Followers

Thursday, 26 November 2015

Blue Sea and Sky: Boracay

Lame dah aku simpan Entry Boracay ni. Disebabkan berlaku kesibukkan yang agak luar jangkaan maka entry ni tertunda sehingga aku balik Korea. Since skang buat part time Agent Insuren Prudential Takaful. Masa tu terlalu bernilai. Sapa sapa nk dapatkan Polisi Takaful leh la roger saya :).

Actually trip Boracay ni mcm last minute plan jugakla. So ade y meredah ade yang plan. Entry kali ni kite bercerita melalui gambar jer la. Jom cikidout.

Kami fly from KL kul 10 pagi. Mase ni Jerebus di KL tahap kritikal.. Dapat tgok langit biru mmg feel awesome sangat.

Airport Kalibo ni kecik je.. Kluar dari airport ramai la promote transport ke Jetty. Perjalanan mengambil mase 2 Jam. Setelah tambah tolak kali bagi... kami decide amik kereta ke Jetty. 

 Sampai lebih awal dari yang dijangka kami pun ke kaunter ticket.

 Ade 3 fees yang kene bayar. Ferry, terminal dan environmental fees. Total 200peso.

 Isi form entry kat sini. Dalam Jetty.

 Here we go.. Ayuh..

Perjalanan ke menaiki boat dr Jetty to Jetty hanye 20 min sahaja. Dari Jetty ke hotel kami menaiki tricycle.

Disini la Hostel kami. Pito Hut. Kat Station 3

 Sebelum tu ayuh kite check in dulu.

 Hari ni kami xder plan ape2 activity sbb dah agak petang sampai. So kali layan pantai jer la. Masing2 pun dah kepenatan disebabkan perjalanan yang agak jauh. Complete ngan flight, Kereta dan boat. Pengsan!!

 Hari ke2 pagi pagi excited la kami ke pantai. Ape plak yang local buat pepagi nih??

Ha nampak tu. Depa dok kutip sampah sepanjang pantai. Nilah agaknye Environmental fees tu digunakan. Patutla pantai xde sampah langsung.


Aktiviti kami harini ialah island hopping dan snorkeling. Bapok mahal sewa snorkeling tools. Nk dekat rm50. So sape2 nk jimat sile la bawak sendiri. 

Ni cave kat Crystal Cove. Dalam ni boleh mandi. Air tenang and jernih tapi xder coral.

View kat Crystal Cove. Private island 

Cantik deco dia.,

Yang terjebak ngan basah2 saya sorang huhu.. Ni la Partner in crime.

Satu lagik cave. Try jugak.. Yang ni mmg best snorkeling.

Dah penat kami pun balik. Ade satu lagik tempa kami skip sbb laut bergelora. Otw balik nampak benda ni.. ade beran??

Ni la Lunch kami.. Not so perfect to acceptable.
Kami x cerewet n x byk komplen. memasing dah lapo.

Esoknye pepagi kami naik ATV plak. 

Naik ATV sampai ke puncak Mt Luho. Pastu panjat tangga sampai kat observation deck. 

View dr puncak mmg cun tp panas yang amats.

Sempat la posing jap.


Jom pulang ke pangkal Jalan. Reminder yer. korang mase mula2 nk naik ade camera man dok amik gambar. cakap la awal2 korang xnk. Kalau x kene beli gambar yang diorang print. Mahal plak tu.

Makan seafood lagik. Kat area ni ade pasar yang jual seafood. korang beli kemudian bawak ke kedai soh masakkan. Harga seafood agak murah. Tp upah masak leh tahan jugakla. total murah sikit je dr kat Malaysia. Tapi mmg fresh la..

Kami mampu amik gambar jekkk

Memacam ade. Sile tawar separuh harga. 

Kedai ni la kami gi. Dia agak terpelosok jauh sikit. Akak kedai ni penah dok Malaysia. So Masakan ala2 Malaysia. Jgn high expectation sgt tp Boleh tahan la.

Tudung biru tu akak kedai ni. Kalau korang datang sini bawak la brg2 rare mcm belacan, asam keping, asam jawa ke, rempah rendang dan sewaktu dengannye. Akak ni nk masak memacam tp xder bahan tu kat sana.

Gerai No 122. Kat station 2. 

Petangnye kami nak gi sailing. Time2 sunset. Mmg best. Nak jimat punye pasal share ngan warga Korea. Honeymoon kot. Kat sini ramai giler org korea. Sampai aku pun naik kompius. Rupenye AA ade route Korea - Kalibo. Ha patutleeee. Depa makan seafood like king!!. Maklumla duit beso. Jeles tau..

Selfie!!

Sunset..

Lagik Sunset.

Dan Lagik!!

Ok tu je. Bye..

Pada sesiapa yang datang sini bwkla duit byk2 sikit. Pada aku Borocay Mahal!! Klu gi Lombok bawak RM500 leh senyum tp dtg sini bawak RM1000 pun belum boleh senyum. sume nk tips.. pengsan. Tp still mmg best... 




1 comment:

  1. cantiknya tempat ni. btw done folo, folo me back k ;)

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^