Followers

Showing posts with label Kpop Agency. Show all posts
Showing posts with label Kpop Agency. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Korea Summer 2013 : KeyEast, YG dan Mouse Rabbit.

Misi Kpop diteruskan. Entry kali ni plak untuk KeyEst, YG dan Mouse Rabbit. Sebenarnyer 3 tempat ni kami pergi pada hari yang berlainan. Lokasi satu sama lain agak jauh. Bukan Walking distant gitu.

How to get to YG Entertaiment.
Artis naungan : Big Bang, 2NE1, PSY, Epik High, Lee Hi etc
Alamat : YG Entertaiment Hosung Building, 849 - 10, Sangsu-Dong, Mapu-Gu Seoul 109-819
Subway : Hapjeong Exit 8. keluar jer exit 8 jalan tegak sampai nampak stesyen minyak SKyang ke 2. Belok kiri. Ala2 turun bukit sikit. YG building belah kanan.


Pic ikhsan pak google

 YG nampak exclusive. Kete sume la hitam. Agaknyer kaya sbb ade BigBang ngan Psy.

  Ni perjalanan balik. Masa pegi sesat bagai. balik lancar jer.. haishhh


Bahan bukti.. YG Entertaiment dah sampai. Mase ni GD ngan taeyang ade kat Malaysia. Concert solo GD. Daebak x?? 

How to get to Mouse Rabbit.
Alamat : Mouse Rabbit, 5-14, Hwayang-dong, Gwagjin-gu, Seoul.
Subway: Hankuk Univ exit 2. Belok kiri. Jalan tegak sampai jumpe kedai baju the girl. Lorong ke3 dr subway. Belok kiri dan tegak sampai nampak mouse rabbit.

Peta ikhsan pak google.

Mula2 kami amik gambar kat luar jer. Xder pun perasaan yang akan bertemu sesiape yang special. Bile masuk jer kami sangat terkejut yang Yesung amik order. Maka si Nanad secara Automatic mengetic kamera. Pastu kene delete.. hahaha. Xleh amik pic rupenyer. Manela aku tau. Since Yesung dah amik order, kami pun order la minum. Mase tu aku sangat nebes.. Hyaaaa Yesung amik order kopi weh!!!! Jinjaaa daebak. Mase buat order mate aku mmg kt Yesung jer la kan tp lupe nak pk nak order air ape. Sekali aku nampak kat menu Ais Amaricano.. Trus jer aku order. 

Pae: Hi
Yesung: Hi, Order please.
Pae: (Blur trus pandang menu...) Ais Amaricano one.
Yesung: OK
Pae: (Sambil cuit member sebelah..toleh. weh korang nk ape.. Memasing blur.. sama2..) Ais Amaricano 3 please.
Yesung: OK (Taip la benda entah) 18Kwon please.
Pae: (korek kocek.. ade 10Kwon.. Tangan cuit member bak duit.. Membe plak blur bagi aku 2Kwon... Cuit lagik sign duit x cukup.. Pastu membe hulur lagik 10KWon. Hulur duit) Miann... 
Yesung: It's ok.. sambil senyum.. 

Pas buat order kene amik kat tempat lain.. Mak Yesung yang bagi. Memasing pun sedap jer sedut air sambil carik tempat nak duduk.. Dah dok lame sikit aku pun cakap. Air ni mmg xder gula ea.. padahal air dah tinggal separuh.. hahahaha. yesung amik order air pahit pun jadik manis. mmg lawak giler. Since pic yang kami amik dah kene delete maka agak phobia la nak amik gambar lagik.. nyesalnyer...


Mouse Rabit. Must Visit.


How to get to KeyEast
Artis naungan: kim Hyun Joong, Kim Soo Hyun, Lee Hyun Woo, So Yi hyeon etc
Alamat : 6F American Standard Bldg. 110-1 Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul 135-090 Korea, 135-090
Subway: Samseong

Kluar jer exit jalan tegak jer sampai simpang 4 main juntion. Pastu belok kanan selepas seberang jalan. Nanti lalu depan bank.. Jalan tegak sampai la jumpe lorong 110-1. belok kiri.




 Mmg ada tempat amik pic

Ni la retis2 / Pelakun under KeyEast.

Okeh... Till then.. daaaaa

Saturday, 14 September 2013

Korea Summer 2013 : SM, FNC, JYP and Cube Cafe

Harini aku nk bercerite pasal pengalaman aku merayau keliling Gangnam ni. Klu cakap pasal gangnam ni sume pun mesti la terringat kat PSY ngan lagu Oppa gangnam style tu kan. Gangnam ni adalah kawasan elit kt korea ni. Lebih kurang macam center of exclusive building la macam tu. So klu org kate shopping kat gangnam tu maksudnyer duit mmg dah x tau nk buat ape la tu. 

Misi kami kali ni ialah nak skodeng la Kpop agency. Hampir kesemua Kpop Agency berada di kawasan Gangnam ni. Lokasi plak dekat2. So activity ni amat sesuai dilakkan dengan menggunakan kederat kite ni. Okeh jom kite start jalan2 cuci mate. Mula2 kami nak carik SM Entertaiment. Bangunan SM ni dulunyer dekat jer tepi jalan. Tapi bangunan tu tgh renovate, maka lokasi yang baru agak jauh.

How to get to SM Entertaiment.
Artis Naungan: Super Junior, SNSD, EXO, Shinee, Fx, Henry, BoA etc. Tak Lama lagik Infinite masuk SM.. kekeke
Alamat: SM Entertaiment Chung Dam Office, 106-16 Cheongdam-dong, Gangnam -gu, Seoul, Korea
Subway: Apujeong Radio Exit 2. Dari Exit 2 ni check la map bawah ni. Pilih la lorong mane korang nk guna tuk ke Bangunan SM yang baru.

Map ikhsan pak Google.

First naik la subway turun kat Apujeong station exit 2. Keluar dari subway aku agak terkejut. Permandangan amatla berbeza dengan tempat2 lain. Kawasan ni mmg nampak exclusive. Jalan raya dia besar. Aku rase ade 4 ke 5 line sehala. Ha bayangkan....... bangunan sume teratur dan cantek2. Sangat bersih klu compare dengan tempat lain.


Jalan2 carik SM buiding

Ni bangunan SM yang tgh renovate. Sangat tepi Jalan besar

Ini lak laluan ke SM y baru. Jauh menapak. bukit plak tu. 

Teruskan perjalanan. hampir nak give up.. tp sikit jer lagik.


Yeayyy.. sampai.. Tgok muka aku senyum pun dah x ikhlas. penat giler.

Masa kali sampai ada la beberape fan dari negara lain dok lepak2 kat depan SM ni. Kitorang lepak jap sbb penat. Tetibe pak guard datang dan tegur kami dalam bahasa MELAYU!!!. erkkk terkesima jap. Dia korean tp penah keje kat Kota Kinabalu. Kami pun berbual la. Dia bgtau artis y selalu datang. Katanyer Suju separuh jer yang selalu datang. EXO lak hari2 akan datang. Pagi and petang. Klu dorang xder activity luar negara. Masa kami sampai tgh ari. xkan nk tunggu sampai petang kot. Maka kami ke next location.

How to get to FNC, JYP, CUBE and CUBE cafe
Artis Naungan:
FNC: CNBlue, FT Island, Juniel, AOA, etc
JYP: 2PM, 2AM, Wonder Girl, Miss A, etc
CUBE: Beast, Gna, 2 Minute, BTOB, etc




Lorong seblah SM.

Jeng2... Dah lalu lorong tu nampak lak FNC ni. Ni tempat CNBlue dan FT Island. Compare ngan SM, bangunan ni sangat la sunyi sepi.. Offday kot.

Excited mcm nampak yong2 kan.. hahaha trus sibuk nak tweet. layann.

Jalan2 depan sikit nampak M Star Entertaiment. Ni agency utk pelakun . Min a shin. kenal x?? mesti x kenal kan.. hahaha abaikan.

Jalan depan lagik ade plak JYP. Tgok jer la poster tu. Tu le retis dorang. 2PM pun under JYP.

Amik bahan bukti yang kite dah sampai sini jap. ahahaha.

Depan sikit plak ada Cube studio. Cube intertaiment lak dekat2 situ gak. Artis under cube macam Beast, Gna, 4 Minute.

Kat Cube studio ni ada Cafe. leh lepak2. Ada gak jual barang2 under CUBE. So ape lagik.. moh la kite soping Kpop stuff. hahaha.. Jom kite zasss tgok ape yang ade dalam CUBE ni.


CD, Photo book, towel, mug... macam2 la ada

Dah dok dalam tu kene la order. kang malu lak nk dok lelame klu x order kan. Mahal mmg x hingat. Kongsi jer la. X mampoo. Kongsi ber 6.

Juling mata tgok display. memacam ada. Since sume aku minat biasa2 jer so berjaya kawal napsu.. Aku beli CD Beast jer.



Muka aku mmg nampak sangat dah penat.

Dah sampai jejauh harusla amik pic pepuas.


Ni Design depan toilet.. boleh??? hahaha

Dah puas nak melepak kat CUBE cafe kami pun nak balik. Since kawasan ni sangat elit maka subway sangat la limited. Kebanyakkan mereka naik Cab atau kereta sendiri. Kami nak naik Cab mmg susah la sbb 6 orang. So kami decide menapak jer ke subway. Daebak x?? Jauh ok. Xpe la. jalan slow2 sambil cuci mate.

Next Entry aku nak cite pasal KeyEst, YG ngan Mouse rabit plak.. tungguuuuuu...