Followers

Saturday, 28 December 2013

China Guangzhou 2013 : Kekecewaan yang melampau.

Wallloooo.. Nape entah aku x berape nak rajin tulis blog pasal China ni. Maybe agak sibuk sikit lately and emosi x berape nak stabil lately. Haishhh.. Life without worry x mencabar kan.. So kite layan jer la cabaran tu.. It's just a piece of cake gitu... Jom la kite lupekan masalah sementara dah zassss pasal China ni. Aku harap boleh habis la Entry Cina ni before March. Dasar pemalas kan.

Kami plan nak masuk HongKong dan Macau. So harini pepagi kami check out hotel dah ke Hubei Station. Motip nak seberang la border. Dengan Single Entry Visa ni aku agak cuak sikit sbb aku x rase semudah itu kami boleh lepas. Maybe xder masalah nak lepas tapi akan ade masalah nak masuk semula nanti. Dengan rase x sedap hati kami bertanye pada Pegawai Imigration kat situ. Stdla masalah bahasa mmg masalah besar sbb bukan semua pegawai pandai cakap English. Bile x pandai dorang xnk layan tanpa bagi option.... What the tutttttttt la. Agak la.. kami kan foreigner. Minta bantuan ni. aduhai. Pusing2 kami akhirnyer jumpe la dengan pegawai yang boleh cakap English.

Selepas sesi menerangkan... akhirnyer kami dapat 3 cara.

Pertama
Masuk HK..sampai kat sana nanti buat visa entry ke china lagi 1 kat HK.. tapi dia tak sure amik masa berapa hari.

Kedua
kami amik local visa. Shenzhen visa..visa ni korg boleh apply and dapat on the spot..cuma visa ni ada beberapa limitation..
(a) bila dapat visa tu, korang perlu masuk dan keluar melalui shenzhen sahaja - maknanya keluar then masuk semula melalui boarder ni jugak la..
(b) Keluar dari Shenzhen dan masuk semula dalam tempoh 5 hari.
(c) korang perlu fly ke balik melaui Shenzhen jugak (tak boleh melalui kawasan lain)

Ketiga
Kami apply another visa kat area Guangzhou.

Kesimpulannyer ketiga2 option tu xleh pakai sebab option pertama agak berisiko dengan kadar poket x tebal. Buatnyer lame mati aku nk berkampung kat HK. Option kedua plak Flight kami dari Guangzhou.. kompomla xleh. Dan option ke ketiga sangat la jauh nk patah balik ke guangzhou. 

Kami semakin emo ketika itu.. Aku boleh faham agensi tu mmg x bleh buat multiple entry sbb xlepas tapi tolongla cakap jujur. Cakap jer x boleh masuk. Jangan bagi harapan yang x pasti and screw up our plan. Klu kompom xleh masuk xder la kami beriya plan HK and Macau. Bongok sungguh. 

Time ni hakak mmg xleh terima kenyataan lagik. Sangat keciwe yang xleh blah. In the end kami balik semula ke Guangzhou. 

 Luohu Port


 Misi mencari arah tujuan.

Subway Guangzhou

Dengan perasaan yang sangat keciwe kami kembali ke Guangzhou. Sepanjang dalam train kami menyepi seribu bahasa.. hahahaha. Aku ape lagik.. dah ade headpon kan. Aku layan jer la lagu Kpop aku untuk naikkan mood semula.



Dalam pada kekeciwaan yang amat sangat tu pami decide nak carik hotel nearby, guling2 dan berpk semula nak buat. Pusing2 dengan memikul beg dan akhirnyer kami jumpe kedai makan. Jom Makan!!!

Mencari arah tujuan.

Kedai Makan Nur Bostan. Exclusive kedai ni. kitorang ngabihkan duit makan kat sini.. mahal nak mati.. 

Nasik goreng daging

Benda ni aku lupe namanyer. dalam menu dia tunjuk 5 batang. aku ngan hakak dok excited la. sekali datang sebatang ker. grrrrrr...

Nasik goreng biasa.

Internal Deco



Pintu masuk.

Dah kenyang kami pun jejalan carik hotel plak. Dekat jer ngan kedai mkn ni ade satu hotel. Home Inn. Price pun agak murah. So kami check in jer la. Price hotel kat Guangzhou ni ala2 sama la ngan price hostel kat Korea y backpacker tu. Tp kat sini HOTEL. So mmg berbaloi la. Nama pun China kan. Harus la murah.

Ni katil Single. Dah macam Double. Boleh la nak kuak lentang ke kuak kupu2 malam ni kang.

Ni toilet dia. Cube korang check ape kekurangan dia. Jenuhla la nak menadah air kan klu nak uuk.


Dah lepas guling2 kami jejalan plak area sekitar. Kami masuk sport center. Huyooooooo.. banyak tul barangan sukan. Baju2 bagai ni. dapat gak aku sehelai seluar track. maklumla i kan terlebih saiz. Suke tul dapat y sesuai.. Murah lak tu. Dalam RM 15 gitu. Sile la jeles.

Hakak tgh terkorek2 baju.

Pilih2... macam2 jenis ade.

Ni lah tempat nyer Sport City.

Setelah penat kami menapak dalam sport center ni kami makan plak. Actually seblah Sport center ni bersebelahan jer dengan Kedai ni nampak murah sikit. Kami order la mee. Jeng3.. makanan y sampai bapok banyak. Ish3... mmg makin sihat la aku dok China ni lame2. Makanan dah sampai tp dorang x amik order air pun. Kitorang tanye la nak order air... dengan sadisnyer dia tunjuk 7E berdekatan. Bantai gelak la kami. kedai makan ni x jual air. Camner tu. Ni klu tersedak aku teguk jer la kuahnyer. Dah kenyang kami pegi la jugak 7E tu beli air. 



Sampai hotel aku bgtau hakak yang aku mcm dah x larat nk menggendong beg yang berat tu. Sbb China x inter station sgt la jauh. Kami kene menapak jauh sangat. So kami decide pengembaraan begpacker bertukar ke trolly beg. Datin gitu. Kami keluar semula misi mencari beg trolley. Dan hasil tangkapan adalah seperti dibawah. Satu aku punyer satu hakak punyer. Persoalannyer.. cube teka mane satu aku punyer.. Wink3 ^___^.


Pada sape2 yang ke kawasan ni sile la check Yangji metro station dan Home Inn lak seperti dalam map ni..

Ok lah.. TBC....



No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^