Waloooooo... jap aku lap2 ckit blog aku yang dah berabuk ni....
Alkisahnyer aku sangat sibuk lately sampai x sempat nak bukak blog lagik la nak menaip. Raya sibuk ngan kek, pastu banyak lak isu kat kilang tambah lagik adik masuk spital. Hurmm hanya perlu bertabah. Alhamdulillah skang dah ok sikit, keje jer la y sibuk dan mula membiasakan diri dengan kesibukkan yang tibe2 ni. Saya yakin saya bolehhh. tetibe bersemangat plak.
Okeh motipla aku nak menaip pasal gangnam style ni... Style ker??? 123juta viewer. kagum. Biasanya Kpop MV macam Super Junior pun cume 6 ke 7 juta viewer jer. 123 juta viewer mmg diluar jangkaan. Tp secara jujur aku x suke pun MV Psy ni. Aku rase x style pun. Rela la aku tgok MV Hyun Joong ke Infinite ker.. Aku tgok MV Gangnam Style ni cume sekali jer. tu pun sbb nak tgok ape kebendanyer yang best sangat ni.
Aku rase lagu ni ramai yang suke sbb lyric dia unic dan sume orang suke nak sebut perkataan OPPA GANGNAM SYLE tu. macam la lagu Kethup song yang ase lehe lehe dulu tu... So ramai la yang bukan Kpop lover pun tgok MV Psy ni. Since aku mmg x layan lagu ni and x minat pun MV ni tetibe di satu pagi yang bz selepas aku kene marah ngan bos dan sibuk ngadap pc nak setlekan banyak masalah tetibe aku dapat sms macam ni.
orang korea sedang menjatuhkan islam di
seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu
menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada
yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit
ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu
juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even
baginda... pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda,
jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda
tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad sebar kn..
#aku tak peduli bende nih sahih ke tak , yang aku tahu , aku sayangkan
agama aku ISLAM !! Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih , aku
tak kesah , cuma aku taknak dipersoal kat akhirat nanti . Daripada layan
benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan ? Marah >:O? Alhamdulillah. Tolong delete aku kay.
Ape salah aku nak kene dpt sms ni. Ayat y aku bold kan tu seolah2 aku lak yang bersalah. Klu setakat share kat FB xder la aku marah sangat. Ni SMS dan whatsup. Tak ke rase macam nak baling jer hp time tu. Nasib Hp aku mahal. Sayang nak baling. tetibe riak jap.
Okeh tu perasaan aku bile dapat sms y mmg buat darah aku naik kejap. Bile aku check FB rupenyer sume orang dok sibuk share benda nih. Bagusla klu nak share benda2 keagamaan ni cume pada aku klu kite nak berkata mengenai agama sile la gunakan ayat yang menunjukkan agama kite tu suci. ayat yang digunakan jgn la mendatangkan perasaan benci. Ape y aku pk bile bace benda ni, si penulis ni sape. Mesti bukan ilmuan yang memberi kenyataan seperti orang x sekolah. Aku rase aku lebih tersentuh klu x bace ayat yang aku boldkan tu.
Zaman sekarang ni klu nak tau makna lyric hanye perlu google jer. Nak tau translation Lagu ni pi la click sini. Pas bace makne lyric ni korang fikir la sendiri. Time merdeka day lak aku dpt message, Selamat Hari Merdeka. Apa la gunanyer merdeka jika jiwa dijajah korea. Bodoh x??
Even aku mmg peminat Kpop tp kite ada akal fikiran. Pilih la nak sekadar untuk mengisik masa lapang for fun atau nak menjadi hamba pada apa yang kite minat. Tepuk dada tanye iman. Tepuk wallet tengok la wallet tu tebal ke nipis. Hidup bukan la ape yang kite tentukan tp kite diberi pilihan untuk mencorak hidup kite.
Aku rase kengkawan aku bile denga Korea mesti teringan muka haku kan. Boleh la aku apply jd duta korea kat Malaysia ni. huahahahahaha... K bye. Nak sambung wat monthly report. Senin nak kene submit. T__T
No comments:
Post a Comment
Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^