Salam hujung minggu semua... Entry kali ni kite story mory plak pasal DolceVita. Pada Kpop fan lagik2 Bigbang fan maybe dah tau tp pada sape2 yang xtau lagik kite intro dulu la Dolce Vita ni. Dolce Vita ni G-Dragon beli kemudian dia bagi kat appa dia utk run. Pension Dolcevita ni terletak kat Pocheon. Lebih kurang 1 Jam dari Seoul. Pocheon ni macam kawasan tanah tinggi. So udara kat sini lebih segar san sejuk compare dengan Seoul.
Sebelum tu aku cite dulu camner nak sampai kesini.
1. Mula kene gi Gongseoul Bus terminal.
a) Amik Bas 6705 (Jamsil) kat Floor Gate 4B, 11A dan kluar kat Dongseoul bus terminal
b) Amik Icheon bus dan stop kat Dongseoul Bas Terminal
c) Amik Subway turun kat Gangbyeon Station line 2 exit 4
2. Daripada Dongseoul Bus Station beli tic ke Ildong Bus Terminal. Perjalanan mengambil mase 1 jam.
3. Setelah sampai tunggu depan Lotteria dan call penssion (010 8384 8180). Tunggu 10 min, nanti ade la seseorang datang amik korang. Klu bernasib baik appa GD yang kutip korang. huhuhu. Mase aku gi makcik GD yang kutip ^^
Makcik GD ni leh speaking English yang hado jer. Dia layan kami dengan baik sekali. Actually bilik kami book ialah Butterfly. 150Kwon + 50Kwon for extra bed. Tp since mase kami datang x ramai guest maka unnie kate dia bagi kami bilik Haru Haru with same price. Hoyeeee... Original price 200kWon + 50Kwon for extra bed. Jom Cikidout bilik Haru Haru ni...
Katil ngan extra bed huhu.. nampak tak tepi tu.
Ada Sofa ngan bantal bucuk.
Lengkap dengan pinggan mangkuk. Correll ok.
Toilet pun bersih.
Boleh masak2.. Siap ade periuk nasik lagik.
Sangat berpuas hati dengan bilik Haru Haru ni.. Best sangat. Sedang kami rehat2 tetibe pintu bilik kene ketuk.. Suspen jap. Sape plak yang datang kan. Rupe rupenyer bapak GD datang menyapa kami...Arghhh best giler.. Kak Liz ngan Kak Anis dah second time so diorang kenalkan aku kat Bapak GD. Macam x caya.. Bapak GD weh.... GDragon... Big Bang weh.... Cubit pipi..
Dah puas golek2 lepaskan penat Kitorang masuk Cafe dia.. Deco mmg terbaik... Gambar GD sebesar alam.. Mintak maaf xleh letak kat sini sbb nampak pusat.. hahahaha.. sexy gitu.
Korang tau x nape Piano ni sgt special?? cube teka... Kompom la dia milik GD kan tp yang paling special Piano ni la GD main mase buat MV Who you. Nanti kat bawah aku bagi link Mv tu.
Xkan amik gambar jer kan.. Harus la main sekali.. Propa jer.. aku x pandai pun main Piano ni... Kan best klu pandai main kan kan kannnn..
Ni la MV Who You tu... Cikidout.
Hari Semakin petang. Kami layan tasik dan kawasan persekitaran.. Damai dihati gitu. Aku suke sangat tempat ni.. Dalam cuaca yang sejuk2.. ngadap tasik.. pastu burung berkicauan.. damai betul. Sesuai la klu nk rehat2 release stress.
Ni lah Dolce Vita.
Ni Plak tasik depan pension
Sampai kepetang kami jejalan tepi tasik..
Belah malamnyer kami masak nasik goreng. Aku ade bawak perencah nasik goreng Adabi. Kak Anis plak ade bawak beras sekilo. Kenyang memasing. Malam xder ape yang boleh dilakukan. sbb mmg gelab gelita kawasan ni. Tp mmg ade Wifi sepantas kilat. Maka dolot la ape yang boleh kan.. Ni klu ade lappy ni mau byk drama aku dolot.
Esok paginyer aku kluar lepak tepi tasik lagik.. Enjoy semaksima yang mungkin sebelum check out. Lepas kemas2 untuk checkout kami lepak dulu kat Cafe. Pastu unnie datang bukak mv GD. gegeh lekat memasing xmo balik.. Suke sangat ngan unnie ni.. baik betul. Appa GD ade datang dan kami tanye la.. GD not coming??? Appa jawab.. GD everyday here.. sambil tunjuk poster GD.. hahahaha. Pandai buat lawak bapak mentua aku ni.. kiki. Kitorang dok panggil ajushi (pakcik) tp unnie kate jgn panggil ajushi... dia x suka.. Panggil sasannim (Encik/tuan). Oooooo baru aku tau.. aku mane tau. So sesiape jumpe appa GD ni sile la panggil Sasannim.
Unnie hantar kami ke Stesen bas untuk balik ke Seoul. 2 girl china tu dari Taiwan. Dia pun nak balik Seoul gak. Lelaki berbaju army tu plak ade kisahnyer. Masa nak naik bas kami tanye dia naik bas yang mane. Pastu dia cakap just follow him. Bile bas sampai dia ajak kami naik tp bas ni penuh. ade 1 seat jer. Kirenyer klu dia nak naik mmg boleh tp tetibe dia turun balik. Dia kate xpe dia ade byk mase untuk tunggu. Uikkk.. pastu dia cerita la yang harini lastday dia kat army. Kire dah tamat perkhidmatan la kan. So dia sangat gumbire. Dia kate dia ade byk masa. Dia nak balik Busan. Dia la yang tolong angkat beg kami.. Sgt baik.. Siap ambil gambar bersama gitu. Mamat ni ade contact kami. rupenyer dia student. Universiti kat Busan.
Okeh... Itulah kisah kami di DolceVita... pada sesiape yang nk dtg try la book kat dolcebita.co.kr
Till then.. anyeong...