Followers

Monday, 30 December 2013

China Guangzhou 2013 : Walking around Shop and Mosque

Jom kite sambung pengembaraan dibumi China ni. Redah kekdahnyer. Travel kali ni kami sangat la redah satu hotel pun kami x book. Ada hikmahnyer semua yang berlaku. Klu kitorang book hotel kat Macau dan Hongkong x ker jawabnyer nk kene bakor Agency yang buat Visa aku tu sbb x bgtau jujur. 

Next target kami Hotel Xidiwan Hotel. Nk ke hotel ni kami turun kat Haizu Square. Dan dari Haizu Square kami berjalan kaki. Dalam peta kat bawah ni korang nampak tak Haizhu Square. Pastu kat bawah tu ade mark Hotel y biru tu. Cantek jer tepi sungai kan. Cantik betul dalam peta. Hakikatnyer macam nak tercabut kaki aku menapak. Bapak jauh. Nasib la bawak beg Troli. Aku berdoa jer jgn tercabut plak roda beg aku tu sudah ler.. Kelemahan beg troli teruji buat kali pertamanya bile naik tangga. Hahahaha.. nasibla kan org tu beg lebih besar dari badan. Pastu buat muka kesian pada mamat cina yang lalu lalang. Berjaya plak tu. Cissss.. Ade beberapa mamat cina tolong hakak angkat beg bile dia menggoda dengan muka kesian. hahahaha.. nyampah...




Time Check in.. Beg mamat ni sangat menarik perhatian aku. Ni klu simpan barang jenuh nak carik. Tp x ker cool tuh...

Xidiwan mmg x best. Tu jer ulasan aku pasal hotel ni. Siap ade raincoat.. Paham kan.. x paham pi tanye kawan lain yang paham. Ni klu mak aku tau mau kene rampas aku punyer pasport. Tp mase kejadian menyedari raincoat tu kami tergelak macam nak mati. Sengal hotel ni. Dah guling2 kejap kami pun round semula. 

Ha rantai manik korang y konon2 diva tu jual kat tepi jalan jer...

Kasut murah kot. X tawar lagik ni.

Kedai ni mmg heaven. Towel yang tebal2 ala2 hotel y kat malaysia beratus2 tu kat sini jual rm 30 jer.

Akak kate kite carik Masjid. Kami pun menapak la berpandukan peta di lonely planet hakak. Aku pasrah jer sbb aku aku mmg x paham peta lonely planet ni. Setelah jalan jauh gilerrrrrr... Hakak pun senyum. Ha tu dia pae Masjid.

Masjid Guangzhou

Waktu solat


Sangat aman damai kat sini kan.




Tibe2 kami ber4. Camner tu. Ni mmg pertemuan suci tau. Kami bertemu di Masjid tadi. Student yang datang China borong barang niaga. Sangat la pandai buat duit budak ni.

Kami ke kedai electronic bersama mereka. Dorang ni bisness trip kan. So mmg best la sbb dorang tau semua. Kami ikot jer la. Lepas puas meround kami gi ke hotel dorang and guest what.... Dorang dok hotel mahal tuuuuuu.. Malu aku...

Pendrive

Sambung shopping lepas lepak kat hotel dorang

Next kami ke Renmin Road. Skang kami naik cab jer. Naik Subway x sesuai la kat Guangzhou ni. Jauh beno nak kene menapak. 

Doyan China.

Ha... sape nak.. macam best kan

Kedai kasut ni mmg cantik dan kasut2 dia pun cantek. Xleh amik gambar rupenyer tp aku dah tersnap satu... nasib la kan. Sbb takut kene marah aku trus simpan camera. huhuhu

Balik kami naik motor yang bawak laju dan merbahaya tahap tercabut nyawa. Siot jer. dah le mahal pastu nyaris la nk langgar bas. Moral of story... aku xkan naik lagik!!!!.

Balik hotel kami makan dan pengsan. Hari yang sangat giler. Esok kami plan nak pindah Continental Hotel. Dekat sikit dengan hotel bebudak tu.. 

Okla.. till then.... 

Saturday, 28 December 2013

Majlis Pertunangan : They are Taken!!!

Bulan November and Dec actually keluarga saya dok meraikan 2 majlis pertunagan. Pada sape2 yang nak jadi adik ipar i dah boleh give up la yer. Sbb both my lil brother was taken.. hahahaha. perasan jap dorang ni hot.. Jom la kite Zaaaasss gambar2 yang hado. Camare x berape nk canggeh. Ni ade curik dari FB Hana Sama. Miannn.

24 Nov 2013
Majlis pertunagan Fahmi & Ayu.
Lokasi : Negeri Sembilan


 Menyarung Cincin

 My mum with her mum 

 Kak Tie dapat kawan taun depan.

Semoga kekal dan bahagia... oppppss jgn dekat2 sangat.. lum nikohhhh.


7 Dec 2013
Majlis Pertunangan Farid & Farah
Lokasi: Muar

 Us

 Ha sengeh2 ape tu.. 

Menyarung cincin.

Hantaran Dulang yang serderna. Sama jer cuma tema Fahmi Hijau. Tema Farid purple.






Okeh la.. Semoga bahagia semuanyer... Insha Allah x lame lagik ramai la tolong aku kat dapor time raya... suke3.. kekekekeke..

China Guangzhou 2013 : Kekecewaan yang melampau.

Wallloooo.. Nape entah aku x berape nak rajin tulis blog pasal China ni. Maybe agak sibuk sikit lately and emosi x berape nak stabil lately. Haishhh.. Life without worry x mencabar kan.. So kite layan jer la cabaran tu.. It's just a piece of cake gitu... Jom la kite lupekan masalah sementara dah zassss pasal China ni. Aku harap boleh habis la Entry Cina ni before March. Dasar pemalas kan.

Kami plan nak masuk HongKong dan Macau. So harini pepagi kami check out hotel dah ke Hubei Station. Motip nak seberang la border. Dengan Single Entry Visa ni aku agak cuak sikit sbb aku x rase semudah itu kami boleh lepas. Maybe xder masalah nak lepas tapi akan ade masalah nak masuk semula nanti. Dengan rase x sedap hati kami bertanye pada Pegawai Imigration kat situ. Stdla masalah bahasa mmg masalah besar sbb bukan semua pegawai pandai cakap English. Bile x pandai dorang xnk layan tanpa bagi option.... What the tutttttttt la. Agak la.. kami kan foreigner. Minta bantuan ni. aduhai. Pusing2 kami akhirnyer jumpe la dengan pegawai yang boleh cakap English.

Selepas sesi menerangkan... akhirnyer kami dapat 3 cara.

Pertama
Masuk HK..sampai kat sana nanti buat visa entry ke china lagi 1 kat HK.. tapi dia tak sure amik masa berapa hari.

Kedua
kami amik local visa. Shenzhen visa..visa ni korg boleh apply and dapat on the spot..cuma visa ni ada beberapa limitation..
(a) bila dapat visa tu, korang perlu masuk dan keluar melalui shenzhen sahaja - maknanya keluar then masuk semula melalui boarder ni jugak la..
(b) Keluar dari Shenzhen dan masuk semula dalam tempoh 5 hari.
(c) korang perlu fly ke balik melaui Shenzhen jugak (tak boleh melalui kawasan lain)

Ketiga
Kami apply another visa kat area Guangzhou.

Kesimpulannyer ketiga2 option tu xleh pakai sebab option pertama agak berisiko dengan kadar poket x tebal. Buatnyer lame mati aku nk berkampung kat HK. Option kedua plak Flight kami dari Guangzhou.. kompomla xleh. Dan option ke ketiga sangat la jauh nk patah balik ke guangzhou. 

Kami semakin emo ketika itu.. Aku boleh faham agensi tu mmg x bleh buat multiple entry sbb xlepas tapi tolongla cakap jujur. Cakap jer x boleh masuk. Jangan bagi harapan yang x pasti and screw up our plan. Klu kompom xleh masuk xder la kami beriya plan HK and Macau. Bongok sungguh. 

Time ni hakak mmg xleh terima kenyataan lagik. Sangat keciwe yang xleh blah. In the end kami balik semula ke Guangzhou. 

 Luohu Port


 Misi mencari arah tujuan.

Subway Guangzhou

Dengan perasaan yang sangat keciwe kami kembali ke Guangzhou. Sepanjang dalam train kami menyepi seribu bahasa.. hahahaha. Aku ape lagik.. dah ade headpon kan. Aku layan jer la lagu Kpop aku untuk naikkan mood semula.



Dalam pada kekeciwaan yang amat sangat tu pami decide nak carik hotel nearby, guling2 dan berpk semula nak buat. Pusing2 dengan memikul beg dan akhirnyer kami jumpe kedai makan. Jom Makan!!!

Mencari arah tujuan.

Kedai Makan Nur Bostan. Exclusive kedai ni. kitorang ngabihkan duit makan kat sini.. mahal nak mati.. 

Nasik goreng daging

Benda ni aku lupe namanyer. dalam menu dia tunjuk 5 batang. aku ngan hakak dok excited la. sekali datang sebatang ker. grrrrrr...

Nasik goreng biasa.

Internal Deco



Pintu masuk.

Dah kenyang kami pun jejalan carik hotel plak. Dekat jer ngan kedai mkn ni ade satu hotel. Home Inn. Price pun agak murah. So kami check in jer la. Price hotel kat Guangzhou ni ala2 sama la ngan price hostel kat Korea y backpacker tu. Tp kat sini HOTEL. So mmg berbaloi la. Nama pun China kan. Harus la murah.

Ni katil Single. Dah macam Double. Boleh la nak kuak lentang ke kuak kupu2 malam ni kang.

Ni toilet dia. Cube korang check ape kekurangan dia. Jenuhla la nak menadah air kan klu nak uuk.


Dah lepas guling2 kami jejalan plak area sekitar. Kami masuk sport center. Huyooooooo.. banyak tul barangan sukan. Baju2 bagai ni. dapat gak aku sehelai seluar track. maklumla i kan terlebih saiz. Suke tul dapat y sesuai.. Murah lak tu. Dalam RM 15 gitu. Sile la jeles.

Hakak tgh terkorek2 baju.

Pilih2... macam2 jenis ade.

Ni lah tempat nyer Sport City.

Setelah penat kami menapak dalam sport center ni kami makan plak. Actually seblah Sport center ni bersebelahan jer dengan Kedai ni nampak murah sikit. Kami order la mee. Jeng3.. makanan y sampai bapok banyak. Ish3... mmg makin sihat la aku dok China ni lame2. Makanan dah sampai tp dorang x amik order air pun. Kitorang tanye la nak order air... dengan sadisnyer dia tunjuk 7E berdekatan. Bantai gelak la kami. kedai makan ni x jual air. Camner tu. Ni klu tersedak aku teguk jer la kuahnyer. Dah kenyang kami pegi la jugak 7E tu beli air. 



Sampai hotel aku bgtau hakak yang aku mcm dah x larat nk menggendong beg yang berat tu. Sbb China x inter station sgt la jauh. Kami kene menapak jauh sangat. So kami decide pengembaraan begpacker bertukar ke trolly beg. Datin gitu. Kami keluar semula misi mencari beg trolley. Dan hasil tangkapan adalah seperti dibawah. Satu aku punyer satu hakak punyer. Persoalannyer.. cube teka mane satu aku punyer.. Wink3 ^___^.


Pada sape2 yang ke kawasan ni sile la check Yangji metro station dan Home Inn lak seperti dalam map ni..

Ok lah.. TBC....