Percutian ke Bangkok bermula apebila mesyuarat zone selatan berlaku di Senibung. Makan2 dilanjutkan ke perbincangan percutian. Hasilnyer kami decide nak ker Bangkok. Tema percutian ialah Bunga Matahari. Mase tu kami check ticket flight paling murah adalah dengan MAS dengan harga RM 440 return. Tapi memasing macam cool2 relex2 dengan harapan ade lagik flight tic yang lebih cun melecun. Kegigihan membuatkan aku mmg hari2 skyscanner flight ke Bangkok. Satu hari aku nampak ade flight Royal Jordania dengan price RM 260 Return. Hari tu jugak kami ber 4 berjaya beli manakala sorang lagik tercicir kerana berada di luar kawasan. Luar kawasan yang amat sehingga tidak dapat dihubungi walaupun pelbagai cara digunakan.. Ha gitu kekdahnyer luar kawasan sangat.. Sekembalinyer ke dalam kawasan akhirnyer dia berjaya dapat tic dengan harga RM400 return.. Ok la kot. xpe dia bleh locum bebanyak. Hehehe
Hari yang ditunggu pun tibe. Kami dari zone selatan ni ke KL pada kul 4pm. Plannyer nak park kete di Putrajaya Central dan ke KLIA dengan train. Setelah sampai di KLIA, kami check in beg dah trus ke boarding. Gamaknyer ngam2 timing. Pernerbangan kami ke Bangkok adelah bersama dengan jemaah umrah. Depa transit di bangkok. Kami sampai di Bangkok jam 11pm waktu tempatan dan menaiki van ke Hotel @Hua Lamphong. Nama jer van. Kekdahnyer pemandu kami macam x ikhlas jer susun beg menyebabkan kami berhimpit macam sardin. Ciscake!!
Perancangan awal kami akan ke Loburi keesokkan petangya. Tapi akhirnyer kami tukar plan dan decide nk bermalam di Bangkok semalam lagik dan bertolak ke Loburi keesokan paginyer. So misi pertama ialah check schedule train ke Lopburi dan hunting hotel for next day. Hotel yang kami duduk mlm ni full booked. Ticket train esok pagi jam 7am dan kami berjaya dapat hotel berdekatan dengan train station.
Dikala misi check schedule train ke Lopburi
Suasana dalam Train Station.
Hotel kami malam ke2 membenarkan kami early check in. So kami pindah hotel dan siap2 untuk ke Chatuchak. Mujur la ade dikalangan kami yang dah 8 kali ke bangkok kan. maka i follow jer la.
Sebelum memulakan perjalan kiter selfie dulu. Sementara muka masih segar bugar nih.
Sepanjang perjalanan ke Chatuchak, mas asik kate jus buah depa sedap.. So first thing aku nak jus buah dulu. Ohhh ok mmg sedap. Memacam ade. Pilih jer. nanti depa blender dengan ais.
Reaksi muka memasing. Sorang excited dah tu nak soping. Sorang ngah kompius nk beli hape. sorang lagik dok terjengah2 dah kedai tu.
Ha bosanyer udang ni.. cam best jer kan
cr: Kak Anash. Ni betul2 makan tengah jalan sebab kedai makan tu penuh xde seat dah.
Sebelum kita balik ayuh selfie dulu.
Belah petangnye kami ke Red Sky plak. Dalam perjalanan lalu plak Siam Paragon ni. Deco nk Krismas. Ayuh kite berfotographi dulu.
Cak... Comel x kak ton..
Ade jualan ape entah tu.
Bagi sesiape yang nk ke Red Sky ni. Alamat dia ni.
55th floor of the Centara Grand, Central World
Kekdahnye nak kesini kene naik 2 lift. First kat mall. Pastu kene jalan ke Centara Grand. Naik lift kat situ plak tingkat 55. Dress code dia. No singlets, Flips flops and sport shorts. Mujur la kami mase tu comel2 belaka. so dreass code pass. Kat aras ni masuk free tp kene la order minuman. Ayuh kite posing jap.
Puas minum air sampai 2 gelas sorang. Amaran keras.. sile jgn order lime jus. Hahahaha. ade merana hidup nanti. Muka tenang first glass. 2nd surrender plak nanti. Ngeh2.. Next Kami gi makan aiskrim and Pulut mangga. Femes katenyer kat Bangkok nih. Aku carik2 gambar xde plak.. Korang bayang kan jer la. Pulut, mangga dan santan. huhu. Seterusnya kami ke Night market. Ade drama sedih + kelakar pun hade kat night market nih.. Xpe la tang ni aku simpan jer la.. Kang kene perati plak kan.. hiks.. Kesian pun ade. nk gelak pun ade.. Bertabah la. Jalan2 sampai kaki give up then kami balik ke hotel.
Complete sudah day 1.. Klu nak tgok more picture sile la singgah ke blog mereka. Moge mereka x blog dalam hati.. ^_^
- Kak Anash
- Shahrin @ Janggel
- Masmz
- Shahrule
tengah mentelaah entry thai
ReplyDeletejaga-jaga, pastelink akan terjadi bila2 masa je nih
wow.. blog diva nak paste link blog kite la... hihihi.. cepat abiskan bangkok kak oiii
DeleteHrga minuman kt red sky tuu mhal tk
ReplyDelete