Followers

Showing posts with label Korea Winter 2012 : Jeju. Show all posts
Showing posts with label Korea Winter 2012 : Jeju. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

Korea Day 6 - Jeju

Terima kasih pada reader sekalian. Disebabkan jumlah visitor bertambah, semakin bersemangat la aku menaip. Harap maaf sekiranya ada kekurangan. Saya ni baru belajar menulis blog. Sekiranya ada idea membina comment anda amat dialu-alukan. ^_^

Okey kite sambung cerite jeju kita pada hari ke 6. Kami dah beli tiket flight balik ke seoul esok pagi. So malam ni kami akan bermalam di jeju buat kali terakhir. Disebabkan kami risau tak sempat nak check in pagi tu, so kami ala2 nak tdo kat airport jer la malam ni. Harini kami akan berjalan sambil membawa beg yang berat. Setelah berkemas2 mana yang patut dan bersarapan kami pun check out dari Jeju Hiking Inn. Semalam sebenarnye dah tanye dah macam mana nak gi next destination tapi tetibe pagi ni aku blur. So kene la memanjat semula ke information center kat atas bukit. Sabo jer la. Yang lagik sedapnye sampai2 jer information center tu tutup!! x bukak lagik. Awal pagi sangat. Kami sebenarnye nak ke bahagian timur pulau. Kat situ ada satu kawasan pantai dan cliff. Puas aku fikir apa nama tempat tu tapi lupe lak. Tapi kat situ ada pantai pasir hitam dan cliff jugak. 

Ok berbalik pada cerita tadi. Disebabkan tutup aku pun terpaksa la bertanya ajushi2 yang lalu lalang kat situ tp tetibe suasana jadik kecoh. Antara ajushi2 ngan driver teksi. Kami dah blur. Rase nak lari jer. Nape dorang ni.. aku tanye jer. x tau xpe la aku tanye orang lain... Aduhai.. Dalam keadaan huru hara2 tu tetibe driver teksi soh masuk kete. Ah sudah.. nak bawak kemana lak ni. Dalam cab tu aku tanye la driver tu nape sebenarnye. Dalam komunikasi antara ayam ngan itik tu apa yang aku paham dia kate kat area tu ader 2 stesen bas jd dorang dok berbincang nak hantar kami ke stesen bas yang mana satu.. Nak pahamkan apa yang driver cab ni cakap bukan la mudah. Segala ilmu tilik aku gunakan tuk tangkap apa yang dia cakap. Lawak sungguh. Akhirnye kami sampai la jugak ke stesen bas kat stadium world cup.. World cup??? yang kami gi semalam?? ader bas station??? hinenyer aku rase bile pk semalam macam nak mati tunggu cab.. ceh!!

Disebabkan awal pagi, information center kat stesen bas tu x bukak lagik. Driver cab yang kami naik punye le risau kami sesat, sampai bising2 dia mintak tolong orang lain tolong kami. MasyaAllah.. Xpela ajushi.. kami okey... jangan risau. Tak sampai 10 minit lepas tu information center pun bukak. kami pun bertanya la apa2 yang patut dan trus naik bas ke destinasi seterusnye. Oleh kerana kami ni bawak beg yang agak berat dan orang asing... Bile sampai jer kat tampat yang kami nak pergi tu, driver bas akan pastikan kami turun. hahahaha layanan maharaja tul. X payah dok risau terlepas. Aku suke tul.. 

Turun jer dari bas aku blur... huh?? napa tempat ni macam x best?? sunyi jer. Ok kite turun dulu. Selepas menuruni tangga yang amat curam, ada satu kedai bukak. Owner dia pandai cakap English. So mudah la kami. Sebenarnye nak tumpang letak beg jer. Ramah dan baik nyer mamat ni. Dia tunjukkan satu sudut tuk kami letak beg yang berat tu. Alhamdulillah.. Kamsahamnida!!..

Kami pun pusing2 kat tempat tu. Ada kuda yang gemuk!! cantik giler kuda ni.. Pastu kami ke pantai. Lawaknyer bile kawan aku nak masuk pantai tp penjaga pantai tu x kasi. Aku ngan muka pelik pun datang and cakap Ajushi.. can i enter?.. ajushi tu kate yes2!!.. so aku pun masuk la. Sorang dari kawan aku pun ngekor. Tetibe sorang lagik nak masuk ajushi tu x bagi. hahahahahaha... Agaknye ajushi ni ingat aku warga tempatan kot. Dah puas amik gambar dan main2 kat pantai tu... amik gambar kaki terbenam.. hahahaha.. kaki terbenam tu adalah lawak kawan aku ditepi pantai. Motip nak amik gambar tapak kaki tp gigih melompat kat pantai nak buat tapak kaki. Last2 terbenam. Nak pecah perut aku gelakkan dia. Sabo jer la.




Dah abis round kami pun bersiap2 tuk tunggu bas untuk ke next destination. Halim's park. Pejalanan menaiki bas dalam 30 min. kami turun dekat dengan family mart. disebabkan jari aku dah berdarah tanpa disedari aku pun masuk la family mart tu tuk beli handplas. Kt korea masa ni mmg la sejuk tp environment kering. Low humidity. Kering la kulit aku yang macam sutera ni huhuhu.. kulit kat atas kuku tu luka2 sebab kering. bibir pecah2. aduhai...



Ni cik pae sedang menampal tangan yang luka dalam kesejukkan. Yang merah tu bukan darah aku ye.. tetibe lak ader cat kat situ.. Permandangan kat pantai di area halim park ni mmg cantik. Pasir sangat la halus. Mereka terpaksa letak jaring supaya pasir x terbang kene tiup angin. Kalau time ni summer aku rase mau aku terjun dalam laut tu..



Sesudah puas menikmati pantai kami ke family mart tuk makan. Pas masing2 dah kenyang kami menuju ke Halim's park. Kene menapak dalam 5 min. Entry fee agak mahal. Rasenye 9K Won. Bila dah masuk baru la tau yang ia adalah taman tropika... Tropika?? sama la macam kat Malaysia.. Adeh!! tapi macam2 la ader dalam ni. Mungkin kalau datang masa spring agak berbaloi. Time kami datang ni pokok kering dah x hado bunga langsung... Dalam taman ni ader old folk village dan taman burung jugak. Mari layan gambar2 yang aku snap kat bawah ni.


Ni lak burung2 yang comel2 disana. aku tak sangka camera aku sanggih jugak leh snap gambar macam ni. riak x??

Hari pun dah petang. Kami plan malam ni nak tdo kat airport jer. Aku dah x larat nak meronda lagik dah. Sampai kat airport aku pun flat.. kawan aku nak meround lagik, aku pasrahkan dia gi sorang. Sebenarnye mmg rase nak demam dah. Aku telan penadol dan tdo!!.. bila kawan aku balik jer kami pun nak carik port tp tetibe guard kate can not sleep here.. huh?? xleh tdo kat airport??? first time aku denga ni... aduhaiiiii.. ape lagik, menangkut la balik beg kami ke motel yang first day kami tdo tu. nasib available. sampai jer aku solat dan kroihhhhhh.. selamat malam jeju...

sok citer blk seoul semula...




Friday, 17 February 2012

Korea Day 5 - Jeju

Regang2kan jari tuk menaip.... Aku kene gigihkan diri sebelum lupe. Perjalanan ke jeju pada hari ke 5 bermula sekarang. ^_^ 

Disebabkan hari ni satu hari kami akan berjalan2 di jeju maka banyak la tempat yang berada dalam list itenery. Pepagi pas mandi rutin seperti biasa adalah sarap ape yang ada. Kat jeju hiking inn ni senang sikit sebab dia ada pantry. So senang la kalau nak makan. Hari ni aku ala2 lambat sikit so aku soh la kawan aku pi readykan sarap. Makanan rutin kami ialah ramen aka magie :p. Air nes instant tu. Dah kenyang kami memulakan perjalanan. Dah prepare note kecik tulis lis mana nak pergi. Motipnye aku nak soh minah kat information center tu tulis dalam bahasa korea nama tempat ni. so nanti senang nak naik public transpot. Selesai jer dapat info camner nak gi tempat2 harini kami pun mendapatkan cab. Mula kami akan ke cheonjeon waterfall. Price cab dah x ingat tapi dalam 5K Won rasenyer. Entry fee pun x mahal sangat dalam 2K Won.


Actually waterfall dia kecik jer. Kalau nak compare ngan waterfall kat gunung ledang tu mmg kalah la dorang tp apa yang wat aku terkaku seketika adalah decoration dan bagaimana dorang maintain tempat tu. Seriously cantik sangat2. Bersih sampai xkan nampak sampah langsung. Daun2 kering pun x hado!! Dalam pond siap ada itik berenang2. Ditambah plak ngan kedinginan salji. Adeh romantik gitu.. Patutla orang suka honeymoon kat Jeju. Dok ngah menikmati keindahan alam angin sepoi2 bahasa membawa salji menyapa. Feeling x hingat aku mase tu. Ni aku share ape yang aku rase lalu gambar ni yer... sile feeling :p

Setelah puas menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, kami pun keluar. Beli la sikit buat tangan kat deretan kedai2 tu. Semua ajumma2 kat cni x pandai English tp ader sorang philiphine jd dorang punyer translator. Minah philiphine ni dah setaun keje kat situ. so agak mudah la perbualan kami.

Destinasi seterusnye ialah Oedalgae. Tempat agak unik. Permandangan saujana mata memandang. Perjalanan dari Waterfall tadi dalam 10 minit jer naik cab. Oedalgae ni sangat cantik. Tempat yang mesti datang kalau korang nak datang jeju ni. Sesuai tuk menenangkan fikiran, mengagumi ciptaan tuhan, feeling2 dan jugak sesuai la klu nak ubat hati kalau putus chenta. hahahahaha. Sekali lagik aku terpaku. Cantik sangat. Laut yang biru dan batu2 yang amat unik. Cakap banyak tak guna, sila la feeling2 ngan gambar dibawah. Pasni korang meroyan lak nak datang cni..

Laut yang luas membiru, saujana mata memandang. Lama jugak la kami disini feeling2. Tapiiii amaran keras la yer.. sape2 yang nak datang sini kene kuat semangat la. kene menapak agak jauh. Jauh dan ala2 mendaki bukit sikit. So badan kene fit la yer. Kalau ader sakit2 lutut tu aku nasihatkan x payah la. kompom korang x dapat nak tgok sume2 ni.

Aku macam nak pengsan menapak. Bile tanyer ajushi2 kat situ berapa jauh lagik.. ayat x leh blah.. oh just another 2km.. 2km???? 2km klu rate x hape ni hamek ko... sungguh menguji kekuatan skru2 lutut aku. almaklumla aku kan terlebih!! cis.. Ni lak time aku ngah feeling2 kene candid la plak. tp i like!! santekkkkkkk...

Ni klu sape2 yang ngah putus cinta ke tunang ke bahaya jugak. sbb beberapa langkah jer dah leh jd arwah.. bawah tu batu bukan air. so klu jatuh harapan nk idop to 0%.. so jgn wat keje gile .
Dah puas kami pun patah balik dan berlari2 mencari air. haus sangat. walaupun sejuk siap ader salji2 gitu tp tetap nak air. Selepas relex2 merehatkan kaki, kami pun mencari cara nak ke World cup stadium. Pening seketika nak naik bas kat mane rupa2nye kene menapak lagik dalam 1Km. Mane x kurus aku macam ni. Laluan lak mendaki. hoyeeee.. best kan. Semangat punye pasal gigih la aku berjalan. Aku pun kagum ngan diri sendiri. Hebat jugak faizah ni. huhuhuhu. Dah sampai satu simpang cab pun lalu. kami pun tahan la. perjalanan dalam 10 min jer. World cub stadium ni sunyi sepi dikala winter ni. Sekali lagik kami disambut dengan angin berserta salji yang kuat.. Berlari2 aku mencari tempat perlindungan. Kawan2 aku boleh jalan ngan selamba menikmati seni bina stadium. Kagum aku. Korang x sejuk ker?? ni lak gambar kat ctu.

Dah penat meroud2 stadium yang sunyi sepi, salji ngan angin lak makin kuat kami pun nak gerak ker next destination. Next destination ialah Teddy bear stadium. Perjalanan agak jauh. tp nak naik bas x reti so kami tekat nak naik cab jer. Tapi malang mase tu cab xmo lalu la plak. huyooo sejuk tuhan jer la yang tau. Kaki aku dah nak beku dah ni. Nak dekat 10 min menapak cab pun lalu. Alhamdulillah.
Sampai kat Teddy bear museum tu kami pun masuk. Entry fee 8K Won. Mahal nak mampuihhhh nak dekat RM 24. Berbaloi ke ni. masuk jer la. datang jauh2 ni. Kat dalam museum ni ader teddy bear dari awam 1900 hingga la 2000. Tapi aku bukan le type pecinta teddy bear ni. Tapi dalam prince hour ader mention teddy bear museum ni. So aku macam nak tgok la apa yang special sangat. Mmg ada banyak la teddy bear yang pelbagai rupe dan stail. tp pada aku x berapa berbaloi la masuk museum ni sbb xder apa yang sangat menarik.

Gambar yang tengah2 tu bear dalam prince hour. Masihkan korang ingat^_^. Rindu la plak kat cte tu. harus korek balik CD dia. Dah keluar dari museum tu dorang nak masuk museum ripley believe it tp aku xmo. Aku suruh diorang go on. Satu sebab mahal dan keduanya sebab aku x minat benda2 ni. Aku ni jiwa sentimental dan x suka benda2 yang pelik2 ni. Klu kuar kat tv tu x penahnye aku tgok sbb aku ngeri tgok. Tapi last2 dorang pun x masuk. Sudah... kami pun masuk family mart tuk lunch. Disebabkan aku dah lapo lunch aku ialah magie + nasik. Sadis.. kat Malaysia x buat nyer. lantak la janji kenyang. Nak makan sedap tunggu balik malaysia yer.
Kemudian kami masuk plak cokelat land. entry fee 3K Won tp jd coupon. so nanti leh beli coklat ngan coupon tu. Maksudnye masuk free la kan. Kami pun masuk la. Kat sini coklat seluruh dunia dipamerkan. Malaysia punye pun hada.. Coklat tongkat ali. Korang penah denga?? aku kat Malaysia pun x penah jumpa. hahaha lawak.



After dok round2 and beli apa2 yang patut kami pun gerak. Motip nak ke old folk home tp dalam perjalanan nak keluar tu ternampak la plak pos office. hurmm mmg rezeki la nak pos postcard dari jeju. Pejabat pos ni dah macam kedai. Penuh ngan limau. Besar2 lak tu. Tapi mamat yang jual tu aku rase x pandai English so muka dia agak kelat xmo layan kitorng. Tapi kawan aku dok terliur ngan limau tu lalu dia capai sebijik. x le besar sangat. 1.5K Won. Mak aihhh mahal tu. RM 4 kot sebijik. layannnn.

Nak ke old folk home ni agak jauh dan nak dapat info dulu macam mana nak kesana. so skang nak kene gi information center dulu. Motip xnak trus tahan cab sebab aku x reti nak cakap ngan driver cab nanti so kene jugak ke information center. Tapi kawan aku dah tertahan cab. Naik jer la. seperti yang aku jangka mmg driver tu x paham apa yang aku cakap. last2 dok dah give up aku cakap information center. trus la dia bawak kami kesana. Sebenarnya aku nak tau kat mana old folk village yang paling dekat tp rupenye kat jeju cume ada 2 je. dan dua2 agak jauh dari lokasi kami sekarang. Tambahan pulak dia tutup kul 6. so tinggal 1 hr. macam x sempat. Aku pun mintak minah kat counter tu suggest mana lagik nak gi so dia pun suggest la cliff yang berhampiran. Minah tu siap bagitau ajushi cap tadi tp ajushi tu marah2. Aku siap blur napa dia marah2. Rupa2nya lokasinya sangat dekat. hahahaha patutla dia marah.


Kami tak lama kat cni sebab dah penat. Lepas jalan2 sikit trus masuk kat convention center carik family mart. pekena coffee pastu naik bas ke hostel. Perut masih lapa so kami plan la nak makan lagik steamboat semalam. Lepas dah tersandar kekenyangan aku surender nak balik hostel trus. Kawan yang lain nak sambung soping lak. sila la. aku dah tak terdaya lagik. Sampai bilik jer aku tadah air panas kat bath tab. Mandi, solat dan kroihhhhhh.. Selamat malam jeju...


Sambung esok lak jeju seoul mission!!~~



Wednesday, 15 February 2012

Korea Day 4 - Jeju

Entry seterusnye akan dihidangkan dengan gambar2 yang saujana mata memandang. Entry ni mmg leh wat korang merentan nak terbang ke jeju kalau korang ni pecinte alam la. 

Pepagi pas mandi dan sarap. As usual aku jadik tukang masak sarap iaitu rendam magie.. hahahaha padan muka makan magi pepagi bute. kami pun kemas2 dan amik cab ke jeju intercity bus station. Turun2 jer dari cab kami disapa oleh makcik2 dari Malaysia. Berborak la jugak, dorang dari KL. Kat jeju ni dok kat Hotel facing laut... Ok kompom percutian mak datin. Agak ramah la jugak makcik2 ni, pastu kami pun mintak diri. nak kejar bas kot. huhuhuhu. Yang sedapnye kami mmg dah wat itenari tapi leh blur nak gi mane. Punca kejadian adalah mase kat airport banyak pamplet promote route. so hati melonjak riang nak ikot route tu. Tapi disebabkan x cukup masa nak study dan masa yang limited.. aku bukak balik buku hijau yang aku dah perpare tu. Jangan dok gatal. sile follow iteneri yer kengkawan. So destinari pertama kami ialah Manjanggul Cave. Cave kat malaysia pun aku x penah masuk. hahahahaha tp ader sorang dari kami mmg suka so layannnn. Selepas naik bas dalam 40 min kami pun sampai. Turun jer dari bas kami disambut oleh angin yang sangat kuat. Sejuk!!!!. sambil terlompat2 kat tepi jalan tu kami berjaya jugak menahan cab.

Sejuk sbb angin kuat. Tepi laut gamaknyer.

 Ada 2 pilihan. nak jalan ke nak naik cab. X la mahal sangat. Ditambah lagik ngan beg yang berat maka naik cab mmg pilihan muktamat. Sampai jer kat entry kami carik locker dulu. Alhamdulillah.. ada pun. Bahu dah nak rebeh dah ngangkut beg. Pas beli tiket kami pun masuk gua. Ok aku mmg orang yang x reti nak menghayati seni gua ni. so nikmati jer la gambar ni yer.



Pas dah kuar dari gua kami kuarkan beg dan amik cab ke jalan besar tuk tunggu bas. Destinasi seterusnye ialah Heayoe Musium. Time naik bas leh lak lupe name musium ni. aku doh gigh bgtau women dive musium. driver bas x paham. siap bukak kitab english korean lagik. adeh mati la macam ni. tetiba ade student nak turun. aku pun sebut la heyo banyak kali. pastu student tu pun cakap la... ooo Haeyoe... hahahaha lawak nak pitam aku time tu. Moral of da story sila la tulis dalam bahasa korea kalau nak naik bas yer.



Perjalanan x lama. Dalam 15 min camtu. Turun ker bas mak aihhhh salji berserta angin bertiup. Sejuk dokkkkk!!!.. memang la jakun tgok salji turun tp sbb dia ngan angin aku nak pengsan sejuk. aku pun gigh cepat2 jalan masuk musium. kawan2 aku leh lompat2 kat luar main salji. Masuk2 jer li ticket. Nasib dia paham English. so aku cakap la nak letak beg. Dia tunjuk tepi kaunter. Ooo ok cepat2 aku letak beg. Lepas mereka2 dok terkinje2 kat luar tu dah penat gamaknye, dorang pun masuk. pastu trus masuk studio tuk slide presentation. After 15 min slide habis kami pun meround la musium ni. Serious aku mmg kagum la ngan ajumma2 heayoe ni. Gigih mencari rezeki.. tabik spring!!. Pada aku musium ni sangat berbaloi untuk datang. Design dia mmg cantik sangat2. Macam2 ada. Sesuai la kalau motip korang datang cni nak mendalami cara kehidupan orang korea. Ni antara gambar2 yang aku snap masa kat musium ni.





Destinasi seterusnye ialah Ilchibong. Serius aku sebenarnye x dapat bayangkan keadaan Ilchibong tu macam mana. So tunggu dan lihat jer la. Ilchibung terletak di bahagian barat pulau berdekatan jer ngan heayoe musium. dalam 15 minit camtu. Sampai jer kat pekan ilchibong tu aku blur... Pekan tu.. mane la cliff nyer. Masuk Family Mart pastu maniskan mulut bertanya. Rupenye kene naik cab pulak. perjalanan dalam 10 min camtu. Masuk dalam la. Pakcik tu siap bagi name card lagik sebab dalam tu xder cab rupenyer. Turun jer dari cab kami disambut oleh salji lagik!!. Again sejukkkk!!..


Salji tetibe turun dengan lebatnyer... adeh tebongkok bongkok tahan sejuk.

Pastu aku dok pusing carik port mana nak taruk beg ni... X hado!! so jawabnye ngangkut la wei.. Mula2 aku ingat bukit tu xder la tinggi sangat rupe2nyer tinggi yang amat. Gigih la aku panjat dengan beg 12 kg. Dinasihatkan sape2 nak datang korea sila la kuatkan fizikal anda!!.


Permandangan kat sini mmg awesome. Buat aku terdiam seketika. Indahnya ciptaan tuhan. Aku x pernah nampak view yang mampu wat aku terdiam macam ni. Speechless.. Awesome!! subhanallah... 

Hari pun makin nak gelap. Kami kene menuju ke sewingpo. Perjalanan masih jauh. Time to say good bye kat Ilchibong. Ok nak balik ni camner nak tepun teksi. Xder Hp. Aku pun wat muka kesian kat agashi korea kat bawah tu. Mintak tolong dia call kan teksi. Dorang sangat la x kisah tolong. Baiknye manusia ni... Berkali2 aku cakap kamsahamnida.... sambil tunduk2 ala2 burung belatuk. huhuhuhu... Moral of da story, Sewa la tepun klu datang kerea yer... Teksi datang dalam 15 min anta kami ke pekan Ilchibung tu semula. Masa tuk tunggu Bas. Dalam kesejukkan kat bus stop tu kami di tegur oleh sorang ajumma. Dia offer tuk tido kat guesthaouse dia. Kami kate xleh sebab dah book kat sewingpo. Dia pun give up. Bas sampai dalam 10 min. Kali ni x susah sangat nak cakap ngan bus driver. Aku bgtau yang aku nak ke sewingpo jer. Dia paham. Alhamdulillah. 

Sampai kat Sewingpo dalam 30 min. Masa tuk mencari Jeju Hiking Inn. Kalau nak ikotkan peta yang aku print ni macam senang jer tp in reality mmg boleh sesat jugak la. Agak jauh jugak sebenarnyer nak menapak. bertanya jugak pada orang2 kat ctu dan finally jumpe. Bayar bilik, dapat kunci, masuk bilik dan perut pun menyanyikan lagu riang lagik. Ok makannnn.. ape nak makan ni.. Kali ni nak carik kedai makan yang proper cikit. asik makan magie jer... boring la plak. pusing punye pusing jumpe kedai makan steambot. Seafood and vegie.

Ok la ni.. Masuk2 jer sume orang peratikan kami. Ada aku kisah.. aku nak makan ok!! kami disambut oleh agashi kedai tu. tunjuk seat. Actually makan ala2 jepun stail. Bersila aku. Ok masa tuk order.. Just nak kepastian... aku pun cakap la. kami nak medium.. no KOGI!!.. sambil tunjuk pangkah2 kat dia.. noooo Kogi... (kogi tu daging) dorang akan paham. Sampai jer makanan inspection lak dilakukan. penat la minah tu kene tanye satu2 ape ni... Ok sume kompom sayur ngan ikan... sinsing lengan baju dan bedal!!!!  Ikan dia mmg fresh.. Siap ader telur ikan lagik. sedap. seyes sedap.. minah tu siap tanya nak nasik tak.. Bagi nasi 2.. hehehehe.. masing2 kelaparan la kan. so kami pun berpuntal makan x hengat dunia... last2 masing2 tersandar... Harga makanan ni 33K Won. Nasik 1K won each so total 35K Won. Mahal la jugak sebenarnyer tp share 3 orang.. ok x mahal sangat. masih mampu lagik.. Jom balik bilik tdo!!. Tapi badan dah bau wangi sangat aku pun mandi dulu pastu solat dan  kroihhhhhh...

Sambung sok lak kat jeju lagik....