Followers

Saturday, 23 February 2013

Miss A - The Independent Showcase in Singapore

This is For All The Independent Lady..

Kerlass gitu.. Mmg sesuai la kan dengan aku.. Independent lady gitu. Actually ni la first time aku gi hall The Star Theather ni. Hall ni mmg deabak. Selesa dan view mmg terbaik. Dengan tic sgd37 aku rase berbaloi la. Tp banyak2 fanmeet yang penah aku pegi, fanmeet Kim Hyun Joong mmg yang paling terbaik!!!. Harga dia pun terbaik kan. hahahaha. Pitam jap nak bayo. Most of Fanmeet akan handshake pada tic yang mahal jer aka VIP tp Hyun Joong semua fan!!!!!.. aku rase mau rabak bahu dia. Okeh meh kite jengah gambar2 mase aku redah Miss A aritu. Showcase ni diadakan di The Star Theater Singapore.



Ni view dr camera tanpa zoom. Macam kecik lak kan. Jelas klu dengan mata sebenarnyer.
Banyak seat kosong. Kurang peminat la Miss A ni. Kene keje kuat2 lagik.

Aku amat bias Suzy. So banyak la pic suzy. Kikiki

Min pandai English. Xder la pandai sgt. suam2 kuku. sbb aku rase banyak jer salah jawab. hahahaha. Fei lak pandai manderin. Jai pun sama. Suzy ape pun x paham. hahahaha 


Okeh ni lak Video yang berjaya aku amik.






Banyak la video tp malas nk edit.. hehehehe

Okeh byk lagik pic. sile la skodeng kat FB Iza Hyun J. Sile la search FB aku yer.. My next FanMeet ialah Boyfriend. Hahaha aku dah berjaya gode 2 orang lagik kawan Kpop aku join. kikikikiki


Friday, 15 February 2013

Kota kinabalu - Finale

Ada terstop jap sbb tetibe dok excited nak gi jumpe Miss A dan Boyfriend. okeh meh kite sambung lagik pasal KK ni. Kang klu stop lame2 kompom basi pasti malas dah.

Sebelum gi jejalan aku kene carik CC sbb nak print boarding pass. Sengal aku pi print y pegi jer. 2 helai. Sengal kan. pastu x check. Tanye kat Daya hotel punyer kaunter mane CC trus dia tunjuk PC depan kat lobby ni. Print selai RM 1. Sejam RM 1. bile nak bayar budak kaunter tu kate Eh kejap jer.. RM 2 jelahhh.. Aku blur plak ngan perkataan jelah tu.. aku guna 5 min je. nape jelahhh... ok abaikan.. 




Since mmg dari awal mmg x plan nk gi jejauh merayap so last day kite repeat lagik jejalan kat kawasan2 berdekatan ngan Daya hotel. Misi kali ni mmg relex2 soping atau window soping jer bb poket dah ranap. Memenuhi kiriman2 rerakan sekalian y last minute. huhuhu. Mujur dalam Malaysia. Senang nak carik ATM. sape y kirim memahal tu aku guna la card magic.


Ni pasar ikan masin tu. macam2 hade. entah hape y x penah nampak pun ada. Aku beli la ikan terubuk, udang kering dan ikan bilis. giler cantek ikan bilis ngan udang kering dia. rase nak beli byk jer tppppp aku y kedekut ni lupe nak add luggage. Maka segalanyer limited to 7kg sahaja. Nyesal!!. 

 

Pastu sambung lagik menjulingkan mata tgok mutiara2 ni... Ahad pagi pasar malam x bukak la kan. So abis aku tawaf pasar philiphine ni. 

Dah penat tawaf aku masuk shopping complex lak. Niat dihati nak carik selipar sbb aku tgok selipar aku macam dah x lame dah. Dapat la jugak sebat satu. Murah2 jer. Maka y lame masuk tong sampah la yer. On the way balik hotel aku singgh santap kat KFC. kang kebulur lak nk balik JB nih.

Balik hotel aku pack2 barang dah timbang. Erkkkk 8kg... ottoke??? hehehe mari kite gune black magic... Aku kuarkan sikit barang letak kat beg kecik. hehehe. Okeh balik time... 


Ni lak beg y berjasa tuk travel kali ni... Mr Cooolll.. k abis dah bye..

Thursday, 14 February 2013

Going to meet Miss A and Boyfriend..

Mode Kpop activated!!!.. Kenal Miss A tak?? kenal suzy??? hurmmm Kpop fan klu x kenal suzy mmg x sah la kan. Miss A akan datang singapore 16 Feb ni. Niat awal cume nak stalk jer. Tetibe tangan ni terbukak lak web SISTIC. CNY sale???? klik punye klik tic Miss A ada less 40%. Giler kentang murah kot. Since aku xder la minat hard core so aku pilih la seat paling murah. After sale sd 37. Actually pengalaman aku klu gi kat singapore ni x penah hampa. Sebab event kat hall yang kecik. so murah pun kompom leh nampak retis kat stage. So sape2 y nak jumpe suzy dengan tic murah ni cepattttt... tic still available... pali2. 


Klik2 lagik eh boyfriend pun CNY sale. Event ni bulan March. Sebulan lagik. same price. Aku amik y murah sekali. CNY promo sampai 25 Feb. Sempat lagik nak pk2. Aku beli jer sebab aku rase murah dah nk tgok la dorang ni best ker x. Selalunyer aku x penah keciwa. harap2 kali ni x keciwe la yer.. Boyfriend.... sile training kuat2 yer. hahahahaha...


Bulan 4 aku spare tuk CN Blue ngan Hyun Bin. Hurmmm harap2 dapat tic. Aku rase CN Blue mesti sold out... Hwaiting!!!

Wednesday, 13 February 2013

Kota Kinabalu Day 2 - Berduyungan

Hari ke2 aku plan nak buat island hopping. Pepagi aku bangun sbb katenyer sabah kan cepat terangnyer. Lepas sarapan kat hotel kenyang2 aku pun naik teksi ke Jetty. Cis aku ingat jauh naw la jetty tu sampai nak naik taxi. 5 min pun x sampai. Kene cas sampai RM10. Nyesal.. klu menapak pun boleh jer sampai. Sesampai jer kat Jetty nak mencari ticket. So aku plan nak gi 2 pulai jer. Tapi after riki2 kat kaunter disebabkan aku sorang aku cume boleh gi 1 pulau jer.. cissscake!!!! pasrah.



Aku gi Pulau Mamutik. Aku pun x tau nape aku pilih pulai ni. Sebenarnyer aku main petik jer. After beli tic kene la tunggu.. Sementara tunggu tu kite godeh2 la camera.

Ni gune Camera Lumix power shoot

Ni Guna Galaxy Note aku. Sengal main compare2 lak kan...

Dekat jer Pulai Mamutik ni. Naik boat dalam 10 min jer kot. Disebabkan aku sampai pagi so masih x ramai orang. Boleh la aku pusing2 dulu. Aku sewa Snorkeling set kat dalam pulau. Kene deposit RM 60. Sewa RM20. Sewa mahal ckit compare kat Jetty tp kat jetty tu korang kene redho jer la jacket dah berkarat. Sewa kat jetty RM15 xdok deposit. So excited la aku nk snorkeling tp hati gundah gelana nak tinggal beg y penuh ngan harta karun kat pantai tu. Dengggg... Wallet lak penuh ngan duit kan.. kang klu ilang ni mau menangis air mate darah. So aku snorkeling pun dekat2 jer ala2 nampak la beg aku tu. Coral xder yang menarik pun. Mane la nak lawan Coral kat Pulau Redang tu... Tetibe rindu kat Redang. End up aku naik darat ala2 nk lepakking jer la kat tempat y jauh2 sikit ala2 nak teayon2 huhuhu tenang2 sun bath.






So Misi lepak berterusan dari kul 9.30 sampai la 2 petang. Orang makin ramai bile dah tgh hari. Dari snorkeling aku duduk2 makan kacang pastu jd duyung di tengah hari bute ala2 nak bagi gelap sikit muka aku y putih melepak ni... hasil mmg lumayan. cukup utk dibawa ke JB. sikit lagik nk rupe negro aku ni dah. 

Pada aku pulau mamutik ni agak cantik tapi sayang kebersihan pulau ni x dijaga. banyak botol2 plastik kat tepi pantai. hurmm agak keciwa disitu. Kul 2 aku pun kembali ke pangkal jalan. Kali ni aku decide nak menapak jer. Dekat jer pun. Dalam 15 min dah sampai dah. Dok berenang2 td aku dah penat... mandi2 aku pun pengsan la... 


Malam nyer plak aku makan tempat semalam. Lauk sama tp ikan lain la. Kompius aku. Ikan RM12, Kangkung belacan RM 5. Nasik putih ngan air Nes total RM 25. Aitt xkan nasik puting ngan air nes RM8?? adakah servis tax??? Since perut dah kenyang aku bayo jer la..

Misi seterusnya aku nak carik pasar philiphine nagn pasar malam y dikatekan murah tu. Pasar2 ni terletak berhadapan Le Meridien Hotel. Selepas pusing2 aku pun compare2 la price pasar philiphine ngan pasar malam ni. Pada aku pasar philiphine ni mmg ada yang mahal tp ada jer kedai yang murah. kene la pandai pilih. Satu kedai kat pasar philiphine yang mmg aku banyak beli ialah gerai no 93. Sales girl kedai ni mmg baik. aku beli banyak la gak. Dpt free gift lagik. Nama sales girl dia Nabila. Nabila cakap lokasi kedai akan berubah setiap 6 bulan. nak bagi fair. Cabut undi. So klu nak carik kedai ni sila la call Nabila. 014-3556692. Dia kate klu sape2 nk carik kedai dia soh call dulu. Pasar malam mmg murah tp kene pandai pilih sbb banyak sangat yang fake. Tp klu korang nk beli broch leh la beli kat pasar malam sbb mmg lebih murah kat sini.




Rambang mata aku dok pilih.. banyak gak aku beli tuk family and kawan2.. Dah rase kempes wallet aku ni, aku pun balik hotel... 

Till then..

Tuesday, 12 February 2013

Kota kinabalu - redah sorang2.

Dah lame aku nak merase jejalan sesorang. nak feel la konon ape la rase jejalan survive sesorang. As a beginner aku choose kk sebagai destinasi percubaan. Kalau sesat pun aku dalam Malaysia lagik. Dengan ticket yang sangat tibe2 dengan price y murah giler aku pun fly la ke KK bersendirian. 

Sepanjang penerbangan aku di  hidangkan dengan pelbagai bunyik suara manusia dah macam dalam bas tambang dah.. Bertabah jer la. Apa y aku nk harapkan dengan ticket RM 18 return kannn.. Klu aku bayar mahal mau jer aku ketuk sorang2. Aku amik tic petang dan sampai ke KK jam 10 malam. Dengan muka diva (cover cuak) aku trus ke kaunter airport taxi. Dari Jauh aku tgok kat kaunter macam xder orang. Dalam hati ah sudah... mati aku. Tetibe jeng3 aku nampak cik kaunter taxi bgn dr tempat duduk. kikikiki. sambung buat muka diva mintak taxi ke Daya Hotel. Price dari Lapangan Terbang ke Pusat bandar Kota Kinabalu adalah RM 30. Since aku dah wat research so relex jer la bayar. 

Cik Kaunter pun bagi aku resit. Aku pun tanye la kat mana saya nak naik taxi. Dia jawab sepatah jer. Kat Luar. Dengggg!!! aku tau la kat luar. xkan la taxi nk masuk dalam bangunan Airport ni. Aku pun senyum dan ucap Terima kasih. Nampaknyer dah xleh wat muka diva. So aku pun buat muka blur. Melangkah jer kuar Airpot aku tgok byk cap beratur kat luar. Aku disapa oleh abang taxi. Selepas tunjuk resit dia pun tunjuk arah. 

Pejalanan ke pusat bandar dalam 15 min. Disebabkan aku dah dapat tic murah gaban dan sesorang, aku decide nak dok hotel y ok sikit. So aku dah book kat Agoda. Daya hotel ni ngan price RM100 per night. Ni lah bilik aku. sengal dok sesorang dengan katil double single. cet..




Agak berpuas hati dengan keadaan bilik yang bersih. Edisi meronda2 malam bermula. Lapa dokk. misi pertama ialah carik tempat makan. Selepas berpusing2 dikeliling dalam 20 min dengan perut yang lapa yang amat akhirnyer aku jumpe la tempat makan ikan bakar. ho yeeee. Tempat makan ni terletak berdekatan dengan Hotel Hyatt. Sbb aku sorang, menu aku harusla simple janji perut kenyang. Ikan bakar, kangkung belacan dan nasik puteh. Air Nes.. Dalam pada nak tunggu makanan aku sampai meja aku dah penuh dengan garam, gula, lada, limau, kicap, sambal, air. Ah sudah. ni pekaj masak sendiri ke hape ni. Blur dah aku ni. 





Jeng3.. lauk pun sampai. Nasib xyah masak sendiri. huahahaha. RM 19.50. Okey la. Perut dah kenyang kaki pun dah penat. aku pun balik hotel tuk tdo. Sambung esok lak merayap. Actually aku penat arini sbb direct dr tempat keje. Sok kite gi pulau lak.

Till Then....