Followers

Showing posts with label My home Bakery. Show all posts
Showing posts with label My home Bakery. Show all posts

Saturday, 23 June 2012

Coklat mocha cake - cake krim pertamaku.. ^_^

Semalam dok gigih nak buat RnD cake. Dalam kepala macam2 nak dibuatnyer. Tapi aku mmg target nak buat red velvet ngan Opera cake. Yang sengalnyer aku x ler check resepi. dok pk sume barang ada kat umah tu. End up ada beberape bahan xder. Nak kuar mencari barang punyer la malas. Akhirnyer aku buar Coklat mocha cake. Betulker name dia camtu? ni name aku yang bagi. Sebenarnyer nak try buat coklat layer yang ada krim2 ni. since aku bukanla penggemar krim2 ni, memacam la aku tambah supaya krim x muak. Finally aku berjaya reka satu krim yang sodap. Mocha buttercream aku add ngan coklat. Mmg sedap. aku asik dok calit tangan kat krim jer. Ni lah rupe kek Mocha aku.


Gambar amik pki hp jer. Kamera kene pinjam ngan akak T_T. Rindu dah ni. Bile la nak dapat kamera balik..

Malam tadi jumpe henecia, so kitorang makan la kek ni sesama. Pada aku RnD aku kali ni berjaya. balik kg nanti aku nak buat tuk anak sedara aku.

Mission berjaya!!!

Saturday, 7 April 2012

Cheese cake - Cubaan pertama ku.

Dah lame dah aku wonder camner la nak buat cheese cake ni. Makan sedap jer. Mahal lak tu. So aku mengoogle la resepi. Ni la resepi nyer. Klu korang rajin nak try wat.. sile2.. yang pasti senang jer pun tp agak cost tinggi. Sedap tuk di Ngapppp..

Bahan-bahan ( 18cm )

  •   250g cream cheese
  •  200g sour cream/plain yogurt
  •  30g butter
  •  *40g gula halus
  •  *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  •  2 biji telur kuning
  •  1 biji telur
  •  100ml fresh cream
  •  50ml fresh milk
  •  25g corn starch
  •  1/2 biji lemon jus
  •  1/2 biji kulit lemon
  •  10 titik vanila 

Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik
  • Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
  • Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream.
  • Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  • Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  • Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  • Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  • Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  •  Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.


     Hasilnyer

Sebelum Bakar

Selepas 1 Jam bakar

Simpan dalam peti ais semalaman pastu... jengjengjengggg mari menambah berat badan ^_^




Monday, 26 March 2012

Cheese tart - Not for sale...

Harus kene tulis cheese tart ni not for sale. Alkisahnyer aku try la wat cheese tart ni. Sedap jer makan. Berangan la dah pandai nak masukkan dalam Kasih Impian Bonda nyer produk. Tapi aku simpan tepi la angan2 tu. Jenuh aku nak wat tart ni. Sampai sakit pinggang menenyeh. X sanggup la aku nak amik order. Sedap mmg sedap. Tapi mark kat lengan aku kene tray panas ni pun sedap gak. Ni la hasilnyer. X santek la... hehehehe


So aku mmg respek la sape2 yang berjual tart ni.. Tabik spring.. toi.... resepi ni aku bagi kot2 korang nak uji skill korang.

BLUEBERRY CHEESE TART 
Source: Kak Rinchan 

Bahan-bahan: 
Untuk doh pastri 
250gm butter 
80gm icing sugar 
2 biji telur 
440gm tepung gandum 
1 teaspn esen vanila 

Kaedah penyediaan: 
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. 
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas. 
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel. 
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese. 

Filling 
Source: Kak Mas 

250g Philadelphia cream cheese 
60g gula caster 
20g butter 
1 'B' egg 

Blueberry filling 

5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. 
6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka. 
7. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Sile la try... boleh uji tahap kekuatan pinggang anda skali...^_^

Cupcake cekelat with cheese


Malam tadi aku dok gigih nak buat jugak coklat cupcake yang gagal sabtu haritu. So kite try lagik satu resepi. resepi ni aku amik kat internet jugak. nampak macam senang jer. Balik2 keje aku trus berperang di dapur. hasilnyer.. taraaaaaa...

ni resepi dia.. semudah ABC.. wah gitu.

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Disebabkan aku wat rnd jek so aku wat setengah adun jek. dapat dalam 18 cup medium size. Banyak tu, maka bawak opes la. Kalau sakit peyut sorry ea kengkawan.. ahaks.. 

resepi credit to: Nannie

wasalam


Saturday, 3 March 2012

Bile aku terlebih rajin ^_^

Dulu ujung minggu aku sangat la bz sbb nak kene attent kelas. Part time study kt utm. Tapi skang ni dah abis macam x tau nak wat apa lak. mula2 aritu asik tdo jer. Nak balik Muar tiap minggu barai la plak kan. So minggu ni agak fun sikit. Aku namakan misi polkadot. Dah lama dah teringin nak buat apam polkadot ni tapi x sempat dan x yakin nak wat. Tapi bile bace blog2 macam senang jek.. harus dicube. Percubaan pertama last week gagal. bentat. apam x naik langsung. alhudoh jadiknye. so minggu ni kite cuba lagik. Berdasarkan pembacaan aku x leh guna tepung cap sauh. So aku gune tepung cap kunci. Pelik sebenarnye sebab aku mmg guna tepung cap sauh tuk wat kek buah. tepung cap sauh ni lebih mahal compare cap kunci. Okeh resepi wat apam polkadot seperti dibawah:-

Bahan-bahan

  • 3 biji telur 
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa. Aku guna coklat peanut
  • pewarna 

Cara-cara

  1. Pukul telur + gula + ovalette dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.. 
  2. Masukkan susu dan kacau hingga sebati
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powde. Kacau menggunakan tangan.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  5. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  7. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  8. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan... 
  9. Kukus 10 - 15 min dengan api sederhana.
Inilah hasilnye. Apam dot2 yang comel dan gebu.

Apam yang comel sesuai di ngap bersama kanak2. Tapi aku xder anak. Yang ada ank tekak so aku ngap la sorang2. 

 Ni lak proses nak wat dia. Semudah ABC. Aku pilih purple dan pink.. Comel. Luv it^_^

Boleh jugak Tulis ABC. Ikut kreativiti masing2.

Seterusnye semalam petang aku wat karipap kentang lak. Sebenarnye malas nak kuar umah, dok pk bahan2 yang ada kat umah.. taraaaaa. Terhasil la karipap kentang. Karipap kentang ni agak leceh. Entah kenapa la aku rajin sangat semalam. Ni la resepi karipap kentang yang aku wat. Disebabkan aku rase resepi asal x logik maka aku ubah suai sikit. Sukati x kate x logik. hahahaha. Abih dia soh letak bawang 500g. Bukan ker dah setengah kilo tu. bapak banyak.

Bahan-bahan

  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 2 Bijik bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara

  • dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  • kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  • masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan 
* nak lebih sedap campurkan daging hancur 3/4 cawan masa tumis bawang. Sebab aku malas nak pi beli daging so x dek la aku masukkan.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar majerin
  • air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
  • secubit garam masukkan kedlm air

Cara
  • Masukkan majerin ke dalam tepung.
  • Ramas tepung & majerin hingga rata.
  • Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.
  • Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
Karipap yang dah siap goreng x sempat nak snap dah ngapppp.. huhuhuhu. Tapi mmg sodap. Bahaya hobi aku dikala masa lapang ni. Mau bulat aku macam apam dan karipap ni. huhuhuhu

Ok tula activity orng yang dah biasa bz tetibe x bz. Next wik adik aku konvo kat UNISEL. So dah ada activity. 

Ok bubiee ^_^