Followers

Sunday, 22 March 2015

Japan Winter 2015 : Fushimi Inari Shrine dan Kinkakuji (Golden Pavilion)

Harini kami akan melawat Fushimi Inari Shrine dan Kinkakuji. Pada mulanya Kinkakuji x masuk dalam senarai pun. Tapi disebabkan kami bertemu semula kawan di Kawaguchi Lake tu, maka kami follow jer la diorang. 

Disebabkan kami ade JR Pass so option mestilah guna JR line sepenuhnyer. Maka kami naik JR Line dr Kyoto Station. Kami turun kat Inari station. Fushimi inari Shrine ni berhadapan dengan Station Inari JR line. 

Fushimi Inari Shrine (伏見稲荷大社, Fushimi Inari Taisha) is an important Shinto shrine in southern Kyoto. It is famous for its thousands of vermilion torii gates, which straddle a network of trails behind its main buildings. The trails lead into the wooded forest of the sacred Mount Inari, which stands at 233 meters and belongs to the shrine grounds.

Fushimi Inari is the most important of several thousands of shrines dedicated to Inari, the Shinto god of rice. Foxes are thought to be Inari's messengers, resulting in many fox statues across the shrine grounds. 

Ha tu aku copy paste dari web Kyoto Travel. Makanye fox statue tu ade makna yer. Sile take note.
Jom kite layan gambar pendakian gigih kami. 

 Gambar wajib katenyer.

 Mase ni masih segar bugar.

 Post kanan

 Post Kiri

 Susah betul nak amik gambar sebab org ramai.

 Ni plak aku rase wish card. Tapi comel kot.

 Temple kecik

 Ade gak air ni. Rasenyer air gunung ni.

 Ni post dah x larat nk jalan

 On the way ke puncak ade tempat rehat. Kat sini view nampak dah ke bawah.

 Kegigihan diteruskan dengan mengharapkan permandangan indah nun diatas nanti.

 Ni tahap semput dah ni.. dok kejap.

 Dan finally

Keciwa yang amat sangat.. Ni jer la yang ade di puncak Inari. Ya ampun temple semate. Mase ni aku nk marah pun xleh sbb dah penat sangat. Berpeluh makcik memanjat dalam winter. Pelancung luar yang lain sume muka hampa. This it?? hurmmmm.. Camtu la ayat memasing pabila memanjat tangga hampir 2 jam. Aku rase ni la Temple tertinggi kat Kyoto ni. dan aku rase bodoh sangat sbb kami memanjat bukan nk visit Temple tp nk tgok view yang ohsem tp xdok pun sebenarnyer.

 Dah jom turun.. Nampak Fox tu... 
 Nasib winter.. Sepantas kilat kepanasan jd kegigilan.. sejuk balik.

 On the Way turun jumpa Pakcik ngan akak ni. Depa ni bapak ngan anak. Berbual2 mase turun. Bukan main kuat pakcik ni. 

 Sampai Temple yang ni, kami berpisah sebab dia nk sembahyang. 

 Kat Inari ni byk mini Temple. Depa stop each Temple tuk sembahyang. Ha gitu. 

 Finally sampai dah kat bawah. Kami jumpe Kak Hanida ngan Zu. Yang lain aku rase depa panjat sampai keatas gak kot.. Since macam lama sangat nak tunggi kami pun gerak ke Kinkakuji. Memandangkan yang lain tau jalan nak balik.

Kalau ditanye nk panjat lagik x sumpah aku jawab xnk.. cukup la sekadar jejalan kat bawah tu jer. Melainkan korang ade misi 5kg.. hahahaha.

Note:-
Location : Fushimi Inari Shrine
Train : From Kyoto Station, JR Nara Line. Inari station. 5 minutes, 140 yen one way


 Kyoto Station

Kami naik JR line ke Kyoto Station. Dari Kyoto Station kami naik bas. Perjalanan dari Kyoto Station ke Kinkakuji mengambil masa 40 minute. Sempat la nk tido dulu. Sampai jer dia bus stop Kinkakuji kena plak berjalan hampir 200m.

Kinkakuji (金閣寺, Golden Pavilion) is a Zen temple in northern Kyoto whose top two floors are completely covered in gold leaf. Formally known as Rokuonji, the temple was the retirement villa of the shogun Ashikaga Yoshimitsu, and according to his will it became a Zen temple of the Rinzai sect after his death in 1408. Kinkakuji was the inspiration for the similarly named Ginkakuji (Silver Pavilion), built by Yoshimitsu's grandson, Ashikaga Yoshimasa, on the other side of the city a few decades later.
Copy Paste dari Page Visit Kyoto


 Entrance.

 Entry Tic 400 yen.

 Ni la Golden Pavilion nyer. Cantik kan.

 Ni kak Hanidah ngan Zu. Depa la yang bawak kami ke sini

 Hujan rintik plak dah.

 Pavilion ni dalam taman. 

Tu dia dengan baju bulus..

Note:-
Location : Kinkakuji (Golden Pavilion
Bus : From Kyoto Station, Kyoto City Bus number 101 or 205. 40 minutes. 230 yen

Saturday, 7 March 2015

Japan Winter 2015 - Day 5: Nara Park

Hari ke 5 di Japan ni kami ke Nara. Nara sebenarnyer mmg x masuk pun dalam itinerary asal. Tapi disebabkan kami memang tiada plan activity kat Nagoya maka kami ambil keputusan tuk ke Nara dan bawa ke depan itinerary seterusnye. Kekdahnya nanti gi Nagoya trus ke airport la. Pagi pagi kami checkout hotel dan terus ke train station untuk ke Kyoto. Kami simpan beg di Kyoto Stesen dan terus ke Nara. Disebabkan kami menggunakan JR Pass, Kami tunjuk jer la pass kami dan terus ke Gate 10. Perjalanan mengambil mase 45min. 


Nara ni town yang sangat mesra pelancung. Bangunan dan jalan mmg terancang dan cantik. Even stesen train Nara pun mmg cantek klu dibandingkan dengan yang lain. Lengkap dengan bangunan informasi center. 

Disebabkan kami tgh kelaparan dan bekalan kami cuma roti dan tuna. kamu ke AEON kat seblah Stesen Nara ni. Jusco ok. Mencari buah dan sayur gitu.. asik makan roti jer. 

Pisang dan Kerepek pisang. Made in Japan ker??

Nasik??

Dah bayar bungkus sendirik.

Dapatkan info pasal Nara kat bangunan ni.. peta bagai sume ade kat sini.

Layan bunga2 cantek ni kat depan kedai2 ke Nara Park. Klu kat Malaysia sure aku dah beli pokok ni.


Selepas 10 min berjalan kami pun sampai. Ha disambut oleh En Rusa. Jinak amats.


Carik port nk lepak makan

Bekalan kami dan ape y soping tadi. Buah dok dlm beg. Takut rusa curik.

Dalam dok makan kami terleka seketika.. tibe2 datang seekor rusa curik peta kami. Aku x risau dia curik tp dia nak makan kertas tu. Dah le pete tu bapak beso. Kang mati tercekik plak. Tiba2 plak ade sesi pujuk memujuk. Nk bagi biskut ganti ngan peta tu. Akhirnyer aku berjaya selamatkan separuh jer dari peta tu. Separuh lagik dia dah makan. Klu ade rusa mati tercekik kertas. Aku la punca... sob sob.

Sambung lagik main rusa.

Kawasan Nara park ni sangat besar. Ade beberapa temple kat sini. Kami pusing pusing Nara Park sahaja. X ke temple2 tu sume. Bapak jauh nk menapak. 


Last kopek bermesra ngan rusa sebelum balik.

Rusa kat sini mmg jinak. Sume dah x takut orang dah ni. Tapi yang jantan mmg kasar sikit. Dia nak tanduk, tanduk dah kene potong. Maka diasondol kite nk makanan. Yang betina mmg comel dan pemalu.. nak dekat2 pun susah. Kene pelahan2. Baru ok. Bila dia tunduk2 kat kite tu means dia nak makanan. Ha Jepun sangat rusa kat sini. 


Dah jom balik. Tgok tu jam kul 1.30.

Keluar dari Nara park kami Jalan2 kawasan sekitar nk carik barang2 sikit untuk org tersayang katenyer. Dapat jugak beli baju dan FM. Kemudian kami balik ke Kyoto. Hotel Kami di Kyoto ialah Grand Ms Kyoto. 2 malam RM468. Hotel ni mahal sikit tp mmg selesa. Xder plak gambar nk tunjuk. 
Lokasi hotel pun dekat ngan jalan besar dan subway. Subway Kyoto Shiyakusho-mae. Tepi Jalan tapi kene masuk satu lorong. Kesesatan jugakla nak mencarik hotel. Dalam kehujanan plak tu. Akhirnye dapat la jugak sampai tp dah gelap. Maka kami decide nak rehat saja malam tu. 

Nota:
Lokasi: Nara Park
Subway : JR Nara Station.

Okla.. till then..



Saturday, 28 February 2015

Japan Winter 2015: Day 4 - Dotonbori Street Osaka

Hari ni kami akan ke Osaka.. Jauh perjalanan ni. Seawal 7 pagi kami memulakan perjalanan.. Keluar dari Hotel jer nampak cahaya kuning menyimbah si Mt Fuji. Subhanallah.. cantek sungguh. Dalam ketar kesejukkan sempat jugak snap gambar sebelum memulakan perjalanan. 

Kami rancang nak naik bas ke Shinjuku kemudian naik Shikenzen ke Osaka. So motip pertama nak beli ticket bas ke Shinjuku. Walaupun kami ade JR pass. memandangkan nak cepat2 sampai ke Osaka, bas jadi pilihan. Malas nk transit dan tukar train.

 Mt Fuji disinari sunrise
 Senow bersepah
 Sunrise kat Kawaguchiko Station

Tiket bas kami jam 8pagi. So ade la masa nk amik gambar mana yang patut. Tetibe ternampak plak post Japan ni.. OMG, poskad x pos lagik. Mane nak beli stem ni. Masuk kat dalam kat kedai beli poskad tanye ade jual stem x. Rupenyer ade. Lagik 5 min bas nk gerak ni. Dengan kelam kabut aku kluarkan poskad. Dengan tangan kesejukkan aku nk lekatkan setem tetibe.. alamak.. camner nk lekatkan setem ni... Tiba tiba Bagaikan pari pari datang la pekerja kedai tu bawak gam. Siap soh kami pi naik bas dia settlekan... Terharu sungguh. Dan dan jugak kami angkat beg larik masuk dalam bas... Huaaaa kesat air mate.. Baik betul gadis Japan tu.. Sayang Japan lebih la.. tetibe..

 Ni la tong Poskad tu masuk.

Dalam perjalanan aku banyaknyer tido jer.. Tau2 dah sampai kat Shinjuku. Cabaran seterusnye nak carik locker beg. Pening jugak la kami nak mencari locker beg. Mujur la kami ade snap gambar kedai sebelah locker. Pegi kat information center kat subway tu pastu tunjuk jer gambar.. depa pun tunjukkan arah.. Pergh nasib baik. Klu cakap locker beg jer sure sempai esok pun x tentu jumpe sebab kat Stesen shinjuku tu byk betul locker simpan beg. 

Kat Stesen shinjuku jugak kami book shikenzen tic ke Osaka. Cik kaunter tu kate gate 10. Kami pun naik la gate 10. Sume train yang lalu ke Stesen Tokyo. Aku dah kompius yang amat time tu. Betul ker Shikenzen ni naik kat Gate ni. Disebabkan rase x sedap hati aku pun turun balik tanye kaunter. Rupenye kami perlu ke Tokyo Stesen. Naik Shikenzen dari sana. Nape la Cik kaunter tu x bgtau. Ticket yang kami book dah x sempat nk kejar. Mujur la pakai JR Pass. dapat la change time dari kul 11 kepada kul 12. Akhirnyer berjaya la kami naik shikenzen tu. Kami pulak x sempat nk beli makanan. Lapo dah ni. Ayuh tido sebelum naga dalam perut meronte. 4 Jam kemudian kami pun sampai.

Kesilapan besar aku ialah x setadi exit mana. So x tau nk kluar tang mana. Ambil keputusan tanye kat pengawal subway ni. Dia pun tunjuk arah keluar. Dengan kompidentnyer aku pun kluar la bagai arah di tunjuk.. Bapak jauh kami menapak, x nampak pun hotelnyer. Google map pun gune, time ni la plak gps not detected.. Mencik Sony tetibe. Tanye org lagik, depa tunjuk depan sikit jer. Aku pun masuk. Rupenyer nama tempat ni Shin Osaka. So aku tanye Shin Osaka hotel, org tunjuk la hotel ni.. Sebab nama hotel ni Continental Shin Osaka hotel. What a life. Penat giler dah ni.. 

Akhirnyer Sony pun dapat detect GPS and membawa arah yang benar. Mmg betul la hotel ni selah jer ngan Stesen train ni.. exit West. Turun Tangga trus leh nampak. Cam nk hantuk kepala aku. Kaki nk patah dah berjalan. Disebabkan dah penat plus lapar kami pun decide nk rehat and makan dulu. Hari pulak dah nk gelap. Nampak gayanye kami sume dapat ke Dotonbori Street jer la.

 Kedai Sotong. Tokayaki

 Display food.. abaikan Vavi ditepi tu.

 Papan tanda mercu tanda Osaka.

Model tetibe masuk plak.. 

Note:
Lokasi: Dotonbori Street
Subway : Namba

Selepas dah penat berjalan kat Dotonbori Street ni kami pun balik hotel. Mmg agak sengal motip ke Osaka ni. Actually x sangka akan sesat barai. X kesampaian nak ke Umeda sky building dan Osaka Castle.. Xpe nanti kite datang lagik. Ayat typical bila misi fail hehe.

Ok la till then.. 

Saturday, 21 February 2015

Japan Winter 2015 - Day 3 Kawaguchi Lake

Hari ke 3 kami ke Kawaguchi Lake pula. Kami akan tido di Kawasan Kawaguchi Lake ni semalam. So kami tinggalkan beg besar kat Subway Station di Shinjuku. Kebetulan ketika kami sampai org ramai yang amat. Time orang pergi kerja. Memang pening sangat nk mengharung manusia yang jalan macam robot. Ketika ni mmg kami x kluarkan camera, sebab keadaan mmg huru hara. So xder la gambar nak tujuk. 

Untuk ke Kawaguchi Lake ni ade 2 option, bas ataupun train. Since kami dah ade JR Pass ni maka kami naik train la. Kengkonon nak jimat dan fully utilize JRPass nih. Untuk ke Kawaguchi Lake dengan train kite kene tranfer train kat Otsuki. JRPass tu cover sampai Otsuki jer. Dari Otsuki ke Kawaguchi Lake kene bayar. Detail nanti aku cite last yer.

Otsuki Station

Sampai jer kat Stesen Kawaguchi Lake ni, terkesima sekejap sebab view mount Fuji mmg speachless. Seronok sangat. Kami bertemu dengan traveller dari Malaysia. So decide nk jalan bersama. Nasib baik sebab kami memang x setadi beriya sangat pasal Kawaguchi Lake nih. First thing to do ka beli 2 day pass bus tic. Aku rase sangat berbaloi sebab kalau x amik fare each stop sangat mahal. Mujur sangat kawan baru kami bagi tau. 2 day pass bus ni price dia 1030 yen. 

ni Version online. Untuk yang terkini, amik kat Kawaguchi Station mase beli 2 Day pass

Mohon ketik link bawah map ni klu nak dapat yang pdf version. leh la korang telek puas2. Ade 21 Stop bas ni bawa. Kite boleh pilih mane yang best. Kalau nak cover 21 tempat ni mmg kene 2 hari. Tapi kami ade setengah hari jer. So kite cover mana yang sempat jer la. Kami pergi tempat yang jauh sekali. Stop no 21. 

Syukur la Mt Fuji menunjukkan diri.

Yang ni ade lalang sikit.

Yang ni plak post berangan.

Next kami ke museum Kimono. Kawasan ni mmg cantek. Kami x masuk pun museum tu. Layan kawasan luar yang mmg ohsem jer.

Duduk jap kat kerusi unik ni

Tasik kecik yang membeku.

Pijak snow 

Main lari lari

View ni kami dapat mase nk carik cafe. Nak makan sebab lapo dah memasing.

Mula mula kami minum kopi kat dalam. Pastu mintak izin nak guna table kat luar.
Macam macam ada ni.. Makanan tema Malaysia sgt. Serunding, nasik impit ngan sambal. Mmg moveles makan time kelaparan. Tq sangat korang.. Muahh.

Lepas makan kite sambung amik gambar kat kawasan berhampiran.

Next kami main salji kat kawasan Snow Festival. Aku x ingat stop berape. Ade macam macam kat sini. Siap ade igloo bagai.

Muka excited x?

Posing ngan Hello kitty

Hari semakin petang, Winter kat Japan ni kul 5 lebih dah start nk gelap. So kami cume ade satu jer lokasi yang boleh visit. Tunggu bas lame betul. Sampai la bas yang kami tunggu. Baru nak masuk bas driver kate No... tu jer yang aku dengar. No?? no ape ni.. x paham.. Salah bas kot. Bas pun berlalu. Rupenyer bas driver kate no eating. Sbb nampak beberape daripada kami sedang makan epal. What!! Sape yang makan epal tu?? hahaha.. Nak tunggu lagik 15 minit kerana Epal?? cissss sabo jer la. After 15 min datang next bas. Memasing pun dah habis makan Epal punce tu..

Last spot yang kami sempat pergi ialah Kachikachiyama Ropeway. Memang bernasib baik sebab kami train yang terakhir dapat naik. Nak tutup kedai dah depa.

View otw ke atas dr cable car

Ni view bila sampai kat atas

Naik Tangga lagik dapat view ni

Naik lagik ke stage kayu tu ni view dia

Yeayy dah sampai sini.

Tengah feeling2 nk sunset siren pun bunyik.. Adeh nk kene turun dah. Giler kejam. X sempat nk layan sunset tu. Dengan muka pasrah memasing pun turun semula ke cable car. Keciwe!! Kami akan tdo di kawasan Kawaguchi Lake ni semalam manakala yang lain plak akan balik ke Tokyo. Dorang balik naik bas.

Sebelum balik memasing bun soping last minute kat Kedai Stesen ni. Kat sini la aku beli postcard.. Alhamdulillah sampai dah sume rasenyer. Siap ade y mak kate awek Japan bagi poscard.. Hiks.. 

Kedai ni mmg comel. Dalam stesen tren.

Depa dah balik kami pun carik hotel.

Oike Hotel.

Hotel ni mmg cantek. Price dia pun x murah. Sebenarnyer nak try mandi air panas kat sini. Tu yang x kisah bayar mahal. Tapi bile bace term and condition nk mandi ohsen ni aku rase nk pitam. Mmg x la aku nk mandi bogel berjemaah ni. Rugi jer bayar mahal. Facilities mmg tip top. Tp x fully utilize oleh kami. Price per night 11,700yen.

Ok habis day 3. Skang kite cite pasal transportation plak

Train Shinjuku to Otsuki - ¥1,320 (Kami free sbb JRPass). Travel time 70 min
Train Otsuki to Kawaguci Lake - ¥1,140. Travel time 45 min
Total Travel time 1 jam 55 min.
Ni x campur tunggu transfer train

Next option 
Naik Bas dari Shinjuku - ¥1750. Travel time 1 Jam 45 min.
Return tic murah tp aku x ingat. 2 ribu lebih jer
Leh refer link ni. tp xder plak dia cite pasal return tic. 
So aku advice sape nk ke Kawaguchi Lake ni naik bas lagik bagus.

Bagi yang nak lepak sini 2 hari penuh, mmg better tido kat kawasan ni. Tapi pada yang nk 1 day trip jer better balik tdo kat Tokyo. Sebab night life sini mmg xder pape. 

Ok la.. tu jer cerita Kawaguchi Lake.. Till then bye..