Followers

Wednesday 28 May 2014

Taman Negara Pahang : Part 3 - Sungai Tahan

Halooo.. Ayuh kite teruskan cerita pasal Taman Negara Pahang. Jari aku rajin plak nak menaip pepetang ni. 

Bersambung la dari enry lepas, pasal jungle trekking kan. Belah petangnyer kami ke Kelah Sanctuary plak. Mula mula kami macam xnak masukkan Kelah Sanctuary ni sbb mahal cost dia. Satu boat hanye boleh muat 4 orang jer. So kami kene la amik 2 sampan. Tapi Masmona beriya kate best maka harusla aku kate nak gi. Klu x best mesti mas kene pukul. Nasib best.


Perjalanan mengambil masa 40 minit one way. Bot xleh laju sangat sebab sungai cetek dan berbatu. Tambahan plak kite menentang arus. Semakin dalam menyusuri sungai.. Pemandangan semakin cantik. Udara segar tul.. mmg mengerap ion2 positive la katenyer.. 


Laluan penuh cabaran oleh pemandu boat. Pandai tul dorang ingat jalan. Siap cilok2 gitu. Abg Mahadi kate sekarang mujur ade air byk. Kalau x kene tolak boat. OMG.. mujur kann. klu x maybe berejam la baru nak sampai. Jomla kite Zasss gambar sepanjang sungai ni. Korang layan la gambar yang aku snap gune camera cikai nih. Doakan aku kaya cepat leh beli yang sanggeh sikit.


Selfie ngan org belakang




Perhentian pertama kami di Lata Berkoh. Actually bot xleh sampai sini. Maka kami kene berjalan menyusuri danai. Harapan mmg indah nk sampai ke tempat ni kene la menapak selama 15 min one way. Menyusuri akar2 kayu tu.. aigoo kagum ngan diri sendiri jap. Sesampai jer.... ngeeeeeeeeee byk lebah.

Sempat gak selfie bersama lebah. Nampak x seekor kat muka Janggel tuh.


Ni la Lata bekoh tu. Ala2 best klu nak mandi sini. Sekarang musim bunga. Banyak lebah. xleh mandi sini. So kami plan nk mandi kat Kelah Sanctuary. Mase ni hujan plak. Sorry la x dpt nak amik gambar. Korang google jer la gambar dia. Bleh gitu. Air kat kelah sanctuary ni x berape nk best sbb semalam hujan. So air x cantik. So kami bagi makan ikan kelah jer. Kelah pun dah kenyang sbb ramai naw y bagi makan gamaknyer. Abg Mahadi bawak kami ke satu lubuk baiknyer tuk mandi.. Mandi bersama mat salleh gitu... kikiki


Selepas puas berendam kami pun pulang ke pangkal jalan. Pada malamnyer plak kami naik lorry nak masuk Night Safari gitu. Lepas magrib kami pun bersiap tuk gerak. Misi skodeng binatang liar pun bermula... mula2 kami nampak burung tido.. After kene suluh dia nyorok. Pastu kami jumpe Kucing hutan. X sempat nk snap gambar dia dah lompat nyorok. Pemalu sangat.. Kemudian nampak lagik beberape ekor burung sedang tdo dan akhir sekali Burung Hantu ni. Bile sebut burung hantu tetibe Aqilah cakap.. mummy takut.. aku pelik jap, dr tadik dok bergelap x takut. Rupenyer dia imagine hantu. anak sape la ni.. kikikiki

Aku zoom habis dah ni. ni le hasilnyer.

As usual activity wajib kami ialah selfie. Atas lorry yang sedang bergerak pon boleh tuh..

Dah penat meronda kami balik trus la tdo. maklumla seharian bekerja keras gitu... Esoknyer plak lepas dalam kul 10 kami gerak ke Jerantut. Lunch makan ikan patin katenyer.

 Siap kene beratur tuhhhhhh... Ni klu x sedap mau telungkup meja.

 RM 10 semangkuk

Na and Aqilah sedang menikmati makanan.

Okeh la... total cost activity kami:-
1. Bilik dorm for 2 malam 
2. Kelah Sanctuary
3. Jungle Treckking
4. Nigh Safari
5. Ronde sungai + mandi manda

Total RM 210

Makan self pay yer.. tu cost activity sahaja... Tamat la Sudah Entry Taman Negara... Bertemu lagik Entry tema Visit Malaysia akan datang ^^



6 comments:

  1. menariknya:)my wishlist.hopefully, diz year dapat g taman negara:)

    ReplyDelete
  2. sbaik la tak kene tolak boat..

    cantik gmbr!!

    salam kenal:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kene tolak boay mmg jenuh la...
      thanks sbb sudi bace blog i y syok sendiri nih.. huhu

      Delete
  3. serik tak dengan kami?
    hahahaha

    best cuti dalam malaysia je...kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x serik la kak... ajak lagik tau.. kikiki

      Delete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^