Followers

Friday, 23 March 2012

Info : Hard Water si air keras~~

Dok berbual2 ngan kawan opes tetibe topik kami sangat la ilmiah kan. Maklumla berbual ngan orang2 yang berilmu ni dapat la curik sikit ilmu dia. hehehehe. Alkisahnyer bercerita tentang hard water. Mungkin ramai yang dah tau tapi aku mmg tak tau la. maklumla aku ni budak karen. so tang chemical2 ni x berapa nak pandai sikit. Kalau ada yang pandai boleh la komen2 supaya fakta aku kalau yang auta tu dapat diperbetulkan. 

Apa tu hard water?
Hard water adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Mineral yang terdapat dalam hard water ialah magnesium, calcium dan iron metal. Ada jugak kandungan mineral lain mengikut kawasan. Calcium lak akan larut dalam air dalam bentuk calcium carbonate atau calcium sulfate. Bergantung dia combine ngan kapur atau limestone. magnasium lak datang dari dolomite. Mineral2 ni semua x menjejaskan kesihatan. 

Camner nak tau hardwater ke x?
Cara yang paling mudah tuk tau air tu hard water atau tak ialah dengan menggunakan sabun atau ubat gigi. Kalau kene pada air hard water, sabun tu x berbuih. Lebih kurang macam tu la kekdahnyer. Ni lak referent nak determine hard water ke x.

* Soft Water..............less than 1 grain
* Slightly Hard ..........1 to 3.5 grains
* Moderately Hard ........3.5 to 7 grains
* Hard Water..............7 to 10.5 grains
* Very Hard ..............10.5 plus grains

So kalau nak bayangkan dalam bentuk pil plak. 1 pil aspirin tu sama dengan 5GPS.(grain per gallon). So kalau air kat umah tu contain 15GPS sama dengan 3 pil aspirin dalam 1 gallon air. Nampak macam x banyak kan. tapi kalau 30 pil dalam 10 gallon air?? erkkk banyak 

Kesan Hardwater kepada kulit.
Walaupun hardwater tidak menjejaskan kesihatan tapi dia memberikan kesan yang x baik pada kulit kalau digunakan tiap2 hari. Erkkk.. air kot. mestila guna tiap2 hari kan. Kandungan mineral ni sume akan merosakkan collagen kulit. So kalau collagen kulit dah rosak mudah la kulit resak bila terdedah pada cahaya matahari dan ultraviolet

Acne?? Tidakkk
Disebabkan Kandungan hard water adalah mineral yang tidak larut maka acne akan mula timbul. Sebab kulit akan kering dan natural oil pun gone. So akan berlakula irritation yang akan menyebabkan acne breakout. Selain itu kulit jugak akan mengalami kegatalan dan kekeringan. Kadang2 kulit akan menjadi meradang, merekah dan berdarah. Dan lagik... kulit jugak akan mudah berjangkit pada bakteria sebab natural oil dah xdok.

Gambar kulit yang rosak sbb hard water. Ni bukan tangan aku ea. Pinjam tangan dari cik google. banyak lak bulu dia hahahahaha.. kulit aku masa gi korea aritu sempat merah2 jer...

Cube teka ni ape??? lipas??? Salahhhhh. ni adalah bentuk germ yang boleh berjangkit pada kulit kite sbb xdok natural oil.. Maceh cik google


Air paip kat Malaysia.
Hahahaha aku wat nebes x?? sebenarnye air kat malaysia ni soft water. So korang x payah la risau naw. Motip la aku kongsi ilmu ni tuk traveller2 yang dok merayau ke negara yang tab water dia adalah hard water. Termaksuklah KOREA. denggggg patut la aku kene teruk kat korea aritu. Sebab aku mandi hari2 dengan air hardwater pastu sedap jer mandi gune heater. So persoalan telah terjawab. Bukan salah udara sejuk dan kering okey. Air tab water jadik punca. Tu la agaknye sebab orang sana mandi seminggu sekali jek. hahahahahaha. Satu lagik, bersyukur la nakkk kite dok kat Malaysia.

Actually banyak lagik kalau kite tengok keburukkan dalam industri. Kos proses air akan bertambah sebab dorang kene suling air tu tuk jadikan soft water. Ada jugak yang kene tambah softener. Hahaha macam soflan ker?? hehehehe bace sini. 

Okeh... kesimpulannya kalau kite gi negara luar yang tab water dia tu hard water sila la x yah nak mandi beriya sangat dok berendam ngan air panas. aku la tu. Kalau dah mandi tu cepat2 la sapu minyak atau losyen yang sesuai. 

Okey cukup la. kalau aku salah sila betulkan. ^_^



No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^