Hari ni kami akan ke Osaka.. Jauh perjalanan ni. Seawal 7 pagi kami memulakan perjalanan.. Keluar dari Hotel jer nampak cahaya kuning menyimbah si Mt Fuji. Subhanallah.. cantek sungguh. Dalam ketar kesejukkan sempat jugak snap gambar sebelum memulakan perjalanan.
Kami rancang nak naik bas ke Shinjuku kemudian naik Shikenzen ke Osaka. So motip pertama nak beli ticket bas ke Shinjuku. Walaupun kami ade JR pass. memandangkan nak cepat2 sampai ke Osaka, bas jadi pilihan. Malas nk transit dan tukar train.
Mt Fuji disinari sunrise
Senow bersepah
Sunrise kat Kawaguchiko Station
Tiket bas kami jam 8pagi. So ade la masa nk amik gambar mana yang patut. Tetibe ternampak plak post Japan ni.. OMG, poskad x pos lagik. Mane nak beli stem ni. Masuk kat dalam kat kedai beli poskad tanye ade jual stem x. Rupenyer ade. Lagik 5 min bas nk gerak ni. Dengan kelam kabut aku kluarkan poskad. Dengan tangan kesejukkan aku nk lekatkan setem tetibe.. alamak.. camner nk lekatkan setem ni... Tiba tiba Bagaikan pari pari datang la pekerja kedai tu bawak gam. Siap soh kami pi naik bas dia settlekan... Terharu sungguh. Dan dan jugak kami angkat beg larik masuk dalam bas... Huaaaa kesat air mate.. Baik betul gadis Japan tu.. Sayang Japan lebih la.. tetibe..
Ni la tong Poskad tu masuk.
Dalam perjalanan aku banyaknyer tido jer.. Tau2 dah sampai kat Shinjuku. Cabaran seterusnye nak carik locker beg. Pening jugak la kami nak mencari locker beg. Mujur la kami ade snap gambar kedai sebelah locker. Pegi kat information center kat subway tu pastu tunjuk jer gambar.. depa pun tunjukkan arah.. Pergh nasib baik. Klu cakap locker beg jer sure sempai esok pun x tentu jumpe sebab kat Stesen shinjuku tu byk betul locker simpan beg.
Kat Stesen shinjuku jugak kami book shikenzen tic ke Osaka. Cik kaunter tu kate gate 10. Kami pun naik la gate 10. Sume train yang lalu ke Stesen Tokyo. Aku dah kompius yang amat time tu. Betul ker Shikenzen ni naik kat Gate ni. Disebabkan rase x sedap hati aku pun turun balik tanye kaunter. Rupenye kami perlu ke Tokyo Stesen. Naik Shikenzen dari sana. Nape la Cik kaunter tu x bgtau. Ticket yang kami book dah x sempat nk kejar. Mujur la pakai JR Pass. dapat la change time dari kul 11 kepada kul 12. Akhirnyer berjaya la kami naik shikenzen tu. Kami pulak x sempat nk beli makanan. Lapo dah ni. Ayuh tido sebelum naga dalam perut meronte. 4 Jam kemudian kami pun sampai.
Kesilapan besar aku ialah x setadi exit mana. So x tau nk kluar tang mana. Ambil keputusan tanye kat pengawal subway ni. Dia pun tunjuk arah keluar. Dengan kompidentnyer aku pun kluar la bagai arah di tunjuk.. Bapak jauh kami menapak, x nampak pun hotelnyer. Google map pun gune, time ni la plak gps not detected.. Mencik Sony tetibe. Tanye org lagik, depa tunjuk depan sikit jer. Aku pun masuk. Rupenyer nama tempat ni Shin Osaka. So aku tanye Shin Osaka hotel, org tunjuk la hotel ni.. Sebab nama hotel ni Continental Shin Osaka hotel. What a life. Penat giler dah ni..
Akhirnyer Sony pun dapat detect GPS and membawa arah yang benar. Mmg betul la hotel ni selah jer ngan Stesen train ni.. exit West. Turun Tangga trus leh nampak. Cam nk hantuk kepala aku. Kaki nk patah dah berjalan. Disebabkan dah penat plus lapar kami pun decide nk rehat and makan dulu. Hari pulak dah nk gelap. Nampak gayanye kami sume dapat ke Dotonbori Street jer la.
Kedai Sotong. Tokayaki
Display food.. abaikan Vavi ditepi tu.
Papan tanda mercu tanda Osaka.
Model tetibe masuk plak..
Note:
Lokasi: Dotonbori Street
Subway : Namba
Selepas dah penat berjalan kat Dotonbori Street ni kami pun balik hotel. Mmg agak sengal motip ke Osaka ni. Actually x sangka akan sesat barai. X kesampaian nak ke Umeda sky building dan Osaka Castle.. Xpe nanti kite datang lagik. Ayat typical bila misi fail hehe.
Ok la till then..
klu akak...
ReplyDeletesah sah parah sakit lutut....
hahaha
baca pun akak letih dah..nih kan pulak berada di tempat kejadian?
tu ler.. penat yang amats... namun demi keriangan berganda ku relakan.. ewah.. pinjam tagline org lain.
DeleteCantiklaaa pic2.. ni pakai camera ape ni?
ReplyDeleteThanks. Canon SX60 ^^
Deletebest2
ReplyDelete