Followers

Monday 26 March 2012

Cupcake cekelat with cheese


Malam tadi aku dok gigih nak buat jugak coklat cupcake yang gagal sabtu haritu. So kite try lagik satu resepi. resepi ni aku amik kat internet jugak. nampak macam senang jer. Balik2 keje aku trus berperang di dapur. hasilnyer.. taraaaaaa...

ni resepi dia.. semudah ABC.. wah gitu.

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Disebabkan aku wat rnd jek so aku wat setengah adun jek. dapat dalam 18 cup medium size. Banyak tu, maka bawak opes la. Kalau sakit peyut sorry ea kengkawan.. ahaks.. 

resepi credit to: Nannie

wasalam


2 comments:

  1. i jeles orang multi-talented nih. as i told the rest travelholic; i masak guna handphone, boleh dak?

    ReplyDelete
  2. hahaha.. xder la multi-talented naw.. i baru belajar buat lar.. tetibe terminat lak.. tp resepi ni super easy la.. sile la cube yer ^_^

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^