jugak aku start meroyan Kpop. So much fun derrr. Mula2 aku suke sangat tgok Geun Suk yang comel sesangat. Crush gitu tp lama tgok dia ni sangat hado la plak. Ok chentaku berpindah kepada Kim Hyun Joong. Dia sangat cool blog oreo. Ni bukan tahap crush lagik. Melting, angau n sewaktu dengannya. Layan BOF pastu playfull kiss. Habis haku. Hatiku diikan ketat!! So first ever aktivity Kpop aku ialah gi jumpe Hyun Joong kat KL. Ni entry dia for more detail. khj malaysia tour 2011

Cik Pae ngan Fan dari Japan dan KL



Cik paE nyer adik Konvo
Ni budak kicik manyak kuang aja lehhh. Berani dia konvo dulu seblom aku lehhh. sula jadi enginiorrr lak tuh. Mode jeles!!. Family dilanda kegembiraan bile adik aku grad Unisel in Mechanical Engineering. Skang dah jadi Engineer dah kat Pasir Gudang. Tahniah hadek!! aku menyusul. Aku nak bunga 2 kali ganda besar ea + Cekelat n Teddy bear besar macam haku!! Hati mak berbunga ceria.


Cik PaE Turun 12kg.
Setiap tahun tekat nak kuruskan badan. Cam gitu jugak. Tapi 2011 ni ader lain macam sikit. Cik PaE berjaya loss 12 kg!! yeay. Alkisah kejadian adalah semasa sem break lalu. aku ader banyak mase terluang sampai x tau nak wat ape. Activity sihat aku pun berjalan lancar. Tali skipping, badminton dan swimming pool jadik teman karib. hamek ko. 12 kilo tu. Skang aku percaya. Dengan tekad dan usaha, semua pun leh jadi. Ni pic before and after sekadar pemberi semangat pada sape2 yang ngah membara semanagat tuk kuruskan badan. Pic before tu mase gi cameron. Damn aku benci gambar sume kat cameron sbb mmg gemok x hengat. Balik Cameron tgok picture trus aku beli tali skipping. Start 200/day and finally 1000/day. Makan mmg control. Ni la hasilnyer. Skang ni aku stop jap sbb nak peksa walaupun aku selalu kene maranh ngan Hakak Yantie. huk3. Saya kene lulus ini peksa dulu yer. Lagipun x sempat nak betulkan tali reket saya y putus!! hahahahaha modal nak tolak ajakan hakak gi men badminton ^_^. So taun ni aku nak loss lagik 12 kg. Azam 2012.

Cik paE Tacing.
2011 ni ader peristiwa y x best jugak. Ini sume berlaku kerana tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak tak fikirkan hati dan perasaan orang. Rase dihina dan dimalukan. Hidup ni akan lebih seronok jika hati kite bersih. Semua yang luarannya baik tu lum tentu dalamannyer baik. Sesekali hati di usik xper. Kemaafan sentiasa didahulukan atas dasar persahabatan yang menebal. Tapi kalau dijentik berkali2 sehingga luka. Aku xleh trima dah. Sorry friend, you're being too much. Dek kerana ego kate maaf mmg x pernah wujud dalam hidup kau kan. Ok babay. Aku x perlu merendahkan diri pada orang yang x tau menghargai aku. Insan sekeliling yang rase bersalah, sorry.. Aku paham perasaan korang T_T.

Hokey tutup buku 2011. So 2012 motto utama adalah "Laksanakan Impian bahagiakan diri sendiri" Good Luck PaE. Chaiyok2!!