Seminggu x bukak blog langsung. Hari ni akan start nak menulis pasal trip ke Korea dari 4 Nov hingga 11 Nov. Sebagai mukadimah aku cume dapat membayangkan kat semua yang korea is awesome. Disiplin mereka memamg tip top. Aku sangat kagum sebab Korea adalah negara yang agak susah nak jumpa tong sampah tepi jalan tapi xder nampah sampah merata2. Aku puas dok perati mane dorang buang sampah dan akhirnyer aku nampak live... jeng3.. dorang akan kumpul sampah dalam hand bag dorang. So bile jumpa tong sampah baru la dorang keluarkan dari hand bag.
Disebabkan naik dari LCCT kul 2.40 pm , so kami bergerak dari JB tengah malam kul 12.00am. Mula2 plan nak kene singgah banyak tempat sebab nak kene tukar duit tp last2 kawan kat KL dah tukarkan, So pagi sok sempat la lalalalala kat KL dulu gamaknya. Bag aku 12 Kg blakang dang 2 kg depan.
Sesampai kt TBS awal pagi sangat subuh pun x lagik maka kami pun carik port tuk tdo sementara menantikan subuh.
Lepas subuh solat dan sambung tido kat dalam surau sampai la nak dekat kul 8.00pg. kawan Kitorang pun sampai bawak duit jutaan Won. Jeng3.. aku kaya!!
Kaya kat malaysia jer. rupenyer kat korea aku xder la kaya naw. Miskin jugak. Sarapan kat TBS.
Masih lagik mamai while waiting makanan sampai.
Kami trus jer ke KL central dan ke LCCT. Sampai kat LCCT trus check in luggage, solat dan check in. Ngam2 jer trus beratur naik bas. hahahahaha Lalalalala la sangat. Sengal tul. penat aku berlari2 ngan beg tu. Hampeh...
Perjalanan dari KL ker seoul nak dekat 6 jam. Kami sampai seoul dalam kul 9.00pm waktu korea. amik beg, beli T money pastu gigih berjalan carik subway. Kami bertekad nak sampai guesthouse malam ni. Dapat jer naik train yang betul bukan main lega. Dalam train siap tanye ajushi betul tak kami nyer plan nak kene tukar subway ni. Ajushi tu siap tunjukkan train mane nak kene tukar. Maceh ajushi.
Setahu aku train kat seoul ni sampai kul 12.30 am so rase2 sempat la nak sampai tp tetibe lepas je 3 station ada anouncement this is last stop!!... Last stop??? 11.50pm?? check2 peta mak aiiii jauh lagik tu. mampuih nak jalan dalam sejuk2 ni. Kami pun ringankan mulut la bertanyer pada sorang ajushi. Dia kate naik cab. Ok sure mahal tahap leh pitam ni. Kitorang tanyer berape won. dia kate 70K won.. OMG, mahal nak mampuih!! tapi ajushi kate cheep cheep.. waklu murah. nak dekat rm 200 tu. giler ke hape. rupenyer 17K won. dalam RM50. Boleh la bagi 3 orang x la mahal sangat. Masih mampu lagik. So kami pun amik cab. Sampai Jogno sam ga dalam 19.5KWon. ok lagik la.
Turun kat area2 subway. Nak mencari Sunshine gueshouse plak. Apsal macam yang aku study senang jer tapi kami sesat bagai nak rak. Rupenyer salah subway. patutla jauh. Nasib baik bertemu ngan sorang mamat korea ni. Sangat baik. Aku bagi tabik spring toing2 la kat dia. Punye la jauh dia tunjukkan jalan. sampai jumpa dia tolong. Sebenarnye dia pun x tau kat mana guesthouse ni. gigih dia call kawan2 dia dah akhirnyer jumpa gak. Moral of da story.. sile dapatkan phone number guesthouse yang korang booking supaya senang nak carik nanti. BTW syukur sangat dipertemukan ngan maunusia yang baik kat korea. Mamat ni dia penah travel kat canada, so dia kate dia tau macam mane perasaan bile lost kat negara orang. skang pun aku dah tau macam mane perasaan tu. so klu jumpe orang lost insyaAllah aku tolong.
Nebes takut train stop..
Sempat aku rembat Korail nyer promotion brosure dalam train.. Sbb chenta hatiku jd model.
Abang yang baik menunjukkan arah tujuan... maceh oppa. Yantie aku curik gambar ko. kikikiki
Sunshine guesthoust ni kami amik dorm jer. nak jimat gamaknyer. 18K Won per nite. Agak murah jugak la. Sebab kerana gigih lost, kami kelaparan, Bedal makanan yang ada pastu... kroihhhhhhhh... selamat malam Korea. Jumpe esok. hahahahaha
Ok sambung day 2 lak nanti ^_^
salam,nice blog..banyak information yg saya dapat..nak tumpang tanya,sunshine guesthouse tu 18k per head,or per room?
ReplyDeletekiraan tu perhead. saya share 2 orang
ReplyDelete