Followers

Thursday 16 April 2015

Charity Event - Rumah Kenangan Johor Bahru

“If you wait until you can do everything for everybody, instead of something for somebody, you’ll end up not doing nothing for nobody.” ~ Malcom Bane -

Pada hari Selasa yang lalu, Kami dari Seagate telah datang melawat Rumah Kenangan Johor Bahru. Ini adalah merupakan acara tahunan kami bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan mereka yang memerlukan. Pengisian setiap kali lawatan kami adelah berbeza mengikut keperluan Rumah Kenangan Johor Bahru ini.

Ketibaan kami seawal 8.30 pagi disambut dengan senyuman staff dan penduduk Rumah Kenangan. Ucapan pembukaan daripada pihak Seagate dan Pihak Rumah Kenangan. Taklimat juga diberikan mengenai penduduk rumah Kenangan. 

Berdasarkan taklimat yang diberikan, berikut adalah kriteria mereka yang menghuni rumah kenangan Johor Bahru ini:-
  • Daif dan berumur lebih daripada 60 tahun.
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Atas perintah mahkamah:-
    • Orang papa ( pengemis ) dan kuturayau untuk tahan sementara dan siasatan
    • Dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke Pusat Pemulihan Pengemis.

Objektif kahadiran kami selain ingin menggembirakan penduduk disini, kami juga menyumbang beberapa barang keperluan asas hasil kutipan daripada warga Seagate. Kami juga menyumbang tenaga dan material untuk mengecat pagar batu dia laman Rumah Kenangan Johor Bahru. Jom kite layan gambar gambar aktivity kami di Rumah Kenangan Johor Bahru.



Live band dari Seagate.


 Warga Tua menari dan ber Poco poco

Menghidangkan brunch.

Zulzaini dan pakcik Osman.

Beramah mesra dengan makcik2 pulak.

Kerusi beracun

Penyampaian hadiah

Bersama Pn Normah.



Antara yang sudi jadi Volunteer 

Dikala kami yang perempuan bungkus hadiah untuk penghuni rumah kenangan, yang lelaki mula mengecat. Pilihan warna ialah hijau. Jom kite cikidout  aktivity mengecat nih.






Pada pukul 1 kami mula melawat asrama penghuni rumah kenangan. Menurut pengurusan disini, kami agak bertuah kerana selalunye pelawat tidak dibenarkan masuk ke asrama. Kami berkesempatan menyampaikan buah tangan dari Seagate kepada setiap penghuni Rumah Kenangan Johor Bahru.



Antara activity warga tua disini ialah bercucuk tanam.

Terkagum jap ngan pokok lada disini. Cantik.. 

Selain bercucuk tanam, mereka juga menjalankan aktiviti menjahit dan kelas agama. Semua aktiviti yang dijalankan adelah dengan suka rela. Tiada paksaan untuk penyertaan.

All of us.

Time to say good bye.

Aktiviti kami tamat pada jam 2pm. Setinggi perhargaan kepada pihak pengurusan Rumah Kenangan kerana sudi menerima kehadiaran kami. Tahniah untuk kumpulan volunteer ini. Korang memang terbaik!!.

Reach Out With Love...



3 comments:

  1. bagus la opis wat camnih
    suka derang klu dapat terima tetamu

    best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep kak.. kadang2 jer dapat join event2 camni... mmg best..

      Delete
  2. bagus la tempat kerja akak boleh buat camni...terbaek la...mengecat sekali tu....nama zulzaini tu macam sy rasa kenal la...

    ReplyDelete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^