Followers

Showing posts with label Borneo. Show all posts
Showing posts with label Borneo. Show all posts

Sunday, 17 July 2016

Tawau 2016 : Bohey Dulang.

Trip Tawau ni dah berkali kali dipetik tp tak jugak jadinye... Kali ni sekali nampak ticket JB -Tawau murah trus je aku petik kak anash.. Seperti x disangka kak anash trus bagi green light. Weeeeee ayuh kite ke Tawau... Abam kawasan tawau akan menjadi tourist guide kami.

Untuk Trip kali ni kami pilih Bohey Dulang.. Susah jugak nak memilih antara Bohey Dulang atau Pulau sipadan. Bile tanye sume pun pakat kate x kisah mane2.. Hurmmm dasar sangat kan... Finally kami pilih Bohey Dulang bile terkenangkan Gambar Chawanna yang menggugat iman tu.. ehhh hihi.


Pakej yang kami ambil ni ke perkampungan Bajau Air sebelum ke Bohey dulang. Ramai kanak kanak bajau air dengan sampan mereka menuju ke arah boat kami. Macam terkagum jugak melihat mereka menaiki sampan. 

Kalau la kami tau ramai kanak kanak bajau air kat sini mesti kami bawak banyak jajan tuk mereka... Malangnye kami hanye ade gula2 y dibawa oleh Kak Anash sajoooo.. 

 Rumah orang Bajau Air.

 Permandangan yang biasa dia perkampungan Bajau air. Kanak kanak slumber je berenang renang. kagum tul.



 Sampai dah ke Bohey Dulang.. ayuh memanjat..

Sepanjang pendakian ke puncak Bohey Dulang camera mmg xde makna la aku nk kluarkan camera ambil gambar semua kan... Nak tarik napas pun aku rase bagai nak putus nyawa. Aku ni xder la in too sangat hiking2 ni.. Tapi gigih la jugak nk memanjat. Kalau x disebabkan John and Janggel gigih la bagik sokongan padu kat aku lame dah aku patah balik... Hiking mmg bukan aku la wehhhhhh.. Kagum gak aku berjaya ke puncak!!..

 View kat atas mmg mengagumkan.... Seriusly. cantik sangat... Langit biru... Cantiknyeee.. Hilang la semua penat aku kejap..

 Worth it!!
 Setiap detik mmg berharga... Subhanallah indah ciptaan Tuhan.

 Kak anash tunggu kamu kat jetty bawah tu...

 Thanks John n Janggel.. Kome mmg Awesome.

 Ok last... Klu nk banyak lagik pi panjat sendirik!!.

 Kemudian kami ke Pulau Sibuan... Pasir pulau y memutih ni mengingatkan aku kat pantai di Pulau Jeju.. Bezanya Kat sini panas menyengat!!!!.. Sunburn x ingat!! hihi

 Mereka yang menghargai laut.


Canteknye sabah... Lagik cantek jika ade sistem yang mengekalkan kebersihan pulau pulau di sabah.. Moge ade y lakukan sesuatu untuk mengekalkan keindahan pulau di Sabah...

Okeh tu jela nak cite pasal Bohey dulang ni... Till we meet again Tawau.. ehhh



Friday, 15 February 2013

Kota kinabalu - Finale

Ada terstop jap sbb tetibe dok excited nak gi jumpe Miss A dan Boyfriend. okeh meh kite sambung lagik pasal KK ni. Kang klu stop lame2 kompom basi pasti malas dah.

Sebelum gi jejalan aku kene carik CC sbb nak print boarding pass. Sengal aku pi print y pegi jer. 2 helai. Sengal kan. pastu x check. Tanye kat Daya hotel punyer kaunter mane CC trus dia tunjuk PC depan kat lobby ni. Print selai RM 1. Sejam RM 1. bile nak bayar budak kaunter tu kate Eh kejap jer.. RM 2 jelahhh.. Aku blur plak ngan perkataan jelah tu.. aku guna 5 min je. nape jelahhh... ok abaikan.. 




Since mmg dari awal mmg x plan nk gi jejauh merayap so last day kite repeat lagik jejalan kat kawasan2 berdekatan ngan Daya hotel. Misi kali ni mmg relex2 soping atau window soping jer bb poket dah ranap. Memenuhi kiriman2 rerakan sekalian y last minute. huhuhu. Mujur dalam Malaysia. Senang nak carik ATM. sape y kirim memahal tu aku guna la card magic.


Ni pasar ikan masin tu. macam2 hade. entah hape y x penah nampak pun ada. Aku beli la ikan terubuk, udang kering dan ikan bilis. giler cantek ikan bilis ngan udang kering dia. rase nak beli byk jer tppppp aku y kedekut ni lupe nak add luggage. Maka segalanyer limited to 7kg sahaja. Nyesal!!. 

 

Pastu sambung lagik menjulingkan mata tgok mutiara2 ni... Ahad pagi pasar malam x bukak la kan. So abis aku tawaf pasar philiphine ni. 

Dah penat tawaf aku masuk shopping complex lak. Niat dihati nak carik selipar sbb aku tgok selipar aku macam dah x lame dah. Dapat la jugak sebat satu. Murah2 jer. Maka y lame masuk tong sampah la yer. On the way balik hotel aku singgh santap kat KFC. kang kebulur lak nk balik JB nih.

Balik hotel aku pack2 barang dah timbang. Erkkkk 8kg... ottoke??? hehehe mari kite gune black magic... Aku kuarkan sikit barang letak kat beg kecik. hehehe. Okeh balik time... 


Ni lak beg y berjasa tuk travel kali ni... Mr Cooolll.. k abis dah bye..

Wednesday, 13 February 2013

Kota Kinabalu Day 2 - Berduyungan

Hari ke2 aku plan nak buat island hopping. Pepagi aku bangun sbb katenyer sabah kan cepat terangnyer. Lepas sarapan kat hotel kenyang2 aku pun naik teksi ke Jetty. Cis aku ingat jauh naw la jetty tu sampai nak naik taxi. 5 min pun x sampai. Kene cas sampai RM10. Nyesal.. klu menapak pun boleh jer sampai. Sesampai jer kat Jetty nak mencari ticket. So aku plan nak gi 2 pulai jer. Tapi after riki2 kat kaunter disebabkan aku sorang aku cume boleh gi 1 pulau jer.. cissscake!!!! pasrah.



Aku gi Pulau Mamutik. Aku pun x tau nape aku pilih pulai ni. Sebenarnyer aku main petik jer. After beli tic kene la tunggu.. Sementara tunggu tu kite godeh2 la camera.

Ni gune Camera Lumix power shoot

Ni Guna Galaxy Note aku. Sengal main compare2 lak kan...

Dekat jer Pulai Mamutik ni. Naik boat dalam 10 min jer kot. Disebabkan aku sampai pagi so masih x ramai orang. Boleh la aku pusing2 dulu. Aku sewa Snorkeling set kat dalam pulau. Kene deposit RM 60. Sewa RM20. Sewa mahal ckit compare kat Jetty tp kat jetty tu korang kene redho jer la jacket dah berkarat. Sewa kat jetty RM15 xdok deposit. So excited la aku nk snorkeling tp hati gundah gelana nak tinggal beg y penuh ngan harta karun kat pantai tu. Dengggg... Wallet lak penuh ngan duit kan.. kang klu ilang ni mau menangis air mate darah. So aku snorkeling pun dekat2 jer ala2 nampak la beg aku tu. Coral xder yang menarik pun. Mane la nak lawan Coral kat Pulau Redang tu... Tetibe rindu kat Redang. End up aku naik darat ala2 nk lepakking jer la kat tempat y jauh2 sikit ala2 nak teayon2 huhuhu tenang2 sun bath.






So Misi lepak berterusan dari kul 9.30 sampai la 2 petang. Orang makin ramai bile dah tgh hari. Dari snorkeling aku duduk2 makan kacang pastu jd duyung di tengah hari bute ala2 nak bagi gelap sikit muka aku y putih melepak ni... hasil mmg lumayan. cukup utk dibawa ke JB. sikit lagik nk rupe negro aku ni dah. 

Pada aku pulau mamutik ni agak cantik tapi sayang kebersihan pulau ni x dijaga. banyak botol2 plastik kat tepi pantai. hurmm agak keciwa disitu. Kul 2 aku pun kembali ke pangkal jalan. Kali ni aku decide nak menapak jer. Dekat jer pun. Dalam 15 min dah sampai dah. Dok berenang2 td aku dah penat... mandi2 aku pun pengsan la... 


Malam nyer plak aku makan tempat semalam. Lauk sama tp ikan lain la. Kompius aku. Ikan RM12, Kangkung belacan RM 5. Nasik putih ngan air Nes total RM 25. Aitt xkan nasik puting ngan air nes RM8?? adakah servis tax??? Since perut dah kenyang aku bayo jer la..

Misi seterusnya aku nak carik pasar philiphine nagn pasar malam y dikatekan murah tu. Pasar2 ni terletak berhadapan Le Meridien Hotel. Selepas pusing2 aku pun compare2 la price pasar philiphine ngan pasar malam ni. Pada aku pasar philiphine ni mmg ada yang mahal tp ada jer kedai yang murah. kene la pandai pilih. Satu kedai kat pasar philiphine yang mmg aku banyak beli ialah gerai no 93. Sales girl kedai ni mmg baik. aku beli banyak la gak. Dpt free gift lagik. Nama sales girl dia Nabila. Nabila cakap lokasi kedai akan berubah setiap 6 bulan. nak bagi fair. Cabut undi. So klu nak carik kedai ni sila la call Nabila. 014-3556692. Dia kate klu sape2 nk carik kedai dia soh call dulu. Pasar malam mmg murah tp kene pandai pilih sbb banyak sangat yang fake. Tp klu korang nk beli broch leh la beli kat pasar malam sbb mmg lebih murah kat sini.




Rambang mata aku dok pilih.. banyak gak aku beli tuk family and kawan2.. Dah rase kempes wallet aku ni, aku pun balik hotel... 

Till then..

Tuesday, 12 February 2013

Kota kinabalu - redah sorang2.

Dah lame aku nak merase jejalan sesorang. nak feel la konon ape la rase jejalan survive sesorang. As a beginner aku choose kk sebagai destinasi percubaan. Kalau sesat pun aku dalam Malaysia lagik. Dengan ticket yang sangat tibe2 dengan price y murah giler aku pun fly la ke KK bersendirian. 

Sepanjang penerbangan aku di  hidangkan dengan pelbagai bunyik suara manusia dah macam dalam bas tambang dah.. Bertabah jer la. Apa y aku nk harapkan dengan ticket RM 18 return kannn.. Klu aku bayar mahal mau jer aku ketuk sorang2. Aku amik tic petang dan sampai ke KK jam 10 malam. Dengan muka diva (cover cuak) aku trus ke kaunter airport taxi. Dari Jauh aku tgok kat kaunter macam xder orang. Dalam hati ah sudah... mati aku. Tetibe jeng3 aku nampak cik kaunter taxi bgn dr tempat duduk. kikikiki. sambung buat muka diva mintak taxi ke Daya Hotel. Price dari Lapangan Terbang ke Pusat bandar Kota Kinabalu adalah RM 30. Since aku dah wat research so relex jer la bayar. 

Cik Kaunter pun bagi aku resit. Aku pun tanye la kat mana saya nak naik taxi. Dia jawab sepatah jer. Kat Luar. Dengggg!!! aku tau la kat luar. xkan la taxi nk masuk dalam bangunan Airport ni. Aku pun senyum dan ucap Terima kasih. Nampaknyer dah xleh wat muka diva. So aku pun buat muka blur. Melangkah jer kuar Airpot aku tgok byk cap beratur kat luar. Aku disapa oleh abang taxi. Selepas tunjuk resit dia pun tunjuk arah. 

Pejalanan ke pusat bandar dalam 15 min. Disebabkan aku dah dapat tic murah gaban dan sesorang, aku decide nak dok hotel y ok sikit. So aku dah book kat Agoda. Daya hotel ni ngan price RM100 per night. Ni lah bilik aku. sengal dok sesorang dengan katil double single. cet..




Agak berpuas hati dengan keadaan bilik yang bersih. Edisi meronda2 malam bermula. Lapa dokk. misi pertama ialah carik tempat makan. Selepas berpusing2 dikeliling dalam 20 min dengan perut yang lapa yang amat akhirnyer aku jumpe la tempat makan ikan bakar. ho yeeee. Tempat makan ni terletak berdekatan dengan Hotel Hyatt. Sbb aku sorang, menu aku harusla simple janji perut kenyang. Ikan bakar, kangkung belacan dan nasik puteh. Air Nes.. Dalam pada nak tunggu makanan aku sampai meja aku dah penuh dengan garam, gula, lada, limau, kicap, sambal, air. Ah sudah. ni pekaj masak sendiri ke hape ni. Blur dah aku ni. 





Jeng3.. lauk pun sampai. Nasib xyah masak sendiri. huahahaha. RM 19.50. Okey la. Perut dah kenyang kaki pun dah penat. aku pun balik hotel tuk tdo. Sambung esok lak merayap. Actually aku penat arini sbb direct dr tempat keje. Sok kite gi pulau lak.

Till Then....

Saturday, 19 January 2013

Brunei Day 3

Harini aku nak abiskan day 3 brunei yang agak dah basi nih. Ke bz an melanda secara tiba2. Disebabkan kehangatan cerite pun dah sejuk. kite bercerita melalui picture jer la yer.

 Mase ni dah berkereta. So langkah semakin panjang. Sempat singgah Malay Technology Museum. 

 Deco Dalam Musium
 Ukiran macam kat Malaysia kan

 Nampak x pelantar minyak. Zoom habis dah ni.

 Dah sampai pantai. Gambar wajib.

 Tapak kaki budak comel ditemui. kikiki

 Time ni wikend. Tp orang x ramai. kompius aku. mane peginyer rakyat brunei dikala ini??

 Lambang kemasyuran Brunei. 

 Senibina masjid mmg tip top!!

 Setelah meredah carik cheep hotel x jumpe. Dapat la hotel ni. Agak murah sbb guna ticket siswi. miahahaha. 

 Okeh. Penat dah pusing2 brunei.

Saturday, 13 October 2012

Brunei Day 2 chill2

Aku mmg dah jangkakan yang entry day 2 brunei akan delay lame sbb aku skang mmg sangat sibuk ngan keje kat opes. Macam2 lak isu lately. Sungguh menguji ketabahan dan ilmu didada. Okeh malam ni disebakan aku dah tdo dengan puasnye, aku gigihkan jari nak menaip entry day 2 ni. Harap2 ada lagik y sudi nak bace cite y ala2 nk basi dah ni.

Day 2 brunei aku anggap sebagai hari y menguji kekuatan lutut. Ini disebabkan pada hari ni kami masih belum menyewa kereta dan lokasi yang kami nak pergi nampak dekat dalam peta tp hakikatnyer jauh!! Dari tengah2 bandar sri begawan kami ke galeri seni.


Galeri seni ni ada 2 bahagian. Satu bahagian untuk lukisan dan satu lagik ala2 muzium sejarah. Disebabkan kami agak awal, cume bahagian sejarah jer y dibuka. 

Meriam naga.

Dalam muzium sejarah ni banyak betul meriam naga ni. macam2 bentuk. Aku pun pelik macam mana dorang bleh ada koleksi yang sangat banyak. Selain meriam naga ni ada jugak diceritakan pasal kampung air. Asal usul Kg Air dan bagaimana penduduk Kg Air berpindah ke tanah besar. Since aku malas nak bercerite tang sejarah ni, sape2 yang berminat leh la bace sikit kat sini .


Pejalanan diteruskan ke Muzim kesenian Brunei. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pakcik ni. relex jer dok tebar jala. Dok usha baldi dia, dapat banyak gak ikan. Ternyata sungai ni masih banyak ikan. Dah puas skodeng baldi pakcik ni kami truskan menapak. Nape kami menapak???? Jauh ok. Ini disebabkan brunei punyer public transpot mmg xdok. Yang ada teksi yang kompom sangat la mahal. Bas pulak sangat jarang2.


Pusat kesenian ni sangat aku x paham motif kewujudannya. Ada ruangan kraftangan yang dipamerkan tapi sangat entah hape2 entah. Pada aku x berbaloi kami ke sini. Mungkin ni bukan tarikan pelancung. sekadar opes tuk kegiatan kesenian kot. Arah tuju seterusnye ialah Muzium Bandar Seri Begawan. Sangat bertemakan muzium kan perjalanan kami pada hari ni. Ok pada saat ni aku rase sangat x berbaloi.

Lokasi Muzium negara sangat la jauh. Separuh jalan aku dah give up dah. Dok kenang muzium2 yang kami masuk sebelum ni sangat la x best, klu benda yang sama gak kat muzium negara kompom aku declare day 2 sangat kecewa. Disebabkan aku dah x larat nak jalan akhirnyer kami berjaya menahan kereta rakyat brunei. Mekasih pakcik. Jasamu dikenang. Sesampai jer kat Muzium ni kami trus diarah simpan kamera. So xdok la gambar yang aku dapat tepekkan kat sini. Mujur la ape yang terdapat di muzium ni berada diluar jangkaan kami. Terdapat 6 bahagian dalam muzium ni. yang aku ingat haiwan, petroleum, Islam, sejarah dan tamaadun dan diraja. Macam2 yang kami dapat lihat. Tak sangka negara yang sekecil ni ada macam2. 

Setelah hampir 2 jam dok round2 kami pun nak berpatah balik. elok jer kami keluar, bas pun lalu meninggalkan kami. x sempat nak tahan. Haishhh kompom next bas lame lagik. Dengan muka tempenyer kami pun menapak dan try2 nk tahan kereta lagik. Tang tahan kete ni mmg aku serahkan pada yantie la. maklum la aku ni pemalu orangnyer. Setelah menapak dalam 10 min, sebuah van stop nak bagi kami tumpang. alhamdulillah.. Kami kembali ke galeri seni yang mula2 tadi. dok skodeng bahagian satu lagik yang x bukak pagi tadi. Okeh dah bukak. Dalam galeri ni penuh dengan lukisan2 pertandingan yang bertemakan Sultan Brunei. Agak cantek juga la tp x leh jugak nak amik gambar. 

Since kami dah ketengah hari, dan esok kami target nak ke bahagian selatan brunei, maka kami harus dapatkan kereta sewa. Berdasarkan tanye2 orang, kami disarankan ke sebuah hotel yang ada kaunter herz. Okeh menapak lagik. Hampir 30 min menapak kami pun sampai. Tapi malangnye no car available. Giler kecewa. Berdekatan dengan hotel y kami tuju tu ada Muzium diraja. Alang2 dah dekat kite singgah jer la kan. Bangunan ni ada 2 tingkat. bahagian bawah jer yang boleh amik gambar. Dimulakan dengan barangan kemasyuran diraja hingga ke hadiah2 untuk Sultan Brunei dipamerkan disini.

Ni salah satu kedai cenderamata. Kakak ni sangat baik dan bagi kami diskaun.

Setelah puas meround dan siap bersila memilih fm, kami pun keluar dengan hati berbunga ceria. Kali ni mmg puas. Serius ni la tempat yang must visit klu ke brunei. Selepas mengalas perut kami pun balik ke bilik tu solat dan berehat jap. penat oooo. Berdasarkan plan pagi tadi, petang ni kami nak lawat kawasan paya nak tgok monyet tp hujan la plak. maka kami pun bantai tdo. sedar2 dah kul 5. So kami plan cume nak ke Kg Air jer tuk dinner. Sedang dok naik bot encik driver bot pun offer ke kawasan paya. rb35. Since harga yang ditawarkan agak murah berbanding apa yang kami dok bayangkan so on la.

Since kawasan paya agak jauh, en driver pun start la engine turbonyer. Ohmai dikala ni aku hanye terdiam sebab dalam bot ni cume kami bertiga dan tiada life jeket. Dalam bot pakcik ni dok cerite plak yang kami bukan sahaja akan nampak monyet malahan buaya pun banyak. Besar2 buayanyer. Erkkkkk seyes aku nyesal naik bot ni. On the way nak ke tempat monyet lak kami nampak BUAYA!!!!. okeh aku nak pengsan mase ni. aku mmg dah terdiam jer la. Macam2 ada dalam fikiran ni. Telan liur jer la. Pakcik ni plak bleh la plak bawak bot siap main corner2 lak. Tuhan jer la yang tau perasaan aku mase ni.. Setelah 20 min kami pun sampai la ke tempat yang dituju. Ni la monyet y nak tdo dah. Magrib hokey mase ni. Mau x gundah gulana perut aku. Sengal!!


Perjalanan balik plak pakcik bot mmg sengaja slow down sbb nak carik buaya dikala magrib!! hahahaha aku mmg rase nak putus nyawa dah ni. And mmg banyak nampak mate buaya. sbb mata buaya akan warna merah bile kene suluh. dah halfway nak sampai tetibe pakcik bot berentikan bot. Kali ni kami nampak seekor buaya dari kepala ke ekor. pakcik bot siap offer nak dekat ke buaya. GILER!!!! kami dengan kecut perut pun tolak pelawaan pakcik bot dan trus ke Kg Air. Ni adalah pengalaman giler pertamaku. Sumpah aku xnak lagik. Korang offer free pun aku pangkah!!. nk tengok monyet aku pegi zoo jek!!

Kat kg air hujan turun dengan lebatnyer. Kami nak carik kedai makan. Kg Air dah makin maju. Ada sekolah, Masjid dan kawasan perumahan baru yang konkrit. Cantik plak tu umah dia. mmg cun klu buat homestay. Lepas makan nasik goreng kg y bernilai rb 1. Murah giler!!! kami pun balik. Okeh harini walaupun penat tp agak berbaloi.

Kembali pasal kereta sewa, kami akhirnyer dapat contact satu agensi y dapat bagi kereta corolla manual dengan harga rb 50. Deposit mastercard rb300. So klu xdok mastercard mati la. berakhir sudah perjalanan day 2 yang tema muzium dan BUAYA!! deng!!!!

Okeh till then bye. minggu depan lak tuk day 3 ^____^