Followers

Saturday, 31 March 2012

Friend over the sea...

Mi Ji Son.. this entry special dedicate to you...

Masa aku gi Korea bulan 2 dulu. kat subway aku ditegur oleh seseorang. Masa tu aku sorang2 sebab 2 lagik kawan aku gi tempat lain. Apa yang buat aku tergamam seketika ialah dia tegur aku dalam bahasa melayu. Awak dari Malaysia?.. sampai sekarang aku masih ingat ayat tu. well tergamam seketika. nak kate orang malaysia mestila tidak. Korean ni. Since dia boleh cakap melayu aku pun jadi interested nak berbual  lanjut. Dia kata masa study dia ada ambik Bahasa Melayu dan pernah ke KL selama seminggu. Kami bertukar email. since masa tu aku nak ke tempat lain dan dia pun nak ke tempat lain so x dapat la nak berbual langjut. Balik jer kat Malaysia Ji Son dah email aku. Dan kami pun berkawan di FB. Mi Son x lah fasih dalam berbahasa Melayu tetapi still acceptable. Apa2 pun aku bangga orang luar nak belajar Bahasa Melayu. 

Bila dah berkawan ngan Ji Son ni aku notice dia ni travelholic jugak. Banyak jugak dia dah gi. hehehehe.. Anyway Mi Ji Son, nice to meet you. Hope will meet you again.. ^_^


Till then..

Friday, 30 March 2012

2 Days & 1 Night - 2D1N

Kalau baca tajuk ni sure ramai yang agak paE travel 2 hari 1 malam?? hahhahaha. Bikin propa ckit. Aku cume nak kongsi bagaimana cara mereka promote negara mereka... becoz aku suke sangat program ni and aku harap Malaysia akan kuar program2 macam ni.
 Aku translate kan.. hehehe 2 day 1 night

Sebagai pengenalan sesiape yang x penah tengok program 2D1N ni meh aku cerite cikit. Program ni sangat la terkenal kat KOREA. Kpop fan klu x tau program ni maksudnye dia x katam lagik. hahahahaha. Aku salah seorang peminat program ni. 2D1N motip dia nak tunjukkan tempat2 yang menarik setiap pelusuk korea. Pengacara terdiri daripada 7 orang artis korea yang agak famous. Mereka akan diberikan task untuk dapat sesuatu reward macam makan best ker, tdo kat tempat yang best dll lagik. Kadang2 mereka akan berlawan sesama mereka sbb hadiah hanya untuk 3 orang atau 2 orang. 

Apa pun misi yang mereka buat, motip tetap sama, nak tunjukkan keistimewaan negara mereka. Melalui program ni kite akan dapat tau mana lokasi yang best2 ala2 must go gitu. Since separuh daripada mereka ialah pelawak so cara penyampaian agak selamber/sepontan. Walaupun aku x paham bahasa korea lagik dan mengharapkan subtitle tp aku mampu tergelak terguling2.. huhuhuhu.

Ni pengacara 2D1N sejak season lalu. Most of them since 2007. I like them all. fun and really nice. Tapi disebabkan ada masalah, Hadong (merah) berhenti last year. Actually dia pengacara no1 kat korea. Seblah Hadong pakai cap tu Lee seunggi. Mamat ni pengacara, penyanyi dan pelakon yang famous. Bukan calang2 dia ni mmg brilliant. Setau aku dia ada PHD. Suka sangat kat dia.

 Ni plak season ni punye pengacara.. Seunggi dah xder T_T sedih giler. 3 pengacara lama dikekalkn dan add another 4. Yang paling kiri tu penyanyi terkenal kat sana. Shi kyung. seblah dia pelakon yang meletop la ni. Joo Won. and another 2 ni pengacara. Xpe la Seunggi xder, JooWon ader kikikiki

Korang boleh YT search 2D1N. Atau tgok kat astro 391 setiap jumaat malam kul 11.15pm ( waktu siaran may change). Actually ahad petang ada kat 391 gak tp xder subtitle rasenyer.

Okeh kesimpulannya kat sini aku sangat mengharapkan program macam ni wujud la kat channel Malaysia ni. untuk promote tempat2 yang menarik kat Malaysia ni. KRU picture... pls la instead of PROPAGANDA???? erghhhh x bleh blah. Gosip jer x kemana la weiii...

ni aku bagi ckit supaya korang dapat bayangkan macam mana show ni.




Monday, 26 March 2012

Cheese tart - Not for sale...

Harus kene tulis cheese tart ni not for sale. Alkisahnyer aku try la wat cheese tart ni. Sedap jer makan. Berangan la dah pandai nak masukkan dalam Kasih Impian Bonda nyer produk. Tapi aku simpan tepi la angan2 tu. Jenuh aku nak wat tart ni. Sampai sakit pinggang menenyeh. X sanggup la aku nak amik order. Sedap mmg sedap. Tapi mark kat lengan aku kene tray panas ni pun sedap gak. Ni la hasilnyer. X santek la... hehehehe


So aku mmg respek la sape2 yang berjual tart ni.. Tabik spring.. toi.... resepi ni aku bagi kot2 korang nak uji skill korang.

BLUEBERRY CHEESE TART 
Source: Kak Rinchan 

Bahan-bahan: 
Untuk doh pastri 
250gm butter 
80gm icing sugar 
2 biji telur 
440gm tepung gandum 
1 teaspn esen vanila 

Kaedah penyediaan: 
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. 
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas. 
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel. 
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese. 

Filling 
Source: Kak Mas 

250g Philadelphia cream cheese 
60g gula caster 
20g butter 
1 'B' egg 

Blueberry filling 

5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. 
6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka. 
7. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Sile la try... boleh uji tahap kekuatan pinggang anda skali...^_^

Cupcake cekelat with cheese


Malam tadi aku dok gigih nak buat jugak coklat cupcake yang gagal sabtu haritu. So kite try lagik satu resepi. resepi ni aku amik kat internet jugak. nampak macam senang jer. Balik2 keje aku trus berperang di dapur. hasilnyer.. taraaaaaa...

ni resepi dia.. semudah ABC.. wah gitu.

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Disebabkan aku wat rnd jek so aku wat setengah adun jek. dapat dalam 18 cup medium size. Banyak tu, maka bawak opes la. Kalau sakit peyut sorry ea kengkawan.. ahaks.. 

resepi credit to: Nannie

wasalam


Sunday, 25 March 2012

Beach and Fallen Snow - IzaHyun J

Satu lagik mv yang aku edit. Pantai2 kat jeju dang fallen snow kat Jeju. Tetibe terasa rugi sangat x amik video kat busan. Pantai yang awesome tu.. huhuhuhuhu... Windu busan larr.. otoke?


Hope you'll like it ^_^


Saturday, 24 March 2012

Ilchibong & Oldalgae MV

Sebenarnye aku macam dah terhilang video2 yang dok aku rakam masa kat Korea. tetibe arini terjumpa balik.. happy giler. So tangan aku pun gatal la dok nak mengedit.. As usual, i'm beginner so sabar jer la kalau nampak kecacatan gegaran dan sewaktu dengannya.



Hope you like it.

Friday, 23 March 2012

Info : Hard Water si air keras~~

Dok berbual2 ngan kawan opes tetibe topik kami sangat la ilmiah kan. Maklumla berbual ngan orang2 yang berilmu ni dapat la curik sikit ilmu dia. hehehehe. Alkisahnyer bercerita tentang hard water. Mungkin ramai yang dah tau tapi aku mmg tak tau la. maklumla aku ni budak karen. so tang chemical2 ni x berapa nak pandai sikit. Kalau ada yang pandai boleh la komen2 supaya fakta aku kalau yang auta tu dapat diperbetulkan. 

Apa tu hard water?
Hard water adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Mineral yang terdapat dalam hard water ialah magnesium, calcium dan iron metal. Ada jugak kandungan mineral lain mengikut kawasan. Calcium lak akan larut dalam air dalam bentuk calcium carbonate atau calcium sulfate. Bergantung dia combine ngan kapur atau limestone. magnasium lak datang dari dolomite. Mineral2 ni semua x menjejaskan kesihatan. 

Camner nak tau hardwater ke x?
Cara yang paling mudah tuk tau air tu hard water atau tak ialah dengan menggunakan sabun atau ubat gigi. Kalau kene pada air hard water, sabun tu x berbuih. Lebih kurang macam tu la kekdahnyer. Ni lak referent nak determine hard water ke x.

* Soft Water..............less than 1 grain
* Slightly Hard ..........1 to 3.5 grains
* Moderately Hard ........3.5 to 7 grains
* Hard Water..............7 to 10.5 grains
* Very Hard ..............10.5 plus grains

So kalau nak bayangkan dalam bentuk pil plak. 1 pil aspirin tu sama dengan 5GPS.(grain per gallon). So kalau air kat umah tu contain 15GPS sama dengan 3 pil aspirin dalam 1 gallon air. Nampak macam x banyak kan. tapi kalau 30 pil dalam 10 gallon air?? erkkk banyak 

Kesan Hardwater kepada kulit.
Walaupun hardwater tidak menjejaskan kesihatan tapi dia memberikan kesan yang x baik pada kulit kalau digunakan tiap2 hari. Erkkk.. air kot. mestila guna tiap2 hari kan. Kandungan mineral ni sume akan merosakkan collagen kulit. So kalau collagen kulit dah rosak mudah la kulit resak bila terdedah pada cahaya matahari dan ultraviolet

Acne?? Tidakkk
Disebabkan Kandungan hard water adalah mineral yang tidak larut maka acne akan mula timbul. Sebab kulit akan kering dan natural oil pun gone. So akan berlakula irritation yang akan menyebabkan acne breakout. Selain itu kulit jugak akan mengalami kegatalan dan kekeringan. Kadang2 kulit akan menjadi meradang, merekah dan berdarah. Dan lagik... kulit jugak akan mudah berjangkit pada bakteria sebab natural oil dah xdok.

Gambar kulit yang rosak sbb hard water. Ni bukan tangan aku ea. Pinjam tangan dari cik google. banyak lak bulu dia hahahahaha.. kulit aku masa gi korea aritu sempat merah2 jer...

Cube teka ni ape??? lipas??? Salahhhhh. ni adalah bentuk germ yang boleh berjangkit pada kulit kite sbb xdok natural oil.. Maceh cik google


Air paip kat Malaysia.
Hahahaha aku wat nebes x?? sebenarnye air kat malaysia ni soft water. So korang x payah la risau naw. Motip la aku kongsi ilmu ni tuk traveller2 yang dok merayau ke negara yang tab water dia adalah hard water. Termaksuklah KOREA. denggggg patut la aku kene teruk kat korea aritu. Sebab aku mandi hari2 dengan air hardwater pastu sedap jer mandi gune heater. So persoalan telah terjawab. Bukan salah udara sejuk dan kering okey. Air tab water jadik punca. Tu la agaknye sebab orang sana mandi seminggu sekali jek. hahahahahaha. Satu lagik, bersyukur la nakkk kite dok kat Malaysia.

Actually banyak lagik kalau kite tengok keburukkan dalam industri. Kos proses air akan bertambah sebab dorang kene suling air tu tuk jadikan soft water. Ada jugak yang kene tambah softener. Hahaha macam soflan ker?? hehehehe bace sini. 

Okeh... kesimpulannya kalau kite gi negara luar yang tab water dia tu hard water sila la x yah nak mandi beriya sangat dok berendam ngan air panas. aku la tu. Kalau dah mandi tu cepat2 la sapu minyak atau losyen yang sesuai. 

Okey cukup la. kalau aku salah sila betulkan. ^_^