Followers

Thursday, 19 February 2015

Japan Winter 2015 - Day 2 Roponggi Hills dan Asasuka

Selamat Tahun Baru Cina semua.. korang buat ape tu.. ade yang travel ker.. Happy holiday semua.. 

Hari kedua di Japan, kami akan ke Roponggi Hills dan Asasuka. Atas factor usia, lately ni travel nak yang light and easy jer. X larat nk berkejar sangat. Pagi pagi kami dah gerak. Ape yang ade kat Roponggi hills pun aku x sure. Aku google2 katenyer best. Kite tengok la ape yang best nyer.

 Budak Japan gi Sekolah. Depa x sejuk ker.. Aku y sihat ni pun gigil.

Sampai je kat Roponggi Hills ni aku tersengeh jap. Hills yang moden rupenyer. X der la hills sangat. Tempat ni adelah beberapa bangunan di kawasan yang tinggi. Exclusive la jadinyer kan. Ade shopping complex berjenama. Yang katenyer mampu dilihat jer. Untuk aku la. So sape sape yang nak soping barang branded boleh la datang sini. Since kami sampai awal pagi, kami minum dulu kat Starbak. Kedai x bukak lagik nak berjalan. Aku mmg suke minum green Tea Frappuchino. Hahaha.. boleh dalam winter minum camtu.  

 Kedai ni jual macaroon. akak aku asik wusha jer.. Cantik katenyer persis oversea.. ehh mmg oversea pun.

Kedai kat sini macam Pavilion kat KL tu. Design dia mmg cantik. Banyak bahagian. Penat jugak la jalan. Motif aku sebenarnyer nak naik top of bangunan ni. Katenyer boleh nampak Tokyo. So sambil2 jalan tu kite cari arah tujuan. Mane entah liftnyer.


 Fefeeling kat Paris pun boleh. 

Akhirnyer jumpe la arah nak ker rooftop. dengan excitednyer aku naik escalator. Sampai jer yang ade adelah notis penutupan sebab ade renovation. Oh my gucci.. my prada is killing me!! Why why now!!.. Mencik.. Dengan hati yang keciwa kami pun turun semula. Tgok2 ade kawasan garden yang cantek.

Ha nampak x garden tu.

Turun tangga pun nak kene posing. Bertabah la klu nampak banyak naw gambar aku kat edisi Japan ni. Travel ber2 jer. Model sorang lagik x mampoo aku nk bayo royalti.

 OTW nak ke garden nampak TV Asahi.. Jap lagik masuk.

 Ha nampak tak bangunan ni.. rooftop dia la aku nk naik x dapat.. sob sob.

 Bangunan kat Roponggi Hills.


 Mula2 pakai cardigan jek. 

Sekali angin kuat daaa.. Terpaksa la kluarkan baju bulus.

Setelah naik kejung aku kat garden ni kami pun masuk bangunan Asahi TV tu. Asahi TV ni tuk kanak2. Doraemon, Sinchan dan bagai2 tu. 

 Bilik Nobita pun ade. Tp nobita gi skolah time ni. 

Sinchan and Family

 Ade jugak kedai jual barang kartun ni. Awas la klu korang bawak anak masuk sini. Since barang original, mahal la sikit. 

Petunjuk 
Lokasi: Roponggi Hills
Subway : Roponggi Exit 1C. Naik escalator trus sampai. 
Note: Jangan datang awal pagi sbb kedai bukak kul 10am.

Next kami ke Asasuka. Zasss dr kedai mewah di Roponggi hills kite layan kedai murah plak. Barang kat sini mmg murah. Ade satu lagi tempat yang di katekan murah dan hapening. Harujuku. Kami tak sempat nk kesana. Ade la jugak hasil daripada jalan kat Asasuka ni. Kalau nak beli FM dan keychain pun ade tapi kat kawasan berdekatan temple. Sile wusha dulu harga sebab barang yang sama mmg beza price setiap kedai. 

 Baju pun murah.

 Penyapu nenek kebayan pun hade. huhu

Yang biru beli kat Shibuya 1000yen. Yang Coklat beli kat Asasuka 500yen.. hahaha

 Orang Japan ni sangat kreatif. Tgok roller shutter kedai pun cantek. Kalau dia ttp kedai xder la nampak hudoh kan..

 Roti ke biskut ni.. rajin kan nak buat camni

 Kedai ni mmg ramai yang datang. Kueh kacang. Aku rase macam kueh doremon tu kot. Tapi ni bentuk ikan. Dah macam buat kueh bahulu pun hade. Gigih ok.. Satu acuan ade 4 bijik jer. Bakar manual dapur gas.

Bas dia pun chumel.. 

Petunjuk 
Lokasi: Asasuka
Subway : Asasuka Station Exit 1

 Ok la.. tu jer edisi day 2. Kami malamnyer packing untuk ke destinasi seterusnyer jer. Entry kali ni tema biar gambar berbicara.. Pemalas yang amat. :P

Till then, bye..


Thursday, 12 February 2015

Japan Winter 2015 - Day 1 PaE Enter Japan..

Assalamualikum.. Kegigihan nak menulis blog ni macam berkobar plak bile ade kawan kawan asik tanye bile nak update blog. Nak buat rujukan katenyer. Seram pun ade ni. gigil tangan nk menaip nih. Ayuh lah kite gigih sebelum sumenyer aku lupe. Aku ni bukan pattern mencatat pun.

Sebenarnyer mula mula aku bernekad nk masuk Japan solo. Ha gitu tp akhirnyer aku pergi bersama akak aku.. ye akak kandung aku. Tiket kami plak KL - Nagoya - KL. Aku main beli jer tanpa study ape pun. Tu mmg kebiasaan y aku buat. Beli jer dulu fikir kemudian. Bile nak dah nak dekat tarikh travel aku pun mula la menelaah. Bace blog bloger femes tu ha.. ehemmm. Sile terasa.. Check online kengkonon nak siapkan itinerary dah rangka2 bagai dan akhirnye aku cerita la kat akak aku yang kami akan cover. Plan asal akan cover Nagoya, Kyoto dan Osaka jer. Sebab trip kali ni cume 7 hari jer. Namun akak nk jugak ke Tokyo n Mt Fuji. Jadiknyer travel kali ni agak rush2 jadiknyer

Since perjalanan akak jauh dan kene retun back to Nagoya, kami amik JR Pass. RM 902 mase aku beli. Plan mmg nak balun sume naik shikenzen (bullet train) belaka. 

Hari yang dinanti pun tibe. Sebenarnyer aku dah beli flight ticket JB to KL yang mana selang 2 jam dari flight ke Nagoya. Disebabkan akak aku punyela risau flight delay terpaksa la beli lain ticket yang mana awal 10 jam. Giler jenuh aku nak berkampung kat KLIA 2 tu. Alang2 tu aku pun book hotel Capsule Container kat KLIA 2 tu. Motip sangat sbb aku nk tdo dan mandi sebelum flight. Flight kami Lewat malam dan akan sampai ke Nagoya awal pagi esoknyer.

Sampai di Nagoya dalam jan 8.30 pagi. Pertama sekali kami kene la amik train ke Nagoya Station. Dari Nagoya station kami akan naik Shikenzen ke Tokyo. First time nak beli ticket train kat Japan ni. Setelah gagal memahami cara Train Japan (Actually x sempat nk pk sebab ade org takut salah) trus la kami ke kaunter. Nagoya airport ke Nagoya station price tic dia 870 yen which is lebih kurang RM 26. Omg.. mahalnyer train Japan nih. Jauh naw ker.

Ticket ngan peta dapat dari kaunter train.

Sampai kat Nagoya station kami nak kene redeem plak JR Pass dulu. Kemudian booking seat Hikari ke Tokyo. Senang klu booking seat ni. Proper sikit. Xder la duduk bersepah. Sape2 nk redeem kat Nagoya station ni sila la tanye lokasi JR Pass ni kat information counter. Sbb macam agak jauh sikit. Perjalanan dari Nagoya ke Tokyo lebih kurang 3 jam. Sambung tido dalam Shikenzen plak. Hotel kami di Tokyo terletak berdekatan dengan Korakuen station. Actually x dekat sangat. jauh jugak nk berjalan dari subway. 

Since ni first time aku datang Japan, risau la jugak sesat bagai ni.. Macam x biasa kan sesat. Tapi bersama org y x biasa. Kang spoil mood plak. Kami sewa pocket wifi online. Service provider akan hantar ke hotel kite. Senang gitu. Masalah pertama kami ialah nk cakap ngan kaunter hotel pasal pocket wifi kami. Mereka totally x faham English. Aku cakap pocket wifi, balik2 dia dok bagi pasword wifi hotel. Hampir nk give up. Risau gak pocket wifi tu mmg tak sampai. Dah bayar ni. Lastnyer idea menjelma. Aku log in wifi hotel then google translate kat dia. Trus dia bagi satu bungkusan post. Laju gile. Erkkkk. fuhhhh lega.. Muka akak aku y masam trus senyum lebar.

Hotel LiveMax Korakuen

Masuk jer bilik hotel aku terkesima jap. Mak aihhh.. Dalam satu bilik ade 2 bilik. satu toilet. Bilik lengkap ngan microwave, peti ais, kettle dan tv. Erkkk.. Aku booking hotel mahal sangat ker. Mewahnyer. Harga hotel kami 14,200 yen which is dalam RM415 untuk 2 malam. Xpe la.. nk berehat katenyer kan. Disebabkan macam dah penat kami rehat sekejap kemudian malamnyer kami ke Shibuya. Nk jalan jalan sikit jer katenyer. Kami kluar dalam jam 6. Gelap gulite dah masa tu.

Ni konon2 leh tahan sejuk naw. Ko tgok la nasib ko nanti..

Ni la Shibuya street. ha camni la ramai manusia y nak cross. Dia jadik sibuk amat sebab ade 4 simpang. dan y bestnyer bile cross, depa cros sesuka hati arahnyer. hahahaha. Kami pun cross berkali2. Jakun gamaknyer. 

Ready to cross.

Start!!

Sejuk yang amat plak mase ni. Dengan lincah aku kluarkan baju bulus. Amik gambar then kami jalan jalan sekitar shibuya. Lastnyer kami masuk Forever 21. Aku mmg suka kedai ni. Selalunyer aku gi yang kat Myeondong. Tp selalu keciwe sbb depa buat baju sume saiz comel comel. Tapi kat Shibuya ni ade saiz ok. Seronok sgt. hihi.. Ade la jugak membeli. Ikotkan hati mmg nk soping byk tp mengenangkan jauh lagik perjalanan. no no no.. berat beg nanti.

Cantek x ootd saya. berbulus bulus.

Comel plak aku rase pokok ni..

Setelah penat yang amat kami naik minum and lepak lepak kat Starbuck. Dapat plak seat mengadap jalan. Macam hapening jer area Shibuya ni. Suka sangat.

View dari Starbucks Shibuya

On the way nak masuk subway kami nampak kereta ni. Aku x rase kete ni boleh jalan on road. Tgok tayar ngan dia. Bapak beso. Klu ade bonggol sikit sure sangkut nih. Imagine jalan kat Malaysia plak.



Bukan aku jer yer.. depa pun sama jugak.. Ni kalau bersama kawan sekepala ni mau amik video pusing pusing nih.


Note: Shibuya Street - Shibuya Station Exit 5. (Kluar dekat dengan Starbuks Shibuya)

Ok la.. Tamat Day 1. Shibuya Street ni aku mmg rekomen la pada sapa2 yang nk ke Tokyo.. Selain Cross yang ramai sesangat tu, kedai2 dia pun hapening. Ala2 Myeondong gitu. Tapi xder la kedai Mekap merata. Harga barang ok la. Mebi sebab nk end winter dah. Depa dok buat sale bagai.. 

To be continue... 


Saturday, 3 January 2015

Bangkok 2014 - Wat Chaiwatthanaram

Kegigihan diteruskan untuk tutup kisah Bangkok ni. Gigih sesangat sebelum tumpuan diberikan kepada trip akan datang. Feelingnyer sama macam First time gi Korea dulu... Hampeh nebes. Ok pape pun kite abiskan ape yang telah dimulakan. 

Sambung dari kisah Lopburi. Petangnye kami ke Ayuthaya. Perjalanan menaiki Van mengambil mase dalam 1 jam. Sampai jer di Ayuthaya kami naik tut tut ke hotel. Mase ni sikit lagik aku nak kehilangan Camera dan Pasport. Giler betul. Beg tertinggal dalam van dan van dah nak jalan. Klu x drama la aku kat Bangkok. Syukur sangat perasan macam something missing. Tepuk dahi.

Perkara pertama kami lakukan ialah check in hotel. Hotel yang kami duduk ni baru renovate. Tp overall puas hati dengan ape yang ade. Nama Hotel Phrakhun House Ayutaya Harga satu malam 1600baht untuk 3 orang. Lokasi betul2 depan jalan besar. After check in kami siap2 untuk makan. Sorry la gambar makan dan hotel telah musnah akibat memori card hp rosak. sob sob. Driver tuk tuk bawa kami ke kedai makan halal. Bagus tul driver ni. Xyah susah2 nk explain. Lepas makan kami ke Wat Chaiwatthanaram. Nak tunggu sunset disini.


Gambar dari pintu masuk

 Kengkonon nak panjat tp macam x daya jer.

Fefeeling jap

Pose ikot arahan tuan director. huhu

lagik.

Kawasan ni agak besar. dalam dok berjalan2 tu aku nampak kegigihan mereka berselfie.
Penyakit satu dunia

Nak sunset dah.. Ready ngan senjata memasing..

Mase ni terpaksa pinjam camera G12 kak anash gara2 camera saya nk mati dah batt habis.

Dan Lagik.

Setelah puas kami pun ke lokasi seterusnyer. Encik Driver tinggalkan kami sebab dia nak gi isik minyak. Sekali tempat yang dia tinggalkan tu gelap nk mampos. xder langsung lampu. Abis kami di mamah nyamuks.. cisss.

Ni la tempat yang dia tinggalkan kami. Wat Phu Khao Thong. 

Aku sebenarnye nak explore tp gelap. kang pape susah. Kami kluar jer dari tempat ni. Sereeemm

Setelah encik driver datang semula dengan, kami mintak dihantar ke Pasar malam. Kat sini ade Festival gitu. Again gambar ni jer yang ade sbb camera sume dah arwah bateri dia. Dok meroyan amik gambar kat Lopburi x berkesempatan nak charge semula. Kat Festival ni macam ade pertandingan menari gitu. Ade kanak2 nyanyi lagu Frozen. Comel sangat2.


Makanan kat pasar malam ni banyaknyer boleh tgok jer la kan. Memacam depa jual ha. Tapi kami dapat jugak makan roti canai perisa pisang dan epal. Disaluti coklat dan susu manis. Bayangkan berape calori dia... buat2 x nampak jer.. ngappp jer la. Perase pisang sedap tp manis yang amats.. Kedai ni ade cop halal. no worry. diyakini.

Malamnyer kami mengemas barang sebab sok kali akan ke Bangkok dan trus ke Airport untuk Balik ke Malaysia. Kami naik Van dari Ayuthaya ke Bangkok. Kemudian ke Airport naik train. Jom la kite zass sisa2 gambar yang ade.

Dalam Van dr Ayuthaya ke Bangkok.

 Kat Train station nk ke airport. 

 Ni la post selfie kami terakhir di Bangkok. Till we meet again bangkok... ewah..

Sempat lagik last minute shopping untuk insan tersayang.. ewah..

Dah sampai KL singgah jap umah Chawanna. Melawat Baby baru dia. Comel tau baby Zafran ni. Betul ke aku eja nama dia ni.. huhu

Mate coklat ok... oh dia malu xnk tunjuk mate..

Alhamdulillah kami yang dr JB selamat pulang kepangkal jalan pada pukul 3pg. Setelah memandu dengan berhemah sekali diiringi lagu2 nasyid.. Hiks. Hahahaha.. Tabah sungguh. ^^

Penutupnyer sile la layan video ni.. Hasil rakaman dan suntingan Janggel.



Habis la sudah kisah Bunga Matahari kali ni. Next trip bertema kekeluargaan sikit. Mohon doakan semuanyer lancar. Till then.. bye sume.. Thanks pade reader yang sudi bace blog y x seberape ni...