Followers

Saturday, 24 November 2012

SMTown World Tour III 2012 - Daebak!!

Semangat lah aku nak hapdate blog harini setelah seharian aku tdo membongkang semalam. Punca kepengsanan tu adalah Concert!!. ehehehe again!!. as Kpop lover tu pekara biasala kan. Okeh mari kite mulakan dengan macam mane aku leh dapat tic.



Setelah dok skodeng tic sekian lame tidak la sanggup rasenya aku nak beli. Sebab mahal sesangat. Tic yang aku target 218 Dollar which is equal to around MYR530. hurmmm menangis la jugak. Dah lepas tic gi koya time promo nih. So aku pun menahan la diri dari terbeli tic SMTown ni. Tp mmg sangat pelik sebab tic x habis2. SMTown tu. xhabis mmg pelik giler. Okeh bagi yang x tau SMTown ni salah satu syarikat retis2 koya ni la. Macam EMI ha camtu la. Dalam SMTown ni ada Super Junior, Shinee, Fx, SNSD, EXO, BOA, TVXQ dan ada la solo2 yang suam2 kuku tu. Kire mmg best giler sbb sume2 ni akan ada kat concert tu. Giler kentang okeh. Aku rase bebudak kat Singapore dah xder wit sbb beli tic big bang aritu. Concert bigbang buat 2 hari kat Singapore and tic sold out!!!

City of light katenyer kan.

Berbalik pasal tic tu last minute aku check kat web sistic tic price ada yang 112 dollar. Tang seat 21dollar?? ape yang berlaku nih. Rupenye nak abiskan tic dorang buat buy 1 free 1. Ni mmg giler kentang murah. Seat mahal kot. Nak dapatkan tic ni agak susah gak sebab kami ke Sistic kaunter nk beli tp dia kate x available. Mujur la kami bersama kawan dari SG yang leh skodeng web kat tab dia dan mmg tunjuk tic still availabe. Minah kaunter sistic tu kate hanye boleh beli online. So kami pun bank in duit kat akaun kawan kami tu dan bersila la ngadap tab n note tuk beli tic. Line lak asik putus jer. Nak dekat 20kali kot kami cube dah akhirnyer kami berjaya... yeayyyy. 4 tic dengan price 448 dollar.

Setelah dapat tic. lepak tepi stadium sambil main note

Dapat jer tic kami skodeng lak stadium nak tgok dorang training kat stage. Oh mai The Float Marina Bay mmg best. Open so mmg dengar la dorang dok nyanyi tu. Best giler. Dok melayan giler tu kami masuk balik Jb dah kul 1 and sampai umah dalam kul 2. Pengsan!! soknyer aku keje. Tetibe kul 5pg aku terjaga. Disebabkan aku takut terlajak bangun kul 10 trusla aku bangun mandi siap2 gi keje. Tido 2 jam jer.

Seat kami Yellow kanan atas sekali row tengah. Carik la sendiri :p


Harini aku kene keje halfday jer. Concert start kul 6.30. maka mmg x sempat la nak tunggu balik keje. Kul 2 masuk SG. Disebabkan aku  mmg blur aku mintak Ct bawak kete. Kami sampai kat SG kul 4 tp mase tu hujan lebat giler xleg blah. Lebat yang amat siap petir2 lagik. Ohmai... mati basah la camni. Elok jer dalam kul 6 hujan benti. fhuiiiiiii nasib baik. kami pun beratur naik. Carik la seat kami. Ohmai seat mmh best sbb xder halangan langsung. pastu 2 baris depan aku kosong!!! xdok la nampak kepala orang.. best 8 juta kali!!!. Concert start dalam kul 7 and abis dalam kul 11 malam. Tp y sedihnyer 10.30 hujan turun dengan lebatnyer. benda yang harus diselamatkan ialah CAMERA!!!! dan pasport. bungkus masuk plastik and simpan dalam beg. nasib la dapat diselamatkan sbb hujan mmg lebat sampai baju aku xdok mane y kering. haishhh.

Hujan lebat tp retis koya ni xdok la stop nyanyi. dorang menari bagai dalam hujan yang sangat lebat. Ohmaiii.. sangat la pro kan. kompom dorang demam semalam. Langsung x stop and dorang sing and dance macam x hujan. Giler kentang sekali lagik.. Korang mmg daebak la.

Sepanjang aku terjebak ngan activity Kpop ni, ni la Concert yang paling best. arrangement kt singapore lagik ok compare kat malaysia. Tic murah macam mane pun kompom selesa dan nampak. Xder la berebut2 macam nak mati macam aku gi concert Big bang kat KL tu. Nak tulis kat blog pun aku malas sbb pada aku mmg x best sbb macam nak pengsan!!. Satu lagik sbb aku amik numbered seat kot. sumpah serik nak amik free standing!!. 

SMTown!!!. Klu korang buat lagik concert kat SG kompom aku gi!! Nah layan la video ni. Aku yang amik sendiri guna kamera Canon G12 hakak yantie. Panasonic Lumix kat KL T____T.













Okeh... Enjoy it!!

Wednesday, 14 November 2012

Camera oh Camera...

Hujung2 tahun ni aku dak berangan nak sebat satu camera ngan lazat ckit dari Panasonic aku tu. Motip sebab aku nak camera yang vogie de vas tuk gi concert. Again!!! Mula2 berangan nak amik S95. Sbb sangat berpuas hati mase gune gi koya dulu. Tapi S95 Zoom x jauh. Maka x sesuai klu nak bawak gi Concert. Setelah menggoogle ada beberape camera yang mangganggu pandangan mata. Aisehhhh

EOS M. 

EOS M ni mmg kasi aku jiwe kacau. Aku suke sbb dia kecik dan ringan. Pastu dia EOS. ahahahaha. Ok aku mmg x pandai pasal camera ni tp aku rase dia best sbb leh tkr lenses. Design dia mmg cun. Aku check spec dia as usual aku blur sbb x paham. Bute camera x aku ni. Price around RM2.5k. okey terlebih cikit budget ni.. 

Canon PowerShoot SX260 HS

Yang ni aku rase sgt simple. Zoom 20X mmg smart klu nak bawak gi concert. Kecik dan mudah nak seludup. ahahaha. Jiwe x kacau sangat ngan camera ni tp aku rase dia perfect gak tuk bawak travel. 2 in 1. cukup la tuk penuhi minat aku ni. Price around RM 1.1k. In budget.

Canon Powershot SX 160 IS

Ni pun macam ok tp dia 16X Zoom jek. Macam Panasonic aku tu kot. Price around RM699. Totally in budget. Hurmmm ni last choice klu aku mmg nak jimat. ahahaha

EOS 1100D

Or patutkah amik yang ni. 1 jer y aku kurang ckit dia berat. Price around RM1.8k

Okeh ni la angan2 aku taun ni. nak beli camera tuk travel + Concert Kpop ku... (jgn bitau mak aku ekkk)
pening @_@




Saturday, 13 October 2012

Brunei Day 2 chill2

Aku mmg dah jangkakan yang entry day 2 brunei akan delay lame sbb aku skang mmg sangat sibuk ngan keje kat opes. Macam2 lak isu lately. Sungguh menguji ketabahan dan ilmu didada. Okeh malam ni disebakan aku dah tdo dengan puasnye, aku gigihkan jari nak menaip entry day 2 ni. Harap2 ada lagik y sudi nak bace cite y ala2 nk basi dah ni.

Day 2 brunei aku anggap sebagai hari y menguji kekuatan lutut. Ini disebabkan pada hari ni kami masih belum menyewa kereta dan lokasi yang kami nak pergi nampak dekat dalam peta tp hakikatnyer jauh!! Dari tengah2 bandar sri begawan kami ke galeri seni.


Galeri seni ni ada 2 bahagian. Satu bahagian untuk lukisan dan satu lagik ala2 muzium sejarah. Disebabkan kami agak awal, cume bahagian sejarah jer y dibuka. 

Meriam naga.

Dalam muzium sejarah ni banyak betul meriam naga ni. macam2 bentuk. Aku pun pelik macam mana dorang bleh ada koleksi yang sangat banyak. Selain meriam naga ni ada jugak diceritakan pasal kampung air. Asal usul Kg Air dan bagaimana penduduk Kg Air berpindah ke tanah besar. Since aku malas nak bercerite tang sejarah ni, sape2 yang berminat leh la bace sikit kat sini .


Pejalanan diteruskan ke Muzim kesenian Brunei. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pakcik ni. relex jer dok tebar jala. Dok usha baldi dia, dapat banyak gak ikan. Ternyata sungai ni masih banyak ikan. Dah puas skodeng baldi pakcik ni kami truskan menapak. Nape kami menapak???? Jauh ok. Ini disebabkan brunei punyer public transpot mmg xdok. Yang ada teksi yang kompom sangat la mahal. Bas pulak sangat jarang2.


Pusat kesenian ni sangat aku x paham motif kewujudannya. Ada ruangan kraftangan yang dipamerkan tapi sangat entah hape2 entah. Pada aku x berbaloi kami ke sini. Mungkin ni bukan tarikan pelancung. sekadar opes tuk kegiatan kesenian kot. Arah tuju seterusnye ialah Muzium Bandar Seri Begawan. Sangat bertemakan muzium kan perjalanan kami pada hari ni. Ok pada saat ni aku rase sangat x berbaloi.

Lokasi Muzium negara sangat la jauh. Separuh jalan aku dah give up dah. Dok kenang muzium2 yang kami masuk sebelum ni sangat la x best, klu benda yang sama gak kat muzium negara kompom aku declare day 2 sangat kecewa. Disebabkan aku dah x larat nak jalan akhirnyer kami berjaya menahan kereta rakyat brunei. Mekasih pakcik. Jasamu dikenang. Sesampai jer kat Muzium ni kami trus diarah simpan kamera. So xdok la gambar yang aku dapat tepekkan kat sini. Mujur la ape yang terdapat di muzium ni berada diluar jangkaan kami. Terdapat 6 bahagian dalam muzium ni. yang aku ingat haiwan, petroleum, Islam, sejarah dan tamaadun dan diraja. Macam2 yang kami dapat lihat. Tak sangka negara yang sekecil ni ada macam2. 

Setelah hampir 2 jam dok round2 kami pun nak berpatah balik. elok jer kami keluar, bas pun lalu meninggalkan kami. x sempat nak tahan. Haishhh kompom next bas lame lagik. Dengan muka tempenyer kami pun menapak dan try2 nk tahan kereta lagik. Tang tahan kete ni mmg aku serahkan pada yantie la. maklum la aku ni pemalu orangnyer. Setelah menapak dalam 10 min, sebuah van stop nak bagi kami tumpang. alhamdulillah.. Kami kembali ke galeri seni yang mula2 tadi. dok skodeng bahagian satu lagik yang x bukak pagi tadi. Okeh dah bukak. Dalam galeri ni penuh dengan lukisan2 pertandingan yang bertemakan Sultan Brunei. Agak cantek juga la tp x leh jugak nak amik gambar. 

Since kami dah ketengah hari, dan esok kami target nak ke bahagian selatan brunei, maka kami harus dapatkan kereta sewa. Berdasarkan tanye2 orang, kami disarankan ke sebuah hotel yang ada kaunter herz. Okeh menapak lagik. Hampir 30 min menapak kami pun sampai. Tapi malangnye no car available. Giler kecewa. Berdekatan dengan hotel y kami tuju tu ada Muzium diraja. Alang2 dah dekat kite singgah jer la kan. Bangunan ni ada 2 tingkat. bahagian bawah jer yang boleh amik gambar. Dimulakan dengan barangan kemasyuran diraja hingga ke hadiah2 untuk Sultan Brunei dipamerkan disini.

Ni salah satu kedai cenderamata. Kakak ni sangat baik dan bagi kami diskaun.

Setelah puas meround dan siap bersila memilih fm, kami pun keluar dengan hati berbunga ceria. Kali ni mmg puas. Serius ni la tempat yang must visit klu ke brunei. Selepas mengalas perut kami pun balik ke bilik tu solat dan berehat jap. penat oooo. Berdasarkan plan pagi tadi, petang ni kami nak lawat kawasan paya nak tgok monyet tp hujan la plak. maka kami pun bantai tdo. sedar2 dah kul 5. So kami plan cume nak ke Kg Air jer tuk dinner. Sedang dok naik bot encik driver bot pun offer ke kawasan paya. rb35. Since harga yang ditawarkan agak murah berbanding apa yang kami dok bayangkan so on la.

Since kawasan paya agak jauh, en driver pun start la engine turbonyer. Ohmai dikala ni aku hanye terdiam sebab dalam bot ni cume kami bertiga dan tiada life jeket. Dalam bot pakcik ni dok cerite plak yang kami bukan sahaja akan nampak monyet malahan buaya pun banyak. Besar2 buayanyer. Erkkkkk seyes aku nyesal naik bot ni. On the way nak ke tempat monyet lak kami nampak BUAYA!!!!. okeh aku nak pengsan mase ni. aku mmg dah terdiam jer la. Macam2 ada dalam fikiran ni. Telan liur jer la. Pakcik ni plak bleh la plak bawak bot siap main corner2 lak. Tuhan jer la yang tau perasaan aku mase ni.. Setelah 20 min kami pun sampai la ke tempat yang dituju. Ni la monyet y nak tdo dah. Magrib hokey mase ni. Mau x gundah gulana perut aku. Sengal!!


Perjalanan balik plak pakcik bot mmg sengaja slow down sbb nak carik buaya dikala magrib!! hahahaha aku mmg rase nak putus nyawa dah ni. And mmg banyak nampak mate buaya. sbb mata buaya akan warna merah bile kene suluh. dah halfway nak sampai tetibe pakcik bot berentikan bot. Kali ni kami nampak seekor buaya dari kepala ke ekor. pakcik bot siap offer nak dekat ke buaya. GILER!!!! kami dengan kecut perut pun tolak pelawaan pakcik bot dan trus ke Kg Air. Ni adalah pengalaman giler pertamaku. Sumpah aku xnak lagik. Korang offer free pun aku pangkah!!. nk tengok monyet aku pegi zoo jek!!

Kat kg air hujan turun dengan lebatnyer. Kami nak carik kedai makan. Kg Air dah makin maju. Ada sekolah, Masjid dan kawasan perumahan baru yang konkrit. Cantik plak tu umah dia. mmg cun klu buat homestay. Lepas makan nasik goreng kg y bernilai rb 1. Murah giler!!! kami pun balik. Okeh harini walaupun penat tp agak berbaloi.

Kembali pasal kereta sewa, kami akhirnyer dapat contact satu agensi y dapat bagi kereta corolla manual dengan harga rb 50. Deposit mastercard rb300. So klu xdok mastercard mati la. berakhir sudah perjalanan day 2 yang tema muzium dan BUAYA!! deng!!!!

Okeh till then bye. minggu depan lak tuk day 3 ^____^



Thursday, 4 October 2012

Day 1: Brunei Chill2 out2...

Keje banyak x siap tp bos aku dah tau y aku akan cuti esok. macam x ikhlas jek nak bagi aku cuti. Nak balik macam2 lak dia minta. Aku nak kene balik umah sewa amik beg pastu nk kene gi umah member sbb nk mintak tlg dia anto nih. Dengan kurang ajar asamnyer aku balik dengan 1 lagik y dia mintak aku abaikan. wakakaka jahatnyer aku. Tepat jam 5.30 ptg aku pun cabut. Blk umah mandi2 siap2 pastu gi umah anong. Anong masak spegeti jawa tuk aku. kikiki. bertambah ooo. sedap y amat. sempat gak tumpang solat isyak kat umah anong. dalam kul 9.30mlm anong pun hantar la aku ke airpot. Cik kak yantot dah tersadai muka sedih tunggu aku. Tetibe dia kate mak kite dah tinggalkan kite... Tergelak jap aku. siot jer. Dah tua bangka kot. Agak2 dah nak timing kami pun check in. maceh anong sbb antokan aku. Lebiu

Okeh mase tuk terbang.... mewah x aku gi kl naik flight... ngade kan... kebetulan ada tic murah jb kl rm 150. murah ker?? btw still not bad klu nk compare naik bas jb to tbs to lcct. lcct to tbs to jb. dan jimat mase dah tenaga. wah gitu. gaya orang kaya x.... hehehe. kami sampai ke lcct dalam kul 11 lebih. Ronda2 carik plug. nak cas hp. last2 kami lepak kat mcd sambil minum2 milo ais n gode2 hp. Aku dah tak larat dah mase ni. mate dah sayup2 jek. last2 dalam kul 2 pg aku serender. jom carik port tdo.. kami tdo dicelah2 tiang. Baik punye bentang kain batik. tdooooo.

Bebangun pagi tetibe riuh giler. aku pelik betul. rupenyer dah kul 5 dan y azabnyer rupenyer aku landing seblah nepal trolly nyer locker air. Dorang bukak locker nak letak botol air bukan main haru biru nyer. saje la tu dengki aku nah dap tdo. cissscake... oke la bangun pastu carik surau nak bertaubat. Lepas bertaubat kami pun masuk la. tgok orang dah beratur nak boarding.

Dalam fligt nothing much. aku sambing tdo jer la walaupun bau nasik lemak menusuk kalbu aku abaikan jek. Sesampai jer kat bandar sri begawan dalam kul 9pg. Kami y bertema chill2 ni pun relex2 nak carik imformation center nak amik pete ngan pamplete konon2nyer. Hape pun x sempat setadi. Yang kami bawak beg, rb100 pastu rm 750 masing2. Sesampai jek kat imformation center xdek orang. ohmai ni bala. Kami pun bertanye la di kaunter2 lain. rupenye kakak kaunter pertanyaan ke toilet. Cis wat kelakar seram lak dia.

Dah tanye ape y kami perlukan. Berbekal kan sekeping majalah y sangat rojak pasal borneo kami pun keluar dari airport naik bas purple yang penuh dengan pekerja2 indonesia. Bas y nk roboh ni lalu kawasan perumahan dan jalan2 kg. Ohmai... ni ker brunei. arah tuju kami ke rumah belia. bace2 kat LP rumah belia ni rate paling murah. rb10/head. Murah giler ok. Setelah nebes dan kompius y amat dlm bas tu kami pun sampai ke rumah belia tu. Tetiba ada notis y ianye ditutup sempena pengantin diraja. haduhhhh camner nih. kene la kami ke option no 2 which is K.H Soon. Ape y kami bace di lp rate dia rb38. perhead ker?? matii..

Pusat belia yang x sudi terime kami T_T

Ni jer la yang kami mampoo...

Setelah meronda2 guna gps atas paper jumpe la jugak. Rate rb38/room. lege nyerr. ni sume nk jimat punye pasal. Bilik mmg asal boleh. Toilet kat luar. So la asal boleh. Mujur aku ngan yantot sgt la relex2 x cerewet. sesampai jer kat bilik aku baring dan trus padammmmm. giler penat. Padahal ape pun x buat lagik. Tdo x ingat donia. sedar2 dah kul3. Lepas solat kami pun menuju ke bawah aras 2 ada ala2 travel agent nak korek maklumat lagik gamaknyer. Kemudian kami ke kedai makan. Terjaga pun disebabkan naga2 dah mengaruk x ingat donia. Setelah pusing2 kami decide nak makan di kedai a'cafe. Kedai makan ni nampak mcam ok dan ada wifi. 

 Tengah2 bandar Sri begawan.
Pasar tepi sungai

Menu kami petang ni set. Ada ambuyat, nasi putih, ikan, daging dan sayur. Bleh pilih nak masak ape. Bagus x... setelah licin nasik n lauk konon2 nk try ambuyat. Ambuyat ni diperbuat dari tepung sagu. cicah ngan sambal tempoyak. Disebabkan dia sangat lembek2 aku mng xleh telan. Sementara yantie dok layan ambuyat aku pun ber wifi la.. 

 Lunch.

Sesudah makan kami pun mulakan la ronda2 keliling bandar sri begawan. Brunei sangat la aman.. Kereta sume sopan2. Yang bestnyer pejalan kaki macam kami sangat la diva!!. Nak lintas jalan sume kerete akan berenti.. oh mai. Klu aku drive kat brunei ni sure 3 ke 4 orang aku langgar. huahahahaha. Okeh berangan la nak soping kat brunei ni. Masuk la mall dia. Hamek kau dah macam istana. Nampak macam 2 tingkat. Sekali masuk dalam macam banyak tingkat. Pelik gak la. Rupeyer Sultan Brunei x bagi bangunan lebih tinggi dari Masjid. So kebanyakkan bangunan akan masuk bawah tanah.

Soping mall

Bangunan ni bersambung bawah tanah. dari atas nampak 2 bangunan tp sebenarnyer cume 1 bangunan. Okeh sanggeh. Tapi soping mall sangat la sunyi sepi. xdok orang. Tang ni aku sungguh kompius. Masa kami ronda2 ni baru kul 8.30 kot. Mmg x nampak la remaja lepak2 ni. Kagum...

Berdekatan dengan shopping mall ni ada Masjid. Masjid Omar Ali. kat brunei ni banyak Masjid. So mmg x susah la klu nak solat.

 Masjid Omar Ali

Lepas puas tangkap2 gambar kami pun pusing semula kepangkal jalan. Nk ronda2 pun sume dah tutup dan risau sbb orang sangat pelik tgok kami menapak keliling bandar ni. Tp sebelum tu harus la makan malam plak. Aku order mee rebus and hakak order mee soto. Yummeh.. price dia same jer macam kat malaysia. sume2 rb11 kot. klu x convert murah la kan... okeh sbb makan xleh kire sangat. Dasar!!! kekeke.

Mee rebus tp aku rase ni mee kari. huhuhuhu.

 Mee soto. Mewahkan ayam dia..

ABC puspa (air batu kasar)



Okeh tu jer la Day 1 yang sangat chill2 out2 suka hati aku... till then bye...

Saturday, 8 September 2012

Aku mangsa Gangnam Style

Waloooooo... jap aku lap2 ckit blog aku yang dah berabuk ni....

Alkisahnyer aku sangat sibuk lately sampai x sempat nak bukak blog lagik la nak menaip. Raya sibuk ngan kek, pastu banyak lak isu kat kilang tambah lagik adik masuk spital. Hurmm hanya perlu bertabah. Alhamdulillah skang dah ok sikit, keje jer la y sibuk dan mula membiasakan diri dengan kesibukkan yang tibe2 ni. Saya yakin saya bolehhh. tetibe bersemangat plak. 

Okeh motipla aku nak menaip pasal gangnam style ni... Style ker??? 123juta viewer. kagum. Biasanya Kpop MV macam Super Junior pun cume 6 ke 7 juta viewer jer. 123 juta viewer mmg diluar jangkaan. Tp secara jujur aku x suke pun MV Psy ni. Aku rase x style pun. Rela la aku tgok MV Hyun Joong ke Infinite ker.. Aku tgok MV Gangnam Style ni cume sekali jer. tu pun sbb nak tgok ape kebendanyer yang best sangat ni.

Aku rase lagu ni ramai yang suke sbb lyric dia unic dan sume orang suke nak sebut perkataan OPPA GANGNAM SYLE tu. macam la lagu Kethup song yang ase lehe lehe dulu tu... So ramai la yang bukan Kpop lover pun tgok MV Psy ni. Since aku mmg x layan lagu ni and x minat pun MV ni tetibe di satu pagi yang bz selepas aku kene marah ngan bos dan sibuk ngadap pc nak setlekan banyak masalah tetibe aku dapat sms macam ni.


orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda... pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad sebar kn..
#aku tak peduli bende nih sahih ke tak , yang aku tahu , aku sayangkan agama aku ISLAM !! Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih , aku tak kesah , cuma aku taknak dipersoal kat akhirat nanti . Daripada layan benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan ? Marah >:O? Alhamdulillah. Tolong delete aku kay.
 
Ape salah aku nak kene dpt sms ni. Ayat y aku bold kan tu seolah2 aku lak yang bersalah. Klu setakat share kat FB xder la aku marah sangat. Ni SMS dan whatsup. Tak ke rase macam nak baling jer hp time tu. Nasib Hp aku mahal. Sayang nak baling. tetibe riak jap. 

Okeh tu perasaan aku bile dapat sms y mmg buat darah aku naik kejap. Bile aku check FB rupenyer sume orang dok sibuk share benda nih. Bagusla klu nak share benda2 keagamaan ni cume pada aku klu kite nak berkata mengenai agama sile la gunakan ayat yang menunjukkan agama kite tu suci. ayat yang digunakan jgn la mendatangkan perasaan benci. Ape y aku pk bile bace benda ni, si penulis ni sape. Mesti bukan ilmuan yang memberi kenyataan seperti orang x sekolah. Aku rase aku lebih tersentuh klu x bace ayat yang aku boldkan tu.

Zaman sekarang ni klu nak tau makna lyric hanye perlu google jer. Nak tau translation Lagu ni pi la click sini. Pas bace makne lyric ni korang fikir la sendiri. Time merdeka day lak aku dpt message, Selamat Hari Merdeka. Apa la gunanyer merdeka jika jiwa dijajah korea. Bodoh x??

Even aku mmg peminat Kpop tp kite ada akal fikiran. Pilih la nak sekadar untuk mengisik masa lapang for fun atau nak menjadi hamba pada apa yang kite minat. Tepuk dada tanye iman. Tepuk wallet tengok la wallet tu tebal ke nipis. Hidup bukan la ape yang kite tentukan tp kite diberi pilihan untuk mencorak hidup kite.
 
Aku rase kengkawan aku bile denga Korea mesti teringan muka haku kan. Boleh la aku apply jd duta korea kat Malaysia ni. huahahahahaha... K bye. Nak sambung wat monthly report. Senin nak kene submit. T__T


Sunday, 26 August 2012

Selamat Hari Raya - Alhamdulillah

First of all mesti la nak ucap selamat hari raya kat sume2 yang singgah hinggap kat blog aku yang x seberape nih...

Amacam raya. ada seronok keh?? bagi aku raya tiap taun biasa2 jek. xderla happening sangat. cuti pun x lama gara2 Annual Leave x berape nak ada. Lagipun raya xder activity y menarik sesangat pun. Maklumla bukan ada anak nak dilayan and bukan ada umah mak mentua nak kene lawat. So raya ke 5 aku dah raya kat pagar laut dah.

Aku jugak bersyukur kerana ramadan kali ni bawa rezeki yang x disangka. Alhamdulillah. Rezeki yg lebih berbanding tahun2 lepas. Syukur x terhingga. Kepercayaan pelanggan kek mmg aku dulukan dengan terima kasih.

Ni separuh daripada order kek yang dah siap. Separuh lagik x sempat nak snap dah anto kat customer.

Dengan rezeki yang x diduga ni maka harusla hadiahkan diri sendiri setelah seminggu tdo cume 3 jam dan bersauna sepanjang dok kat umah. maklumla kek2 ni sume dikukus. tu yang rumah dah jadi sauna. Apekah hadiah untuk diri sendiri tu?? lalala tentula pujaan hatiku. Idaman hati yang dah lame aku pospone. Maka Samsung Corby bertukar menjadi Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah.. senyum lebar dihari raya gitewww.

Balik raya mmg pengsan penat. Mujur raya hari Ahad, adik aku lak nak cat umah. beriaya nak cat tapi gayat. Hampeh. Sape lagik klu bukan aku la yang kene cat yang tinggi2 tu. Malam raya cat umah. pastu kemas umah. Harusla pengsan. Aku pun x sedar bangun2 tgok suma masakan dah masak. Entah bile dorang masak aku pun x sure. Ni keje mak, akak, kak ipar ngan abang aku la. Pagi raya lak aku bersilat kat dapur sbb orang marhaban akan datang lepas sembahyang raya. tetibe tgok2 akak aku dah ironkan baju raya... Huyooo baik giler.. tacing haku.. kikikikiki...

As usual bermaaf2an tu wajib la... time ni ramai lak yang nanges. banyak dose letuwww... huhuhu sepupu2 time ni dapat la duit raya. Since taun ni sume adik beradik aku dah koje.. sedap gak la dorang dapat. Untungla... time aku dulu duit raya ciput jer.. huhuhu joking. 

Raya pertama dah dapat call dari pagar laut. Paip pecah. Maka tentulah x tenang hati aku dah. Dok terpk nak menjawab naik raya nanti. Mujur ada rakan sekerja non muslim membantu. Haishhh.. klu nak wat onar boleh x jangan time raya!! tiaptaun camtu. gegeh!!!

Raya pertama ngan raya ke2 umah kene serang. Maklumla mak anak sulung. Since raya ke2 abang aku masak beriani kambing.. maka aku pun naik lunyai kemas umah. Angkat pinggan. Akak aku lak amik contract basuh pinggan. Kecut2 tangan dia. Syukur la ada orang datang. Klu x sunyi sepi la umah aku. Nape sunyi sepi??? sbb keluarga aku kecik jer..

Ni jer la family aku. Ada sorang lagik y kecik kene keje raya ke2. hahahaha tahun pertama keje trus x dapat cuti raya.. RASAKANnnnn!!! 5 beradik. sorang kakak ipar dan 3 orang anak sedara. Yang tengah2 tu ibunda tercinta. Time ni mak aku tacing sbb x amik pic mase raya pertama. klu x sume ader.. sorry la. lupe.

Raya ke 3 aku malarikan diri soping kat Jusco melaka. Sendirian. Ni la baru nak soping sikit seluar ngan baju keje.. Bak kate adik aku SEMATE!!! time raya gak nak soping!!. raya ada sale. harus la soping time sale. huhuhuhu.

Raya ke 4 aku dah nak balik JB dah. Adik ngan abang aku dah balik dulu. Begitulah raya aku yang sangat la biasa2. Orang dok kate raya best. Tp pada aku raya adalah biasa2 jer... ni pun mujur abang aku dapat cuti. dia balik raya 2 taun sekali jek. so taun depan sure lagik x besh!!.

Raya ke5 ngan ke6 aku dah ada kat kilang dah. Naik lunyai gak kehulu kehilir ngan isu2 yang menguji ketabahan dan pengetahuan aku. Bak kate sorang Engineer. Faizah, xpe you x tau sekarang. Kena marah tu tahan jer. Belajar dari kesilapan ni. Nanti lame2 you dah pandai sure you boleh handle sume.. So, Baiklah!!!! bertabah la time learning curve nih... 

Okeh masih mode raya kan... Selamat hari raya sume.. moge gembire2 selalu... Agak2 klu tahun depan aku plan trip time cuti raya mesti bestkan. huahahahaha... nanges mak haku ^_____^.
 

Sunday, 29 July 2012

Redang - aku main redah

Setelah keciwe dengan pembatalan trip ke Phuket, aku dapat invitation lak ke Redang. Kali ni ala2 berani mati sbb sorang pun aku x kenal (kenal di alam maya jek). Dan mereka ramai.. aku sorang!! Okeh lantak pi la ape nak jadik pun. Semuanyer telah diatur sebulan awal. pembayaran sume telah dilakukan secara spontan tanpa pk panjang (kemaruk nak ke pulau gamaknye). Bile dah dekat waktu nak pegi aku giler nebes ala2 nak kene pinang lak.. 

Disebabkan xder Flight JB-KT maka aku naik bas la jawabnyer. Perjalanan pegi belah malam xder la terasa sangat. Tambahan aku makan ubat selsema terus aku x sedar tetibe dah sampai KT. Sesampai jer kat Terminal KT, aku disapa oleh mereka2 yang nak sediakan sewa kereta. Since semua telah diaturkan maka aku senyum jer la tanda aku dah ada transport. Tempat pertama yang harus dituju ialah Toilet.. On the way aku nak ke toilet aku nampak salah seorang dari mereka.. (cube teka sape dia!!..) okeh aku makin nebes and trus ke toilet. Nak cover taik mate nih... Lepas dah ala2 cun cuci muka bagai aku pun gi la kat dorang yang sedang lepakking ala2 ngantuk tu. Sape yang aku dapat cam pada masa tu cume Na, Cawan, Janggel, John and Lily. 

Disebabkan kami masih awal dan nak naik ke Jetty awal lagik kami pun meround la area2 KT nih...

KT dah semakin cantek. Banyak jugak la penbangunan untuk menarik perhatian pelancung dilakukan. Bagus2 cume aku rase ada baiknyer kalau kebersihan kawasan ni turut dijaga.

Ni salah sorang pelancung sedang asik menikmati keindahan lorong penyu... kkikikikiki

Setalah boring meround kat kawasan ni kami pun bergerak ke Jety Merang. Perjalanan dari KT ke Jety Merang mengambil masa 45 min. Driver van kami ala2 mesra gitu. Sume benda dia explain. Perkhidmatan yang amat memuaskan. 

Perjalanan dari Jety Merang ke Redang plak mengambil masa dalam 1 jam. Ini adalah kali pertama aku ke Pulau Redang. Naik speed boat rupenyer bleh membantu memampatkan peyut kite. Mujur la aku ni xde pening2. Alhamdulillah.

Welcome to Redang Kalong... Sesampai jer kami diberi kunci bilik untuk berehat. Kul 2 ada activity snorkeling nih. Harus mengumpul segala tenaga tuk kejar penyu (harapan).. Okeh aku x der pic snorkeling. So sile la skodeng blog orang len klu nak tgok gambar nemo ke, penyu ker, shark ker, ikan belut ker, dan sewaktu dengannye. 

Ni plak gambar permandangan kat kawasan Kalong.





Dah penat snorkeling petang tu kami skodeng pantai Laguna... Oh mai pasir dia halus giler... pemandangan mmg santek. Satu ari aku nak lepak laguna plak (bile dah kaya la)





 Pic ni santek dan kelakar.. cube korang tengok mate dorang... 3 arah y berbeza. Sebab ada 3 camera ngah snap. adil sungguh :p



Banyak plak pic kat laguna nih. Belah malam aktivity adalah makan dan karaoke. Makanan kat resort ni mmg best. Makan saja keje aku. Aku bagi 3 bintang.. Tapi kenapa aku xder pic makanan!!!!! haaishhhh -_-' as usual klu nak pic makanan pi la skodeng blog mereka2 :p

Esok nye kami ke satu lagik tempat snorkeling yang best. Aku lupe nama tempat tu. Pada aku tu tempat snorkeling yang paling best sbb aku dapat mendarat ke pantai dan berjaya caling2 mereka turut tersadai di pantai kecik tu. Tapi y x bestnyer kat kawasan tu ada obor2. hurmmm notty la obor tu.

Belah petang lak kami ke Taman laut. Kat sini yang mabelesnyer dapat berenang dalam segerombolan ikan. wah. Aku rase dah macam dialam fantasi pun hade. Main kejar2 ngan ikan. best giler. Patutla kawan aku si Yantie tu dok gigih amik lesen dive. best rupenyer jd duyung nih... Okeh taun depan aku join kelab duyung lak...




Ni la mereka2.. bukan main lagik melompat ha... 

Malam terakhir adalah sesi bertukar hadiah. Aku sebenarnyer xde bawak hadiah. sbb aku x tau pun ada upacara tukar hadiah ni. Tp Lily dah sponser hadiah tul aku. ni la hadiah2 yang ada tu.

 Hadiah sangat la tema traveler gitu. best giler. Saya dapat hadiah kasut dari Holland. Maceh...

Next dapat lak hadiah FM dari kak Coco. Marina Bay Sand. Nice!! Maceh.. cantek. Walaupun Marina Bay Sand dekat jer ngan JB ni tp aku first time dapat FM MBS. Sangat suke... Aku dah tepek FM ni kat cubicle koje aku... Ramai lak yang tegur pasal FM MBS nih.. teringat kat Kak Coco ^____^.

Pagi esoknye aku kene balik dulu sebab tic bas aku kul 1. Dorang sume balik naik flight petang. Maka solo set la aku naik speed boat ke Jety Merang. Sementara dok tunggu Kawan aku datang amik sempat la plak aku soping sikit2 FM tuk kengkawan. Tema harusla penyu.

First destinasi bila dah jumpe kawan aku ni mestila makan kopok lekor ngan ikan tepung. Dalam kepanasan tu pekena plak ABC.. yummeh!! Kemudian kami singgah kedai kawan aku nih. Korang2 yang dok kat KT sile la datang kedai ni. Ni kedai kawan aku jual baju kanak2.

Ida n Mizi, aku dah pomot kedai ko nih. dah kaya nanti jgn lupe blanje aku kopok lekor lesung..

Kemudian kami ke kedai kopok lekor tuk dibawa balik ke JB. Oh mai ramainye orang. so kene la beratur. Aku beli 3 pek jer. Since Mizi ngan Ida nak kene jemput anak dia balik sekolah dorang pun hantar la aku ke terminal bas. Masa tu dah kul 12 pun. 

Unik x bas ni... aku rase kagum betul...

Finally aku naik bas kul 1 and sampai JB kul 11 malam. Patah bengkok pinggang aku naik bas... Tp alhamdulillah sampai dengan selamat. Thanks kengkawan sume. Best dapat kenal korang. Maceh atas segalanyer... ^_______________^.