Masa aku gi Korea bulan 2 dulu. kat subway aku ditegur oleh seseorang. Masa tu aku sorang2 sebab 2 lagik kawan aku gi tempat lain. Apa yang buat aku tergamam seketika ialah dia tegur aku dalam bahasa melayu. Awak dari Malaysia?.. sampai sekarang aku masih ingat ayat tu. well tergamam seketika. nak kate orang malaysia mestila tidak. Korean ni. Since dia boleh cakap melayu aku pun jadi interested nak berbual lanjut. Dia kata masa study dia ada ambik Bahasa Melayu dan pernah ke KL selama seminggu. Kami bertukar email. since masa tu aku nak ke tempat lain dan dia pun nak ke tempat lain so x dapat la nak berbual langjut. Balik jer kat Malaysia Ji Son dah email aku. Dan kami pun berkawan di FB. Mi Son x lah fasih dalam berbahasa Melayu tetapi still acceptable. Apa2 pun aku bangga orang luar nak belajar Bahasa Melayu.
Bila dah berkawan ngan Ji Son ni aku notice dia ni travelholic jugak. Banyak jugak dia dah gi. hehehehe.. Anyway Mi Ji Son, nice to meet you. Hope will meet you again.. ^_^
Kalau baca tajuk ni sure ramai yang agak paE travel 2 hari 1 malam?? hahhahaha. Bikin propa ckit. Aku cume nak kongsi bagaimana cara mereka promote negara mereka... becoz aku suke sangat program ni and aku harap Malaysia akan kuar program2 macam ni.
Aku translate kan.. hehehe 2 day 1 night
Sebagai pengenalan sesiape yang x penah tengok program 2D1N ni meh aku cerite cikit. Program ni sangat la terkenal kat KOREA. Kpop fan klu x tau program ni maksudnye dia x katam lagik. hahahahaha. Aku salah seorang peminat program ni. 2D1N motip dia nak tunjukkan tempat2 yang menarik setiap pelusuk korea. Pengacara terdiri daripada 7 orang artis korea yang agak famous. Mereka akan diberikan task untuk dapat sesuatu reward macam makan best ker, tdo kat tempat yang best dll lagik. Kadang2 mereka akan berlawan sesama mereka sbb hadiah hanya untuk 3 orang atau 2 orang.
Apa pun misi yang mereka buat, motip tetap sama, nak tunjukkan keistimewaan negara mereka. Melalui program ni kite akan dapat tau mana lokasi yang best2 ala2 must go gitu. Since separuh daripada mereka ialah pelawak so cara penyampaian agak selamber/sepontan. Walaupun aku x paham bahasa korea lagik dan mengharapkan subtitle tp aku mampu tergelak terguling2.. huhuhuhu.
Ni pengacara 2D1N sejak season lalu. Most of them since 2007. I like them all. fun and really nice. Tapi disebabkan ada masalah, Hadong (merah) berhenti last year. Actually dia pengacara no1 kat korea. Seblah Hadong pakai cap tu Lee seunggi. Mamat ni pengacara, penyanyi dan pelakon yang famous. Bukan calang2 dia ni mmg brilliant. Setau aku dia ada PHD. Suka sangat kat dia.
Ni plak season ni punye pengacara.. Seunggi dah xder T_T sedih giler. 3 pengacara lama dikekalkn dan add another 4. Yang paling kiri tu penyanyi terkenal kat sana. Shi kyung. seblah dia pelakon yang meletop la ni. Joo Won. and another 2 ni pengacara. Xpe la Seunggi xder, JooWon ader kikikiki
Korang boleh YT search 2D1N. Atau tgok kat astro 391 setiap jumaat malam kul 11.15pm ( waktu siaran may change). Actually ahad petang ada kat 391 gak tp xder subtitle rasenyer.
Okeh kesimpulannya kat sini aku sangat mengharapkan program macam ni wujud la kat channel Malaysia ni. untuk promote tempat2 yang menarik kat Malaysia ni. KRU picture... pls la instead of PROPAGANDA???? erghhhh x bleh blah. Gosip jer x kemana la weiii...
ni aku bagi ckit supaya korang dapat bayangkan macam mana show ni.
Harus kene tulis cheese tart ni not for sale. Alkisahnyer aku try la wat cheese tart ni. Sedap jer makan. Berangan la dah pandai nak masukkan dalam Kasih Impian Bonda nyer produk. Tapi aku simpan tepi la angan2 tu. Jenuh aku nak wat tart ni. Sampai sakit pinggang menenyeh. X sanggup la aku nak amik order. Sedap mmg sedap. Tapi mark kat lengan aku kene tray panas ni pun sedap gak. Ni la hasilnyer. X santek la... hehehehe
So aku mmg respek la sape2 yang berjual tart ni.. Tabik spring.. toi.... resepi ni aku bagi kot2 korang nak uji skill korang.
Kaedah penyediaan: 1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. 2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas. 3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel. 4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. 6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka. 7. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.
Sile la try... boleh uji tahap kekuatan pinggang anda skali...^_^
Malam tadi aku dok gigih nak buat jugak coklat cupcake yang gagal sabtu haritu. So kite try lagik satu resepi. resepi ni aku amik kat internet jugak. nampak macam senang jer. Balik2 keje aku trus berperang di dapur. hasilnyer.. taraaaaaa...
ni resepi dia.. semudah ABC.. wah gitu.
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate
BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih
CARA MEMBANCUH ADUNAN :
Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .
Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
Disebabkan aku wat rnd jek so aku wat setengah adun jek. dapat dalam 18 cup medium size. Banyak tu, maka bawak opes la. Kalau sakit peyut sorry ea kengkawan.. ahaks..
Satu lagik mv yang aku edit. Pantai2 kat jeju dang fallen snow kat Jeju. Tetibe terasa rugi sangat x amik video kat busan. Pantai yang awesome tu.. huhuhuhuhu... Windu busan larr.. otoke?
Sebenarnye aku macam dah terhilang video2 yang dok aku rakam masa kat Korea. tetibe arini terjumpa balik.. happy giler. So tangan aku pun gatal la dok nak mengedit.. As usual, i'm beginner so sabar jer la kalau nampak kecacatan gegaran dan sewaktu dengannya.
Dok berbual2 ngan kawan opes tetibe topik kami sangat la ilmiah kan. Maklumla berbual ngan orang2 yang berilmu ni dapat la curik sikit ilmu dia. hehehehe. Alkisahnyer bercerita tentang hard water. Mungkin ramai yang dah tau tapi aku mmg tak tau la. maklumla aku ni budak karen. so tang chemical2 ni x berapa nak pandai sikit. Kalau ada yang pandai boleh la komen2 supaya fakta aku kalau yang auta tu dapat diperbetulkan.
Apa tu hard water?
Hard water adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Mineral yang terdapat dalam hard water ialah magnesium, calcium dan iron metal. Ada jugak kandungan mineral lain mengikut kawasan. Calcium lak akan larut dalam air dalam bentuk calcium carbonate atau calcium sulfate. Bergantung dia combine ngan kapur atau limestone. magnasium lak datang dari dolomite. Mineral2 ni semua x menjejaskan kesihatan.
Camner nak tau hardwater ke x?
Cara yang paling mudah tuk tau air tu hard water atau tak ialah dengan menggunakan sabun atau ubat gigi. Kalau kene pada air hard water, sabun tu x berbuih. Lebih kurang macam tu la kekdahnyer. Ni lak referent nak determine hard water ke x.
* Soft Water..............less than 1 grain
* Slightly Hard ..........1 to 3.5 grains
* Moderately Hard ........3.5 to 7 grains
* Hard Water..............7 to 10.5 grains
* Very Hard ..............10.5 plus grains
So kalau nak bayangkan dalam bentuk pil plak. 1 pil aspirin tu sama dengan 5GPS.(grain per gallon). So kalau air kat umah tu contain 15GPS sama dengan 3 pil aspirin dalam 1 gallon air. Nampak macam x banyak kan. tapi kalau 30 pil dalam 10 gallon air?? erkkk banyak
Kesan Hardwater kepada kulit.
Walaupun hardwater tidak menjejaskan kesihatan tapi dia memberikan kesan yang x baik pada kulit kalau digunakan tiap2 hari. Erkkk.. air kot. mestila guna tiap2 hari kan. Kandungan mineral ni sume akan merosakkan collagen kulit. So kalau collagen kulit dah rosak mudah la kulit resak bila terdedah pada cahaya matahari dan ultraviolet
Acne?? Tidakkk
Disebabkan Kandungan hard water adalah mineral yang tidak larut maka acne akan mula timbul. Sebab kulit akan kering dan natural oil pun gone. So akan berlakula irritation yang akan menyebabkan acne breakout. Selain itu kulit jugak akan mengalami kegatalan dan kekeringan. Kadang2 kulit akan menjadi meradang, merekah dan berdarah. Dan lagik... kulit jugak akan mudah berjangkit pada bakteria sebab natural oil dah xdok.
Gambar kulit yang rosak sbb hard water. Ni bukan tangan aku ea. Pinjam tangan dari cik google. banyak lak bulu dia hahahahaha.. kulit aku masa gi korea aritu sempat merah2 jer...
Cube teka ni ape??? lipas??? Salahhhhh. ni adalah bentuk germ yang boleh berjangkit pada kulit kite sbb xdok natural oil.. Maceh cik google
Air paip kat Malaysia.
Hahahaha aku wat nebes x?? sebenarnye air kat malaysia ni soft water. So korang x payah la risau naw. Motip la aku kongsi ilmu ni tuk traveller2 yang dok merayau ke negara yang tab water dia adalah hard water. Termaksuklah KOREA. denggggg patut la aku kene teruk kat korea aritu. Sebab aku mandi hari2 dengan air hardwater pastu sedap jer mandi gune heater. So persoalan telah terjawab. Bukan salah udara sejuk dan kering okey. Air tab water jadik punca. Tu la agaknye sebab orang sana mandi seminggu sekali jek. hahahahahaha. Satu lagik, bersyukur la nakkk kite dok kat Malaysia.
Actually banyak lagik kalau kite tengok keburukkan dalam industri. Kos proses air akan bertambah sebab dorang kene suling air tu tuk jadikan soft water. Ada jugak yang kene tambah softener. Hahaha macam soflan ker?? hehehehe bace sini.
Okeh... kesimpulannya kalau kite gi negara luar yang tab water dia tu hard water sila la x yah nak mandi beriya sangat dok berendam ngan air panas. aku la tu. Kalau dah mandi tu cepat2 la sapu minyak atau losyen yang sesuai.
Last 2 week masa konvo adik kat shah alam, kami celebrate with family kat Restauran Saba Cyberjaya. K.Long kate makan kat situ sedap. So layan la gamaknyer. Menu utama adalah Nasik Arab. Time kami datang orang ramai yang amat. I hate crowded T_T. huhuhu. Kami order Nasik Arab Ayam 3 set. Kempunan nak makan Lamb sbb out of stock.
Antara makanan yang sempat snap. Maklumla sume dah kelaparan time ni. huhuhu.
Nasik Arab
Fish and Chip
Makanan yang len x sempat nak snap sbb dok layan 3 orang anak sedara.
Elisya pelik tgok Mak Long.
Budak ni baik x wat perangai. aku lak yang geram.
Aisha yang suke senyum.
Farisha yang sibuk dengan Tab dia. Cis!!
Okeh.. sapa2 yang nak datang makan kat sini, ni la detail dia. Akak aku kate time Dinner and lunch hour orang beratur nak tunggu seat. Oh no... Aku x sanggup la. Mujur masa kami datang masih dapat seat. Apa2 pun yummy. sedap. berdosa pada badanku
Alang- alang dah sampai kat shah alam ni, singgah la ke icity shah alam. Hotel yang kami duduk pun 10 min jer dari iCity. Ticket park kereta RM10. Sebenarnya pada pendapat aku, iCity ni x patut dibuka kepada orang awam lagi. Banyak lagik construction sedang dijalankan. Ada laluan yang masih lagik dipenuhi wayar2 electrik. Tangga ke tilet juga masih x siap sepenuhnye. Ada lubang2 longkang yang masih belum ditutup. Keadaan ini agak bahaya jika dilihat dari aspek keselamatan. Tarikan utama ialah snow world. Tapi malam ni kami x sempat nak masuk. So tgok2 jer la pokok2 lampu.
Ala2 macam pokok kat nami island x?? tp ni pokok karen. huhuhuhu
Pokok lampu ni mmg la cantek tp x nampak neutral. Klu lampu digantung kan pokok ori mesti lagik cool. Pastu aku terfikir. kalau la tetibe hujan camner agak nyer ekk. Mmg xder possible tuk short circuit ker. Tapi bile dipk2. xkan dorang nak buat benda yang bahaya tuk public. huhuhuhu.
Dikawasan ni jugak ada beberapa kedai makan. So sesuai la tuk lepakking.
Semalam dapat hadiah dari pagar laut. Dah 3 taun aku keje sini, ni la pertama kali dapat penghargaan. Tapi bukan khidmat cemerlang pun sbb mmg x cemerlang dah. Ni penghargaan selaku Committee SRC 2010. Lama dah.
Bile ingat2 dolu2 nger activity fun jugak. macam2 kitorang wat. Masih segar dalam memori activity SRC 2010.. Jeng2 antaranyer..
1. Pagar laut Idol. Dah ler time ni sibuk banyak asigment nak kene submit. sibuk la nak pomot event ni. Last haku angkut sekali lappy kat kafe wat asigment. Muka aku ketat jer time tu. pening @_@. hihihihihi
2. Melawat umah orang tua. Di melawat sambil mengembirakan mereka disana. Siap ada poco2 lagik. Ha lantak la kami practice. Pastu kat sana berpoco2 atas pentas. Fun betul lagik2 bile orang tua sekali tersenyum.
3. Football. Buat liga. time ni sume SRC joint kat padang. Sume orang sporting yang amat. Ni ada gambar kenangan yang terselamat sbb upload kat FB. Kebanyakkan dah arwah disebabkan bencana banjir di FM.
4. Badminton tournament. Mase ni aku agak tamak. Siap main single, double dan mix. tp mix partner tarik diri last minute. Xpe la. Yang penting lagik 2 tu aku menang sehhh.. Hebatnyer aku. Mode riak!!
5. Painball. Event ni mmg best giler. Gi ngan sume committee. Perang sakan. ganaz la aku time ni. First time main natang ni. Fun giler.
Suspen x??
Yang mane aku.. cepat carikk...
Hahaha. aku masih ingat kawan aku kate. woi pae. ni kasut painball, kasut badminton, kasut running. hahahaha. ni ler jer yang aku mampu time tu. kikikiki
Banyak lagik event yang kitorang buat tp ni la yang paling aku ingat. Apa2 pun SRC pagar laut 2010 mmg terbaekk dari ladang pagar laut. ^_^. Windu la moment tu...
Alkisahnye hujung minggu ni adik bungsu nak konvo kat UNISEL shah alam. So as usual la nak kene beli hadiah katenyer. Mak dok bisik2 soh beli bunga. Nak bagi kejutan la gamaknyer. Tapi bunga ker?? Lelaki kot. Tapi konvo tanpa bunga macam x best jer. Mengikut pengalaman plak klu lelaki konvo ni dorang x appreciate klu dapat bunga. Last2 nyer hakak2nyer la yang tolong appreciate kan. Haku jugak la gamaknye. Macam beli bunga tuk diri sendiri. X besh..
So korang hai lelaki, ape hadiah korang nak bile konvo ekk? Kalau aku tanye dia sure dia akan jawab kete sebijik. Harus la aku pitam.
gambar: cik google ^_^
Ni mmg hadiah yang biasa dapat. Time konvo diploma dulu dapat jugak. Dapat jugak binatang kat bawah ni...
Teddy bear ni sebijik yang aku dapat masa konvo dulu. Skang dah lunyai.
Coklate pun salah satu dari hadiah yang selalu dapat tp kelemahannya dalam kete panas al cair la cekelat yang mahal dibeli gamaknye tu.
Dulu ujung minggu aku sangat la bz sbb nak kene attent kelas. Part time study kt utm. Tapi skang ni dah abis macam x tau nak wat apa lak. mula2 aritu asik tdo jer. Nak balik Muar tiap minggu barai la plak kan. So minggu ni agak fun sikit. Aku namakan misi polkadot. Dah lama dah teringin nak buat apam polkadot ni tapi x sempat dan x yakin nak wat. Tapi bile bace blog2 macam senang jek.. harus dicube. Percubaan pertama last week gagal. bentat. apam x naik langsung. alhudoh jadiknye. so minggu ni kite cuba lagik. Berdasarkan pembacaan aku x leh guna tepung cap sauh. So aku gune tepung cap kunci. Pelik sebenarnye sebab aku mmg guna tepung cap sauh tuk wat kek buah. tepung cap sauh ni lebih mahal compare cap kunci. Okeh resepi wat apam polkadot seperti dibawah:-
Bahan-bahan
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa. Aku guna coklat peanut
pewarna
Cara-cara
Pukul telur + gula + ovalette dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
Masukkan susu dan kacau hingga sebati
Masukkan tepung yang diayak bersama baking powde. Kacau menggunakan tangan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
Kukus 10 - 15 min dengan api sederhana.
Inilah hasilnye. Apam dot2 yang comel dan gebu.
Apam yang comel sesuai di ngap bersama kanak2. Tapi aku xder anak. Yang ada ank tekak so aku ngap la sorang2.
Ni lak proses nak wat dia. Semudah ABC. Aku pilih purple dan pink.. Comel. Luv it^_^
Boleh jugak Tulis ABC. Ikut kreativiti masing2.
Seterusnye semalam petang aku wat karipap kentang lak. Sebenarnye malas nak kuar umah, dok pk bahan2 yang ada kat umah.. taraaaaa. Terhasil la karipap kentang. Karipap kentang ni agak leceh. Entah kenapa la aku rajin sangat semalam. Ni la resepi karipap kentang yang aku wat. Disebabkan aku rase resepi asal x logik maka aku ubah suai sikit. Sukati x kate x logik. hahahaha. Abih dia soh letak bawang 500g. Bukan ker dah setengah kilo tu. bapak banyak.
dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan
* nak lebih sedap campurkan daging hancur 3/4 cawan masa tumis bawang. Sebab aku malas nak pi beli daging so x dek la aku masukkan.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air
Cara
Masukkan majerin ke dalam tepung.
Ramas tepung & majerin hingga rata.
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.
Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
Karipap yang dah siap goreng x sempat nak snap dah ngapppp.. huhuhuhu. Tapi mmg sodap. Bahaya hobi aku dikala masa lapang ni. Mau bulat aku macam apam dan karipap ni. huhuhuhu
Ok tula activity orng yang dah biasa bz tetibe x bz. Next wik adik aku konvo kat UNISEL. So dah ada activity.