Harini topik yang aku pilih adalah isu besar bagi sesetangah manusia macam aku. Sebenarnyer agak kecewa dengan apa yang terjadi tapi aku luahkan kat sini sebab ni blog aku. aku punye suka la. :p
Semalam dalam keadaan yang sangat penat balik keje sbb ada planned activity sbb production shut down. Seriously mmg penat. Aku smpt breakfast biskut n quick lunch jer. seharian aku berjalan kehulu kehilir dengan safety boot yang berat. So aku masuk kete kul 8 dalam keadaan y penat + Lapar tahap nak telan orang. As usual masuk jer kete, kuar dari pagar kilang aku akan dial number mak aku. Motip, melaksanakan tanggungjawab seorang anak y maknyer sendirian di kg. Bertanya kabar dan mendengar keluhan apa2 yang aku x tau. Normally aku akan tanye mak wat pe arini. makan ape. gi mane dll soalan biasa je tp kali ni permulaan topik perbualan agak panas. Bunyinyer camni.. Mak hot harini!! Ok tu bukan permulaan y baik bagi perbualan harini. Sesuatu yang menyakitkan hati mak telah berlaku.
Alkisahnyer ader seseorang yang dah bergelah Ajjumma kat kg dok suke nak bercerite tentang kisah orang lain. Sibuk2 la plak status anak orang yang belum berkahwin. Ayat yang sampai kat telinga mak mmg menyakitkan hati. Aku serius x paham, adakah kawin tu matlamat utama kehidupan yang perlu dipenuhi semata2. Dalam hidup ni klu x kawin xleh bahagia ker? dan sangat pelik.... Hoi korang ni hidup zaman batu ker nak sibuk2 dalam urusan hidup orang. Aku skang ok jer x kawin, ko sakit mate ke tgok aku x kawin? haaaa tahap macam tu aku annoy ngan ajumma ajumma tersebut!!
Anak dara tua? so what klu anak dara tua, aku bekerja, aku ada kerjaya n rase2 aku ni xder la jadik sampah masyarakat. Mak aku y mulia kat mate aku tu cukup bagi aku ilmu dan sesungguhnye sekarang ni aku bersyukur dan bahagia. Anak2 anda y dah berkahwin atas dasar xmo jd anak dara tua tu rase2 cukup bahagia ker? Klu sekarang bahagia, kekal ker bahagia tu. Dari sibuk2 hal orang, pi la doakan kebahagiaan anak sendiri.
Kepada sesiapa y dah berkahwin tu xyah la sibuk2 nak tanye orang macam aku ni bila nak kawen. Bersyukurka y korang dah kawin dah dah dapat memilih pasangan y baik (kalau baik la kan). Itu adalah kerana dalam hidup anda telah diberi pilihan yang baik. Dan x semua orang diberi pilihan macam tu. Aku? aku diberi pilihan tp pada aku pilihan tu bukan y baik. so aku pilih untuk stay cool dulu. Melilih? mmg la kene memilih. Sbb aku xmo la skang ni aku mampu nak pki kereta dan sewa rumah sendiri. mampu nak soping n plan vacation tetibe jadik x mampu sbb dah kawen. Sory to say aku mmg xnak pilih hidup macam tu sebab apa yang aku dah lalui dalam hidup aku ni cukup menyajar aku keperitan hidup. Dan x sanggup lagik menambah keperitan tu. Jangan judge orang dengan apa yang korang nampak sekarang sebb ape yang orang tu lalui korang x tau pun. So x payah la nak nasihatkan orang melainkan orang tu yang minta untuk dinasihatkan.
Ni antara never end soalan yang aku rase sangat menimbulkan rase sakit hati pada aku n kengkawan aku walaupun dah kawin.
1. Bila nak kawin?
2. Bila nak ada anak?
3. Bila nak tambah anak?
4. Nape rapat sangat anak tu?
Cubela persolan kehidupan ditukar secara positif dan membina sikit macam.
1. Bila abis study?
2. Xsambung Master ker?
3. Bila nak gi oversea?
4. Apa plan hidup lepas ni?
dan banyak lagik soalan membina korang boleh tanye klu dah xder modal sangat nak tanye. Setiap manusia ni sepatutnyer ader matlamat hidup. Target kehidupan. Aku pun macam tu jugak, beberapa matlamat hidup aku dah tecapai, beberapa lagik dalam mase terdekat. Sekarang aku sedang merancang beberapa target baru dalam hidup aku. Kawen mmg salah satu, tp bukan main target. So klu mis 1 target x bermaksud aku trus gagal ye. Aku masih ader banyak target lain y boleh aku capai.
Seriusly hati aku mmg remuk bile mak cite ape yang berlaku. Pastinyer Mak sangat sedih, tp luckily mak ni jenis y educated punyer orang dan boleh berfikir secara rasional dan amat memahami ape yang kami lalui. Hopefully mak live life cool la dengan ajumma2 sengal tu. Hidup ni terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan and Mummy i love you... i love you... i love you so much...
Serkian Wasalam
hehehe...kesian mak ko...kesian kat mak aku jugak la kena melayan mulut2 orang yang macam tu..;p
ReplyDeletetu la pasal. serabai betul. Geram jer. macam gud jer nak sibuk hal orang lain. Seyes aku mmg bengang giler.
ReplyDelete