Followers

Sunday, 15 September 2013

Big Bang Alive Galaxy Tour in Cinema

Lately ni aku banyak post pasal Kpop kan. Maklum la Korea Summer 2013 mmg misi Kpop. So mmg banyak la yang aku share pade sume2 pasal Kpop event. Harini plak aku nak cite pasal Big Bang Alive. Actually aku mmg dah terjebak dengan Big Bang alive ni since concert kat Singapore. Tp mase tu Tic Big Band Alive in Singapore untuk 2 hari sold out. So aku cume dapat yang kat KL jer. Dan beberape perkara yang berlaku menyebabkan aku mmg xder mood nak tulis pasal Big Bang Alive ni. Tapi sumenyer macam tercover bile Big Bang Alive kluar kat Cinema. Aku dah ok sikit so aku tulis la pasal Big Bang Alive ni. Kite Start dari awal la. Baru la boleh imagine kegilaan Big Bang nih.

Big Bang Tour kat Singapore ni taun lepas 28 dan 29 Sept 2012. Lokasi Indoor Stadium. Singapore punyer stadium kebanyakkannyer mmg kecik so dorang terpaksalah buat 2 hari. Seperti yang dijangkakan ticket mmg la sold out. Aku mase tu x berape nk berwang so mmg xleh nak rush2 beli tic. tetibe ticket sold out. Gigit Jari makcik ooiii. Nak dijadikan cerite aku ngan membe skodeng masuk jugak Singapore untuk back stage. 

Pada hari pertama, since kitorang x dapat masuk, kitorang lepak backstage awal. so dapat la depan. Abis jer concert sume org dah excited. Skali Taeyang kluar. Siap menari2 depan kitorang. Aku mmg speachless. Mmg x pernah la artis korea layan backstage fan macam ni. Tp cume Taeyang SAHAJA!!!.. yang lain x nampak langsung. Aku start dah kecik hati ngan yang lain. Boleh macam tu. Since hari pertama dah dapat jumpe hari ke2 kitorang pun gigh la masuk Singapore lagik. Dengan harapan dapat jumpe Taeyang lagik.. Jumpe Taeyang ea.. bukan Big Bang.. hahahah. Perkara yang sama berlaku. Taeyang keluar layan fan. Siap main water gun. Lame plak tu. Kitorang balik dengan hati berbunga2. hahahaha. Penangan Taeyang.

Yang baju putih tu Taeyang. Mase ni hp sangat x berkerjasama. Cet gambar blur.

Pada 27 October 2012 plak Big Bang alive in KL. So aku, CT dan Nanad pun ke KL la. Dengan berbekalkan tic free standing berharga RM 188. Kami sampai awal tp ticket kat tangan kawan. So agak lambat la baru dapat masuk. Keciwe disitu sbb patutnyer kami dah bleh beratur awal. Lokasi plak kat Stadium Merdeka. Open Stadium. Tambahan plak petang tu hujan. So bayangkan kami bersesak dalam reramai manusia tu. pastu hujan lecahnyer. Sebenarnyer ini la first time aku gi concert kat Malaysia. Pastu aku amik ticket free standing atau dengan sopannyer aku kate ticket murah. Lagik sejam concert nak mula kami dah boleh masuk tapi giler kentang pack. Dah macam sardin dah. Keciwe giler. Start jer Concert lagik la sesak. Mase ni mmg aku nyesal la amik tic ni. baru sejam concert dalam hati aku kate bile concert nak abis ni. aku mmg dah x larat dah. Serius aku mmg x enjoy concert dan aku rase mmg buang duit jer. 

 Tgah beratur.

Aku tic kuning.


Aku bukan nak perkecilkan Malaysia event tp since aku dok JB dan banyak gi Singapore, Klu nak compare Malaysia mmg sangat la teruk. Klu kat Singapore beratur means ko mmg akan masuk ikut y beratur. Sape sampai awal mmg masuk dulu dan xkan ade tolak menolak. Tapi kat Malaysia beratur bermaksud org bodoh yang datang awal tp belum tentu masuk awal. Orang yang datang lambat akan cube nak selit2 sampai diadapat masuk. X bermoral kan??? So pada aku klu Concert kat Malaysia ko free standing pastu tic murah mmg x bermakna la. Better la ko amik seated. At least ko x macam nak pengsan berimpit. Dan Organizer Malaysia ni tamak. Sumbat selagik boleh. Sampai xder ruang. Hotak dia. Klu Singapore siap boleh jalan2 lagik kat area free standing tu. Tu la kekeciwaan yang berlaku sampai aku xnk tulis blog pasal Big Bang Alive in KL ni.

Ni la Taeyang.. Mmg x encem tp dia mmg best. hahaha.

Disebabkan aku mmg x puas hati ngan Big Bang Alive, mase aku gi Korea June haritu aku pun beli la CD Big Bang Alive Galaxy Tour The Final. Dengan adenyer CD ni tercover la sikit kekecewaan aku. Boleh gitu.. huhuhu. 

Ape yang aku dapat kate CD ni sangat la mahal. Aku x ingat berape tp boleh dapat 2 normal CD. Mahal sebab dia Limited Edition. Sob sob.. 

Minggu lepas plak membe aku roger kat FB yang Big Bang Alive masuk cinema. Oh mai.. Ticket kat KL fast selling and sold out. Aku punyer la nebes. Mestila aku akan pegi. Tayangan cume 3 hari dan at selected cinema only. Luckily ada kat TGV tebrau. So dengan lincahnyer aku beli online. Untuk pengetahuan sume aku ni bukan la kaki wayang. Sampai nak beli tic wayang online pun x jumpe link. Nasib la Yantot ader bagi link. Dan aku berjaya sebat 2 ticket seat yang agak best. Ticket kul 1.15pm Ahad. 

Online ticket

Aku sangat puas hati. Dia tunjuk semua lagu mase Concert aritu dan ia adalah compilation semua negara. Tak macam artis lain, setiap negara yang diorang pergi, dorang pakai baju yang berlainan. Tetibe teringat Hyun joong yang pakai baju sama. huhuhuhu. Budget kecik ta tuh. YG mmg jaga BigBang ni macam anak emas kot. Mau x nyar sume negara yang diorang buat concert tic mesti sold out atau pun almost sold out. Giler kaya YG dok kerana Big Bang nih. TOP mmg sangat la pancap2 muka dia. Maksud aku shining2 hensem gitu. Tp sorry la. aku kan kecik hati ngan dorang mase kat Singapore tu. So aku cume minat Taeyang. Boleh gitu. Pade aku yang lain sangat DIVA. i don like.. hahahaha. Persembahan yang mmg mantap dan aku mmg enjoy habis. Siap bleh same2 nyanyi lagik. Lagu Fav Aku Haru Haru... Mesti budak seblah aku boring jer sbb denga aku nyanyi.. hahahaha. 

Dalam tanyangan ni gak dorang ade tunjuk backstage. Homai... dorang sangatla hapening. Seungri mmg propa. Suka ambik perhatian camera. hahaha tp klakar. aku bantai gelak tgok dia. Ok lah.. tercover sudah kekeciwaan KL aritu. Aku nk suggest korang gi pun tayangan dah abis. Last Ahad semalam. 15 Sept. 


Moral Of the story.. Hobi Kpop ni perlukan duit yang banyak. So klu la gatal nak minat banyak retis ti bersedia la tu spend money.. a lottttttt... klu rerase x mampo macam aku ni amik la satu atau dua artis jek dan dapatkan la tic yang Mahal. Sekali setahun jer. hahahahaha. Sangat x digalakkan pade pelajar2 yang x koje lagik. Aku pun berani terjebak bila dah complete study. Untuk hiburan, use your own money ye..  :)


Korea Summer 2013 : KeyEast, YG dan Mouse Rabbit.

Misi Kpop diteruskan. Entry kali ni plak untuk KeyEst, YG dan Mouse Rabbit. Sebenarnyer 3 tempat ni kami pergi pada hari yang berlainan. Lokasi satu sama lain agak jauh. Bukan Walking distant gitu.

How to get to YG Entertaiment.
Artis naungan : Big Bang, 2NE1, PSY, Epik High, Lee Hi etc
Alamat : YG Entertaiment Hosung Building, 849 - 10, Sangsu-Dong, Mapu-Gu Seoul 109-819
Subway : Hapjeong Exit 8. keluar jer exit 8 jalan tegak sampai nampak stesyen minyak SKyang ke 2. Belok kiri. Ala2 turun bukit sikit. YG building belah kanan.


Pic ikhsan pak google

 YG nampak exclusive. Kete sume la hitam. Agaknyer kaya sbb ade BigBang ngan Psy.

  Ni perjalanan balik. Masa pegi sesat bagai. balik lancar jer.. haishhh


Bahan bukti.. YG Entertaiment dah sampai. Mase ni GD ngan taeyang ade kat Malaysia. Concert solo GD. Daebak x?? 

How to get to Mouse Rabbit.
Alamat : Mouse Rabbit, 5-14, Hwayang-dong, Gwagjin-gu, Seoul.
Subway: Hankuk Univ exit 2. Belok kiri. Jalan tegak sampai jumpe kedai baju the girl. Lorong ke3 dr subway. Belok kiri dan tegak sampai nampak mouse rabbit.

Peta ikhsan pak google.

Mula2 kami amik gambar kat luar jer. Xder pun perasaan yang akan bertemu sesiape yang special. Bile masuk jer kami sangat terkejut yang Yesung amik order. Maka si Nanad secara Automatic mengetic kamera. Pastu kene delete.. hahaha. Xleh amik pic rupenyer. Manela aku tau. Since Yesung dah amik order, kami pun order la minum. Mase tu aku sangat nebes.. Hyaaaa Yesung amik order kopi weh!!!! Jinjaaa daebak. Mase buat order mate aku mmg kt Yesung jer la kan tp lupe nak pk nak order air ape. Sekali aku nampak kat menu Ais Amaricano.. Trus jer aku order. 

Pae: Hi
Yesung: Hi, Order please.
Pae: (Blur trus pandang menu...) Ais Amaricano one.
Yesung: OK
Pae: (Sambil cuit member sebelah..toleh. weh korang nk ape.. Memasing blur.. sama2..) Ais Amaricano 3 please.
Yesung: OK (Taip la benda entah) 18Kwon please.
Pae: (korek kocek.. ade 10Kwon.. Tangan cuit member bak duit.. Membe plak blur bagi aku 2Kwon... Cuit lagik sign duit x cukup.. Pastu membe hulur lagik 10KWon. Hulur duit) Miann... 
Yesung: It's ok.. sambil senyum.. 

Pas buat order kene amik kat tempat lain.. Mak Yesung yang bagi. Memasing pun sedap jer sedut air sambil carik tempat nak duduk.. Dah dok lame sikit aku pun cakap. Air ni mmg xder gula ea.. padahal air dah tinggal separuh.. hahahaha. yesung amik order air pahit pun jadik manis. mmg lawak giler. Since pic yang kami amik dah kene delete maka agak phobia la nak amik gambar lagik.. nyesalnyer...


Mouse Rabit. Must Visit.


How to get to KeyEast
Artis naungan: kim Hyun Joong, Kim Soo Hyun, Lee Hyun Woo, So Yi hyeon etc
Alamat : 6F American Standard Bldg. 110-1 Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul 135-090 Korea, 135-090
Subway: Samseong

Kluar jer exit jalan tegak jer sampai simpang 4 main juntion. Pastu belok kanan selepas seberang jalan. Nanti lalu depan bank.. Jalan tegak sampai la jumpe lorong 110-1. belok kiri.




 Mmg ada tempat amik pic

Ni la retis2 / Pelakun under KeyEast.

Okeh... Till then.. daaaaa

Saturday, 14 September 2013

Korea Summer 2013 : SM, FNC, JYP and Cube Cafe

Harini aku nk bercerite pasal pengalaman aku merayau keliling Gangnam ni. Klu cakap pasal gangnam ni sume pun mesti la terringat kat PSY ngan lagu Oppa gangnam style tu kan. Gangnam ni adalah kawasan elit kt korea ni. Lebih kurang macam center of exclusive building la macam tu. So klu org kate shopping kat gangnam tu maksudnyer duit mmg dah x tau nk buat ape la tu. 

Misi kami kali ni ialah nak skodeng la Kpop agency. Hampir kesemua Kpop Agency berada di kawasan Gangnam ni. Lokasi plak dekat2. So activity ni amat sesuai dilakkan dengan menggunakan kederat kite ni. Okeh jom kite start jalan2 cuci mate. Mula2 kami nak carik SM Entertaiment. Bangunan SM ni dulunyer dekat jer tepi jalan. Tapi bangunan tu tgh renovate, maka lokasi yang baru agak jauh.

How to get to SM Entertaiment.
Artis Naungan: Super Junior, SNSD, EXO, Shinee, Fx, Henry, BoA etc. Tak Lama lagik Infinite masuk SM.. kekeke
Alamat: SM Entertaiment Chung Dam Office, 106-16 Cheongdam-dong, Gangnam -gu, Seoul, Korea
Subway: Apujeong Radio Exit 2. Dari Exit 2 ni check la map bawah ni. Pilih la lorong mane korang nk guna tuk ke Bangunan SM yang baru.

Map ikhsan pak Google.

First naik la subway turun kat Apujeong station exit 2. Keluar dari subway aku agak terkejut. Permandangan amatla berbeza dengan tempat2 lain. Kawasan ni mmg nampak exclusive. Jalan raya dia besar. Aku rase ade 4 ke 5 line sehala. Ha bayangkan....... bangunan sume teratur dan cantek2. Sangat bersih klu compare dengan tempat lain.


Jalan2 carik SM buiding

Ni bangunan SM yang tgh renovate. Sangat tepi Jalan besar

Ini lak laluan ke SM y baru. Jauh menapak. bukit plak tu. 

Teruskan perjalanan. hampir nak give up.. tp sikit jer lagik.


Yeayyy.. sampai.. Tgok muka aku senyum pun dah x ikhlas. penat giler.

Masa kali sampai ada la beberape fan dari negara lain dok lepak2 kat depan SM ni. Kitorang lepak jap sbb penat. Tetibe pak guard datang dan tegur kami dalam bahasa MELAYU!!!. erkkk terkesima jap. Dia korean tp penah keje kat Kota Kinabalu. Kami pun berbual la. Dia bgtau artis y selalu datang. Katanyer Suju separuh jer yang selalu datang. EXO lak hari2 akan datang. Pagi and petang. Klu dorang xder activity luar negara. Masa kami sampai tgh ari. xkan nk tunggu sampai petang kot. Maka kami ke next location.

How to get to FNC, JYP, CUBE and CUBE cafe
Artis Naungan:
FNC: CNBlue, FT Island, Juniel, AOA, etc
JYP: 2PM, 2AM, Wonder Girl, Miss A, etc
CUBE: Beast, Gna, 2 Minute, BTOB, etc




Lorong seblah SM.

Jeng2... Dah lalu lorong tu nampak lak FNC ni. Ni tempat CNBlue dan FT Island. Compare ngan SM, bangunan ni sangat la sunyi sepi.. Offday kot.

Excited mcm nampak yong2 kan.. hahaha trus sibuk nak tweet. layann.

Jalan2 depan sikit nampak M Star Entertaiment. Ni agency utk pelakun . Min a shin. kenal x?? mesti x kenal kan.. hahaha abaikan.

Jalan depan lagik ade plak JYP. Tgok jer la poster tu. Tu le retis dorang. 2PM pun under JYP.

Amik bahan bukti yang kite dah sampai sini jap. ahahaha.

Depan sikit plak ada Cube studio. Cube intertaiment lak dekat2 situ gak. Artis under cube macam Beast, Gna, 4 Minute.

Kat Cube studio ni ada Cafe. leh lepak2. Ada gak jual barang2 under CUBE. So ape lagik.. moh la kite soping Kpop stuff. hahaha.. Jom kite zasss tgok ape yang ade dalam CUBE ni.


CD, Photo book, towel, mug... macam2 la ada

Dah dok dalam tu kene la order. kang malu lak nk dok lelame klu x order kan. Mahal mmg x hingat. Kongsi jer la. X mampoo. Kongsi ber 6.

Juling mata tgok display. memacam ada. Since sume aku minat biasa2 jer so berjaya kawal napsu.. Aku beli CD Beast jer.



Muka aku mmg nampak sangat dah penat.

Dah sampai jejauh harusla amik pic pepuas.


Ni Design depan toilet.. boleh??? hahaha

Dah puas nak melepak kat CUBE cafe kami pun nak balik. Since kawasan ni sangat elit maka subway sangat la limited. Kebanyakkan mereka naik Cab atau kereta sendiri. Kami nak naik Cab mmg susah la sbb 6 orang. So kami decide menapak jer ke subway. Daebak x?? Jauh ok. Xpe la. jalan slow2 sambil cuci mate.

Next Entry aku nak cite pasal KeyEst, YG ngan Mouse rabit plak.. tungguuuuuu...

Thursday, 12 September 2013

Korea Summer 2013 : M Countdown and Inkigayo.

Misi Kpop Kami x abeh lagik. Entry kali ni aku nak cite lak pasal M Countdown dan Inkigayo. Mula2 kite cite pasal M Countdown. MCountdown ni sama la maca music event yang lain. Klu kat malaysia macam muzik muzik gamaknyer. Untuk ke banngunan Mnet ni,

How to get to M Countdown
Music Event: M Coundown
Day : Thursday.
Subway : Digital Media City Station. Line 6 Exit 2.
Kemudian amik bas No 7711 dan turun di Sangam Digital Media City Public Information Hall. Stop no 3.

Lepas turun bas korang jumpe bangunan ni maksudnyer dah betul la tu. Sampai2 seperti biasa harus la carik Fan artis yang korang nak jumpe tu. Tulis nama dan beratur seperti biasa. Kali ni aku tgok macam xder harapan nak masuk EXO sbb fan ramai giler. Tapi beratur jer la. Siti plak pi beratur tuk Henry. Aku xder beli CD henry. Cis rugi tul. Siti dapat masuk recording Henry. Dan aku??? melopong.. Haishh.. nyesal x beli CD Henry awal2. Bangunan Mnet ni paling la lapang depan tu ala2 nak guling2 pun boleh tp panas.. haishhh nape aku gi koya time summer ni ekk.. sengal!!


How to get to Inkigayo
Music Event: Inkigayo
Day: Sunday
Subway: Gayang Station Line 9 Exit 2
Keluar Exit 2. Belok kiri pastu jalan tegak sampai jumpe bangunan SBS ni.

Okeh Inkigayo ni tiap hari Ahad. Ahad kan mmg cuti so agak mencabar la klu gi music event time cuti ni kan. Since mase ni mmg comeback EXO maka ramai la bebudak sekolah time ni. Klu Inkigayo ni depend pada fan club. sbb ruang mmg sangat limited maka tempat berkumpul mmg la ikut suke dia jer. Mase EXO ni mmg la sangat jauh kitorang menapak. Dekat satu park tmpat berkumpul dia. Sape x cekal mmg give up la. Since aku tgok fan mase ni mmg ramai y amat dan kami ada 1 CD jer, aku ala2 malas la nk berebut ngan bebudak sekolah ni. Aku bagi CD aku pada nanad. At least sorang dapat masuk la kan. Luckily Nanad mmg dapat masuk. 


Bangunan SBS

Ni keje Fan la ni. x sure la fan dr mana y bayar sticker Bas ni.

Setelah give up dengan EXO aku x lepak kat situ. Nanad cerite la bebudak exotic ni rebut2 sampai ada y berdarah.. Ohmai. Nape la korang ni. Sawan ke hape. Marah betul aku. Minat pun jgn ler sampai camni. Tp pk2 dorang kan bebudak. Nasib la aku give up. Klu x aku pun jadi la bebudak gak. 

Ni salah satu kecederaan fan Indonesia. orang belakang TERsepak kaki dia. berdarah sudah. Ada yang berdarah kat lutut. Y tu aku x gamak nak masuk dalam blog. Ajele.

Okeh.. ni cume recording jer la. Sbb kitorang mmg x dapat masuk live pun. Tp aku rase Inkigayo korang bleh abaikan la. Unless korang mmg peminat Kpop tegar cekal dan gigh. hahaha aku pun x kose nk tgok. Oklah.. Misi Music Show tamat dah. 3 Jer yang kami cube masuk. Sekurang2 nyer tiap satu ada dapat masuk. Ok la kot. What to do.. kite layan jer la..


Sunday, 1 September 2013

Korea Summer 2013 : Show Champion

Walooo Kpop Lover.. Ha entry kali ni mmg utk Kpop Lover jer. Sape x minat mesti ala2 x paham. So klu nk jugak bace sile la yer. Kene bgtau awal2 sbb ramai hater Kpop ni kan.

Okeh kali Kali ni aku nak bercerite pasal pengalaman aku ke music show kat korea nih. Since misi kali ni adelah bertemakan Kpop maka harus la ke music show kan. Memula kite citer pasal Show Champion. Show champion ni setiap hari Rabu. Disebabkan hari rabu bebudak korea ni sume kene gi skolah maka kemungkinan untuk masuk show ni agak senang sikit. Kami mmg xder la target nak masuk live show sbb kompom kene datang seblum subuh kan. Kami target nak masuk yang record jer. Dan kami x tau pun sape yang buat recording hari tu. So main redah jer la ni. Tp mmg dah tau syarat nak masuk adalah CD. So mmg dah beli la CD EXO sebagai cagaran. Memula kite cite camner nak ke lokasi Music Champion ni dulu. 

Vanue: UNIQLO-AX, 20, Gucheonmeyon-ro, Gwangjin-gu
Subway: Gwangnaru Station Line 5 Exit 2.




Keluar jer dari Exit 2 ni korang kene seberang jalan. Ada lampu isyarat. Kemudian jalan tegak jer sampai jumpe first building. Then belok kanan kearah bangunan. Lepas tu jalan tegak sampai jumpe bangunan UNIQLO ni. Okeh sampai2 jer mmg dah ramai la fan yang tunggu. So klu korang mmg nak masuk live show mmg kene tunggu seblum subuh la nampaknyer. Sbb live show first come first serve. Dorang akan bagi number pastu korang bleh la ke mane2 dan datang balik petang. Since kami mmg dah lambat tetibe lak dapat tau EXO ade recording maka kami pun menyebuk la sekali. Tunjuk album pada Lead Fan Club tu and dia akan tulis no kat tangan pakai marker. Exotic ni ade x best sikit sbb dia bukan based on first come first serve semata2. Mula2 dia tgok berape CD korang beli. Sbb EXO kan ade EXO M and EXO K. So sape beli 2 version akan dapat keutamaan. Aku?? X akan la beli sampai 2 kan. Kompom la aku akan beli EXO K version. So x dapat la batch pertama. 

Std la kene amik no. since kami cume ada 1 CD sorang maka batch 2 la.. Dia bagi keutamaan sape y beli CD 2. EXO M and EXO K.

Bile recording dah nak bermula Fan akan beratur ikot number dan masuk dalam bangunan ni. Sbb EXO fan agak ramai maka beg xleh bawak masuk. NO CAMERA!!. so sume simpan dalam Beg. Aku bawak masuk wallet ngan passport jer. Kang hilang kang mau melalak aku x balik Malaysia kan.


Gumbire la sbb kompom dapat masuk

Kami pun masuk kedalam studio.. Ohmai... pada aku kami sangat la dekat dan nampak la mereka diatas pentas tu terang!!!!. EXO keluar dan sume pun meroyan la fan2 ni. Aku cume excited sbb x sangka dapat nampak EXO live depan mata. Macam terdiam jap. Dalam Banyak2 fan ni kami jer la yang bertudung dan dok kat belakang. So kami ni consider macam alien la. Ada 2 ahli EXO nampak aku dan nanad. Kami pun lambai la kat diorang and yang paling best dorang tunjuk kami dan lambai balik.. Time ni aku ngan Nanad mmg meroyan jap sbb sangat la x sangka diorang nampak kami dan lambai kat kami. hahahahaha.

Tetibe lak rase nk letak muka EXO kan.. hahahha layannn

Recording untuk lagu Wolf tu 3 kali. Puas la nampak dorang menari Live atas pentas tu. Homai.. Ni klu gi concert pun x dapat dok dekat camni. Klu Dapat pun Super VVIP yang price dia mau nak dekat RM700!!. Giler gumbire la kami keluar dr studio tu.. Fan2 EXO ni pun balik.. tinggal la fan2 lain y x seramai EXO dan kami pun skodeng la kot2 leh masuk artis lain lak. Ada fan DalShabet ngah beratur so buat la muka x tau malu tanye boleh x kami nak masuk tp xder CD. huhuhu. Since dorang cume beberape ketul jer dorang pun bagi la kami masuk. DalShabet xder la glamour sangat kan. Tp kali ni bukan nak kire minat x. Kami nak tgok la dorang ni live. Okeh dorang mmg cantek. X tau la asli ke palsu tp dorang mmg la cantek. Dah habis Dalshabet xdok lagik y boleh selit kami pun balik la..

Okeh ni aku nak bagi tips la sikit sape2 nak ke Music Champion. 
1. Better dapatkan hotel berdekatan dengan Music Champion ni. So pepagi korang leh datang amik no  utk live show. pastu sambung tdo balik. 
2. Carik2 la kat online sape yang buat recording klu nak masuk recording la. Normally leh tau thru fan club.
3. Pastikan korang fulfill ape yang fan club nak. klu nak 2 CD beli la 2 CD.. Ni bergantung pada Fan Club tu sendiri. Ada yang mmg sgt la susah. 
4. Bawak la bekal makanan macam air ke roti ker sbb kene menunggu.
5. Bawak Payung. Since aku gi time summer.. panas ooooo
6. Bertindak ikot arahan. Jgn la sesekali ikot suke jer sbb nanti korang kene black list xleh masuk dah.
7. Behave!!!.. sbb international fan ni sgt jd tumpuan. So klu korang x behave maka amatla memalukan dan nanti dorang tulis la kat blog masing2 kutuk International Fan. So plsss behave. 

Aku merasekan misi pertama kami kali ni mmg success sbb dorang lambai kat aku. hahahaha. lawak.. Okeh sape2 nk ker Music Champion Good Luck yer!!.. Hwaiting...