Followers

Saturday, 19 January 2013

Brunei Day 3

Harini aku nak abiskan day 3 brunei yang agak dah basi nih. Ke bz an melanda secara tiba2. Disebabkan kehangatan cerite pun dah sejuk. kite bercerita melalui picture jer la yer.

 Mase ni dah berkereta. So langkah semakin panjang. Sempat singgah Malay Technology Museum. 

 Deco Dalam Musium
 Ukiran macam kat Malaysia kan

 Nampak x pelantar minyak. Zoom habis dah ni.

 Dah sampai pantai. Gambar wajib.

 Tapak kaki budak comel ditemui. kikiki

 Time ni wikend. Tp orang x ramai. kompius aku. mane peginyer rakyat brunei dikala ini??

 Lambang kemasyuran Brunei. 

 Senibina masjid mmg tip top!!

 Setelah meredah carik cheep hotel x jumpe. Dapat la hotel ni. Agak murah sbb guna ticket siswi. miahahaha. 

 Okeh. Penat dah pusing2 brunei.

Thursday, 3 January 2013

Happy New Year - Flashback 2012 ^__^

Selamat Tahun Baru sume... Tiap kali tahun baru mula la masing2 sengeh meleret dok teringat azam... Hurmmm azam dok ingat time tahun baru jer. Bile nak buatnyer Entah!! Tu aku la... Disebabkan setiap tahun dok pasang azam tp x capai2... Azam y teeeetttttt tu aku dah ignore dah. hahahaha. Dok kejar azam yang xleh dapat buang mase jer. Bek pk benda lain yang dok terhegeh2 depan mate soh buat nih. So Motto 2013 Family, Work, Travel and Kpop!!... miahahahaha.

Okeh Jom kite kenang2 2012. Ape yang bestnyer 2012 nih... Kenangan terindah ke kenangan x berape nak indah?

Feb 2012 jejak kaki kat Korea. Cantek sangat kat cni. sampai skang xleh lupe..

Pae Dok layan perasaan kat Jeju

Main kejar2 ngan burung kat Busan

April. Aktiviti sosial. Ed Mud program.

May 2012. Konvo UTM

May. Bday celebration with my friend ^___^

and bday celebration with pooh.. kikikiki

May. Kim Hyun Joong FanMeet. Sweet memory ever!!

Meet new Friend - Henecia

July jd duyung jap kat redang... Meet new friend :)

Sempat berangan2 depan jetty.

Erkkk. Dapat bear Lovely Lace from Lovely friend ^___^. Besor gaban..

Tetibe Singapore jadik tempat lepak bersama kengkawan Kpop... 

Tempat layan perasaan gak.

Sambut Malaysia day zooom di Brunei... Indahnyer masjid Brunei ni.

Kg Air 2012 dah makin modern

Oct 2012 aku senyum lebar bile Lotte kuar calender HJ wearing silver necklace aku bagi time Fanmeet 2011.

Sambung sengeh lagik bile beberape pic lain kuar..

Nov 2012 layan SM Town live world tour. Koncert yang paling best penah aku gi. Daebak!!

Tu jer la yang aku dok teringat sepanjang 2012 ni... suam2 kuku but fun... ^___^

Tuesday, 1 January 2013

Beg oh beg... Terjebak!!

Semalam aku beli beg. Balik2 nak simpan aku bukak belakang pintu baru aku perasan yang aku ni dah ada banyak bagpack. Sejak bile plak aku terjebak jd pengumpul beg ni... meh la kite jengah2 beg yang ada dalam koleksi aku skang ni.

Motip la aku dalam ribut salji. malas nak snap pic baru aku rembat jer pic lame. Yang belakang tu beg Deuter 60 l. aku beli sebab nak gi koya.. Sebab mase tu winter baju tebal2 y amat. ha sesuai sangat la. 

Ni plak beg yang aku mula2 beli aka y first la aku beli beg mahal. price dia dalam RM 150++ kot. lupe dah. Polo. Aku suke beg ni sbb dia besar dan banyak poket. pastu dia x nampak bulat. kikikiki dah 3 ke 4 taun dah beg ni. skang adik aku pinjam. cet. bile entah dia nak pulang T_T.


Ni plak aku beli online. niat dihati nak bawak gi koya. tp tetibe rase beg ni susah sebab kecik and banyak naw kuncinyer.. tp aku suke beg ni. smart and cool.


Ni aku kirim kawan aku beli kat ho chi min. Imitation la. aku kirim skali dia beli pink daa.. pasrah jer la. 


Beg ni aku beli ngan kawan kpop aku. aku suke beg ni sbb dia ala2 sesumpah. aku boleh lipat2 jd kecik jer. sesuai tuk emergency beg.

Bag ni skang aku gune bawak gi opes. Beli kat angsana bulan lepas. aku suke beg ni sbb nampak jiwe remaje walaupun x berape nk remaje dah ni.



Beg ni aku baru beli semalam. Coleman 15l. aku beli sbb jusco bukit indah buat sale 60%. Normal price RM204. murah kan... so aku sebat la. huahahahaha.. napsu.


Beg ni abang kepada beg kat atas ni. Coleman 30l. semalam gak aku beli. Normal price RM309. 60% less gak. Motip aku beli senang nk gi jejalan 3 ke 4 hari. Bile entah nak jalan nyer.

Sume begpack... mane bag wanita ckit cik pae ooooiiii... jeng3.


Ni jer la yang terbaik aku ada. Satu ni jer la. Aku pakai kalau tetibe meroyan nak pki skirt labuh atau baju kurung.. Ni satu jer. Handback lain x hadoooo..

Ni beg beli xtau motif. sbb suke big bang. hahahahaha. x penah pki. simpan buat frame. 


Ni lah kisah pae yang suka doh habiskan duit beli begpack. huaaaaaa... bye.



Saturday, 24 November 2012

SMTown World Tour III 2012 - Daebak!!

Semangat lah aku nak hapdate blog harini setelah seharian aku tdo membongkang semalam. Punca kepengsanan tu adalah Concert!!. ehehehe again!!. as Kpop lover tu pekara biasala kan. Okeh mari kite mulakan dengan macam mane aku leh dapat tic.



Setelah dok skodeng tic sekian lame tidak la sanggup rasenya aku nak beli. Sebab mahal sesangat. Tic yang aku target 218 Dollar which is equal to around MYR530. hurmmm menangis la jugak. Dah lepas tic gi koya time promo nih. So aku pun menahan la diri dari terbeli tic SMTown ni. Tp mmg sangat pelik sebab tic x habis2. SMTown tu. xhabis mmg pelik giler. Okeh bagi yang x tau SMTown ni salah satu syarikat retis2 koya ni la. Macam EMI ha camtu la. Dalam SMTown ni ada Super Junior, Shinee, Fx, SNSD, EXO, BOA, TVXQ dan ada la solo2 yang suam2 kuku tu. Kire mmg best giler sbb sume2 ni akan ada kat concert tu. Giler kentang okeh. Aku rase bebudak kat Singapore dah xder wit sbb beli tic big bang aritu. Concert bigbang buat 2 hari kat Singapore and tic sold out!!!

City of light katenyer kan.

Berbalik pasal tic tu last minute aku check kat web sistic tic price ada yang 112 dollar. Tang seat 21dollar?? ape yang berlaku nih. Rupenye nak abiskan tic dorang buat buy 1 free 1. Ni mmg giler kentang murah. Seat mahal kot. Nak dapatkan tic ni agak susah gak sebab kami ke Sistic kaunter nk beli tp dia kate x available. Mujur la kami bersama kawan dari SG yang leh skodeng web kat tab dia dan mmg tunjuk tic still availabe. Minah kaunter sistic tu kate hanye boleh beli online. So kami pun bank in duit kat akaun kawan kami tu dan bersila la ngadap tab n note tuk beli tic. Line lak asik putus jer. Nak dekat 20kali kot kami cube dah akhirnyer kami berjaya... yeayyyy. 4 tic dengan price 448 dollar.

Setelah dapat tic. lepak tepi stadium sambil main note

Dapat jer tic kami skodeng lak stadium nak tgok dorang training kat stage. Oh mai The Float Marina Bay mmg best. Open so mmg dengar la dorang dok nyanyi tu. Best giler. Dok melayan giler tu kami masuk balik Jb dah kul 1 and sampai umah dalam kul 2. Pengsan!! soknyer aku keje. Tetibe kul 5pg aku terjaga. Disebabkan aku takut terlajak bangun kul 10 trusla aku bangun mandi siap2 gi keje. Tido 2 jam jer.

Seat kami Yellow kanan atas sekali row tengah. Carik la sendiri :p


Harini aku kene keje halfday jer. Concert start kul 6.30. maka mmg x sempat la nak tunggu balik keje. Kul 2 masuk SG. Disebabkan aku  mmg blur aku mintak Ct bawak kete. Kami sampai kat SG kul 4 tp mase tu hujan lebat giler xleg blah. Lebat yang amat siap petir2 lagik. Ohmai... mati basah la camni. Elok jer dalam kul 6 hujan benti. fhuiiiiiii nasib baik. kami pun beratur naik. Carik la seat kami. Ohmai seat mmh best sbb xder halangan langsung. pastu 2 baris depan aku kosong!!! xdok la nampak kepala orang.. best 8 juta kali!!!. Concert start dalam kul 7 and abis dalam kul 11 malam. Tp y sedihnyer 10.30 hujan turun dengan lebatnyer. benda yang harus diselamatkan ialah CAMERA!!!! dan pasport. bungkus masuk plastik and simpan dalam beg. nasib la dapat diselamatkan sbb hujan mmg lebat sampai baju aku xdok mane y kering. haishhh.

Hujan lebat tp retis koya ni xdok la stop nyanyi. dorang menari bagai dalam hujan yang sangat lebat. Ohmaiii.. sangat la pro kan. kompom dorang demam semalam. Langsung x stop and dorang sing and dance macam x hujan. Giler kentang sekali lagik.. Korang mmg daebak la.

Sepanjang aku terjebak ngan activity Kpop ni, ni la Concert yang paling best. arrangement kt singapore lagik ok compare kat malaysia. Tic murah macam mane pun kompom selesa dan nampak. Xder la berebut2 macam nak mati macam aku gi concert Big bang kat KL tu. Nak tulis kat blog pun aku malas sbb pada aku mmg x best sbb macam nak pengsan!!. Satu lagik sbb aku amik numbered seat kot. sumpah serik nak amik free standing!!. 

SMTown!!!. Klu korang buat lagik concert kat SG kompom aku gi!! Nah layan la video ni. Aku yang amik sendiri guna kamera Canon G12 hakak yantie. Panasonic Lumix kat KL T____T.













Okeh... Enjoy it!!

Wednesday, 14 November 2012

Camera oh Camera...

Hujung2 tahun ni aku dak berangan nak sebat satu camera ngan lazat ckit dari Panasonic aku tu. Motip sebab aku nak camera yang vogie de vas tuk gi concert. Again!!! Mula2 berangan nak amik S95. Sbb sangat berpuas hati mase gune gi koya dulu. Tapi S95 Zoom x jauh. Maka x sesuai klu nak bawak gi Concert. Setelah menggoogle ada beberape camera yang mangganggu pandangan mata. Aisehhhh

EOS M. 

EOS M ni mmg kasi aku jiwe kacau. Aku suke sbb dia kecik dan ringan. Pastu dia EOS. ahahahaha. Ok aku mmg x pandai pasal camera ni tp aku rase dia best sbb leh tkr lenses. Design dia mmg cun. Aku check spec dia as usual aku blur sbb x paham. Bute camera x aku ni. Price around RM2.5k. okey terlebih cikit budget ni.. 

Canon PowerShoot SX260 HS

Yang ni aku rase sgt simple. Zoom 20X mmg smart klu nak bawak gi concert. Kecik dan mudah nak seludup. ahahaha. Jiwe x kacau sangat ngan camera ni tp aku rase dia perfect gak tuk bawak travel. 2 in 1. cukup la tuk penuhi minat aku ni. Price around RM 1.1k. In budget.

Canon Powershot SX 160 IS

Ni pun macam ok tp dia 16X Zoom jek. Macam Panasonic aku tu kot. Price around RM699. Totally in budget. Hurmmm ni last choice klu aku mmg nak jimat. ahahaha

EOS 1100D

Or patutkah amik yang ni. 1 jer y aku kurang ckit dia berat. Price around RM1.8k

Okeh ni la angan2 aku taun ni. nak beli camera tuk travel + Concert Kpop ku... (jgn bitau mak aku ekkk)
pening @_@




Saturday, 13 October 2012

Brunei Day 2 chill2

Aku mmg dah jangkakan yang entry day 2 brunei akan delay lame sbb aku skang mmg sangat sibuk ngan keje kat opes. Macam2 lak isu lately. Sungguh menguji ketabahan dan ilmu didada. Okeh malam ni disebakan aku dah tdo dengan puasnye, aku gigihkan jari nak menaip entry day 2 ni. Harap2 ada lagik y sudi nak bace cite y ala2 nk basi dah ni.

Day 2 brunei aku anggap sebagai hari y menguji kekuatan lutut. Ini disebabkan pada hari ni kami masih belum menyewa kereta dan lokasi yang kami nak pergi nampak dekat dalam peta tp hakikatnyer jauh!! Dari tengah2 bandar sri begawan kami ke galeri seni.


Galeri seni ni ada 2 bahagian. Satu bahagian untuk lukisan dan satu lagik ala2 muzium sejarah. Disebabkan kami agak awal, cume bahagian sejarah jer y dibuka. 

Meriam naga.

Dalam muzium sejarah ni banyak betul meriam naga ni. macam2 bentuk. Aku pun pelik macam mana dorang bleh ada koleksi yang sangat banyak. Selain meriam naga ni ada jugak diceritakan pasal kampung air. Asal usul Kg Air dan bagaimana penduduk Kg Air berpindah ke tanah besar. Since aku malas nak bercerite tang sejarah ni, sape2 yang berminat leh la bace sikit kat sini .


Pejalanan diteruskan ke Muzim kesenian Brunei. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pakcik ni. relex jer dok tebar jala. Dok usha baldi dia, dapat banyak gak ikan. Ternyata sungai ni masih banyak ikan. Dah puas skodeng baldi pakcik ni kami truskan menapak. Nape kami menapak???? Jauh ok. Ini disebabkan brunei punyer public transpot mmg xdok. Yang ada teksi yang kompom sangat la mahal. Bas pulak sangat jarang2.


Pusat kesenian ni sangat aku x paham motif kewujudannya. Ada ruangan kraftangan yang dipamerkan tapi sangat entah hape2 entah. Pada aku x berbaloi kami ke sini. Mungkin ni bukan tarikan pelancung. sekadar opes tuk kegiatan kesenian kot. Arah tuju seterusnye ialah Muzium Bandar Seri Begawan. Sangat bertemakan muzium kan perjalanan kami pada hari ni. Ok pada saat ni aku rase sangat x berbaloi.

Lokasi Muzium negara sangat la jauh. Separuh jalan aku dah give up dah. Dok kenang muzium2 yang kami masuk sebelum ni sangat la x best, klu benda yang sama gak kat muzium negara kompom aku declare day 2 sangat kecewa. Disebabkan aku dah x larat nak jalan akhirnyer kami berjaya menahan kereta rakyat brunei. Mekasih pakcik. Jasamu dikenang. Sesampai jer kat Muzium ni kami trus diarah simpan kamera. So xdok la gambar yang aku dapat tepekkan kat sini. Mujur la ape yang terdapat di muzium ni berada diluar jangkaan kami. Terdapat 6 bahagian dalam muzium ni. yang aku ingat haiwan, petroleum, Islam, sejarah dan tamaadun dan diraja. Macam2 yang kami dapat lihat. Tak sangka negara yang sekecil ni ada macam2. 

Setelah hampir 2 jam dok round2 kami pun nak berpatah balik. elok jer kami keluar, bas pun lalu meninggalkan kami. x sempat nak tahan. Haishhh kompom next bas lame lagik. Dengan muka tempenyer kami pun menapak dan try2 nk tahan kereta lagik. Tang tahan kete ni mmg aku serahkan pada yantie la. maklum la aku ni pemalu orangnyer. Setelah menapak dalam 10 min, sebuah van stop nak bagi kami tumpang. alhamdulillah.. Kami kembali ke galeri seni yang mula2 tadi. dok skodeng bahagian satu lagik yang x bukak pagi tadi. Okeh dah bukak. Dalam galeri ni penuh dengan lukisan2 pertandingan yang bertemakan Sultan Brunei. Agak cantek juga la tp x leh jugak nak amik gambar. 

Since kami dah ketengah hari, dan esok kami target nak ke bahagian selatan brunei, maka kami harus dapatkan kereta sewa. Berdasarkan tanye2 orang, kami disarankan ke sebuah hotel yang ada kaunter herz. Okeh menapak lagik. Hampir 30 min menapak kami pun sampai. Tapi malangnye no car available. Giler kecewa. Berdekatan dengan hotel y kami tuju tu ada Muzium diraja. Alang2 dah dekat kite singgah jer la kan. Bangunan ni ada 2 tingkat. bahagian bawah jer yang boleh amik gambar. Dimulakan dengan barangan kemasyuran diraja hingga ke hadiah2 untuk Sultan Brunei dipamerkan disini.

Ni salah satu kedai cenderamata. Kakak ni sangat baik dan bagi kami diskaun.

Setelah puas meround dan siap bersila memilih fm, kami pun keluar dengan hati berbunga ceria. Kali ni mmg puas. Serius ni la tempat yang must visit klu ke brunei. Selepas mengalas perut kami pun balik ke bilik tu solat dan berehat jap. penat oooo. Berdasarkan plan pagi tadi, petang ni kami nak lawat kawasan paya nak tgok monyet tp hujan la plak. maka kami pun bantai tdo. sedar2 dah kul 5. So kami plan cume nak ke Kg Air jer tuk dinner. Sedang dok naik bot encik driver bot pun offer ke kawasan paya. rb35. Since harga yang ditawarkan agak murah berbanding apa yang kami dok bayangkan so on la.

Since kawasan paya agak jauh, en driver pun start la engine turbonyer. Ohmai dikala ni aku hanye terdiam sebab dalam bot ni cume kami bertiga dan tiada life jeket. Dalam bot pakcik ni dok cerite plak yang kami bukan sahaja akan nampak monyet malahan buaya pun banyak. Besar2 buayanyer. Erkkkkk seyes aku nyesal naik bot ni. On the way nak ke tempat monyet lak kami nampak BUAYA!!!!. okeh aku nak pengsan mase ni. aku mmg dah terdiam jer la. Macam2 ada dalam fikiran ni. Telan liur jer la. Pakcik ni plak bleh la plak bawak bot siap main corner2 lak. Tuhan jer la yang tau perasaan aku mase ni.. Setelah 20 min kami pun sampai la ke tempat yang dituju. Ni la monyet y nak tdo dah. Magrib hokey mase ni. Mau x gundah gulana perut aku. Sengal!!


Perjalanan balik plak pakcik bot mmg sengaja slow down sbb nak carik buaya dikala magrib!! hahahaha aku mmg rase nak putus nyawa dah ni. And mmg banyak nampak mate buaya. sbb mata buaya akan warna merah bile kene suluh. dah halfway nak sampai tetibe pakcik bot berentikan bot. Kali ni kami nampak seekor buaya dari kepala ke ekor. pakcik bot siap offer nak dekat ke buaya. GILER!!!! kami dengan kecut perut pun tolak pelawaan pakcik bot dan trus ke Kg Air. Ni adalah pengalaman giler pertamaku. Sumpah aku xnak lagik. Korang offer free pun aku pangkah!!. nk tengok monyet aku pegi zoo jek!!

Kat kg air hujan turun dengan lebatnyer. Kami nak carik kedai makan. Kg Air dah makin maju. Ada sekolah, Masjid dan kawasan perumahan baru yang konkrit. Cantik plak tu umah dia. mmg cun klu buat homestay. Lepas makan nasik goreng kg y bernilai rb 1. Murah giler!!! kami pun balik. Okeh harini walaupun penat tp agak berbaloi.

Kembali pasal kereta sewa, kami akhirnyer dapat contact satu agensi y dapat bagi kereta corolla manual dengan harga rb 50. Deposit mastercard rb300. So klu xdok mastercard mati la. berakhir sudah perjalanan day 2 yang tema muzium dan BUAYA!! deng!!!!

Okeh till then bye. minggu depan lak tuk day 3 ^____^