Entry seterusnye akan dihidangkan dengan gambar2 yang saujana mata memandang. Entry ni mmg leh wat korang merentan nak terbang ke jeju kalau korang ni pecinte alam la.
Pepagi pas mandi dan sarap. As usual aku jadik tukang masak sarap iaitu rendam magie.. hahahaha padan muka makan magi pepagi bute. kami pun kemas2 dan amik cab ke jeju intercity bus station. Turun2 jer dari cab kami disapa oleh makcik2 dari Malaysia. Berborak la jugak, dorang dari KL. Kat jeju ni dok kat Hotel facing laut... Ok kompom percutian mak datin. Agak ramah la jugak makcik2 ni, pastu kami pun mintak diri. nak kejar bas kot. huhuhuhu. Yang sedapnye kami mmg dah wat itenari tapi leh blur nak gi mane. Punca kejadian adalah mase kat airport banyak pamplet promote route. so hati melonjak riang nak ikot route tu. Tapi disebabkan x cukup masa nak study dan masa yang limited.. aku bukak balik buku hijau yang aku dah perpare tu. Jangan dok gatal. sile follow iteneri yer kengkawan. So destinari pertama kami ialah Manjanggul Cave. Cave kat malaysia pun aku x penah masuk. hahahahaha tp ader sorang dari kami mmg suka so layannnn. Selepas naik bas dalam 40 min kami pun sampai. Turun jer dari bas kami disambut oleh angin yang sangat kuat. Sejuk!!!!. sambil terlompat2 kat tepi jalan tu kami berjaya jugak menahan cab.
Ada 2 pilihan. nak jalan ke nak naik cab. X la mahal sangat. Ditambah lagik ngan beg yang berat maka naik cab mmg pilihan muktamat. Sampai jer kat entry kami carik locker dulu. Alhamdulillah.. ada pun. Bahu dah nak rebeh dah ngangkut beg. Pas beli tiket kami pun masuk gua. Ok aku mmg orang yang x reti nak menghayati seni gua ni. so nikmati jer la gambar ni yer.
Sejuk sbb angin kuat. Tepi laut gamaknyer.
Ada 2 pilihan. nak jalan ke nak naik cab. X la mahal sangat. Ditambah lagik ngan beg yang berat maka naik cab mmg pilihan muktamat. Sampai jer kat entry kami carik locker dulu. Alhamdulillah.. ada pun. Bahu dah nak rebeh dah ngangkut beg. Pas beli tiket kami pun masuk gua. Ok aku mmg orang yang x reti nak menghayati seni gua ni. so nikmati jer la gambar ni yer.
Pas dah kuar dari gua kami kuarkan beg dan amik cab ke jalan besar tuk tunggu bas. Destinasi seterusnye ialah Heayoe Musium. Time naik bas leh lak lupe name musium ni. aku doh gigh bgtau women dive musium. driver bas x paham. siap bukak kitab english korean lagik. adeh mati la macam ni. tetiba ade student nak turun. aku pun sebut la heyo banyak kali. pastu student tu pun cakap la... ooo Haeyoe... hahahaha lawak nak pitam aku time tu. Moral of da story sila la tulis dalam bahasa korea kalau nak naik bas yer.
Perjalanan x lama. Dalam 15 min camtu. Turun ker bas mak aihhhh salji berserta angin bertiup. Sejuk dokkkkk!!!.. memang la jakun tgok salji turun tp sbb dia ngan angin aku nak pengsan sejuk. aku pun gigh cepat2 jalan masuk musium. kawan2 aku leh lompat2 kat luar main salji. Masuk2 jer li ticket. Nasib dia paham English. so aku cakap la nak letak beg. Dia tunjuk tepi kaunter. Ooo ok cepat2 aku letak beg. Lepas mereka2 dok terkinje2 kat luar tu dah penat gamaknye, dorang pun masuk. pastu trus masuk studio tuk slide presentation. After 15 min slide habis kami pun meround la musium ni. Serious aku mmg kagum la ngan ajumma2 heayoe ni. Gigih mencari rezeki.. tabik spring!!. Pada aku musium ni sangat berbaloi untuk datang. Design dia mmg cantik sangat2. Macam2 ada. Sesuai la kalau motip korang datang cni nak mendalami cara kehidupan orang korea. Ni antara gambar2 yang aku snap masa kat musium ni.
Destinasi seterusnye ialah Ilchibong. Serius aku sebenarnye x dapat bayangkan keadaan Ilchibong tu macam mana. So tunggu dan lihat jer la. Ilchibung terletak di bahagian barat pulau berdekatan jer ngan heayoe musium. dalam 15 minit camtu. Sampai jer kat pekan ilchibong tu aku blur... Pekan tu.. mane la cliff nyer. Masuk Family Mart pastu maniskan mulut bertanya. Rupenye kene naik cab pulak. perjalanan dalam 10 min camtu. Masuk dalam la. Pakcik tu siap bagi name card lagik sebab dalam tu xder cab rupenyer. Turun jer dari cab kami disambut oleh salji lagik!!. Again sejukkkk!!..
Salji tetibe turun dengan lebatnyer... adeh tebongkok bongkok tahan sejuk.
Pastu aku dok pusing carik port mana nak taruk beg ni... X hado!! so jawabnye ngangkut la wei.. Mula2 aku ingat bukit tu xder la tinggi sangat rupe2nyer tinggi yang amat. Gigih la aku panjat dengan beg 12 kg. Dinasihatkan sape2 nak datang korea sila la kuatkan fizikal anda!!.
Permandangan kat sini mmg awesome. Buat aku terdiam seketika. Indahnya ciptaan tuhan. Aku x pernah nampak view yang mampu wat aku terdiam macam ni. Speechless.. Awesome!! subhanallah...
Hari pun makin nak gelap. Kami kene menuju ke sewingpo. Perjalanan masih jauh. Time to say good bye kat Ilchibong. Ok nak balik ni camner nak tepun teksi. Xder Hp. Aku pun wat muka kesian kat agashi korea kat bawah tu. Mintak tolong dia call kan teksi. Dorang sangat la x kisah tolong. Baiknye manusia ni... Berkali2 aku cakap kamsahamnida.... sambil tunduk2 ala2 burung belatuk. huhuhuhu... Moral of da story, Sewa la tepun klu datang kerea yer... Teksi datang dalam 15 min anta kami ke pekan Ilchibung tu semula. Masa tuk tunggu Bas. Dalam kesejukkan kat bus stop tu kami di tegur oleh sorang ajumma. Dia offer tuk tido kat guesthaouse dia. Kami kate xleh sebab dah book kat sewingpo. Dia pun give up. Bas sampai dalam 10 min. Kali ni x susah sangat nak cakap ngan bus driver. Aku bgtau yang aku nak ke sewingpo jer. Dia paham. Alhamdulillah.
Sampai kat Sewingpo dalam 30 min. Masa tuk mencari Jeju Hiking Inn. Kalau nak ikotkan peta yang aku print ni macam senang jer tp in reality mmg boleh sesat jugak la. Agak jauh jugak sebenarnyer nak menapak. bertanya jugak pada orang2 kat ctu dan finally jumpe. Bayar bilik, dapat kunci, masuk bilik dan perut pun menyanyikan lagu riang lagik. Ok makannnn.. ape nak makan ni.. Kali ni nak carik kedai makan yang proper cikit. asik makan magie jer... boring la plak. pusing punye pusing jumpe kedai makan steambot. Seafood and vegie.
Ok la ni.. Masuk2 jer sume orang peratikan kami. Ada aku kisah.. aku nak makan ok!! kami disambut oleh agashi kedai tu. tunjuk seat. Actually makan ala2 jepun stail. Bersila aku. Ok masa tuk order.. Just nak kepastian... aku pun cakap la. kami nak medium.. no KOGI!!.. sambil tunjuk pangkah2 kat dia.. noooo Kogi... (kogi tu daging) dorang akan paham. Sampai jer makanan inspection lak dilakukan. penat la minah tu kene tanye satu2 ape ni... Ok sume kompom sayur ngan ikan... sinsing lengan baju dan bedal!!!! Ikan dia mmg fresh.. Siap ader telur ikan lagik. sedap. seyes sedap.. minah tu siap tanya nak nasik tak.. Bagi nasi 2.. hehehehe.. masing2 kelaparan la kan. so kami pun berpuntal makan x hengat dunia... last2 masing2 tersandar... Harga makanan ni 33K Won. Nasik 1K won each so total 35K Won. Mahal la jugak sebenarnyer tp share 3 orang.. ok x mahal sangat. masih mampu lagik.. Jom balik bilik tdo!!. Tapi badan dah bau wangi sangat aku pun mandi dulu pastu solat dan kroihhhhhh...
Sambung sok lak kat jeju lagik....
pemandangan yang sangat awesome kt ilchibong tu! klu tgk sendiri dpt bygkan mmg waaa..tingin nk pergi jugak..
ReplyDeleteHehehe... mmg cantek. klu time spring lagik la cantek... ^_^
ReplyDeleteSalam nk tnya. Ni pg bln bp ye ? Bln 2 ke
ReplyDelete