Followers

Sunday 27 April 2014

Korea Spring 2014: Day 5 - DolceVita

Salam hujung minggu semua... Entry kali ni kite story mory plak pasal DolceVita. Pada Kpop fan lagik2 Bigbang fan maybe dah tau tp pada sape2 yang xtau lagik kite intro dulu la Dolce Vita ni. Dolce Vita ni G-Dragon beli kemudian dia bagi kat appa dia utk run. Pension Dolcevita ni terletak kat Pocheon. Lebih kurang 1 Jam dari Seoul. Pocheon ni macam kawasan tanah tinggi. So udara kat sini lebih segar san sejuk compare dengan Seoul. 

Sebelum tu  aku cite dulu camner nak sampai kesini.

1. Mula kene gi Gongseoul Bus terminal.
    a) Amik Bas 6705 (Jamsil) kat Floor Gate 4B, 11A dan kluar kat Dongseoul bus terminal
    b) Amik Icheon bus dan stop kat Dongseoul Bas Terminal
    c) Amik Subway turun kat Gangbyeon Station line 2 exit 4

2. Daripada Dongseoul Bus Station beli tic ke Ildong Bus Terminal. Perjalanan mengambil mase 1 jam. 
3. Setelah sampai tunggu depan Lotteria dan call penssion (010 8384 8180). Tunggu 10 min, nanti ade la seseorang datang amik korang. Klu bernasib baik appa GD yang kutip korang. huhuhu. Mase aku gi makcik GD yang kutip ^^

Makcik GD ni leh speaking English yang hado jer. Dia layan kami dengan baik sekali. Actually bilik kami book ialah Butterfly. 150Kwon + 50Kwon for extra bed. Tp since mase kami datang x ramai guest maka unnie kate dia bagi kami bilik Haru Haru with same price. Hoyeeee... Original price 200kWon + 50Kwon for extra bed. Jom Cikidout bilik Haru Haru ni...

 Katil ngan extra bed huhu.. nampak tak tepi tu.

 Ada Sofa ngan bantal bucuk.

 Lengkap dengan pinggan mangkuk. Correll ok.

 Toilet pun bersih.

 Boleh masak2.. Siap ade periuk nasik lagik.

Sangat berpuas hati dengan bilik Haru Haru ni.. Best sangat. Sedang kami rehat2 tetibe pintu bilik kene ketuk.. Suspen jap. Sape plak yang datang kan. Rupe rupenyer bapak GD datang menyapa kami...Arghhh best giler.. Kak Liz ngan Kak Anis dah second time so diorang kenalkan aku kat Bapak GD. Macam x caya.. Bapak GD weh.... GDragon... Big Bang weh.... Cubit pipi..

Dah puas golek2 lepaskan penat Kitorang masuk Cafe dia.. Deco mmg terbaik... Gambar GD sebesar alam.. Mintak maaf xleh letak kat sini sbb nampak pusat.. hahahaha.. sexy gitu.


Korang tau x nape Piano ni sgt special?? cube teka... Kompom la dia milik GD kan tp yang paling special Piano ni la GD main mase buat MV Who you. Nanti kat bawah aku bagi link Mv tu.




Xkan amik gambar jer kan.. Harus la main sekali.. Propa jer.. aku x pandai pun main Piano ni... Kan best klu pandai main kan kan kannnn..

 Ni la MV Who You tu... Cikidout.

Hari Semakin petang. Kami layan tasik dan kawasan persekitaran.. Damai dihati gitu. Aku suke sangat tempat ni.. Dalam cuaca yang sejuk2.. ngadap tasik.. pastu burung berkicauan.. damai betul. Sesuai la klu nk rehat2 release stress.

 Ni lah Dolce Vita. 

 Ni Plak tasik depan pension

Sampai kepetang kami jejalan tepi tasik..

Belah malamnyer kami masak nasik goreng. Aku ade bawak perencah nasik goreng Adabi. Kak Anis plak ade bawak beras sekilo. Kenyang memasing. Malam xder ape yang boleh dilakukan. sbb mmg gelab gelita kawasan ni. Tp mmg ade Wifi sepantas kilat. Maka dolot la ape yang boleh kan.. Ni klu ade lappy ni mau byk drama aku dolot.

Esok paginyer aku kluar lepak tepi tasik lagik.. Enjoy semaksima yang mungkin sebelum check out. Lepas kemas2 untuk checkout kami lepak dulu kat Cafe. Pastu unnie datang bukak mv GD. gegeh lekat memasing xmo balik.. Suke sangat ngan unnie ni.. baik betul. Appa GD ade datang dan kami tanye la.. GD not coming??? Appa jawab.. GD everyday here.. sambil tunjuk poster GD.. hahahaha. Pandai buat lawak bapak mentua aku ni.. kiki. Kitorang dok panggil ajushi (pakcik) tp unnie kate jgn panggil ajushi... dia x suka.. Panggil sasannim (Encik/tuan). Oooooo baru aku tau.. aku mane tau. So sesiape jumpe appa GD ni sile la panggil Sasannim.



Unnie hantar kami ke Stesen bas untuk balik ke Seoul. 2 girl china tu dari Taiwan. Dia pun nak balik Seoul gak. Lelaki berbaju army tu plak ade kisahnyer. Masa nak naik bas kami tanye dia naik bas yang mane. Pastu dia cakap just follow him. Bile bas sampai dia ajak kami naik tp bas ni penuh. ade 1 seat jer. Kirenyer klu dia nak naik mmg boleh tp tetibe dia turun balik. Dia kate xpe dia ade byk mase untuk tunggu. Uikkk.. pastu dia cerita la yang harini lastday dia kat army. Kire dah tamat perkhidmatan la kan. So dia sangat gumbire. Dia kate dia ade byk masa. Dia nak balik Busan. Dia la yang tolong angkat beg kami.. Sgt baik.. Siap ambil gambar bersama gitu. Mamat ni ade contact kami. rupenyer dia student. Universiti kat Busan. 

Okeh... Itulah kisah kami di DolceVita... pada sesiape yang nk dtg try la book kat dolcebita.co.kr

Till then.. anyeong...

20 comments:

  1. walaupun kite bukan peminat kpop tegar. tp bilik itu mmg comel. heee boleh dipertimbangkan utk next trip. tengkius -_____-

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus dipertimbangkan... ^^ mmg best.

      Delete
  2. Cantiknya rumah yang ko duduk ni... jeles la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni komen jujur ker balas balik komen aku tu.. kompius la.. hahahahaha

      Delete
  3. Omaiii memang cantik arrr!! Walaupun aku tak la berapa minat sgt gd. Tapi boleh je lah khenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. For GD fan leh enjoy la sbb muka GD mmg bersepah kat cafe. Sape y x minat sgt enjoy jer la pension y awesome ni.. mewah gitu... environment pun damai jer..

      Delete
  4. Aku dh komen aritu dr link fb kt blog ko, tapi nk masuk pulak! dasar hampagas sgt..walaupun aku suam2 kuku dengan kampung ko ni, tapi aku nk kasi tau dolcevita ni memang menambat ati aku (i kiss no ass here), fefeling best je duk sini ngn surrounding mcm tu. GD tu menatang apa? HD aku tau la ahahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... nasib aku x kene kiss ass.. sukeKan.. aku mmg kompom repeat time winter plak.. GD tu G-Dragon atau name original dia kwon jiyong. Dia ahli Big Bang. Ko kenal x big bang. Bigbang ni retis paling top kat Korea. Paling Kaya gitu. Tu pasal dia bleh beli pension ni... Gitu sesi penerangan mengenai GD...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi, nak tanya la boleh tak..hehe.. u'll buat payment mcm mana ya, bank transfer or time check in baru bayar? Then kat web kan tulis bilik 150000w - 200000w untuk 2 person kan. Mksudnya kalau saya nk pergi 3 orng then xperlulah book bilik untuk 3-4 orng yg mahal mmg tak mampu tu kan, just tmbah 50000w untuk extra bed untuk bilik 2 orng punya, betol tak? Tpi kena mention dulu kat pihak DB kan untuk extra bed tu.. hopefully u can help me..hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear for late replay. Haah.. For 3 person you just need to add another 50Kwon. Boleh byr online trus kat Web dolcevite. Klu x berjaya try call or Email mereka.. Good luck..

      Delete
  7. Haritu baca review kat blog Eat Your Kimchi, macam xbest. Maybe diorang selitkan kisah anjing GD yang macam xterjaga tu kot. And diorang dapat bilik xbest. Tapi aku rasa macam terpanggil nak gi...heret kawan aku yang fanatik sangat kat GD.

    Salam kenal Pae.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing GD x terjaga??? Anjing tu dalam sangkar jer.. bebas bile ade tuannyer jer.. huhu. For me bilik mmg best.

      Delete
    2. Ni Kawan Kak Fati ker??

      Delete
    3. Anjing tu bergelumang najis & kencing katanye. Pastu bau hancing sebab dah lama xmandi. Tu lah yang EYK tulis kat blog diorang.

      Bukan. Hihi. Dah lama bertandang kat sini tapi xpernah tinggal komen.

      Delete
    4. Ouh... mase sy pegi ok jer anjing tu.. tp x dekat sgt la. sbb anjing dia bull dog.. seram jer tgok.. hahahaha

      Delete
  8. anjing GD ..Jolie ngn Gaho tu bersih jer ..pnglaman pegi da 2 kali ni ..tak pernah plk nmpk tahik2 gaho n jolie ni bersepah dlm kandang tu ..hurmm...kannnnnnnnn....pae kannnnnnn

    ReplyDelete
  9. Salam dik...akak nk tanya mcamana u dpt bilik 2 org jd 3...sbb masa book xde pn boleh add...kecuali bilik VIP and Crayon...please help me sbb akak nk g november ni...so nnt senang nk book

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene call la kak. or email. akak book for 2 pastu add extra bed 1.

      Delete
  10. Oh u book by call je ke? Call dr sini or dr korea? Ada lagi x email dolce vita? Payment camna plak eh? Thanks in advance hehe

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^