Followers

Sunday, 27 November 2011

Parcel Dari Korea - KL - JB

Hello.. cik Faizah, sile tunggu saya di lobby ya. ada bungkusan untuk awak. Bungkusan?? oh no.. dah sampai. Apa lagik berdezumm la aku menuju ke lobby kilang ni... taraaaaaa!! pos lagu pun sampai. Excited x hengat ni trus mintak receptionist pisau nak bukan. Gelojoh giler. Dan ini lah dia bungkusan dari Korea...

Ni 2011 Breakdown 1st Showcase Photo book. Break down ni title first album single dia.


2012 U:Zoosin Calender. Sangat funky and ader karton U:Zoosin..

Diary U:Zoosin. nampak macam kanak2 rebina kan. tp seyes dalamnye sangan fun n funky. Detail sangat. sume ader. siap ader money management section lagik. 

Postcard ni sangat special. Siap ader kilat2 lagik.. dah macam real picture pun ader. 


Bookmark.

So last week mmg aku meroyan epy giler pasal bungkusan ni.. ader lagik 1 bungkusan lagik tp x confirm lagik dapat x.. harap2 dapat la kan... Lucky Special Edition ^_^

Thursday, 24 November 2011

Visit Korea CF.

Motip la aku nak promot Korea ni la kan. Tapi sebab ader seseorang kat CF ni aku post la kat blog aku ni. Jom Visit Korea. Miahahahaha. Lucky emili!!




Tuesday, 22 November 2011

Katak pisang dah mati..

Sangat sedih. aku cume nak tulis kat sini, katak pisang dan oren dah mati... Xpe la. xder jodoh kot dia ngan aku. ahahahahaha Gelak sambil nangis T_T

Friday, 18 November 2011

Memori di Bandung

Hari ni tetibe mood nak menaip keyboard berada di tahap yang tertinggi  pulak. Motipnyer nak menguji daya ingatan dan keupayaan menulis karangan macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi kali ni mungkin banyak kesilapan tatabahasa yang akan berlaku disebabkan dah terpengaruh dengan perkataan chat yang sangat ringkas. Selamat membace yer.

Tajuk karangan kite kali ni adalah Trip to Bandung (30 Oct - 2 Nov 2010). Trip bandung ni adalah trip pertama aku bersama ibunda dan akak ker luar negara. saja la nak try jejalan ke luar negara. Bandung menjadi pilihan kerana ia lokasi y sesuai tuk SOPING!!.. yelah pegi pun ngan mak dan akak. sure la soping menjadi perkara y seronok. 

Disebabkan aku adalah minah kilang dah dulu operator aku sume from indonesia so banyak la talian hayat aku kat saner. since trip ni bersama ibunda, harusla percutian mak datin kan. xkan aku nak soh mak aku bawak backpack lak. and in additional, my sis pun ala2 mak datin so mmg namenyer percutian mak datin. (Harap2 akak aku x jumpe blog aku ni klu x sure gulai kawah aku). Beg troli menjadi pilihan tp aku x kose la nak berbag troli bagai. pergi pun cume 3 hari jer so beg belakang jer la. muat jer pun. 

Dulu aku mmg rapat ngan budak2 operator indonesia ni. dorang ni x sume y datang sini sbb susah malahan datang sini pun dorang kene bayar n bayarannyer org miskin x mampu pun. dan amat bernasib baik dikenalkan dengan Suci Rahmadani. Baik orangnya seperti namanya y suci tu. Datang malaysia cume nak amik pengalaman, and bila balik sane dia sambung Degree lak tu. so kire educated la jugak orangnya. Mula2 aku roger la suci y berada di Jakarta. Sile cuti yer suci. kakak mau datang ke bandung. hehehehe. Transport dan penyinapan diuruskan oleh suci. kire kami yang mak datin ni tinggal turun flight dan ader kete y tunggu. sangat selesa untuk orang tua.

Sampai je di airport bandung suci dah tunggu dengan avanzanya. siap ader pemandu sekali. Seingat aku kami sewa avanza tu RM150/day. Siap dengan pemandu. mungkin murah sbb suci yang uruskan semuanya. Perjalanan pertama ialah check in Hotel. sangat lupe nama hotel tu ape. x lah mahal sangat. dalam RM90/day. Dok 3 orang 3 malam. Murah sangat... ni permandangan sekitar hotel tu.






Sebab dulu bute IT dan x penah pun terpk nak buat blog makanye gambar sangat muka interframe. harap maaf la yer. Hotel ni aku sangat puas hati dalam serba serbi. 

Malam tu kami pun memulakan aktivity explore bandung for soping di Jalan Dago. Deretan factory outlet mmg sangat mabeles. Seriously said, klu kat melaysia ade macam ni mmg heaven la. antara factory outlet y dilawati adelah Donatello. x tau kenape tp aku mmg sangat suke kedai ni. kedai kasut. cantik2 kasut kat sini dan aku pun sambar la satu. 


  Design kedai mmg terbaik. ala2 mewah macam tu dan jual barang xde la mahal sangat. Kedai kat sini bukan sampai pagi tp sbb dah nak muntah berjalan bagai nak rak so kami pun balik la tido. mak pun dah komplain sakit kaki. sian dia. Tapi y aku mmg x puas hati ialah saiz baju sume kecik. huaaaaa.. aku y terlebey sihat ni kempunan la baju2 yang cantik tu. sangat kempunan. so dapat kasut jer la.

Esoknye distinasi kami adalah Kawah putih. sangat x tau ape tu kawah putih sebenarnyer. Mmg x wat research langsung pasal trip ni. so kami redah jer ikot cakap2 orang. Kawah putih rupenyer kawah gunung berapi yang ade belerang. putih tu sbb ade belerang. perjalanan ke kawah putih mengambil masa dalam 2 jam jugak. campur singgah tepi jalan beli makanan dalam kete. huhuhuhu. Jangan pandang rendah pada makanan tepi jalan sbb makanan tepi jalan la yang sedap. Suci pernah dok malaysia so mmg xder masalah langsung. mungkin dia pun tau ape tekak orang malaysia ni. and y bestnyer semua makanan tepi jalan y kami rase mmg sedap. 




Sekali tgok gambar macam kat tempat sejuk y ala2 salji gitu. macam kat alam fantasi pun ade. ni lah kawah putih... air kat kawah tu berkabus. sejuk + kandungan belerang yang tinggi. disebabkan permandangan opersekitaran yang ala2 alam fantasi ni ade la pasangan pengantin memilih lokasi ini untuk ambik gambar kawin. serious cantik..


ni pulak permandangan dari atas. 


Dalam perjalanan turun pulak kami pun feeling2 la atas bukit tu. Suhu dah permandangan macam cameron highland tp keaslian bukit ni masih terjaga la. masih natural. x macam cameron y dah tokak sane sini tu. Ade jugak petani yang tanam sayur dan strawbery. Operasi memetik strawbery pun dimulakan.


Yang bestnyer buah2 kat sini sume organik. xder bahan2 kimia ni. dan sangat murah... sangat2 murah. Actual price mmg x ingat tapi 3 kali ganda lebih murah. kami pun memetik la buah sepuas puasnye. cuci2 and makan kat situ jugak.

dah puas makan kami pun balik berehat seketika dan lapas magrib kami makan di atas bukit. sangat atas bukit. menu kami adalah nasik purple.



Beras purple ni padi bukit. kenape purple aku lupe nak tanye. tapi mmg sedap. ayam tu ayam madu yang dipanggang. sume tu dipanggang semua sedap kecuali sotong. sebab aku mmg suke makan sotong so tangan pun gatal la memilih sotong. tamak sakan pilih yang besar2 skali hamek kau. sotong tu sotong asin rupenyer. sotong masin.. macam ikan masin tu. lazat x paE!! hahahahaha gelak sakan mase makan bile mengingatkan ketamakkan aku terhadap sotong. permandanga sekitar mmg menarik. Nampak la bandar bandung tu dari atas tu. Perjalanan ke atas mengambil masa dalam 1 jam. bukit sangat curam dan Avanza yang kami naik memang hebat. Avanza kat malaysia pun macam ni ker. sangat lasak. Pengangkutan di bandung ni kebanyakkannya Avanza dan Inovo sahaja. mungkin dorang suka toyota dan kete ni boleh angkut ramai orang.
Menurut suci, mereka kebanyakkannya akan beli kete untuk disewakan. Duit sewa kete akan digunakan untuk bayar kereta tu. dan bila kereta tu dah abis bayar, mereka akan jual dan beli kereta lain untuk kegunaan sendiri which ofcozla monthly lebih murah sebab down payment tinggi. Macam tu la cara mereka nak survive la. klu kite kat malaysia, nak sewakan kete baru beli?? mungkin tidak. sayang giler. nak pinjamkan orang pun pk 8 kali kot. aku la tu. orang lain aku tak tau la.

Keesokkan harinya kami ke pasar baru. Pasar baru ni ala2 pasar payang tu la. Soping kat sini mmg lebih murah dari kat Factory outlet tp kene pandai pilih. ada yang sangat berkualiti tapi ada jugak y x sesuai. bak kate orang barang baik harga pun baik jugak la. perkara yang paling aku benci ialah. baju xder saiz. giler kecik orang kat banding ni. dorang x makan ke hape. hangen jer aku. tp mmg benar la. sebab kebanyakkan org L or XL or XXL ni mesti dr Malaysia atau Singapore. maklumlah negara mewah dengan makanan. maka segala pun terlebey la. termasukla kain nak wat baju kan. so pasrah jer la. so akak aku mmg heaven la soping. grrrrr.

Seharian soping bagai nak rak kat pasar baru ni, kami pun balik ke hotel. Penat mmg bagai nak rak la. skali time nak pek barang.. alamak.. cam x cukup beg jer. so akak aku pun kuarkan la bag magic dia. hahahaha bag ala2 org indon nak balik indon tu. kagum x? hahaha mane la dia dapat beg tu.

Sok pepagi kami pun siap2 untuk balik. Driver kami pun sampai dan kami pun ke airpot dan perasaan sedih pulok. mak sangat emo sedih sbb dia sangat rapat dengan driver kami tu. mak sampai sob sob nangis.. ish2... nasib ler budak tu masih blajar x abis klu x sure dah jd menantu dia. driver kami student medic yer. huhuhuhu. hebatkan. kami bagi jugak la tanda kenangan kat driber kami tu. belikan sedikit hadiah buat kenang kenangan.

jeng jeng jenggggggg. kejadian yang sangat kelakar di airport.. alkisahnyer kalau kite nak balik malaysia atau keluar dari indonesia kite kene bayar tax. halamak seyes lupe jumlah tax tu. bawah 100 la. kami mmg dah asingkan duit untuk tax awal2. Tetibe ader la pasangan suami isteri ni muka sedih nak nangis x bleh blah. kisahnyer dia dah habiskan sume duit cash sbb mmg ingat dah xder nak kene bayar ape2 lagik. so macam mane nak balik klu x bayar tax. Dorang pun datang kat akak aku mengadu nasib. tanye punye tanye dia org kl jer pun. ok la, mak pun bagi la duit utk mereka bayar tax. serious sangat happy muka dorang. berkali2 ucap terima kasih kat mak. yelah tgh susah ader orang tolong. mmg rahmat besar la kan. mase dok menunggu lepas check in tu dorang pun cakap la ni first time gi bandung, dan mmg x tau kene bayar tax. so mase berlegar2 kat dalam airport dorang mmg habiskan sume duit beli keychain la bagai kat kedai airport tu. tetibe kene bayar tax. mmg macam nak nangis laki binik tu... nasib la jumpe orang malaysia jugak. klu x macam mane. bile aku pkkan keadaan tu klu berlaku kat aku. sumpah aku dah nangis. hahahahaha. moral of da story, slalu la ader emergency money kat bag tu...



 

Monday, 14 November 2011

Katak Pisang satu permulaan?

Disebabkan beberape plan yang akan datang makanyer persiapan telah dimulakan dan permulaan yang baik adalah beli katak pisang. Katak pisang adelah gelaran bagi beg travel ku ini. sangat katak pisang. Thanks to Hakak Yantie. Seyes suka pilihan anda ^_^



Sebelum ni klu gi mane2 cume bawak beg trolley jer. Tapi rasanya pasni mungkin akan berubah. lebih mudah rasanya. Tapi benarkah segalanya akan bermula disini?

Tiket balik confirm sudah!!

Dok kejar tiket murah nak gi phuket punyer pasal, amik 1 way jer dulu. murah giler. RM 30 jer termasuk tax. x ker murah tu. tp one way yer. saya ulangi one way. bile open jer balik nyer tic. ok time tu line giler bz. xleh masuk air asia. waiting room. ape kate org, minum kopi di waiting room. ok pastu pc hang lak. ok sabar. last2nyer malas la nak pk.. aku beli jer la tic balik bebile nanti. dalam hati pasrah dan redha jer la berape pun. 

As usual date promote mmg time aku x gaji lagik. sabo jer la. Tamat sudah time promote aku check la harga tic balik. hape!! RM200!! cis. malas la nak beli dulu. nanti2 la. nak beli tuk 3 org lak tu. and y leceh nyer nak kene gune duit plastik. 

Arini member 1 opes kate AA ader wat pomot. so ringan la tangan aku check tic price. huh 490.00batt. mahalnyer. eh jap. kompius. gi kat online currency converter. Erkk RM49. plus tax2 bagai RM129. 



Dalam hati mesti geng aku hangen jer sbb dia dah beli y RM200 tu. huk3. aku x bersalah. Aku pun ngan senyumnyer book and dah confirm dah. Alhamdulillah. Lega ok ^_^. Baru beli tic utk aku jer. y langik 2 tu kene tunggu maklumla aku bulan ni bulan utk Oppa Hyun joong ku. Eko no money dah...

Friday, 11 November 2011

Memori USS Singapore..

Saje2 nak design pic head blog ni la kan. so carik la gambar2 dolu2 merayau bersama kengkawan gohonjeng.. tetibe... USS singapore!!~~ rindu teramat mase tu... Sebenarnye ni le first time jejalan bersama mereka... siapa mereka?? carik le sendiri... hik3. banyak sangat kenangan ketawa terbahak2. maklumla mereka sgt gohonjeng... tau x gohonjeng tu ape?? carik le sendiri...

Disebabkan kami sume sengal ubi keledek x tau nak gi camner.. langkah paling mudah adelah beli tic bas direct dr JB to USS. Bukan xnak explore tp tic masuk USS tu mahal gamaknyer so mase adalah sgt penting disini.. nak dok dalam USS sampai nak muntah gamaknyer..

So pepagi kene standby kat tune hotel danga bay... 7.00 pg bas nak gerak.. makanyer pas subuh sume pun lincah biawak bersiap siap gerak... Pg tuh.. lapar hokey... sampai jer carik minum + makan. roti jer la... dalam bas ape lagik tdo la.. Sedar2 dah sampi kastam. ok cuti umum sure la x ramai sangat org ke singapore.. awal pg plak tu. mesti dorang tgh dap2 ngorok... 

Sampai USS dalam kul 7 camtu... USS bukak kul 10... 1 jam lagik ni... so kami pun melakukan aksi2 ni..


Ni y terbaik la... y len x berape la.. suam2 kuku... Ok penat lompat... pusing2 lak kat kedai coklat..



Dok syok2 amik pic tetibe tokey kedai cekelat ni kuar. cakap xleh amik pic.. huh!! xleh amik pic.. rupenyer dia kate hiasan coklat dia ni selalu patah sbb org amik pic.. halahai.. aku bukan bergayut pun kat cekelat dia ni... tp xpe la. senyum n kami pun blah... 
Ok USS dah bukak.. jom beratur... mula2 masuk kite kene amik pete dah schedule program...



Kt USS ni ader banyak program y dorang buat. so klu mis rugi la kirenyer.. tp lapar!! jom carik kedai makan... kat cni ader kedai makan x halal yer. so siler refer peta. ader indicate kedai mane y halal.









Sile jgn convert ye harga makanan kat cni.. klu korang convert sure ralat giler nak kuar duit... so anggap jer la korang org singapore and gaji dalam dollar.. ahaks!! pitam.
dah kenyang kami pun... start meraound.. mula2 layan binatang ni.. comel giler.. 



Dorang buat macam musical. ok best.. pastu amik gambar.. 



Donkey show.. Ala2 dok dalam theater gitu

Jurasic park ni wet area. so simpan camera yer. naik bot. okey agak tercabut nyawa jugak sbb ader tetibe ader macam water fall




Peta laluan jurasic park


Ni live show. perang ngan lanun... ni pun wet area. so sape2 x bawak baju spare tu jgn le menggatal dok depan. dorang tembak gune air.. kitong pakai rain coat. so bleh dok depan.. hahahahaha.


Dance show. mmg hebat.


Ni gambar y aku paling suke... ader adegan lawak disini... hahahaha masihkah korang ingat??


ok malam dah. beli FM. y len mahal nak pitam so xyah beli. 


Lepas kuar dari USS kite pun merayau carik Hark Rock ni... 




On da way balik singgah plak Victoria Secret.. ape lagik. soping perfume ler... nyesal nanti klu x beli... x la mahal sangat. bleh layan lagik.




Mase tuk balik. sume macam tapai basi dah sbb kaki macam nak patah... beg merah tu propa jer yer. dorang bg free gift. amik la. bukan kene bayar pun. ^_^

Saturday, 5 November 2011

Travel Vs Study

Hati melonjak2 nak travel tp study camner?? Dah setengah sem dah ni... nanti tetibe... jeng jeng jeng... final exam!!... pitam.... Date next travel mmg cantek sungguh... right after my final exam... sambut merdeka katenyer... merdeka sbb dah tamat sudah study ku... kikikiki... 

Sekarang dok kemaruk bace blog org... kumpul ilmu didada katenyer sebelum kite redah. Seyes, it will be my first backpack travel with my friend and i will go to KOREA... sangat awesome and sangat keje giler time wat decision nak beli tic...  Dapat lak geng kaki bertahi lalat di tapak kaki... ok set pae... beli... i like!!. 
sbb keje giler tu aku pun check2 kewangan... Alamak.. harus mengerah keringat ni.. okey, inspirasi dah ader. mari kite membanting tulang. 3 month to go...