Followers

Friday 26 June 2015

Korea Spring 2015 : Photo Sharing Nami Island.

Haloo.. Kembali bersambung ke Entry Korea. Selepas aku selit entry Tanah Aina aritu. Joms kite continue cerite Korea Spring 2015. 

Nami island ni pun aku dah penah kluar Entry sebelum ni. macam mana nak ke Nami Island korang bace la balik kat sini. So Entry kali ni kite layan gambar jer la yer. 

Gapyeong Station

Sebelum masuk kene beli ticket entry dulu.

Mase ni mmg ramai amat org. bertabah la klu nak amik gambar.

Money changer pun ade. Tapi dia amik few currency jer. RM x amik yer.

Kat nami ni ade Surau. Dah upgrade cantek sgt. 

Dalam Nami Library. Bersebelahan ngan Nami Island Library ni ade kedai makan Halal. kat sini boleh la merasa makanan korea. X amik gambar plak nak tunjuk. My first black bean noodle kat sini la.

Ni jer la bunga y hado.. x tema spring sgt!!

Mak ngan winter sonata 

Mengayakan jaket baru.. upssss..


Cubaan nak bergambar x nampak org... fail sgt.


Sian sangat mak mase ni semput dah menapak.

Yeah.. dapat jugak y kurang manusia

Selfie laks


Ok nk balik dah



Ni hasil seni Akak aku..

Ok tu jer la gambar Nami yang aku nk share. Bye...

Saturday 13 June 2015

Tanah Aina: Jungle Tracking.


Happy wikend semua... Harini aku gigih nk katamkan Entry Tanah aina. Actually dari minggu lepas aku try nak menaip tp setelah beberapa drama berlaku dalam hidup aku Jun ni aku hold sampai sekarang. Secara officialnyer aku dah kene pencen Ber backpacking.. Ha nebes x?? Backpack jer yang pencen so haloo trolly beg. Ikot nasihat Dr Tan tu.. Hidup macam biasa tapi jangan tunjuk teror sangat.. Hahahaha. Satu lagik ayat dia yang deep.. You kene kurus.. Buang separuh!!.. Rase nk pengsan aku denga. Nk makan pun teringat Dr Tan Skang ni. Nasib hensem hahahaha. 

Baru jer nk mula nak cool down balik tetibe mak plak check in Hospital Pantai. Wake up alarm for all of us. Mak kene start makan secara sihat. Mujur la cume minor jer and macam x percaya mak dah start makan oat.(benda yang dia paling x suka). Serik masuk spital katenyer. Untuk mak, Dr Tay kate beside ubat, eat healthy food. Dia akan makan sihat pasni. huhu.

Tu la permulaan separuh ke 2 2015. Not a good start kan.. harap2 semua baik2 jer la pasni. Sihat2 semua. Ok cukup la intro ape yang berlaku lately y mampu menggoncang jantung aku sekejap. Ape yang perlu dilakukan sekarang adelah menerima segala ketentuan tuhan dan Ayuh mulakan hidup sihat. Mak kate pae ramping la pasni sbb asik pakai barut.. hahahaha.. barut gitu.

Aktivity di tanah aina seterusnyer ialah Jungle Tracking. So pepagi selepas sarapan kami bersiap siap untuk panjat memanjat. Laluan katenyer xle susah mana. so marilah kite tgok takat mane yang x susah tu.


Sebelum tu nk tunjuk Khemah kami. Entry lepas x sempat tunjuk.

Ni plak view malam sekitar khemah

Menyusuri air terjun

Lalu jalan2 x mencabar.

Separuh mencabar.

Ulat gonggok y baru menetas. ha dah macam cacing kan. 

Suku masa pertama. Ayuh rehat jap

Zafran turut join activity ni

Selfie tgh dalam hutan

Separuh mase ke2

Kaki aqilah pun dah mcm rakan sebaya nih.. besar dah budak ni

Bunga pun bertemakan kuning

Aku syak mase ni ade mahluk sedang menyelinap di kaki Kak anash.

Nak sampai dah

Selepas bergambar ni la Kak anas dan aqilah tau yang kaki depa kene berpacat.. bukan 1.. bukan 2.. tp 4 atau 5!! gemuks2 dah pacatnyer..

Last Selfie sebelum kite mandi... Zasss

Lepas mandi kami pun siap2 untuk pulang. Sempat singgah lunch and makan aiskrim. Yummeh. Sampai di KL dah petang. Aku pun meneruskan perjalanan solo ke JB plak. Pengsan!!.

Ok la tu jer cerita tanah aina. So next mane plak kite? Kite puasa n raya dulu la yer.. bye..


Wednesday 3 June 2015

Tanah Aina Fahad : Back to Nature

Actually ni cubaan ke 2 aku setelah cubaan pertama aku tadi gagal.. Dok melayan panggilan dan x sempat save lalu zassss hilang trus semua. Since aku ditahap kebosanan maksima.. Aku cube sekali lagik. Actually aku nk siapkan entry seoul dulu tp since dalam hp ni cume ade gambar Tanah aina maka kite proceed entry tanah aina dulu. Moge aku x blog dlm hati jer entry seoul tu huhu

Ok tercetusnye idea tanah aina ni bila mesyuarat wilayah selatan dah 2 kali miting tp gagal menghasilkan ape2 maka aku... Aku ker?? Ha boleh la aku telah memaksa mereka2 menyambut birthday kami iaitu aku ngan hang dhamin punye birthday dalam hutan. Bertema kan kuning.. Eh jap.. Baru teringat!! Mane baloon kuning!! Mane mane??? Hang dhamin nape kite lupe baloon kuning?? Na aku tuntut baloon kuning next trip hahahaha. 

Disebabkan ahli miting wilayah selatan y lain bz x dapat cuti maka aku pun memulakan perjalanan ke KL bersendirian. Plannyer nk tido rumah chawanna tp memandangkan perjalanan berliku ehh x lalu hiway tp jam bagai nk rak, finally aku give up dah tdo umah abang aku kat Seri Kembangan jek.. Mujur la cancel tdo umah na.. Rupenyer ade org sampai nk sembunyikan oven sebelum kehadiran ku.. Huhu

Melapurkan dari tempat kejadian

Keesokkan paginyer aku bergegas ke rumah na seawal 7 pagi. Sejam kemudian aku pun sampai dengan bantuan En Waze.. Mujur xder sesat barai. Aku jln KL ni mmg fail habis. Sampai2 jer aku dijamu oleh chawanna dengan roti canai y ditebar oleh cawan seawal 6 pagi.. Ha x tau la dia tebar kat mane.. Tp mmg sedap la. Tau2 jer aku x sarap lagik. Aqilah plak sedang bergumbira bermain dengan rakan sebayanye.. Tak lama kemudian, hang dhamin pun sampai.. Tiba2 aqilah jd pemalu umpama anak dara yang hendak dipinang. Trus masuk bilik.. Ya ampun hensem sangat ke hang dhamin nihhh??
 Hang dhamin sedang makan ruti canai..

Jam 9 kami pun gerak ke tanah aina. Masz kami tinggalkan memandangkan dia ade urusan seri paduka baginda dan kami yakin dia sangat kental untuk drive sendiri ke tanah aina. 

Ni dlm kete kak anash yer. Bukan kapal terbang.. 

Setelah memandu dlm 2 jam kami pun sampai. Tahniah pada chawanna kerana berjaya carik jalan yang benar dan kami hanye follow jek.

 Sebelum meneruskan perjalanan ayuh kite selfie dulu. Masz kite selfie bersama mase balik la yer



Setelah beg kami diangkat oleh pekerja resort umpama diva memasing berlenggang, first thing to do ialah isik borang dulu. Tanggung sendiri gitu. Kak anash sedang membaca dengan teliti setiap perkataan di borang. Setelah selesai kami pun makan. Naga pun dah mengaruk. Lepas makan kami ke hotel 5 bintang kami. Jom layan suasana perkarangan hotel kami. Detail hotel korang refer la blog mereka yang lain. Xder plak dlm hp aku ni nk share.


Ni bukan sekadar hiasan yer. Air kolam ni disedut dari sungai berhampiran.. Dan ianyer sentiasa baru. Sejuk sangat.

 Ready for next activity.. Mandi sungai.

Ayuh.. Tak sabar dah mase ni.

Permandangan sungai.. Air agak deras. Kami wajib menggunakan life jacket. Dan dikawal oleh pekerja disini.

    Selfie berjemaah lagik..

Setelah puas berkubang sampai kecut semua jari jemari yang halus ni, kami pun naik. Masing2 berehat di dlam khemah y persis sauna. Ha gitu kepanasan. Bertemakan kuning bagai, kami pun bersiap untuk minum petang. Tetibe kak Anash hadir dengan Kek Birthday bagai... Yang ni mmg aku x jangka pun.. Rupenyer depa berkomplot baking kek bagai ha.. Hasil kerja Aqilah, Kak Anash dan Chawanna. Tu yang sampai nk sorok oven bagai tu... Terharu aku.. Thanks a lot la... Deco by Aqilah ok.. G for girl and B for Boy.. So sweet.

    Aku ngah hantar report kat mak bgtau dah sampai.

    Polkadot HD blanje.. Thanks HD.

    Us party dalam kekenyangan.

    Sesi photography sgt..

   Main susun2 polkadot.

    Photography session.

    Persis retis berposing.

    Dan lagik...

   Dinner plak.

Sesudah dinner kami layan so call live band inport has dari Indonesia. Bukan main ha sume lagu dangdut. Aku masuk bilik jap nk tukar baju tetibe dengar org main piano. Rupenyer Kak Anash main piano Lagu birthday... Kemudian disusuli Lagu birthday versi dangdut.. hahahaha.. Thanks sume..

Berakhirla hari pertama kami di Tanah Aina.. Day 2 esok la aku sambung. Dah malam ni nk tido..
Bye..