Followers

Friday, 18 April 2014

Royal Belum 2014 - Back to Nature Part 1

Waloo.. Entry kali ni Tema Visit Malaysia.. Anyway Thanks to Travelholicawesome atas jemputan ini.. Sangat terharu huhuhu..

Sebelum gi Korea lagik Dorang dah roger dah ader activity Royal Belum ni, dengan kompidentnyer aku accept walaupun jarak masa 2 minggu jer selepas aku balik dari Korea nanti. Harapan mmg indah tup tup minggu kedua memacam plak issue kat tempat keje. Macam nak tercabut nyawa aku terkejar kehulu ke hilir. Dalam hati mmg dah xder harapan la aku nak join Royal Belum ni. 

Ikutkan perancangan awal, aku akan naik kereta sampai KL dan naik ngan Byya dr KL tetibe production down plak. Xkan la nk tinggalkan keje yang x siap untuk berhuga2. Aku dah give up dah mase tu tp beg dah packing masuk dalam bonet kete ^^ masih meletakkan harapan disitu... Finally ape ynag belaku adalah problem settle dan sampai jer kat meja aku roger mereka2 semua. Dengan pantas aku menggoogle Ticket bas online. Dapat jer Zassss aku beli. Demi Belum katenyer. Bas dari JB bertolak ke Ipoh Jam 10.30pm dan sampai Ipoh 5.30am. Na datang jemput aku kat Stesyen bas dan singgah umah parent dia kat area Ipoh. Selepas segar2kan badan dan sarapan (nasik lemak mak na mmg sedap. Terima kasih daun keladi sgt2), kami bertolak dari Ipoh ke Grik. Actually aku sgt fail bab Geografi Perak. Nasib baik ade kakak kawasan yang memberikan penerangan yang sangat jelas. Untung kan.. Jgn Jeles... Perjalanan mengambil mase dalam 2 Jam dari Ipoh

Aku pun baru perasan Gerik ni dah dekat ngan Thailand. Tepuk dahi.

Program Royal Belum kali ni kami joint Belum Outdoor Adventure. Pada yang beminat boleh la roger mereka. Ni detailnyer.

BOA contact:
Belum Outdoor Adventure (IP0399913-T)
Hotline: +6017-451-4939
Web: http://belumoutdoor.wordpress.com
Email: belum.outdoor@gmail.com (Main contact)
Facebook Page: http://www.facebook.com/Belum.Outdoor.Adventure
LinkedIN: Belum Outdoor
Youtube: Belum Outdoor Adventure
Flickr: belumoutdoor

Setelah letak barang kami diberi penerangan ringkas. kene gak isi form untuk tau detail, contact person sume la yang berkaitan. 

Sementara dengar taklimat kite test camera dulu.

After denga taklimat house boat pun bergerak. Excited aku. Maklumla first time naik houseboat. Misi pertama kami ialah Bunga Rafflesia. Sepanjang perjalanan ke Refflesia tu sempat la aku snap beberapa gambar. Jom cikidout.


 House boat meninggalkan jeti

 Houseboat yang lain.

Mission pertama nk skodeng Rafflesia. Bunga Rafflesia ni boleh membesar sehingga 1 meter dah seberat 10kg. Bunga terbesar gitu. Ia adalah sejenis parasit yang hidup tanpa daun batang dan akar. Bunga ni cume kembang selama 5-10 hari jer. Nak tunggu dia mekar plak kene tunggu 9 bulan. Dah macam ibu mengandung kan. Tu pun kalau xder manusia pegang atau binatang makan. Bunga ni sangat la sensetip. Kalau kene pegang dia trus layu. So lepas ni kalau sape2 yang senang tacing leh la kite panggil dia Bunga Rafflesia. Boleh gitu.

Ni la Rafflesia yang lum mekar. Entah merape lame br nk kembang.. huhu

Nak naik ketempat Bunga Rafflesia ni kene la panjat2 sikit. Bile panjat2 ni aku simpan la kamera. Maklumla kamera pinjam kan. Kang jatuh jenuh plak aku nk ganti.. huhu. Aku sangat la kagum ngan Aqilah leh panjat ngan slipar jepun jek... Ely plak dokong suci. Super mama ok. 

House boat kami.

Setelah gigih memanjat kami ke lokasi seterusnyer. Kawasan orang asli. Actually aku mmg x pernah gi jumpe org asli. I mean real perkampungan orang asli. Agak teruja gak bile sampai sini. Speechless pun ade. X sangka dan bersyukur dengan ape yang ada pada diri sendiri pun ada. Kadang2 kite selalu memandang keatas dan selalu rase x puas hati. Melihatkan mereka ni buat aku terkesima kejap.. Dari penerangan, gomen ade hantar keperluan asas. Ok la.. better then nothing kan.

 Perkampungan org asli

 Bya bagi toys.

Orang Asli Royal Belum.

Kehidupan mereka masih bergantung pada hasil hutan. So masih ade yang memburu dan bertani. Menurut penerangan dari BOA, masih ade yang duduk kawasan lagik dalam dan mereka hanya pakai cawat. Mereka sangat pemalu. Aku suke dengar penerangan dr BOA ni. Dari penerangan, ada bagtau yang mereka juga ada mengadakan beberapa aktivity untuk org asli disini. Kadang kala dorang buat kelas untuk ajar orang asli ni basic communication. Baguskan.. Bilangan penduduk disini juga sudah bertambah. Ada beberape rumah baru sedang dibina dikawasan ni. 

Tengah ari tadi aku ade tunjuk kawan aku gambar ni kat hp. aku cakap la x sangka aku jumpe org asli kat Royal Belum. Dia cakap la ni la orang peri bumi. betul2 orang asli bumi. Pastu aku tanye dia, abis kite ni org ape mummy? (aku panggil dia mummy sbb ikot anak dia. motip supaya aku sentiasa rase muda ^^). Mummy jawab kite orang bulan. Erkkkkkk.. bantai gelak same2. huhhuhuhu..
Janggel - http://janggeltrekking2.blogspot.com/
Afif - http://timetravelafif.blogspot.com/
Zara - http://zaraab.wordpress.com/
Kak Anash - http://anash-coconutz.blogspot.com/
Bya - http://travelleranatomy.blogspot.com/
Mas - http://masmz.blogspot.com/
Ely - http://mrspapi.blogspot.com/
Shahrul - http://mystoryisonlifetimes.blogspot.com/
Kak Lily - http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/
Icam - http://pengembaratumpangan.blogspot.com/

Gigih aku link satu2.. Demi sangat!!.. Btw nice meeting new friend. Shahrul, Hang Dhamin, Afif and Zara. Yang lain aku dah bertemu di redang dulu... Jgn malu2 ajak aku lagik yer... bleh gitu.

 Ok la.. To be continue... 

Monday, 14 April 2014

Thinking Of You Fan Meeting - Singapore 2014

Kite stop kejap citer pasal travel koya tu. Iklan jap Kpop event yang aku gi baru2 ni.. X berape nk baru la.. bulan lepas seblum aku gi Koya. Dah nak basi pun..



Actually ni Fanmeet ni aku mmg aim nak gi. Sebab ade Taeyang. Boleh gitu... Tapi macam xder la over excited. Sebab nk gi Korea kan.. Sure la nak kene spend duit kat sana nanti. TETIBE!!!! jeng jeng jeng... Adelah seseorang ni dok petik plak.. Kak Pae!! Jom!! Ni kot2 last tutttttt dapat gi Concert.. Cian kan... cewah. Maka aku pun ok lah gi SG setelah aku usha tic mmg x sold out. Mesti x sold out sbb xder TOP kan. Klu ade sure la sold out. 

Sampai2 jer kami x decide pun nak beli ticket yang mane dan akhirnyer kami pun dapatla tic dengan muka yang girang gumbire.. Dah lambat gak kami sebenarnyer. So xder la beratur.. trus jer ke arah Tujuan. Dengan pembelian tic kami dapat T shirt Free. Sign by Taeyang GD and Seungri.. Sape nk?? Sbb aku x muat.. ehehehe.. joking.. mestila aku nk simpan buat koleksi kan. hahahahaha.


Ni la ticket yang berjaya disambar. Coklat ni plak aku dapat sbb GD yang bagi. Harus x sampai hati nak makan kan.. Simpan buat kenangan katenyer. Concert sangat la daebak.. First as usual, G-Dragon la yang perform dulu. Leader katenyer kan.. After that Taeyang and last sekali Seungri. For me, lagu Taeyang mmg terbaik.. Ringga Lingga mmg Best. Taeyang!! waiting for your album... ^^. Sgt puas hati dengan performance. Worth to pay la kirenyer.. X sabar nak tunggu Big Bang comeback. Sure gempak gitu. Okelah.. Cikidout pic yang berjaya aku snap secara curik2.. Mase performance security sgt tight. Langsung x dapat..








Next concert?? May ade CNBlue Singapore..EXO Seoul... Aigooo.. Rasenyer macam tunggu EXO datang Singapore and Malaysia jer la kot. Harus mengawal diri!!!!

Monday, 7 April 2014

Korea Spring 2014 : Day 3 - Udo Island

Halo.. Moh la kite sambung cerita pasal Korea Spring 2014 ni. Beriya aku nak siapkan entry Korea ni secepat mungkin sebab merasakan bahang kebizian akan melanda. Jom kite zass..
Map ni motip nk tunjuk lokasi Udo Island.

Hari ke 3 kami ke plan ke Udo Island. Pulau kecik berdekatan dengan Jeju. Perjalanan menaiki ferry dalam 30 minit. Teringin ke Udo Island bile tgok Running man. Macam best jer kan. Untuk ke Udo Island kene amik ferry dari Seongsan Harbor. Untuk detail macam mane nak beli ticket ferry leh la cikidout blog ni. Sangat detail.


Setelah beli ticket deperti dalam blog diatas.. sebijik sama step dia. Kami pun masuk la kedalam Ferry. naik bahagian atas ferry. Konon konon nak feeling titanic kan.. Udara yang sejuk segar dengan bau laut. Memang feeling habis. Burung2 camar plak berterbangan. Macam drama kan korang bace.. Hahahaha.. Hakikatnyer aku seram tgok burung besar2 berterbangan. Bukan takut dengan burung tu tp takut kene tembakan najis.. Hahahaha. Serius burung besar dah macam itik.. Bayangkan sekali kene das creeeettt x ke penuh satu muka nanti. 

Burung2 ni banyak sebab ramai yang baik hati bagi makanan. Lantai ferry penuh ngan kesan najis. Hahahaha. So untuk keselamatan.. sila berdiri jauh dari kalangan mereka2 yang excited bagi burung makan. ^^



Sesampai jer di Udo Island kami disambut oleh Jetty yang tertulis Welcome to beautiful Udo. Wink2... Excited kan.. Sesampai saja mula2 kene pilih sama ada nak jalan kaki, basikal or ATV. Kompomla nak naik ATV kan.. press jer minyak kan.. Harapan mmg indah. Aku ingat dapatla sewa ATV. Walaupun price dia 25KWon selama 4 jam. Like i care la kan ngan price tu. cewah berlagak x. Sanggup weh byr tpppp. dia nak international lesen. Each of us!!! Dengggggg  mane celahnyer nak ader international lesen. Kak Liz sorang jer yang ade pun. So option kami mmg ngayuh basikal la jawabnyer. 10Kwon/4hr. Arghhh ruginyer!!! nak naik ATV!!!!! sob sob sob.





Dannn pilihan menaiki basikal mmg fail.. Hyaaaa mmg sumpah aku xmo naik basikal lagik. Kat Malaysia sumenyer diva naik kete kan. Tetibe plak nak mengayuh basikal. Aigooo kalau sumenyer tanah rata xpe weh. Sekali ade panjat bukit jenuh la mengayuh bagai nak rak!!.. Sesungguhnyer aku x salahkan basikal.. aku salahkan diri sendiri.. hahahaha..


Pantai kat Udo Island mmg cantik dan bersih. Ni kalau summer ni maunyer aku terjun laut weh. Serius tempting!!. Air laut yang jernih nampak kedasar.. Mujur la sejuk. Feeling2 jer la yang dapatnyer. 


Udo Island ni xder pape sangat pun. Kebanyakkan rumah dah sunyi sepi. Maybe dah ditinggalkan. Pulau yang kecil ni macam susah gak nak survive sebab xder peluang pekerjaan. Actually kedai makan pun x banyak. Kami dapat makan cekut ngan kacang jer. Giler lapar weh.. 



Kat sini pun ader woman diver yang gigh mencari rezeki. Girl power Ajumma!!. Seriusly daebak. Ajumma2 ni sume tua2 belaka. Boleh dive dalam air yang sejuk. Aigooo.. aku rase air guna kaki pun dah give up. Aku rase Ajumma ni mmg sejak kecik dah dive.


Kompom aku akan datang Udo Island lagik. Tapi dengan International lesen. Huhuhu...
Bagi yang nak datang sini... aku rase better you all bawak bekalan makanan cukup2. Pastu pada yang xder international lesen.. jgn la berangan nak naik ATV. Kalau sorang jer yang ade lesen bawak la kete sewa korang sekali.... Jenuh weh nk menapak... Anyway really nice place pada yang nak damai2 gitu..

Ok la.. to be continue...

Saturday, 5 April 2014

Korea Spring 2014 : Day 2 - Ilchulbong Sunrise Peak and Seopjikoji

Hari kedua kami bermula Jam 9.00am setelah masing2 tarik selimut. Aku pun sama tarik selimut selepas subuh. Harapan nak tengok matahari terbit tinggal harapan. Memasing keletihan sebab dok dalam flight non stop. huhu. Setalah sarapan ape yang ada kami pun siap2 nak panjat Sunrise Peak.

Ni kali ke2 aku nak memanjat Sunrise peak ni. Sebelumni masa summer aku panjat beriya tapi berkabus. So xder dapat ambil banyak gambar. Ape pun x nampak. Kali ni Spring Alhamdulillah langit cerah dan clear. harapan setinggi langit la kami nak mengambil gambar dari atas. 

Bekalan air harus dibawa dari bawah sebab kat atas xder kedai ke hape nak jual air. Dengan humidity yang rendah means udara kering tambah plak kompom akan tercungap2 nak bernapas akan menyebabkan tekak kering.

 Sebelum mendaki kite posing dulu.. wakakaka

 Ni view dr bawah jer.



 View from peak.

 Ni kawah Sunrise peak ni.






 Woman diver prepare to dive.. Awesome tul.

 See... Tu ajumma tadi. aku rase umur dia dalam 70kot. daebak tul.

Climbing sunrise peak 80% tangga. so sape yang berniat untuk panjat sampai ke puncak.. be prepare. Tapi memang berbaloi panjat. View sangat cantik. Tp kalau summer macam x best sangat sebab berkabus.

Sunrise peak
284-12, Ilchul-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
• 1330 Travel Hotline: +82-64-1330 (Korean, English, Japanese, Chinese) 
• For more info: +82-64-710-7923, +82-64-783-0959 (Korean)

Setelah penat memanjat Sunrise peak kami pun balik ke hotel. Maklumla ade kereta sendiri gitu kan. Boleh la relex2 buat ape yang suke. Kami makan dan solat di hotel. Dah kurang penat kami start engine kete ke Seopjikoji plak. Lokasi seopjikoji x berape jauh sangat dari Ilchubong sunrise peak. Untuk kali ke 3 datang disini.. Seopjikoji x pernah menghampakan. Tapi kenangan ribut salji kat sini masih segar dalam memori. Ngan begpacknyer tu kan.. aigooo..




 Sotong bakar jadi jajan kitorang. 


Seopjikoji x bertangga sgt. So xder la parah naw nak memanjat. Tapi aku rase kurang maintenance tempat ni. Maklumla masuk FOC. Cantik semula jadi jer. Tapi sekeliling kawasan ni dah ade byk pembangunan. Banyak apartment baru naik. Berape juta la agaknyer kan... 

Seopjikoji
261, Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
- Korea Travel Phone +82-64-1330 (English, Korean,Japanese, Chinese)
- For more info +82-64-782-2810 (Korean)

Misi menenagkan jiwa completed. Lega rasenyer dapat cuci mate dengan pemandangan yang indah ciptaan tuhan. Bersyukur sebab mampu menjejakkan kaki di sini.



Korea Spring 2014 : Day 1 - KL - Busan - Jeju.

Halooo... Here i'm.. Korea Again?.. Tak tau la nape aku suke sangat gi Korea. Target 2014 sebenarnyer Japan and Ausi tp what to do.. pantang kene petik kan. Lately ni ramai plak ajak gi Korea. Ada yang nak mintak jadik tourist guide lagik. Klu ikotkan hati sume nak tapi cuti xder plak. Kalaula cuti setahun sebulan kan best. kikiki.

Okeh la jom kite cikidout Trip Korea Spring plak.
Kali route kami ialah KL - Busan - Jeju - Gimpo - Busan. Actually sejak ade route Busan ni Incheon fare semakin mahal. Aigooo. Tapi disebabkan kami nak ke Jeju so ok la amik route Busan ni. 

Flight kami ke Busan jam 8.00am so aku dari JB terbang tengah malam dan tido di Tune Hotel. Saja nk lepak Tune Hotel sebab berdasarkan pengalaman, flight pagi ni akan menyebabkan pinggang macam nak patah dok dalam Flight 6 jam. Tambahan plak AA yang xder space utk org yang comel macam aku ni. So kite relex.. mandi2 siap2 kat Tune Hotel tu dulu.

Kami sampai di Busan salam jam 3.00 petang. Flight ke Jeju Jam 7.20pm. Lame la plak nk menunggu. Sebenarnyer ade jer Flight yang awal tp kami takut AA KL - Busan delay. Gimhae International Airport ade 2 bahagian. International and Domestic bersebelahan. Dah sampai awal ni kitorang pun meround la airport. nak biasakan dengan cuaca katenyer. Keluar jer airport kitorang terstop jap. Hyaaaaaa.. sejuk giler weh.. ni bukan sejuk tahap aircon. Ni tahap peti ais. Pening jap memikirkan baju dalam beg sume tema spring.

 Ni view kat luar airport. Mase ni aku terkejut sebab sejuk macam winter. Tertipu ngan forecast.

My travel buddy. First time travel together.

As usual.. flight ke Jeju semestinyer Jejuair. Aku pun x tau nape aku selalu guna Jejuair. Mayb sebab dia senang nak book online. Kami sampai Jeju dalam kul 8.00pm. Misi pertama setelah sampai ialah pick up kete sewa. Ni mmg first time untuk aku. So sama2 la kite meraba. Kami ke Kaunter KT-Kumho. Setelah tunjuk reservation online kami disuruh menaiki bas di Exit 10. Tunggu bas maksudnye kat luar airport la kan.. Dengan beg trollinyer aku menari2 kesejukkan tunggu bas. Nampak jer Kumho kami pun naik. Bas bawak kami ker lokasi sewa kereta. Tepi Jalan besar. 

Apa yang diperlukan untuk pick up kete.. Lesen International dan kad magic.. Setelah selesai kami dibawa ke kereta. Kia Morning merah menjadi kuda kami selam 3 hari.. huhuhu.. Kami amik mase yang lama untuk menyesuaikan diri. Kak Liz adjust setting. Maklumla Left driver side kan.. Jenuh la nak bagi confident drive. Aku lak dok setting GPS. Lokasi pertama harusla Hotel Ilchubong. 

Bagi yang nk tau camner untuk booking Kereta sile la ke Link dibawah.



Murah la kan. 3 hari 11 jam dengan 135,700Won. Sebelum ni kami nak book kereta dengan driver. Satu hari 135Kwon.. With same price kitorang dapat cover 3 hari dengan Morning. Daebak!!


Perjalan kami ke hotel agak sopan disebabkan En GPS menjerit klu lebih speed limit. Naik darah Kak Liz drive kete. Kak Liz tension kitorang bantai gelak. Kompom lain kali Kak Liz xmo dah drive. hahaha. Mian unnie.. Next time aku plak drive yer.. Kami sampai ke Ilchubong Hotel dlm Kul 9.30 mlm. Bagi yang nak ke Ilchubong sunrise peak, Hotel ni mmg dekat. Fully recommended. Dekat dengan kedai, ada lift and bersih. Price plak kitorang dapat 154Kwon untuk 2 malam. Bilik untuk 3 orang. Sorry la x snap picture plak. 

Ni alamat dan no tel hotel. Senang nak set kat GPS nanti.. ^^

Ilchulbong Hotel
Address: 261-2 Sungsan- ri, Sungsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-si, CJ, South Korea
Phone:+82 64-782-8801

Ok lah.. To be continue..

Wednesday, 5 February 2014

China Guangzhou 2013: Shopping Barang Hiasan Hantaran.

Hello. I will try to complete Entry China ni before next trip. Faizah.. tolong jangan malas yer. Jom kite sambung story China ni. 

Guangzhou dan Shopping mmg xleh dipisah kan. Since tema kali ni dah bertukar menjadi Jln2 shopping maka kami pun round2 la sekeliling Guangzhou utk habiskan duit. Boleh gitu. Actually my lil brother nak tunang so terasa this is the best time to shopping untuk barang hantaran. Kalau cakap pasal brg hantaran ni sangat la kene beli reben2.. paper2 la bagai kan. Seriously kat Guangzhou sangat la heaven. Barang2 tu semua Price 1 gulung = 1 Meter in Malaysia.... Bayangkannnnnnnn. Terjuling la mata aku nak memilih. Since dah tau warna tema maka mudah la sikit nk buat pilihan. Tapi masuk kedai ni xyah nak diva sangat setakat nak beli segulung dua. Dia tanye nk berape dosen trus. So kitorang buat muka sadin la cakap nk sikit jer. So tokey macam malas nk layan. Sedih x leh nk jd diva.. huhuhu

Kedai padat giler ngan barang2 tema kawen2 ni.

Dah la kak.. xyah la propa.. ko beli ape y aku beli kan.. kikikiki

Kompom x lepas EHS ni. Susun sampai ke ceiling ha.

Kedai2 kat sini sume kecik2 jer tp mak datuk penuh kedai tu. Name it nk carik ape.. semua ade. Klu korang cakap stakat nk Window shopping.. xder maknanyer. Kompom balik hotel tangan penuh beg plastik.
Aku x ingat dah berape kali kitorang kluar duit kat ATM gara2 x cukup budget. Kebetulan ada ATM seblah hotel. Mmg xder masalah nk keluarkan duit. Conversion Maybank okla. takla mahal sangat. Not that cheap but acceptable. Xpela bukan keluarkan beribu2 sangat pun kan.  


After that kitorang pusing2 carik kotak and paper bag for door gift. Pilih jer la korang nk patern camner. Price dia xder la murah sangat tp still lebih murah dari Malaysia. Consider your luggage before buy. Paper bag kan kite klu beli nak banyak and flight luggage x murah kan. So klu just nk beli sikit ok la. if not aku x rase worth it. Since aku nak pakai sikit jer beli jer la. Bersama2 kotak hantaran. Cantek2. Kotak hantaran sangat berbaloi beli sbb price dia almost 3 to 4 kali lebih murah.

Berbagai2 warna disitu.. pilih2..

Ni anak tokey kotak

Pada yang nk carik kedai ni meh aku bagi arah tujuan. A adalah continental hotel tempat kitorang stay. Dekat dengan Beijing road. B plak Haizu Square. Sepanjang perjalanan ke Haizu Square tu ade la kedai2 jual memacam so actually jauh gak berjalan tp aku prefer walking daripada using taxi. Maklumla aku kan ade banyak tenaga tersimpan secara tepu di badan. So harus gunekan tenaga tepu tersimpan tu. hahahahaha. Area ni xder subway. 



Okeyla... Next entry aku story tempat shopping beg plak. Kasi juling itu mate... ^____^