Followers

Monday, 28 May 2012

First Henecia Gathering + Birthday celebration

Aku x tau nak start dari mana so trus jer la layan gambar2 ni. hehehehehhe. As i said before May 2012 Awesome!!.

 Door gift.



Ni aku ngan kek yang aku wat (bgn 4 pg nk deco)
Coklat cake ngan deco fondant. Haaaa sape nak order dah bleh dah ni... kikikiki

Sunday, 27 May 2012

Yeayyy workstation baru!!~~

Maceh pagar laut... Jasamu di kenang. Baru la semangat nak keje ^____^

Sebelum kejadian.


Selepas kejadian.

Lalalalala mula keje ngan hati yang gumbira...

Teaser: First gathering U:Zoosin Alien

First gathering... Aku baru sampai dr KL ni. Nk pengsan tp sempat bagi teaser ni. Sok aku type detail. BTW Henecia jinjaa Daebak!!



Lalalalala nite all!!

Wednesday, 16 May 2012

Air Terjun Gunung Ledang

Ni adalah entry yang tertangguh sbb Activity May yang Awesome. ^___^

Activity balik kampung selalunyer relex2 jer kat umah. Tapi kali ni aku balik kg bermotifkan berkebun. Jgn pelik sbb aku mmg org kg so sesekali berkebun tu biasa jek. Dah penat berkebun kami pun plan nak ke air terjun Gunung Ledang. Merehatkan minda katenyer. Untuk mengelakkan kesesekan manusia maka pepagi la aku bangun wat breakfast and dan tapau2 bagai. Dalam kul 8 kami memulakan perjalanan ke kaki Gunung Ledang. Perjalanan dalam 15 - 25 min sahaja. Bayaran masuk RM 2 utk kereta dan RM 1 per head. Disebabkan keadaaan mak y tak berapa kuat nak berjalan jauh, kami ke bahagian yang bawah sahaja. Teringat dulu masa kecik2 mesti nak naik tingi2. Ada satu tempat tu mmg best. Agak x ramai yang sampai kesitu dan kolam dia dalam sikit. 

Air Gunung Ledang ni dah semakin bersih jika nak dibandingkan masa aku kecik2 dulu. Dulu sampah merata. Mungkin sebab sekarang sudah ada resort. Tapi pada aku masih banyak y boleh diperbaiki lagik. Okeh detail nak datang air Terjun Ledang. Kalau guna Highway boleh kuar exit Tangkak. belok ke kanan. Perjalanan dalam 15 KM mengambil masa dalam 20 min sahaja.



Okeh kite layan picture jer la yer. Nak banyak lagik gambar click sini.





Saturday, 12 May 2012

May yang Awesome - Konvo la plak

Setelah Misi Kpop aku berakhir kite swing to Konvo la plak. Meh nak cite mukadimah ckit. Flash back 6 taun di UTM.

Aku masih ingat lagik 6 taun yang lepas, mase tu baru jer keje 1 tahun. Mak dah bising2 bila nak sambung belajar. Register SPACE sebab nak jaga hati mak. Boleh macam tu. Belajar x ikhlas, hamek kau tahun pertama aku keparit. Sangat demotivated sbb culture shock. Dulu belajar kat poly ala2 sekolah. Masuk UTM blur x paham ape yang lect ajar. So berlalula Tahun pertama yang hampeh. Tahun ke 2 semangat tu dah ada dah. Fed up agaknye jadik tech. Mula simpan cite2 nak upgrade diri. Walaupun pada masa tu ramai yang kate aku xkan habis punyer. Ciscake!!!! Sem 2 tahun 2 aku dah dapat geng. Dot aku mention name ko xpe kan. Syida la orangnyer. Dia punyer otak agak berkelajuan tinggi klu nak compare ngan aku yang sederhana ni. Selain dia K.Fidah pun jadik geng study aku. Tapi kebanyakkannye aku sama kelas ngan syida. Dia la jd sifo aku klu x paham. Ahhh memanjang x paham aku ni. Sabar tul dia layan aku. Maceh dot. i lebiuuu. 

Kelas setiap minggu. Nak jejalan mmg susah sangat. Nak balik kg pun susah. In the end mak yang datang JB. Bayar yuran lak pki KWSP ngan kad magic. Maceh KWSP n kad Magic. Kekadang pinjam mak. (Baiknyer mak aku) lebiu mak. Ingat lagik nak gi kelas ujan la plak. Sebenarnyer alasan ni la aku guna nak gune beli kete. hahaha.. 

Okeh Anyway orang yang laluinyer jer yang akan faham pengorbanan y kami lalui. So aku mmg respect la SPACE student.. Lagik2 scorer2 tu. Hebat korang. (aku bukan scorer).

Okeh Kat sini aku nak ucapkan Jutaan terima kasih pada mak (Hazazah Bt Hamsah) sebab paksa aku belajar dulu. Mak mmg insan yang terbaik dan Mulia. Pengorbanan mu membesarkan dan mendidik kami xkan dilupekan. Hanye Allah jer yang mampu membalasnyer. (Ahhh tacing lak aku. nak nages nih!!). Meceh gak kat adik beradik aku. Fathia yang dok jemput aku mase gi kelas kat KL dulu. Fahmi n Farid gak. Raji jugak.. sayang korang sume.

Kengkawan yang mmg supportive. Norasyidah Omar, Hafidah, Shamsiah, K.Su dan sume2 la FKE SPACE JB. korang sume terbaik. Lebiuuu.

X lupa gak Big thanks to Lecturer2 sekalian. Terutama Dr Sevia. Thanks and Sorry for everything. Halalkan Ilmu yang diberikan yer. 

Okeh setelah mode sayu2 ni meh kite layan picture posing ngan baju jubah. 

Me and Syida




Okeh.. Tamatla misi Degree saya. Pasni nak wat ape lak... Haruskan sambung lagik?? InsyaAllah klu ada rezeki. Ada beberapa plan sedang bermain2 difikiran. Memerlukan pertimbangan yang sewajarnyer. Skang fokus career dan ekonomi dulu. 

Pada kengkawan yang masih dalam perjuangan. Teruskan hingga ke penamat. Aku boleh korang sure boleh.. Hwaiting!!.. Pada kengkawan yang sambung Master lak. waaa korang mmg jinjaa daebak!! jeles!! InsyaAllah saya akan follow tp lmbt ckit.

^_^

Misi Singapore Finale T_T

Hahaha tajuk tu kene tunjuk nanges sbb misi gagal. hahahaha tapi xpe la. Asik berjaya jer x mencabar la kan. Bila ada suka sesekali kene la ada duka sikit. 

Okeh kisah ni adalah sambungan dari Misi x berapa nak suci tu. Klick sini. Untuk hari yang ke3 aku masuk SG bermisikan x berapa nak suci. Hari ke3 ni perancangan agak last minute tu yang trus keparit. Sebenarnye kami nak say babay kat KHJ. Tapi x confirm HJ balik naik flight kul berapa. Tapi mmg dengar dia akan balik harini. (6 May). Apa lagik aku check la Shedule flight ke Seoul ( Korean Air ). Okeh yang ada kul 3ptg. Ni adalah masa yang sangat kene dengan desas desus semalam HJ balik kul 3. Since kami sangat last minute, kul 1.30 baru decide nak gi. OMG.. sempat ker. Nasib la. try jer. Walaupun dalam hati aku mmg xder harapan.

Sesampai di Airport dah 3.10. Hurmmm mmg x sempat la. Tapi sangat pelik sbb keadaan sangat tenang. Korean Air nyer flight mase tu gate closing.. Ish kompius.. takkan kul 3 masuk fan2 sume dah xder. tenang macam xder pape. So kami membuat andaian HJ lum balik. Next flight to korea malam. Sebenarnye aku dah merasakan misi gagal. so dah x pk dah pasal HJ sangat. What to do?? dah ada kat SG ni xkan nak lepak kat airport jer kot. 

Hehehe next kami ke Orchard road. 

Carik parking dulu..

Hahahaha... No picture.. tp aku aku dah snap :p

Hasil dari merayau2 kat Orchard road.

Aku baru tau yang kat SG ni CD korea agak latest compare to Malaysia. Nad kate price kadang2 mahal cikit compare beli online. Tp klu online siap kene Delivery cost. Same jer kot. Masuk jer kedai CD ni aku dah x tentu arah. Klu poket tebal mau aku sebat 3 ke 4 CD. Tp since bulan ni budget bust gara2 FM, aku sebat 1 jer la. Harga CD ni x mahal la. Dalam SG 23 jer. (murah kan klu x convert) ^_^.

Setelah merayau kuar masuk Mall kami pun kuar. Sebenarnyer letak harapan jugak kot2 Hj soping kat cni. kikikiki. X hado. Seterusnye aku cakap nak gi tgok Merlion. Kami pun set GPS. Dekat jer rupenyer. Ni la beberapa picture yang aku dapat snap.

Ni la agaknyer Jambatan yang lily cakap tu. aku sempat snap dari kete jer. X dapat nak lari2 atas jambatan ni. huhuhuhu.


Cantek kan bangunan ni. Ape entah nama dia. Aku malas nak wat research.

Ni plak Hotel yang paling mahal kat SG katenyer. Marina Bay Sand. Eric Shinwa penah belakun kat atas tu. Spy Myung wol. Bile la dapat lepak kat atas tu kan...

Pada aku arini more kepada layan tgok bangunan2 ni. Cantek sangat. Intelligent Engineering. Bangga aku tergolong dalam golongan Engineering ni kikiki. boleh gitu walupun xder kene mengena.

Dah puas kami pun nak balik dah. OTW balik tgok kat tweeter, picture depart HJ dah kuar... Okeh kompom HJ balik kul 3 ptg td. Maybe kami terlepas sbb terlewat ckit sampai. Dah masuk Malaysia Kuar plak pic HJ kat Airport Inchion. Tarik rambut!!!! hahahahha. Layan Fancam jer la nanti ^_^

Okeh tamat la sudah misi x berapa nak suci Kat SG kali ni. Ape2 pun aku puas. Walaupun Orang kate macam membazir. Ini adalah minat aku. So aku x rase bazir pun. Lagik2 dia bukan datang selalu pun. Aku amat berterima kasih pada mereka2 yang menghormati dan memahami. Anyway, Sepanjang misi x berapa nak suci ni aku jumpa dengan kawan2 baru yang happening... Aaa Henecia Jinjaa Daebak!!. bukan Dari Malaysia jer. Dari SG, Thai, Philipine, HongKong dan Indonesia. 

Okeh.. Tamat... Thanks reader.. 
^_^

Wednesday, 9 May 2012

KHJ SG Fanmeet 2012 - Video "Please"

Ni jer yang berjaya aku rakam. maklumla ramai naw guard yang nak rampas camera klu amik video... Picture only katenyer. okeh.


Ok x video ni... ada sore2 jerit sopan tu sila la abaikan. entah sape la dok seblah aku gagal dikawal.. miahahahaha.. Apa2 pun. FanMeet 2012 mmg paling best penah aku gi. Hyun Joong mmg best... X sia2. 

^_^

Sunday, 6 May 2012

Misi x berape nak suci : KHJ FanMeet 2012 - Part 3

Longgar2 kan jari nak menaip part 3 lak. Motepla aku buat banyak part kan... huhuhuhu.

Okeh time untuk masuk dalam Stadium. Excited x hingat.. laluan aku?? okeh rahsia!! kikiki. Dalam Stadium agak hapening. Walaupun tic tak sold out ( Henecia Where are You T_T ). Okeh mayb mereka adalah student. maka harus memahami. Hopefully HJ pun paham. 

Opening Sangat la best giler.. Sile la carik kat you tube. banyak giler fancam.. Sume pun menjerit bagai nak rak.. aku?? aku pun jerit Sopan. Sepanjang persembahan mmg xder langsug yang menghampakan. HJ serius fair layan fan. Ada peminat yang sangat bertuah dapat bear besar giler dari HJ. Ok tang ni aku rase nak curik jer bear tu.. Jeles!!! 

Citer pun x guna. meh layan pic yang aku berjaya snap during FM ni.


HJ tgh tgok saya!!


Killing smile. I love this picture.


Kuar dari belakang. 2 meter away from me!!


I love this picture too!!.

Cukupla.. nak lagik pi check kat FB IzaHyun J. 

Lagu terakhir tu sangat sedih. HJ nanges... Aaaa sedih giler. It's ok HJ. We will meet again!! kikikiki. Kali ni agak beruntung coz dapat shake hand with my Idol... shake hand with 3k Fan.. HJ mmg best. That y we love you so much. ahahahaha.

Kali ni x dapat nak tunggu back stage..

Misi masih lum tamat... TBC ^_^

Klik sini tuk part 1
Klik sini tuk part 2
Klik sini tuk Teaser


Misi x berape nak suci : KHJ FanMeet 2012 - Part 2

4 May 2012 adalam tarikh kejadian. Fan Meet dalam kul 8.00 malam dan kami akan berkumpul depan Stadium dalam jam 3.30 ptg. Datang awal sebab nak berkumpul agih2kan Ticket dan apa2 yang patut. setibanya kami disaa, ramai dah fan2 dari pelbagai negara berkumpul. Kami adalah HENECIA!!. hehehehe. Masing2 pakai baju yang di design oleh FC negara masing2. Kami berjumpa buat kali pertama. Berbual, bertukar2 hadiah dan amik gambar. I love this moment!!. 

Malaysia + Thailand Fan with Our Banner

 Malaysia + Thailand Fan with Thai fan Banner

Ada lagik beberapa fan dari Indonesia dan Philiphine jugak. Seriusly hapening masa tu. Apa yang aku boleh cakap.. Hyun Joong aaaa.. Your Fan jinja deabak!! 

Selain daripada tu kami jugak dapat hadiah dari KHJ. Design oleh dia sendiri. Masing2 dapat T shirt and pin. Giler best la HJ ni. Sayang betul dia kat Fan dia.



Kamsamnida HJ.. Jinja Happy ^_^. Mana la ader artis len bagi gift kat fan dia. Walaupun Tic agak mahal tp aku puas hati.. nak tgok tic x? okeh ni dia.

Hahaha. price tic telah diedit bagi keselamatan pihak2 tertentu. Kepada yang tau price sile jgn komen disini. Keselamatan penulis akan tergugat. Kamsahamnida ^_^.

Since banner dan Henecia Malaysia yang sangat best dan Daebak, kami telah menjadi tumpuan para cameraman dan Official photographer. Pasni klu nampak muka aku kat mana2 tu pasrah jer la yer. Ada satu tu agak kelakar. sedang borak2 tak ingat donia, aku dan 3 orang kawan aku kene panggil oleh satu wartawan. Since kami pakai baju Henecia Malaysia, dia tanye kami dari malaysia kan... Jom ikut saya.. Ah sudah.. apa lak ni... kami dibawak ke depan camera. Dia kenalkan diri yang dia adalah official Wartawan utk event ni dan akan buat clip utk tunjuk kat HJ. Ayat x leh blah. Please say in Malay. Proper Malay. I do not understand broken Malay. Kami pun cakap 1 minute please. Berbincang apa nak cakap. And finally came with this ayat la. " Kim Hyun Joong, Malaysia tunggu anda!". Broken x??? x broken kan.... hahahaha. 1 shoot jer. Dia kate kami best.. Wahhhhh... 

Ni plak card2 dan hadiah dari Fan negara lain. Baik betul mereka ni. sayang korang la.

Ni card dari FC singapore. Hahaha aku collect sume design. Kamsahamnida!!

Ni lak pin dari Thai Fan.. Kamsahamnida!!.

Okeh... aku penat menaip... Bersambung lagik part 3 yang Jinja Deabak!!!..
Tungguuuu..

^_^

Misi X berape nak suci: KHJ SG FanMeet 20121

Sory la pada sesiapa yang menantikan entry ni.. Last 3 day aku demam + mabuk + sedikit meroyan gara2 Hyun Joong. Tak tau nak start kat mana sbb aku mmg mode excited giler ni. But still as promise aku masih BEHAVE!!... 

Okeh kite mulakan dengan the day before. Aku mmg tak penah jumpe kengkawan Henecia (Kim Hyun Joong FC) secara live. Kami berkomunikasi, hanya melalui FB, FanClub page dan Twiiter. Seperti yang dijanjikan kami akan ke SG pada FanMeet tu sama2 naik kete dari JB. Aku, nini dan Siti Hajar. Seriously kami x penah jumpe. Tapi the day before Siti roger aku nak stalk kat Indoor Stadium. Kompom HJ dah datang and training. So nak tunggu dia kat backstage la gamaknyer. Aku yang free melampau ni pun setuju. Kami bertemu di Mc D setia tropika buat kali pertama. Malu2 kucing memperkenalkan diri. yang bestnyer Siti, adik (Nad) and mummy dia sangat sporting. Lupe dah malu. Perbualan hanya Kpop. Aaaaa Daebak seronok giler berbual. Mummy Siti citer pasal SNSD??? Okeh serius aku tewas... 

Perjalanan  penuh dugaan. Sesat gamaknye gara2 GPS bagi maklumat palsu!!!. Okeh bertabah pusing2 keliling Indoor stadium. Dan setelah bumper aku dah nak kejung kami pun sampai. Ditempat kejadian cume ada beberapa fan. Termasuk kami dalam 20 kot. Serius x ramai. Dari luar dengar la HJ practice. Dalam 30 min selepas tu HJ pun keluar. Aku dapat snap gambar yang agak serabai sbb tergamam. Ni la hasil keserabaian tersebut.


Okeh x yah citer pasal pic ni mmg aku tau serabai yang amat. Puncanya adalah sebab aku tergamam. HJ masuk kereta dah lalu depan kami. Dengan kereta slow yang amat dan tingkap terbuka luas. Sekali lagik aku tergamam. Camera kat tangan x berfungsi. Hanya mampu lambai dah tgok dia senym kat kitorang. Aaaaa apa dah jadik ngan aku ni. No picture at all!!!!!! dah depan mata tu. Kereta HJ u turn dan sekali lagik dia slow sebelum meninggalkan kami. After that aku ngan Siti terdiam pastu tgok camera dan Aaaaaaaaa... No picture!!!.  Nad x berapa nak hardcore ni dapat la amik video... Jadikla labuuu...

Kami balik semula ke JB dengan Rama2 dikepala. Kelakar asik terlepas simpang gara2 Siti dok melayan rama2 tu... (hanya insan tertentu jer paham!!) 

TBC... ahahahaha

Teaser : Kim Hyun Joong SG FanMeet 2012

Bulan ni mmg Awesome!!...



Nantikan Entry ku nanti.... Hyun Joong Daebak!!!!