Followers

Monday 23 April 2012

Visit Korea during Winter

Ada kawan Kpop nak gi korea during Winter. Jan plak tu. hehehehe kompomla sejuk giler time tu. Since ni first time dia nak gi saner so aku wat entry ni tuk bagi info sikit. Sebenarnye nak bagi info masa dia nak dekat2 nak gi nanti tapi since few thing dia nak kene look in to. Bagi jer la awal2. Hope 15 hari kat saner akan sangat awesome.

Hostel.
1. Since pegi time winter harusla kene book hotel/ hostel/motel awal2. Sat lagik penuh jenuh lak nak tdo sejuk2.
2. Booking hostel 2 bulan sebelum dan reconfirm sebulan sebelum date.
3. Pilih hostel yang dekat dengan subway supaya senang nak bergerak nanti.
4. Print out map lokasi hostel in case sesat nanti. Senang nak tanye orang.
5. Dan yang teramat penting amik no phone hostel yang korang dah book. Senang nanti klu x jumpe leh call.
6. Print Email booking sbg bukti booking.
7. Recept kat hostel2 ni selalunyer x pandai English. Prepare yourself. Google translate la awal2 ape2 yang korang nak cakap mase nak check in or out. Supaya x jadi macam ayam ngan itik. Aku dah merase. hahahaha pening.

Transportation
1. Amat mudah kalau ada T-money. Ala2 touch n go card gitu. Sume public transport leh pakai. Ada jual kat kedai2 kat airport.
2. Book awal2 tic flight atau ferry utk long distant journey. Contohnyer dr seoul ke Jeju. Kalau nak naik ferry check jadual perjalanan.
3. Print latest subway map. Senang nak plan perjalanan nanti.
4. Check your flight tic. Klu arrival malam alamat kene la carik hotel dekat2 airport. Unless x kisah spend more money on cab fees. Agak mahal sbb dia dah kire mid night fee. Subway akan stop 11.45 PM. So kalau flight sampai dalam kul 10 tu sesalunye x sempat nk sampai middle Seoul.

Food.
1. Kalau budget travel bawak ape2 yang patut. Instant nasik ada jual kat Family mart. so no worry.
2. Kalau nak makan kat kedai makan, perkataan yang perlu cakap ialah NO KOGI. (daging). Untuk safe mode makan la kat kedai seafood jer.

Baju
1. Actually x perlu baju yang sangat tebal asalkan warm. Long John, T shirt and Jacket dah ok dah.
2. Bawak stokin yang banyak. 1 hari 1 pasang.
3. Sarung tangan nipis tapi warm.
4. Klu pegi pulau macam jeju sile pakai penutup mulut tu. klu x semput nak bernapas. Sejuk dan berangin = pengsan!! hahahaha.. ni gambar aku mase kat jeju yang sejuk + berangin tahap nak terbang. Tangan masuk kocek sbb x tahan sejuk ahahahaha.



Itinerary
1. Plan tempat2 y nk pegi, google how to be there.
2. Google translate la dalam bahasa korea tempat yang nak pegi tu. Nanti senang nk tunjuk kat driver bus @ cab. Terutama klu gi Jeju. Driver x pandai English.

Barang2 lain
1. Hand and body losyen. ( Bace la pasal hard water )
2. Handplas
3. lip ice
4. Kompom kaki ala2 nak tanggal sbb menapak. Bawak la ubat2 y sesuai.

Do not
1. Jangan minum tap water. Buy mineral water
2. Jangan bawak barang banyak2. Nanti x larat nak bawak naik turun subway. kebanyakkan kene naik turun tangga.

Tempat menarik
ni tempat2 yang aku dah research nak pegi tp x sempat nak pegi sume aritu. sile la pilih disini ^_^. Tapi klu Kpop mision kene wat aditional sikit la. Aku x start wat research lagik. Tapi aku mmg teringin nak pi Mubank tu. Tapi time winter ni aku rase toksah la. Kompom korang beku mase nak Q. huhuhu. Satu lagik yang aku menyesal sampai skang ialah x dapat gi carik kedai CD. x sempat. Denga2 ada kat Insadong ngan Dandaenum.

Ada free tic dari seoul ke destinasi2 tertentu. Sile la korek blog aku label korea tu. Ni link dia.

Okeh Sha. Anything nak tanye just email me. Klu aku x dapat jawab aku leh tanye kengkawan travel yang sangat la otai2 ni.. hehehehe aku beginner jer. kikiki.. Gud Luck.

^_^

Saturday 21 April 2012

Immortal Song 2.. Best among the best.

Immortal song 2 adalah program kat KBS. Pertandingan dimana penyanyi2 top korea ni menyanyikan semula lagu2 lame dengan cara mereka sendiri. Setiap minggu mereka diberikan tema dan mereka akan pilih lagu berdasarkan tema tu dan ubah mengikut cara dan penampilan mereka sendiri. Apa yang buat aku teruja ialah lagu2 yang mereka nyanyikan ni sume lagu2 lama tahun 70 an dan 80 an tapi sedap telinga aku dengar. Berbakat   dan bersungguh2 menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Ni beberapa lagu yang aku pilih yang aku rasa best among the best... Anyway i love ALi... She always mention that dia x cantek, dia cume boleh menyanyi jer... But for me you are awesome. ALi Hwaiting!!

Ni ALi. Persembahan dia selalu mmg best. Luv it!!

Ni Hyorin Sister

Kyu Hyun Super Junior

Yesong Super Junior

Sonya

Sung Hoon - Brown Eyes Soul

Hong Kyung Min

Ailee

Lim Tae Kyung

Lee Hyuk - Norazo

Okeh cukup la... Immortang song kat KBS mmg best!! Walaupun aku x paham miahahahahaha... ^_^



Kebaikan dan keburukan kafein dalam kopi

Kebelakangan ni aku agak risau bile nescafe 3 in 1 yang aku selalu minum berwarna merah telah ditukar kepada hijau. Aku tukar kepada hijau kerana aku rase merah sudah tidak begitu berkesan lagik dan aku sebenarnye agak risau kerana takut ia akan mendatangkan kesan sampinyan untuk jangka masa panjang. 




Disebabkan kerisauan yang agak poyo tu aku pun study la sikit pasal kesan Kafein terutama Nescafe 3 in 1 tu. Tapi apa yang aku jumpa adalah sesuatu yang agak menarik dah tersedar diatas kebodohan diri sendiri. Okeh ni aku share research yang aku wat seharian ngadap lappy si sabtu yang mulia ni.

Apa tu kafein?
75% kafein yang digunakan datangnya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya daripada coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada pengguna. 

Berapa banyak kafein yang akan memudaratkan kesihatan?
Dos yang akan membunuh adalah sebanyak 10g kafein.

Kebaikan Kafein
1. Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
2. Mecegah gigi berlubang: Kafain dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
3. Membantu meringankan sakit kepala: berdasarkan pada jumlah tertentu
4. Membantu seseorang yang sukar bernafas kerana lelah atau asma
5. Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA
6. Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
8. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80%kurang risiko mendapat kerosakan hati.
9. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
10. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.

Keburukan Kafein berlebihan
1. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala2 seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
2. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
3. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan baby kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
4. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
5. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
6. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
7. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak2 dan menyebabkan kanak2 kurang daya ingatan.

Okeh. Dah nampak kan kebaikan dan keburukan Kafein. Pada pendapat aku ok jer kalau kite nak minum kopi asalkan tidak berlebihan. Jangan la sarap, lunch, minum petang, dinner and supper sume minum nes. Tu dah kire over dose la. Since aku cume minum mase breakfast so still acceptable la. 

Tapi choooopppp x abis lagik. Dalam dok bace2 ni aku terjumpe sesuatu yang aku mmg x tau. Dok risau Kafein tp korang tau x ape yang patut kite lebih risau. Non Dairy creamer. 

Apa tu Non Dairy Creamer
Nondairy creamers are liquid or granular substances intended to substitute for milk or cream as an additive to coffee or other beverages. They do not contain lactose and therefore are commonly described as not being dairy products (although may contain a milk-derived protein). Some parts of the world require the alternate term nondairy whiteners so as not to imply the presence of real cream.
"Some non-dairy creamers contain trans fat. Trans fat is a kind of fat that increases your bad (LDL) cholesterol while lowering the more beneficial (HDL) cholesterol. This can boost your risk of heart disease, stroke, and diabetes. You should not consume more than 2 grams of trans fat in a day, and some brands of non-dairy creamer can contain 1 gram per tablespoon."


Maklumat tambahan
1.Krim tapi tidak mempunyai tenusu? Minyak sayuran digunakan - selalunya kelapa atau minyak isirong sawit - menyebabkan "Krimer" yang kelihatan berkrim, dan berperisa
2. Bahan tambahan ditambah untuk meniru kualiti susu dan krim. Sirap gula, natrium, jagung dan pewarna makanan akan ditambah untuk meniru rasa susu. 
3. Krimer bukan tenusu meningkatkan kandungan kalori. Kopi hitam plain mengandungi hampir tiada kalori. Tetapi apabila kita tambah krimer bukan tenusu, lemak dan kalori akan bertambah. 
4. Krimer bukan tenusu mengandungi lemak trans. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kencing manis. 
5. Krimer bukan tenusu serbuk mengandungi bahan-bahan yang mudah terbakar. Mythbusters program popular TV yang menguji mitos. krimer bukan tenusu serbuk dapat menyebabkan letupan? Ternyata, natrium aluminosilikat, bahan tambahan untuk krimer menjadikan ia mudah terbakar.
Okeh. Kesimpulannya, kandungan kafein dalam kopi xder la bahaya sangat kalau diambil secara sederhana tapi akan bahaya kalau diambih secara berlebihan. Kopi 3 in 1 tu sebenarnye tak bagus kerana ia manggunakan non dairy creamer. So, pilihan yang kita ada ialah, minum plain coffee atau coffee with fresh milk. okeh.. persoalan telah terjawab... Case close!!~~ ^_^


Tapi ape2 pun kite kene banyakkan minum mineral water. Baca sini untuk maklumat lanjut.


Jom minum Kopi ^_^ tp kurabf manis ya..

Thursday 12 April 2012

Saya nak buat semua.. noktah!!

Kadang2 aku tergelak bile pk2 ketamakkan yang malanda dalam hidup ni. hahahaha. Sejak2 abis belajar partime aritu. Semua benda aku nak buat..



Finally aku decide nak buat semua!! hahaha tamak x? Bak kate Hyun Joong. We really have only one life and i want to live it to the fullest... Amik kate HJ jugakkk.. entah hape2 entah. Since nak buat sume tp budget ciput harus la main tolak tarik. Bulan 5 Bulan Kpop lalalallala... Aku akan update ape yang berlaku nanti. By the way i'll have a wonderful May this year. Meet HJ and Konvo. Big gift for my tuuuutttt.. yeay.. bestnyer.

I Just want to be happy. But i hate my current job. Bertabah!! 


Wednesday 11 April 2012

Melaka - Jonker street

Semalam aku gi Melaka bermotipkan Misi nasik minyak. Kami singgah pontian dan trus ke Melaka. Perjalanan macam tuuutttt.. hahahaha aka ukur jalan. Tp Alhamdulillah sampai jugak kami ker destinasi. Kami merancang nak ke Tanjung bidara tp hujan lebat sesangat. So end up ke Jonker Walk jer. Hahaha walaupun IC aku 04 (lahir kat melaka) tp banyak lagik tempat2 yang menarik aku lum jejak.

Kami sampai agak dah petang dan disambut oleh tarian. Rupenyer ada sambutan 750 Bandar Melaka. Malam ni agak hapening sebab ramai oarang walaupun sebenarnye a hate crowded kikikiki



Kite mulakan dengan makan dulu.. Tapi dok dah makan sampai 2 kenduri kawen, aku x makan la. minum jer. Since aku dah terjebak kat group diving ni topic perbualan adalah diving. Mereka bercerita tentang pengalaman . Ada yang best ade yang x best. Bile pk2 aku tergelak. masalah diver ialah current. Since aku budak Electrical, aku tau current tang electric jer la. awat la dalam laut ada curret. x terncat lak kepala masing2 kene current. hehehehe. Ok current dalam malay ialah arus. so arus kuat la gamaknyer. BTW sangat hapening berjumpe ngan dorang. Lesen Dive bile lagik Pae oiii.. Jawapannye.. tungguuuuuuuu..



Aku curik2 snap asam pedas yang kawan aku order. Nampak macam sedap tp dorang kate pedas la plak.






Ni lak satay yang besar giler. Tp aku lagik suke satay wak rado kat Johor tu..  Dapnyer. ..

Lepas makan dan borak2 kami pun merayau la. Banyak jugak benda yang menarik kat jonker street ni. Agak unik dan lain dari yang lain. Barang2 dia pun unik. Xder kat JB. Barang jualan, peniaga dan seni bangunan menarik perhatian aku.






Insan yang kekurangan pun ada kelebihan tersembunyi jika ada usaha... 




Comel giler nate ni. Transformer dari dawai. Creative kan. Klu bagi wat gift pun cantek kan.









Kedai selipar yang menarik perhatian.. Ada budak pura2 disini.. hehehehehe

Seblum tu soping wallet magic ni jap. Macam menarik jer. Sume orang li sorang 1. 

Okeh dah penat meronda2 kami pun masuk kedai cendol. Katenyer ni antara kedai yang paling best kat sini. Ada kawan kami nak makan aiskrim x jd gara2 tokey kedai kate cendol diorang special. Ada 2 pilihan, normal atau add doyan. Aku as usual la.. Doyan 1.. hehehe sekali dah macam makan bubur doyan la.. Kami dah dok semeja, harus la cerita pasal Dive lagik... Tidak!!!!! dalam hati bergelora... Mantanani?? arghhhh tabah2... Klu x sbb Oppa nak datang May ni pastu nak Konvo lagik. Klu tak sure i follow.. huhuhuhuhu



Cendol yang sangat classic gitu... mangkuk dia pun classic.











Ni lak Egg tart yang Hakak Yantie blanjer.. Maceh Kak.. Moge murah rezeki ko.. sok2 belanje lagik. kikikikiki







Okeh nak dekat kul 11.30 Kami pun menuju haluan masing masing. aku ngan Yantie ke JB, yang lain ke KL. Sampai JB dalam kul 2.30am. Bayangkan macam mana kami merembat. Klu mak aku tau sure kene rotan. Miahahahahaha.

Ni la team budak lupe daratan ingat lautan sahaja.. kikikiki



Persoalannya.. adakah aku akan terjebak??? tungguuuu.. kikiki
( Gambar diatas adalah masing2 sedang pura2 sopan )

Monday 9 April 2012

Aku melukis dengan Picasa 3

Ari ni aku sangat tertekan sbb camera Canon S95 milik pagar laut tapi atas nama aku entah mana peginyer.. Aku harap camera  tu kembali pada aku harini atau esok. Kalau x aku anggap ia telah dicuri dan aku doakan si pencuri kene cirit berit 2 bulan strait!!!... Waaa matila aku kene ganti. Mahal lak tu..

Okeh abaikan. Aku meriangkan hati ku yang lara ni dengan Lukisan di Picasa 3. Dapat la jugak mengubati hatiku yang lara ni... Cantek x?? Maklumla model dia pun santek.. hihihihi.. mode perasan.









Cantek kannn... i Love picasa 3.

Saturday 7 April 2012

Cheese cake - Cubaan pertama ku.

Dah lame dah aku wonder camner la nak buat cheese cake ni. Makan sedap jer. Mahal lak tu. So aku mengoogle la resepi. Ni la resepi nyer. Klu korang rajin nak try wat.. sile2.. yang pasti senang jer pun tp agak cost tinggi. Sedap tuk di Ngapppp..

Bahan-bahan ( 18cm )

  •   250g cream cheese
  •  200g sour cream/plain yogurt
  •  30g butter
  •  *40g gula halus
  •  *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  •  2 biji telur kuning
  •  1 biji telur
  •  100ml fresh cream
  •  50ml fresh milk
  •  25g corn starch
  •  1/2 biji lemon jus
  •  1/2 biji kulit lemon
  •  10 titik vanila 

Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik
  • Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
  • Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream.
  • Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  • Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  • Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  • Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  • Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  •  Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.


     Hasilnyer

Sebelum Bakar

Selepas 1 Jam bakar

Simpan dalam peti ais semalaman pastu... jengjengjengggg mari menambah berat badan ^_^




Thursday 5 April 2012

JBS Earth Day Program : EM Mud Ball

Sempena Earth Day Program, JBS menganjurkan EM Mud Ball program. Program ni diadakan untuk menyokong Bumi Hijau gitu. Seblum nak tau lebih lanjut kene la kite tau dulu ape tu EM Mud ball. Korang bace la kat bawah ni.

E.M. is an abbreviation for EFFECTIVE MICROORGANISMS Microorganisms are tiny units of life that are too small to be seen with the naked eye and they exist everywhere in nature. Microorganisms are crucial for maintaining the ecological balance. They carry out chemical processes that make it possible for all other organisms including humans to live. There are friendly guys of the microbial worlds known as beneficial microorganisms and a not so friendly group called pathogens that are harmful and capable of producing disease, decay and pollution. Learn more here on EM The EM Mud balls are useful as one of the environmental solutions towards reducing water pollutants and thus improving water quality in our rivers and drains. 

So bakteria baik yang ada dalam mud ball ni akan mengembalikan ekosistem semula. Bakteria baik akan makan bakteria jahat dan sludge dalam sungai, kolam dan kawasan yang sewaktu dengannya. Air akan jadi semakin jernih dan kolam atau sungai akan semakin dalam. Ikan kat kolam pun makin gemuks.. 

Berbalik pada program kami tu, kami bertolak dari seagate pada jam 8.45am. Breakfast disediakan.. Sebelum kami bertolak sempat la sarap dulu. Nk gune tenaga kan. Peserta sepatutnyer 40 orang tp yang datang cume 23 orang jer.

Ni la mangsa peserta2 program ni

Jom Bertolak.

Ni adalah tanah yang sedia menanti kami tuk diuli. Target harini ialah 4222 bijik. Load kerja adalah untuk 40 orang tapi disebabkan 23 orang jer datang. Hamik kau. hehehe mau patang pinggang menguli tanah.

Sebelum start kami diberi penerangan oleh NGO. 

Mari kite memulakan aktiviti ni... Mula2 semua bersemangat waja menguli.. after 2 hr. sume orang dah nak bengkok.. hehehe. Bertabah demi environment gitu.

Bahan bukti. kami bekerja keras dengan penuh ikhlas. 

Hoyeeee.. mission completed. 

Ni hasilnyer. Jangkaan melebihi 4k. 

Sempat amik gambar sebagai kenangan.. carik aku kat mana.. cepat2...

Masa tuk makan. Lapo2..

Ni show room yang dijadikan EM workshop.
Selepas ni kami akan ke kolam tuk baling sikit bola2 api ni. 

Ni adalah rupe EM Mud tadi bile dah dibiarkan selama 2 minggu.

Jom baling ke kolam... 

Gelak tepi kolam pas baling EM ball.

Okeh.. kengkawan nak tengok banyak lagik gambar. Tapi tunggu saya upload kat FB la yer... 
Marila kite sokong aktiviti BUMI HIJAU ni... Peace da World!!.