Hari ni tetibe mood nak menaip keyboard berada di tahap yang tertinggi pulak. Motipnyer nak menguji daya ingatan dan keupayaan menulis karangan macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi kali ni mungkin banyak kesilapan tatabahasa yang akan berlaku disebabkan dah terpengaruh dengan perkataan chat yang sangat ringkas. Selamat membace yer.
Tajuk karangan kite kali ni adalah Trip to Bandung (30 Oct - 2 Nov 2010). Trip bandung ni adalah trip pertama aku bersama ibunda dan akak ker luar negara. saja la nak try jejalan ke luar negara. Bandung menjadi pilihan kerana ia lokasi y sesuai tuk SOPING!!.. yelah pegi pun ngan mak dan akak. sure la soping menjadi perkara y seronok.
Disebabkan aku adalah minah kilang dah dulu operator aku sume from indonesia so banyak la talian hayat aku kat saner. since trip ni bersama ibunda, harusla percutian mak datin kan. xkan aku nak soh mak aku bawak backpack lak. and in additional, my sis pun ala2 mak datin so mmg namenyer percutian mak datin. (Harap2 akak aku x jumpe blog aku ni klu x sure gulai kawah aku). Beg troli menjadi pilihan tp aku x kose la nak berbag troli bagai. pergi pun cume 3 hari jer so beg belakang jer la. muat jer pun.
Dulu aku mmg rapat ngan budak2 operator indonesia ni. dorang ni x sume y datang sini sbb susah malahan datang sini pun dorang kene bayar n bayarannyer org miskin x mampu pun. dan amat bernasib baik dikenalkan dengan Suci Rahmadani. Baik orangnya seperti namanya y suci tu. Datang malaysia cume nak amik pengalaman, and bila balik sane dia sambung Degree lak tu. so kire educated la jugak orangnya. Mula2 aku roger la suci y berada di Jakarta. Sile cuti yer suci. kakak mau datang ke bandung. hehehehe. Transport dan penyinapan diuruskan oleh suci. kire kami yang mak datin ni tinggal turun flight dan ader kete y tunggu. sangat selesa untuk orang tua.
Sampai je di airport bandung suci dah tunggu dengan avanzanya. siap ader pemandu sekali. Seingat aku kami sewa avanza tu RM150/day. Siap dengan pemandu. mungkin murah sbb suci yang uruskan semuanya. Perjalanan pertama ialah check in Hotel. sangat lupe nama hotel tu ape. x lah mahal sangat. dalam RM90/day. Dok 3 orang 3 malam. Murah sangat... ni permandangan sekitar hotel tu.
Sebab dulu bute IT dan x penah pun terpk nak buat blog makanye gambar sangat muka interframe. harap maaf la yer. Hotel ni aku sangat puas hati dalam serba serbi.
Malam tu kami pun memulakan aktivity explore bandung for soping di Jalan Dago. Deretan factory outlet mmg sangat mabeles. Seriously said, klu kat melaysia ade macam ni mmg heaven la. antara factory outlet y dilawati adelah Donatello. x tau kenape tp aku mmg sangat suke kedai ni. kedai kasut. cantik2 kasut kat sini dan aku pun sambar la satu.
Design kedai mmg terbaik. ala2 mewah macam tu dan jual barang xde la mahal sangat. Kedai kat sini bukan sampai pagi tp sbb dah nak muntah berjalan bagai nak rak so kami pun balik la tido. mak pun dah komplain sakit kaki. sian dia. Tapi y aku mmg x puas hati ialah saiz baju sume kecik. huaaaaa.. aku y terlebey sihat ni kempunan la baju2 yang cantik tu. sangat kempunan. so dapat kasut jer la.
Esoknye distinasi kami adalah Kawah putih. sangat x tau ape tu kawah putih sebenarnyer. Mmg x wat research langsung pasal trip ni. so kami redah jer ikot cakap2 orang. Kawah putih rupenyer kawah gunung berapi yang ade belerang. putih tu sbb ade belerang. perjalanan ke kawah putih mengambil masa dalam 2 jam jugak. campur singgah tepi jalan beli makanan dalam kete. huhuhuhu. Jangan pandang rendah pada makanan tepi jalan sbb makanan tepi jalan la yang sedap. Suci pernah dok malaysia so mmg xder masalah langsung. mungkin dia pun tau ape tekak orang malaysia ni. and y bestnyer semua makanan tepi jalan y kami rase mmg sedap.
Sekali tgok gambar macam kat tempat sejuk y ala2 salji gitu. macam kat alam fantasi pun ade. ni lah kawah putih... air kat kawah tu berkabus. sejuk + kandungan belerang yang tinggi. disebabkan permandangan opersekitaran yang ala2 alam fantasi ni ade la pasangan pengantin memilih lokasi ini untuk ambik gambar kawin. serious cantik..
ni pulak permandangan dari atas.
Dalam perjalanan turun pulak kami pun feeling2 la atas bukit tu. Suhu dah permandangan macam cameron highland tp keaslian bukit ni masih terjaga la. masih natural. x macam cameron y dah tokak sane sini tu. Ade jugak petani yang tanam sayur dan strawbery. Operasi memetik strawbery pun dimulakan.
dah puas makan kami pun balik berehat seketika dan lapas magrib kami makan di atas bukit. sangat atas bukit. menu kami adalah nasik purple.
Beras purple ni padi bukit. kenape purple aku lupe nak tanye. tapi mmg sedap. ayam tu ayam madu yang dipanggang. sume tu dipanggang semua sedap kecuali sotong. sebab aku mmg suke makan sotong so tangan pun gatal la memilih sotong. tamak sakan pilih yang besar2 skali hamek kau. sotong tu sotong asin rupenyer. sotong masin.. macam ikan masin tu. lazat x paE!! hahahahaha gelak sakan mase makan bile mengingatkan ketamakkan aku terhadap sotong. permandanga sekitar mmg menarik. Nampak la bandar bandung tu dari atas tu. Perjalanan ke atas mengambil masa dalam 1 jam. bukit sangat curam dan Avanza yang kami naik memang hebat. Avanza kat malaysia pun macam ni ker. sangat lasak. Pengangkutan di bandung ni kebanyakkannya Avanza dan Inovo sahaja. mungkin dorang suka toyota dan kete ni boleh angkut ramai orang.Menurut suci, mereka kebanyakkannya akan beli kete untuk disewakan. Duit sewa kete akan digunakan untuk bayar kereta tu. dan bila kereta tu dah abis bayar, mereka akan jual dan beli kereta lain untuk kegunaan sendiri which ofcozla monthly lebih murah sebab down payment tinggi. Macam tu la cara mereka nak survive la. klu kite kat malaysia, nak sewakan kete baru beli?? mungkin tidak. sayang giler. nak pinjamkan orang pun pk 8 kali kot. aku la tu. orang lain aku tak tau la.
Keesokkan harinya kami ke pasar baru. Pasar baru ni ala2 pasar payang tu la. Soping kat sini mmg lebih murah dari kat Factory outlet tp kene pandai pilih. ada yang sangat berkualiti tapi ada jugak y x sesuai. bak kate orang barang baik harga pun baik jugak la. perkara yang paling aku benci ialah. baju xder saiz. giler kecik orang kat banding ni. dorang x makan ke hape. hangen jer aku. tp mmg benar la. sebab kebanyakkan org L or XL or XXL ni mesti dr Malaysia atau Singapore. maklumlah negara mewah dengan makanan. maka segala pun terlebey la. termasukla kain nak wat baju kan. so pasrah jer la. so akak aku mmg heaven la soping. grrrrr.
Seharian soping bagai nak rak kat pasar baru ni, kami pun balik ke hotel. Penat mmg bagai nak rak la. skali time nak pek barang.. alamak.. cam x cukup beg jer. so akak aku pun kuarkan la bag magic dia. hahahaha bag ala2 org indon nak balik indon tu. kagum x? hahaha mane la dia dapat beg tu.
Sok pepagi kami pun siap2 untuk balik. Driver kami pun sampai dan kami pun ke airpot dan perasaan sedih pulok. mak sangat emo sedih sbb dia sangat rapat dengan driver kami tu. mak sampai sob sob nangis.. ish2... nasib ler budak tu masih blajar x abis klu x sure dah jd menantu dia. driver kami student medic yer. huhuhuhu. hebatkan. kami bagi jugak la tanda kenangan kat driber kami tu. belikan sedikit hadiah buat kenang kenangan.
jeng jeng jenggggggg. kejadian yang sangat kelakar di airport.. alkisahnyer kalau kite nak balik malaysia atau keluar dari indonesia kite kene bayar tax. halamak seyes lupe jumlah tax tu. bawah 100 la. kami mmg dah asingkan duit untuk tax awal2. Tetibe ader la pasangan suami isteri ni muka sedih nak nangis x bleh blah. kisahnyer dia dah habiskan sume duit cash sbb mmg ingat dah xder nak kene bayar ape2 lagik. so macam mane nak balik klu x bayar tax. Dorang pun datang kat akak aku mengadu nasib. tanye punye tanye dia org kl jer pun. ok la, mak pun bagi la duit utk mereka bayar tax. serious sangat happy muka dorang. berkali2 ucap terima kasih kat mak. yelah tgh susah ader orang tolong. mmg rahmat besar la kan. mase dok menunggu lepas check in tu dorang pun cakap la ni first time gi bandung, dan mmg x tau kene bayar tax. so mase berlegar2 kat dalam airport dorang mmg habiskan sume duit beli keychain la bagai kat kedai airport tu. tetibe kene bayar tax. mmg macam nak nangis laki binik tu... nasib la jumpe orang malaysia jugak. klu x macam mane. bile aku pkkan keadaan tu klu berlaku kat aku. sumpah aku dah nangis. hahahahaha. moral of da story, slalu la ader emergency money kat bag tu...
No comments:
Post a Comment
Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^