Followers

Sunday, 1 January 2012

Aku 2011 dan kini 2012

Selamat Tahun Baru semua. Lambat aku wish sebab huru hara hidup aku 2 3 hari ni. lama dah aku plan nak menaip sempena taun baru ni tapi tak sempat pula. Ni la baru sempat dikala sume orang masih cuti. 

Okeh 2011, ape yang berlaku.

Cik paE start bukak blog.
Aku ni memang tak pernah berniat nak tulis blog la bagai tapi pada satu hari abang sebelah meja aku kat opis dok sibuk update dia punyer online bisness dia. Aku kagum betul sebab banyaknyer dia tau. Nape aku tak tau. Buta IT nyer aku. Aku pun tanye la dia macam2 dan dia pasrah jer jawab. Rase seronok la pulak. Dia pun registerkan aku 1 akaun. Ni Blog pertama ku. http://izahyunj.blogspot.com/. Dok sebab aku kemaruk ngan mamat korea ni, aku pun exited jari ku menari kat keyboard. Ditambah pulak load kerja aku kat opes dah kurang, so ade mase terluang jer aku layan blog. Dan hasilnyer mmg seronok. Lagi2 bile reader dah capai ribuan. For beginner macam aku mmg rase macam best sangat. Pastu aku tambah lagik 1 blog. Yang kali ni mmg version aku gi jejalan, aku melahu2, aku meroyan, aku mengekpresikan ape2 jer yang aku nak. Dulu pape aku meroyan kat FB tp ader lak kengkawan y selalu nak sound2. FB aku kot sukati aku la. Rupenyer sbb kuar kat home dorang so aku malas dah. Aku pun dah bosan ngan FB sebab ader sesetengah orang menggunakan FB tuk sound orang len, utk perli orang, utk tunjuk bagus dan len2 lagik yang kekadang aku rase meluat la plak. Ader gak yang wat General Announcement kat FB. Ok x paham aku. Getting excited plak bile aku bace blog2 orang len. Barulah aku tau kenapa seronok jadi blogger ni.

Cik paE Twitter pulak.
Dok sibuk sume orang citer pasal twitter aku wat sengal jer. Macam x excited langsung tp bile kawan kpop aku kate, nak latest update ader kat twitter, aku pun try la wat akaun twitter. OMG.. giler la. Sangat up to date. Rupenyer FB tu tempat tuk citer2 yang dah sejuk jer. Y latest diaorng update kat twitter. Aku baru la kenal ape yang dikatekan peminat fanatic. Semua apa yang Hyun Joong buat ader kat twitter. Bukan sejam yang lalu tp 1 min yang lalu. Ok aku mmg jdkan twitter tempat tuk meroyan Kpop dan jugak menyumpah seranah bila aku ader problem.

Cik paE Travel?
Nak kate aku start travel 2011 mmg tpula. Tapi 2011 mmg aku start buat plan untuk travel. Sebelum ni aku jejalan y x plan dan ikot orang. Ade duit aku gi jer. Tapi 2011 aku start conteng calender plan vacation. Tapi semua yang aku rancang untuk 2012. Dok book tic x hengat. Aku plan semua untuk 2012 adalah sebab aku akan merdeka x lama lagi. Nak abis study dah. Sebenarnya aku wat part time study kat UTM. So hidup aku sejak mula study amat la messy. Huru hara sampai aku pun naik semput. Weekend aku dok dalam kelas dari pagi sampai malam. So bilenyer aku nak travel. Ni aku pun start beli barang tuk travel backpack. Maka 2011 aku jumpe Mr Bike ngan Katak pisang hijau. So destinasi backpack aku yang pertama adalah Korea on Feb. Excited!! jakun kan aku. Maklumla dah tue2 gaya gini baru berkesempatan. 

Tempat2 yang aku hinggap 2011 




Cik paE Study @ SPACE UTM
2011 merupakan tahun akhir aku kat wat degree kat UTM. Aku register 2005 dan complete 2011. 6 tahun adalah penangan tuk budak x pandai bercite2 tinggi nak wat degree engineering. Sepatutnye boleh complete dalam 5 tahun. Tapi tambah 1 tahun sebab aku malas + extend + repeat. hahahaha teruk kan. Xpe la janji aku abis. Pagi tadi kerani SPACE telepon bagi tahu yang borang permohonan penganugerahan aku dah complete. tinggal tunggu result sem ni jer. Huh!!! aku rase macam terbang jap. X sangka akhirnyer aku sampai ke tahap ni dan kalau diulang kembali 5 tahun lepas sure aku xmo!! Serius aku sangat banyak berkorban dan kadang2 aku yang terkorban sekali. Duit jgn cite la. Macam ditabur tabur. Aku dah rase macam kene bayar ngan Along setiap semester. Ugut baik jer. x bayar xleh register.. hahahaha Along y diregister tuh!! Ape2 pun paE... tahniah!! berjaya sudah!!

Ni Kengkawan time susah dan senag kat UTM. 



Cik PaE meroyan Kpop
2011 jugak aku start meroyan Kpop. So much fun derrr. Mula2 aku suke sangat tgok Geun Suk yang comel sesangat. Crush gitu tp lama tgok dia ni sangat hado la plak. Ok chentaku berpindah kepada Kim Hyun Joong. Dia sangat cool blog oreo. Ni bukan tahap crush lagik. Melting, angau n sewaktu dengannya. Layan BOF pastu playfull kiss. Habis haku. Hatiku diikan ketat!! So first ever aktivity Kpop aku ialah gi jumpe Hyun Joong kat KL. Ni entry dia for more detail. khj malaysia tour 2011

Cik Pae ngan Fan dari Japan dan KL



Cik paE nyer adik Konvo
Ni budak kicik manyak kuang aja lehhh. Berani dia konvo dulu seblom aku lehhh. sula jadi enginiorrr lak tuh. Mode jeles!!. Family dilanda kegembiraan bile adik aku grad Unisel in Mechanical Engineering. Skang dah jadi Engineer dah kat Pasir Gudang. Tahniah hadek!! aku menyusul. Aku nak bunga 2 kali ganda besar ea + Cekelat n Teddy bear besar macam haku!! Hati mak berbunga ceria.


Cik PaE Turun 12kg.
Setiap tahun tekat nak kuruskan badan. Cam gitu jugak. Tapi 2011 ni ader lain macam sikit. Cik PaE berjaya loss 12 kg!! yeay. Alkisah kejadian adalah semasa sem break lalu. aku ader banyak mase terluang sampai x tau nak wat ape. Activity sihat aku pun berjalan lancar. Tali skipping, badminton dan swimming pool jadik teman karib. hamek ko. 12 kilo tu. Skang aku percaya. Dengan tekad dan usaha, semua pun leh jadi. Ni pic before and after sekadar pemberi semangat pada sape2 yang ngah membara semanagat tuk kuruskan badan. Pic before tu mase gi cameron. Damn aku benci gambar sume kat cameron sbb mmg gemok x hengat. Balik Cameron tgok picture trus aku beli tali skipping. Start 200/day and finally 1000/day. Makan mmg control. Ni la hasilnyer. Skang ni aku stop jap sbb nak peksa walaupun aku selalu kene maranh ngan Hakak Yantie. huk3. Saya kene lulus ini peksa dulu yer. Lagipun x sempat nak betulkan tali reket saya y putus!! hahahahaha modal nak tolak ajakan hakak gi men badminton ^_^. So taun ni aku nak loss lagik 12 kg. Azam 2012.

Cik paE Tacing.
2011 ni ader peristiwa y x best jugak. Ini sume berlaku kerana tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak tak fikirkan hati dan perasaan orang. Rase dihina dan dimalukan. Hidup ni akan lebih seronok jika hati kite bersih. Semua yang luarannya baik tu lum tentu dalamannyer baik. Sesekali hati di usik xper. Kemaafan sentiasa didahulukan atas dasar persahabatan yang menebal. Tapi kalau dijentik berkali2 sehingga luka. Aku xleh trima dah. Sorry friend, you're being too much. Dek kerana ego kate maaf mmg x pernah wujud dalam hidup kau kan. Ok babay. Aku x perlu merendahkan diri pada orang yang x tau menghargai aku. Insan sekeliling yang rase bersalah, sorry.. Aku paham perasaan korang T_T.

Hokey tutup buku 2011. So 2012 motto utama adalah "Laksanakan Impian bahagiakan diri sendiri" Good Luck PaE. Chaiyok2!!


No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^