Followers

Saturday, 21 January 2012

Part Time Study. Pengorbanan @ Terkorban

Mula mula sekali nak hurayyy sebab dah habis final exam dan sekali gus habis sudah perjuangan aku sebagai part time student SPACE UTM (Kalau lulus paper sem ni). Ramai yang selalu tanya aku ok ker belajar part time ni. Macam mana nak manage kerja vs study. Maka dikala kelapangan sempena raya cina ni aku merajinkan diri tuk menulis berdasarkan pengalaman aku selama 6 tahun ni. (Kalau full time dah ada Phd).

Aku start macam mana aku leh terjebak dengan belajar part time ni dulu la ye. Dulu masa abis jer belajar Diploma kat polytechnic, tak sempat aku balik kampung terus lincah cari keje kat JB. Maklumla masa tu ekonomi keluarga kurang baik, maka istilah menganggur harus dicampak jauh jauh. Seminggu aku dengan kawan baik meronda kilang kat JB ni dah akhirnya dapat la keje kat senai. Basic gaji sebagai technician masa tu RM950. Tak sampai 1K pun. Sedih jer kan. Tapi masa tu kilang baru setup OT memang melambak dan tak der limit. Masuk keje 7-7 tp selalunyer leh jadi 7-10. Gegeh aku masa tu, maklumla fresh lagik. Gaji bulan2 mmg double dari basic. Mak selalu soh belajar lagik. Soh apply lagik tapi aku wat keras jer. Tambahan lak dah dapat keje, dah pegang duit. Tapi mak mmg x penah give up soh aku sambung lagik. Maka untuk mengambil hati mak aku pun apply la part time kat UTM. 

Bermula la kisah belajar kat UTM. Belajar tak ikhlas, maka tak der la kesungguhan. Waktu kelas aku sabtu 2.00 hingga 10.00 malam dan ahad kul 8.30 hingga 4.30 ptg. Sabtu aku kene masuk lambat sebab aku kene keje sampai kul 3.00ptg. Dengan masa tu keje rotate shift, huru hara hidup aku. Memang tak jadi orang la. Aktiviti weekend aku cume kelas. Enjoy tarak!! Disebabkan aku dari polytechnic, masuk kelas lecture start bukak mulut sampat abis kelas aku pening. Tak faham. Siap merungut lagik, ape la yang lecturer aku merepek ni. Dan hasilnyer dari 3 paper 1 paper jer lulus lagi 2 paper masuk parit dan longkang. pointer aku amat la hangus. Kalau full time sure aku dah kene tendang. Sem 2 aku extend. Mencari nur dan petunjuk. Tamatla tahun pertama aku yang mmg ngabiskan duit jer tu. Taun 2 aku xnak amik 3 paper. aku amik 2 jer. Belajar sangat lalalala sebab jadual x ketat sangat. Alhamdulillah aku bertahan.

Aku jumpa dengan kawan2 baru. Dan salah satunyer ialah pensyarah aku masa kat poly dulu. Dia nasihatkan aku, klu aku trus amik 2 paper jer lambat nak abis. akhirnya aku kan give up. So next sem aku kembali amik 3 paper. Redah jugak walaupun mmg payah. Akhirnyer aku jumpe sorang kawan yang mmg pandai. start dari tu aku mmg follow dia jer. Dia ni mmg kepala hotak geliga. Aku x paham mmg aku tarik dia jer. Start dari situ, aku punye keikhlasan tu mmg makin naik. Tambahan plak keje kat kilang dah macam mengarut. Mula fikir masa depan dan terus target nak jadi engineer. Selalu motovasikan diri aku sendiri yang aku layak dapat yang lebih baik dalam hidup aku. Compare ngan kawan2 aku mase sekolah dulu. Semua digree dan keje pun hebat2 belaka. Aku plak sekadar technician kilang. Mana boleh jadik. 

Bila semangat dah naik, study pun makin ok. Ada jugak paper y kantoi tp aku tak kesal sebab aku dah buat yang terbaik. Tahun akhir aku kene jalan solo sebab kawan aku dah advance. Aku dok repair paper yang fail tu. Dia grad awal 1 sem dari aku. Tapi sebenarnyer dia mmg express sebab dia register 2006. aku 2005. hahahahaha. Dan akhirnyer Feb 2012 aku amik final exam yang terakhir.

Tu adalah kisah budak tak pandai tapi gegeh amik Degree engineering kat UTM. Sepanjang 6 tahun ni banyak benda yang aku korbankan. Antaranya:-
1- Duit. Maklumla blajar part time mmg mahal. Aku ni bukan la dari golongan keluarga y kaya raya which is money doesn't matter. Selain dari gores kad credit, aku gune KWSP akaun ke2. Ok skang akaun ke2 aku empty. hahahaha.
2- Masa. Since belajar part time maksudnyer selain keje aku akan belajar. so xdok la masa nak berhuga2. Berjalan2. balik kg dan sewaktu dengannya.
3- Activity kemasyarakatan. hahahaha aku gune kemasyarakatan sebab sume invitation wedding kengkawan aku x gi. kompom la dorang kawen weekend kan. So mmg clash ngan waktu belajar aku. So kalau aku kawen nanti kompom sume orang tak datang. Korang aku mintak maap la yer. Aku terpaksa.

Sepanjang 6 tahun ni total kelas aku dulu dalam 35 orang tp y sampai kepenghujung cuma 15 orang kot. Balance sume terkorban. Antara faktor mereka terkorban ialah:-
1- Sem satu paper yang di offer memang susah giler maka kejutan budaya dan renjatan otak berlaku. Maka dorang fikir sepanjang belajar memang susah macam tu. So give up. Tapi skang aku tgok sem satu dorang dah tukar bagi paper yang cool sikit. Bagus UTM!!.
2- Tepengaruh dengan orang. Ada jugak yang tak sambung sebab ikot kawan. Kawan benti dia pun sibuk nak benti. 
3- Demotivated. Belajar part time ni kene ader self motivation yang tinggi. kalau tak memang give up. Masa belajar ngan masa keje kene well manage.
4- Family matter. Ada jugak yang benti sebab kawen and masalah keluarga. Tak dapat nak komit so benti.
5- Keje. Faktor keje ni mmg bagi impak yang besar. Tambahan kalau dapat keje yang tak flexibel memang hancus. Ada yang x dapat sambung sebab tukar keje baru dan nak sesuaikan diri ngan tempat keje baru menyebabkan x dapat nak komit. Ada jugak sebab dah naik pangkat. Dah jadi engineer gune diploma. So rasa keje dah mantop. Tak perlukan degree dah.

Ni adalah sebab sebab utama yang aku nampak kenapa mereka kandas. Bagi sesiapa yang nak start wat part time study ni nasihat aku :-
1- Sentiasa berfikiran positif. Ni penting sebab sepanjang waktu belajar tu nanti ramai mereka2 yang berfikiran negative aku bercakap perkara2 yang wat kite demotivated. So kene selalu berfikiran positive. Setiap masa!!
2- Prepare duit. Part time study mmg macam perlukan baja duit. No money no talk beb. Setiap sem mmg kene bayar yuran klu tak anda tak layak tuk register for next semester.
3- Pilih kawan yang betul. Berkawan mmg perlu. Sebab nak wat discussion dan grouping assignment. so kene la carik kawan yang betul. Avoid mereka yang menyusahkan melainkan dia tak pandai tapi ada kesungguhan. Sebab ramai jer yang sebenarnya pandai tapi tak nak usaha. 
4- You get what you do. Jangan la harapkan miracle dok tergolek depan mata. Walaupun miracle mmg ada berlaku sepanjang aku belajar tp usah dok harap. Dia datang unexpected tp selalunye sangap. Tarak!! Klu ko study suam2 kuku result nanti suam2 kuku jugak la yer.
5- Always in group. Ni sangat penting bagi SPACE UTM. Sebab subject dioffer berdasarkan available pensyarah dan jumlah pelajar yang nak register subject tu. Korang tak akan nampak effect dia masa awal2 belajar sebab banyak option untuk pilih subject yang nak register. tapi bila dah final year azab oo kalau xder kawan nak amik subject yang sama. Aku merasa amik kat KL and tumpang budak perdana sebab nak abis awal. 

Aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku belajar part time kat UTM program SPACE Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Power). Tahap kepandaian sederhana. Setiap orang mungkin melalui perkara dan dugaan berbeza. Ada ja yang touch and Go!!. Ni type otak gred A+ la. Bagi fakulti len aku x tau. Sebab aku fakulti elektrik. waktu belajar jugak ada yang tak sama sebab credit hour nak kene complete setiap kursus memang tak sama.

Anyway to new student yang baru register or akan register aku wish Good Luck!! Korang boleh buat punye!! Fighting!!~~

Aku tepek muka adik aku yang konvo baru2 ni. Bagi dia bangga ckit. 


Hanya kite jer yang mampu mengubah hidup kite. Korbankan 5 tahun utk kehidupan 50 tahun akan datang adalah sesuatu yang berbaloi ^_^
 

32 comments:

  1. Alhamdulillah...
    wow! impressive! tahniah sis =)

    ReplyDelete
  2. Thanks... Semua boleh berjaya selagik ada usaha...

    ReplyDelete
  3. Tahniah... Saya berkira2 utk apply space tahun depan. Baca blog ni rasa... fuhhh payah juga ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa allah boleh.. selagik ada usaha..

      Delete
  4. thnks dgn nasihat sis... sy da wat permohonan utk dip eng.. sy jdikn nasihat sis ni sbg pembakar semangat sy,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Moge berjaya... Diploma mungkin x sesusah digree. InsyaAllah boleh boleh berjaya.

      Delete
  5. Replies
    1. boleh. td jumlah credit bergantung dr mana dip dulu. klu space utm surela dak2 utm dip dpt tx byk. 2nd kuitho and uitm. last poly.

      Delete
  6. tok tok tok siapa di dlm sy diluar...heheh..fuhhh tahniah aku ucapkan atas penat lelah ko blaja 5 tahun tuu...5 TAHUN BEBBBB....respek sama lu hehehe...aku pn sbnarnye tgh brkira2 nih nk join space UTM...tmpang tnye, estimate yuran ko utk satu semester dlu brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sama. Ikot la. Klu engineering lain... saya amik electrical Enginnering. Satu credit RM 150. So 3 jam credit RM 450. Kene complete 138 Jam credit. (klu x salah la) Estimate total dalam RM 20K. Satu sem kene bayar dalam 1.6 hingga 1.8K. Tapi klu ade transfer credit means kurang la yuranyyer. Pastu klu fail repeat2 bertambah la... Makmal n project lain plak harganyer. Refer sini. http://www.utmspace.edu.my/intake/MaklumatPermohonan/BayarandanYuran.aspx

      Delete
  7. salam tahniah da bjaya grad. nk tnye r.sy ni ala2 je thap kepandaian nye.grad engineering gak mase dip.bru dpt offer utmspace,subjek2 nye susah2 x?means bg mereka y kt level xbape nk pndai ni boleh catch up x. sbb dlu mmg salu stdy last minit n dlm klas mmg antara golongan2 y xbape nk star r.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ade usaha dan kecekalan InshaAllah boleh. Study mesti ade yang susah tp klu kite cube ade la peluang untuk berjaya. Pada saya pengorbanan 5 tahun untuk kehidupan 50 tahun akan datang amat berbaloi. Klu umur panjang ^^.

      Saya pun x pandai sangat. Diploma politeknik jer... saya boleh awak pun boleh.. Hwaiting!!

      Delete
    2. Salam.boleh tau tak kt electrical engineering blaja ape ye.means utk subject major.rase mcm nk tukar cos pulak.huhuhu xley carry la cos skang ni

      Delete
  8. proud of u sis. rasa semangat pulak nak sambung balik. dulu pernah try sambung kat uitm part time. tapi separuh jalan je. ni nak try utm space plak. harap saya dapat berjaya macam sis jugak. amin. inshaa allah. ^_^

    ReplyDelete
  9. salam..nk tnye..law nak buat part time ni kene ada muet x.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ingat dah tp rasenye xde muet pun boleh apply tp kene buat masa buat degree. saya mmg dah ade muet sebelum apply. Boleh call Space UTM untuk confirmkan.

      Delete
  10. assalamualaikum nak tanya sis kelas dia memang every saturday ke..sb saya punya kerja alternate saturday..saya baru nak daftar degree kat sana juga

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum nak tanya sis kelas dia memang every saturday ke..sb saya punya kerja alternate saturday..saya baru nak daftar degree kat sana juga

    ReplyDelete
  12. nampak menarik UTM Space ni,,

    ReplyDelete
  13. Wah terima kasih entri ni

    ReplyDelete
  14. SALAM SAYA SEKARANG THUN 1 DEGREE DI UTM SPACE..APA PANDANGAN CIK, SAYA BELAJAR ENGINEERING ELEKTRIK DN ELEKTRONIK TAPI SAYA BEKERJA SEBAGAI KERANI..MEMANG LAIN SAYA DAH CARI KERJA SEBAGAI TECHNICIAN TAPI SUSAH NAK DAPAT MUNGKIN SAYA PEREMPUAN DAN TIDAK ADA PENGALAMAN..TAPI SAYA TETAP SAMBUNG STUDY KOS YANG SAYA DAH AMBIK WAKTU DIPLOMA DULU. APA PENDANGAN CIK ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis.. boleh tau yuran terkini utm space utk satu sem?

      Delete
    2. Bergantung kpd course dan kursus,course engineering dlm 1.5k~1.8k.yuran yg dikenakan = yuran perkhidmatan (fix) + yuran kursus (berubah) + yuran penilaian (fix).

      Delete
    3. Salam cik . Saya pun nak ambil kos sama mcm cik . Kelas setiap sabtu ahad sepanjang semester ke

      Delete
  15. Tahniah sis fyda, teruskan usaha hingga ke puncak ye. Sy pun baru daftar spaceutm..Lama dah tangguh nk sambung ni.

    ReplyDelete
  16. If saya background technology maintenance and service, bole ke sy apply degree dalam bidang electrical power, memandang kan sy tededah dlm elektrical sekarang

    ReplyDelete
  17. nak tanye laa...kalau belajar part time ni ade latihan industri jugak ke?

    ReplyDelete
  18. Nak tanya kalu x cukup syarat kemasukan kena ada pengalaman kerja 2 tahun?

    ReplyDelete
  19. Hai..nk tanya la klau keja operator kilang boleh ka study part time? Sya dh ad stpm

    ReplyDelete
  20. Boleh ke klo kerja operator kilang tpi nk study part time?

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^