Followers

Showing posts with label Malaysia : Kedah. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Kedah. Show all posts

Sunday, 17 July 2016

Travel Hunt Darul Aman 2016 - part 3

Finally last day di Ulu Legong. Selepas sarapan kami akan memulakan perjalanan. Sebelum itu sempat jugak beli ikan pekasam. Ikan pekasam yang kami beli disini memang sedap... menyesal tul beli 2 bekas jek!! Seriusly sedap. ok terliur plak dah teringat ikan pekasam ni. 



Model ikan pekasam hihi

Sebelum perjalanan diteruskan, Upacara pelepasan dilakukan dimulakan dengan sedikit kata2 aluan. Ternyata banyak lokasi perlancungan yang masuk belum diterokai di kedah darul aman ni. 

Peserta Travelhunt Darul aman sera penaja.

Perjalanan diteruskan dari Ulu Legong ke Alor Setar.

Kedah Darul Aman harus la sinonim dengan Padi.. Melengkapi Landscap sepanjang perjalanan. 

Yeahhh.. kami dah sampai di dataran Masjid Zahir.

Ini la abang polis yang escort kami.. Thanks abam polis!!

Balai Besar Alor Setar.

Balai Nobat Alor Setar

Menara Jam.

Sedikit penerangan diberikan mengenai sejarah Kedah Darul Aman.

Majlis penutup pula diadakan di Bustani Hotel Jitra. Pelbagai juadah disediakan. Semua local food ni mmg enak sekali. Travel Hunt kali ni mmg best dengan tempat y menarik serta makanan y lazat. 

Laksa Buyong

Sup Utara.

Cucur.

Gulai gear box

yeah... This is how to enjoy it!!

Ucapan penutup daripada penganjur.

Penyampaian hadiah.


Program Travel Hunt Darul Aman berakhir sudah.... Kami ke Pekan Rabu.. macam macam terdapat disini.. Ape lagik.. Soping moment.



Thanks kepada penganjur Travel Hunt Darul Aman atas jemputan ticket media.. Moge ade jemputan lagik tahun hadapan. Ayuhhhh Visit Malaysia... Visit Kedah Darul Aman... Macam macam terdapat dia kedah.. and I found something in Kedah...



Travel Hunt Darul Aman 2016 - part 2

Harini bertekad nak mengabiskan entry y tertunda.. rupenye ade banyak la plak. hahahaha terasa kemalasan melanda sejak akhir akhir ni.. Atau lebih sopan dikatakan terlalu sibuk dengan kerjaya baru :). Semoga yang diusahakan akan berjaya. Since esok dan hari mendatang akan menjadi sibuk maka harini aku gigh nak upkan few entry. Wish me luck!! hiks.

Ayuh kite teruskan dengan entry TravelHunt Kedah Darul Aman. Hari pertama dimulakan dengan sarapan. Thanks Hotel Rasa Sayang untuk tajaan hotel dan sarapan ni.

Antara menu ynag disediakan ialah Roti

Bubur

Buah buahan.

Selesai bersarapan, Majlis perasmian Kedah Travel Hunt Darul Aman dimulakan.

Taklimat Keselamatan Konvoi.

Ucapan alu-aluan.

Pelepasan Konvoi.



Perjalan Konvoi kami ke Ulu Legong berjalan dengan lancar sekali. Persis VVIP sangat di escort oleh polis. Thanks to Abam polis yang mengawal trafik dengan berjaya sekali. Sepanjang perjalanan kami ade mision yang perlu dilakukan. Ade beberape soalan yang perlu dijawab dan jawapan terdapat disepanjang perjalanan. Kami sempat juga singgah di Gua Jepun. Kedah darul Aman mula mempromosikan Military Tourism. Banyak tinggalan sejarah berkaitan ketenteraan di Kedah Darul Aman yang masih ramai x tahu dan perlu dikomersialkan. 




Pada petangnye kami ade merentas desa. Berbagai activity dilakukan untuk bagi mendedahkan keistimewaan Kedah Darul Aman. Ternyata tagline I found something in Kedah mmg menepati tema Travel Hunt kami kali ni. Madu lebah, Sangkar udang, Kolam air panas dan banyak lagik tarikan perlancungan terdapat disini. 


Sauk udang sangkar.

Kami menginap dia Ulu Legong. Berdekatan dengan air panas Ulu Lengong.


Ini la Para media yang turut terlibat.

Dihiburkan oleh artis Jemputan.

Feveret sgt nih... Cendol durian.

Aiskrin Embun... Sedap!!. Local aiskrim.

Pelbagai Juadah disediakan pada malam hari untuk menjamu para peserta. Makanan local seperti Gulai kari batang pisang masih segar dalam ingatan.. Bila la dapat makan gulai tu lagik... Rindu Kedah!!..


Sunday, 22 May 2016

Travel Hunt Darul Aman 2016 - Part 1

Travel Hunt Darul Aman 2016 ni aku join atas ajakkan Masz. Kami mendapat jemputan atas tiket Media. Terasa rendah diri plak nk jadi media nih. Ayuh kite selongkar i found something in Kedah... Jom Visit kedah!! 

Perjalanan aku mmg jauh la. Dari Johor Bahru ke Putrajaya trus ke Ipoh. Keesokkan pagi kami ke Sungai Petani. Destinasi pertama kami ialah Hotel Cinta Sayang Sungai Petani. Sesi registration dan taklimat media diadakan untuk kami dan kemudian kami ke Jeti Semeleng untul river cruise Sungai Merbok.


Ikan dalam sangkar di Sungai Merbok
Bakau yang masih terjaga rapi
Bagi yang nak merasa tinggal di rumah air. Terdapat jugak chalet disini. Bak kate pegawai yang iringi kami. Kalau nak makan ikan boleh pancing sendiri.. klu x dapat leh sauk je kat sangkar ikan sebelah tu. huhu.  
Ni la sangkar ikan sebelah chalet tu

Nelayan mencari rezeki

Pantai Merdeka

Kami singgah ke Tanjung Dawai untuk lunch dan melihat hasil laut. 

Inilah boat yang kami naik.

Yes.. inilah bukti kami dah sampai Tanjung Dawai.

Seperti yang disarankan, kami cuba Mee Ketam.

Dan Mee Udang.

Di tingkat atas terdapat deretan kedai menjual hasil laut.


Beraneka jenis. Macam macam ada.

Perjalanan balik ke Jeti Semeleng.. Ternyata Bakau disini masih terjaga rapi.

Dan akhirnye sunset di Jeti Semeleng.

Pada sebelah malamnya kami di jamu makan malam di Jeti Semeleng. Local food yang sangat enak. Masih teringat satay semeleng. Memag terbaik!! 

Sungai merbok river cruise mmg membawa kami dekat dengan alam sekitar. Sungai merbuk yang bersih dan terjaga rapi menampakkan ia berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung. Terdapat chalet atas air yang sesuai untuk pelancung menikmati suasana yang mendamaikan. Pasti seronok bermalam di situ terutama pada yang suka memancing.

Penginapan kami pada malam itu ialah di Cinta Sayang Resort. Amat selesa dan lengkap dengan ape yang kami perlukan. 


Bilik kami di Cinta Sayang Resort.

Berakhir sudah hari pertama kami. The real Travel Hunt akan bermula keesokkan hari. Okla... to be continue...

Till then....