Followers

Thursday 4 October 2012

Day 1: Brunei Chill2 out2...

Keje banyak x siap tp bos aku dah tau y aku akan cuti esok. macam x ikhlas jek nak bagi aku cuti. Nak balik macam2 lak dia minta. Aku nak kene balik umah sewa amik beg pastu nk kene gi umah member sbb nk mintak tlg dia anto nih. Dengan kurang ajar asamnyer aku balik dengan 1 lagik y dia mintak aku abaikan. wakakaka jahatnyer aku. Tepat jam 5.30 ptg aku pun cabut. Blk umah mandi2 siap2 pastu gi umah anong. Anong masak spegeti jawa tuk aku. kikiki. bertambah ooo. sedap y amat. sempat gak tumpang solat isyak kat umah anong. dalam kul 9.30mlm anong pun hantar la aku ke airpot. Cik kak yantot dah tersadai muka sedih tunggu aku. Tetibe dia kate mak kite dah tinggalkan kite... Tergelak jap aku. siot jer. Dah tua bangka kot. Agak2 dah nak timing kami pun check in. maceh anong sbb antokan aku. Lebiu

Okeh mase tuk terbang.... mewah x aku gi kl naik flight... ngade kan... kebetulan ada tic murah jb kl rm 150. murah ker?? btw still not bad klu nk compare naik bas jb to tbs to lcct. lcct to tbs to jb. dan jimat mase dah tenaga. wah gitu. gaya orang kaya x.... hehehe. kami sampai ke lcct dalam kul 11 lebih. Ronda2 carik plug. nak cas hp. last2 kami lepak kat mcd sambil minum2 milo ais n gode2 hp. Aku dah tak larat dah mase ni. mate dah sayup2 jek. last2 dalam kul 2 pg aku serender. jom carik port tdo.. kami tdo dicelah2 tiang. Baik punye bentang kain batik. tdooooo.

Bebangun pagi tetibe riuh giler. aku pelik betul. rupenyer dah kul 5 dan y azabnyer rupenyer aku landing seblah nepal trolly nyer locker air. Dorang bukak locker nak letak botol air bukan main haru biru nyer. saje la tu dengki aku nah dap tdo. cissscake... oke la bangun pastu carik surau nak bertaubat. Lepas bertaubat kami pun masuk la. tgok orang dah beratur nak boarding.

Dalam fligt nothing much. aku sambing tdo jer la walaupun bau nasik lemak menusuk kalbu aku abaikan jek. Sesampai jer kat bandar sri begawan dalam kul 9pg. Kami y bertema chill2 ni pun relex2 nak carik imformation center nak amik pete ngan pamplete konon2nyer. Hape pun x sempat setadi. Yang kami bawak beg, rb100 pastu rm 750 masing2. Sesampai jek kat imformation center xdek orang. ohmai ni bala. Kami pun bertanye la di kaunter2 lain. rupenye kakak kaunter pertanyaan ke toilet. Cis wat kelakar seram lak dia.

Dah tanye ape y kami perlukan. Berbekal kan sekeping majalah y sangat rojak pasal borneo kami pun keluar dari airport naik bas purple yang penuh dengan pekerja2 indonesia. Bas y nk roboh ni lalu kawasan perumahan dan jalan2 kg. Ohmai... ni ker brunei. arah tuju kami ke rumah belia. bace2 kat LP rumah belia ni rate paling murah. rb10/head. Murah giler ok. Setelah nebes dan kompius y amat dlm bas tu kami pun sampai ke rumah belia tu. Tetiba ada notis y ianye ditutup sempena pengantin diraja. haduhhhh camner nih. kene la kami ke option no 2 which is K.H Soon. Ape y kami bace di lp rate dia rb38. perhead ker?? matii..

Pusat belia yang x sudi terime kami T_T

Ni jer la yang kami mampoo...

Setelah meronda2 guna gps atas paper jumpe la jugak. Rate rb38/room. lege nyerr. ni sume nk jimat punye pasal. Bilik mmg asal boleh. Toilet kat luar. So la asal boleh. Mujur aku ngan yantot sgt la relex2 x cerewet. sesampai jer kat bilik aku baring dan trus padammmmm. giler penat. Padahal ape pun x buat lagik. Tdo x ingat donia. sedar2 dah kul3. Lepas solat kami pun menuju ke bawah aras 2 ada ala2 travel agent nak korek maklumat lagik gamaknyer. Kemudian kami ke kedai makan. Terjaga pun disebabkan naga2 dah mengaruk x ingat donia. Setelah pusing2 kami decide nak makan di kedai a'cafe. Kedai makan ni nampak mcam ok dan ada wifi. 

 Tengah2 bandar Sri begawan.
Pasar tepi sungai

Menu kami petang ni set. Ada ambuyat, nasi putih, ikan, daging dan sayur. Bleh pilih nak masak ape. Bagus x... setelah licin nasik n lauk konon2 nk try ambuyat. Ambuyat ni diperbuat dari tepung sagu. cicah ngan sambal tempoyak. Disebabkan dia sangat lembek2 aku mng xleh telan. Sementara yantie dok layan ambuyat aku pun ber wifi la.. 

 Lunch.

Sesudah makan kami pun mulakan la ronda2 keliling bandar sri begawan. Brunei sangat la aman.. Kereta sume sopan2. Yang bestnyer pejalan kaki macam kami sangat la diva!!. Nak lintas jalan sume kerete akan berenti.. oh mai. Klu aku drive kat brunei ni sure 3 ke 4 orang aku langgar. huahahahaha. Okeh berangan la nak soping kat brunei ni. Masuk la mall dia. Hamek kau dah macam istana. Nampak macam 2 tingkat. Sekali masuk dalam macam banyak tingkat. Pelik gak la. Rupeyer Sultan Brunei x bagi bangunan lebih tinggi dari Masjid. So kebanyakkan bangunan akan masuk bawah tanah.

Soping mall

Bangunan ni bersambung bawah tanah. dari atas nampak 2 bangunan tp sebenarnyer cume 1 bangunan. Okeh sanggeh. Tapi soping mall sangat la sunyi sepi. xdok orang. Tang ni aku sungguh kompius. Masa kami ronda2 ni baru kul 8.30 kot. Mmg x nampak la remaja lepak2 ni. Kagum...

Berdekatan dengan shopping mall ni ada Masjid. Masjid Omar Ali. kat brunei ni banyak Masjid. So mmg x susah la klu nak solat.

 Masjid Omar Ali

Lepas puas tangkap2 gambar kami pun pusing semula kepangkal jalan. Nk ronda2 pun sume dah tutup dan risau sbb orang sangat pelik tgok kami menapak keliling bandar ni. Tp sebelum tu harus la makan malam plak. Aku order mee rebus and hakak order mee soto. Yummeh.. price dia same jer macam kat malaysia. sume2 rb11 kot. klu x convert murah la kan... okeh sbb makan xleh kire sangat. Dasar!!! kekeke.

Mee rebus tp aku rase ni mee kari. huhuhuhu.

 Mee soto. Mewahkan ayam dia..

ABC puspa (air batu kasar)



Okeh tu jer la Day 1 yang sangat chill2 out2 suka hati aku... till then bye...

3 comments:

  1. hi..
    nampak link blog ni kat blog kak coco,
    saya pun penah pegi brunei tahun lepas :-)
    betul..8.30 dah macam pukul 11-12 kat Malaysia. kedai afters pun takde, apatah lagi mamak 24 jam

    tapi yang best kat sini, makanan takde tax, so kami makan kat hotel baru 20 BD utk 3 orang.

    nak tggu ur next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kul 8.30 yang lepak kat kedai makan sume pelancung.
      Makan kat brunei not bad kan... kami mmg keje makan jek..

      Wah ada org tunggu nak bace semangat ckit nak tulis. InsyaAllah wiken ni kite sambung yer ^___^.

      Delete
  2. Food in Brunei best2 ek? Ermmm, kena try ke Brunei jugak nie. Once in a lifetime pun takper lar even though ramai cakap takder ape2. No harm trying kan?

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^