Followers

Tuesday 12 February 2013

Kota kinabalu - redah sorang2.

Dah lame aku nak merase jejalan sesorang. nak feel la konon ape la rase jejalan survive sesorang. As a beginner aku choose kk sebagai destinasi percubaan. Kalau sesat pun aku dalam Malaysia lagik. Dengan ticket yang sangat tibe2 dengan price y murah giler aku pun fly la ke KK bersendirian. 

Sepanjang penerbangan aku di  hidangkan dengan pelbagai bunyik suara manusia dah macam dalam bas tambang dah.. Bertabah jer la. Apa y aku nk harapkan dengan ticket RM 18 return kannn.. Klu aku bayar mahal mau jer aku ketuk sorang2. Aku amik tic petang dan sampai ke KK jam 10 malam. Dengan muka diva (cover cuak) aku trus ke kaunter airport taxi. Dari Jauh aku tgok kat kaunter macam xder orang. Dalam hati ah sudah... mati aku. Tetibe jeng3 aku nampak cik kaunter taxi bgn dr tempat duduk. kikikiki. sambung buat muka diva mintak taxi ke Daya Hotel. Price dari Lapangan Terbang ke Pusat bandar Kota Kinabalu adalah RM 30. Since aku dah wat research so relex jer la bayar. 

Cik Kaunter pun bagi aku resit. Aku pun tanye la kat mana saya nak naik taxi. Dia jawab sepatah jer. Kat Luar. Dengggg!!! aku tau la kat luar. xkan la taxi nk masuk dalam bangunan Airport ni. Aku pun senyum dan ucap Terima kasih. Nampaknyer dah xleh wat muka diva. So aku pun buat muka blur. Melangkah jer kuar Airpot aku tgok byk cap beratur kat luar. Aku disapa oleh abang taxi. Selepas tunjuk resit dia pun tunjuk arah. 

Pejalanan ke pusat bandar dalam 15 min. Disebabkan aku dah dapat tic murah gaban dan sesorang, aku decide nak dok hotel y ok sikit. So aku dah book kat Agoda. Daya hotel ni ngan price RM100 per night. Ni lah bilik aku. sengal dok sesorang dengan katil double single. cet..




Agak berpuas hati dengan keadaan bilik yang bersih. Edisi meronda2 malam bermula. Lapa dokk. misi pertama ialah carik tempat makan. Selepas berpusing2 dikeliling dalam 20 min dengan perut yang lapa yang amat akhirnyer aku jumpe la tempat makan ikan bakar. ho yeeee. Tempat makan ni terletak berdekatan dengan Hotel Hyatt. Sbb aku sorang, menu aku harusla simple janji perut kenyang. Ikan bakar, kangkung belacan dan nasik puteh. Air Nes.. Dalam pada nak tunggu makanan aku sampai meja aku dah penuh dengan garam, gula, lada, limau, kicap, sambal, air. Ah sudah. ni pekaj masak sendiri ke hape ni. Blur dah aku ni. 





Jeng3.. lauk pun sampai. Nasib xyah masak sendiri. huahahaha. RM 19.50. Okey la. Perut dah kenyang kaki pun dah penat. aku pun balik hotel tuk tdo. Sambung esok lak merayap. Actually aku penat arini sbb direct dr tempat keje. Sok kite gi pulau lak.

Till Then....

7 comments:

  1. hoi murah gile tiket return rm18. ni ko beli masa promo yg spesel utk rakyat mesia tu ek? jeles aku...aku nk pi kuching ni tapi mahal sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. aku beli time tu la. ngan suke hati aku klik tanpa pikir panjang..

      Delete
  2. Agak mahal kan makanan kt sana compare semenanjung. Ada gak plan nk travel sorang2 tp belum confident dan tiket AA tu mmg murah gila hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Mahal. Lagik2 la sorang2 ni. Mcm membazir jer klu amik byk jenis. Tu y mkn ikan ngan kangkung jer. Huhuhu. Tic aa tu mmg free seat. Byr tax jer. Mmg giler kentang murahnyer.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hi,
    nak tanya la. hotel ni, dekat tengah-tengah bandar dan boleh jalan kaki ke semuatempat cam pasar malam & pasar filifin tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Dalam 10 min jer. Klu nk betul2 depan sume2 pasar ni kat le meridien.. Mahal la kot. Daya hotel ni ok la... Murah dah dekat jer klu nk ke pasar2 tu.

      Delete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^