Followers

Saturday, 8 September 2012

Aku mangsa Gangnam Style

Waloooooo... jap aku lap2 ckit blog aku yang dah berabuk ni....

Alkisahnyer aku sangat sibuk lately sampai x sempat nak bukak blog lagik la nak menaip. Raya sibuk ngan kek, pastu banyak lak isu kat kilang tambah lagik adik masuk spital. Hurmm hanya perlu bertabah. Alhamdulillah skang dah ok sikit, keje jer la y sibuk dan mula membiasakan diri dengan kesibukkan yang tibe2 ni. Saya yakin saya bolehhh. tetibe bersemangat plak. 

Okeh motipla aku nak menaip pasal gangnam style ni... Style ker??? 123juta viewer. kagum. Biasanya Kpop MV macam Super Junior pun cume 6 ke 7 juta viewer jer. 123 juta viewer mmg diluar jangkaan. Tp secara jujur aku x suke pun MV Psy ni. Aku rase x style pun. Rela la aku tgok MV Hyun Joong ke Infinite ker.. Aku tgok MV Gangnam Style ni cume sekali jer. tu pun sbb nak tgok ape kebendanyer yang best sangat ni.

Aku rase lagu ni ramai yang suke sbb lyric dia unic dan sume orang suke nak sebut perkataan OPPA GANGNAM SYLE tu. macam la lagu Kethup song yang ase lehe lehe dulu tu... So ramai la yang bukan Kpop lover pun tgok MV Psy ni. Since aku mmg x layan lagu ni and x minat pun MV ni tetibe di satu pagi yang bz selepas aku kene marah ngan bos dan sibuk ngadap pc nak setlekan banyak masalah tetibe aku dapat sms macam ni.


orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda... pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad sebar kn..
#aku tak peduli bende nih sahih ke tak , yang aku tahu , aku sayangkan agama aku ISLAM !! Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih , aku tak kesah , cuma aku taknak dipersoal kat akhirat nanti . Daripada layan benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan ? Marah >:O? Alhamdulillah. Tolong delete aku kay.
 
Ape salah aku nak kene dpt sms ni. Ayat y aku bold kan tu seolah2 aku lak yang bersalah. Klu setakat share kat FB xder la aku marah sangat. Ni SMS dan whatsup. Tak ke rase macam nak baling jer hp time tu. Nasib Hp aku mahal. Sayang nak baling. tetibe riak jap. 

Okeh tu perasaan aku bile dapat sms y mmg buat darah aku naik kejap. Bile aku check FB rupenyer sume orang dok sibuk share benda nih. Bagusla klu nak share benda2 keagamaan ni cume pada aku klu kite nak berkata mengenai agama sile la gunakan ayat yang menunjukkan agama kite tu suci. ayat yang digunakan jgn la mendatangkan perasaan benci. Ape y aku pk bile bace benda ni, si penulis ni sape. Mesti bukan ilmuan yang memberi kenyataan seperti orang x sekolah. Aku rase aku lebih tersentuh klu x bace ayat yang aku boldkan tu.

Zaman sekarang ni klu nak tau makna lyric hanye perlu google jer. Nak tau translation Lagu ni pi la click sini. Pas bace makne lyric ni korang fikir la sendiri. Time merdeka day lak aku dpt message, Selamat Hari Merdeka. Apa la gunanyer merdeka jika jiwa dijajah korea. Bodoh x??

Even aku mmg peminat Kpop tp kite ada akal fikiran. Pilih la nak sekadar untuk mengisik masa lapang for fun atau nak menjadi hamba pada apa yang kite minat. Tepuk dada tanye iman. Tepuk wallet tengok la wallet tu tebal ke nipis. Hidup bukan la ape yang kite tentukan tp kite diberi pilihan untuk mencorak hidup kite.
 
Aku rase kengkawan aku bile denga Korea mesti teringan muka haku kan. Boleh la aku apply jd duta korea kat Malaysia ni. huahahahahaha... K bye. Nak sambung wat monthly report. Senin nak kene submit. T__T


Sunday, 26 August 2012

Selamat Hari Raya - Alhamdulillah

First of all mesti la nak ucap selamat hari raya kat sume2 yang singgah hinggap kat blog aku yang x seberape nih...

Amacam raya. ada seronok keh?? bagi aku raya tiap taun biasa2 jek. xderla happening sangat. cuti pun x lama gara2 Annual Leave x berape nak ada. Lagipun raya xder activity y menarik sesangat pun. Maklumla bukan ada anak nak dilayan and bukan ada umah mak mentua nak kene lawat. So raya ke 5 aku dah raya kat pagar laut dah.

Aku jugak bersyukur kerana ramadan kali ni bawa rezeki yang x disangka. Alhamdulillah. Rezeki yg lebih berbanding tahun2 lepas. Syukur x terhingga. Kepercayaan pelanggan kek mmg aku dulukan dengan terima kasih.

Ni separuh daripada order kek yang dah siap. Separuh lagik x sempat nak snap dah anto kat customer.

Dengan rezeki yang x diduga ni maka harusla hadiahkan diri sendiri setelah seminggu tdo cume 3 jam dan bersauna sepanjang dok kat umah. maklumla kek2 ni sume dikukus. tu yang rumah dah jadi sauna. Apekah hadiah untuk diri sendiri tu?? lalala tentula pujaan hatiku. Idaman hati yang dah lame aku pospone. Maka Samsung Corby bertukar menjadi Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah.. senyum lebar dihari raya gitewww.

Balik raya mmg pengsan penat. Mujur raya hari Ahad, adik aku lak nak cat umah. beriaya nak cat tapi gayat. Hampeh. Sape lagik klu bukan aku la yang kene cat yang tinggi2 tu. Malam raya cat umah. pastu kemas umah. Harusla pengsan. Aku pun x sedar bangun2 tgok suma masakan dah masak. Entah bile dorang masak aku pun x sure. Ni keje mak, akak, kak ipar ngan abang aku la. Pagi raya lak aku bersilat kat dapur sbb orang marhaban akan datang lepas sembahyang raya. tetibe tgok2 akak aku dah ironkan baju raya... Huyooo baik giler.. tacing haku.. kikikikiki...

As usual bermaaf2an tu wajib la... time ni ramai lak yang nanges. banyak dose letuwww... huhuhu sepupu2 time ni dapat la duit raya. Since taun ni sume adik beradik aku dah koje.. sedap gak la dorang dapat. Untungla... time aku dulu duit raya ciput jer.. huhuhu joking. 

Raya pertama dah dapat call dari pagar laut. Paip pecah. Maka tentulah x tenang hati aku dah. Dok terpk nak menjawab naik raya nanti. Mujur ada rakan sekerja non muslim membantu. Haishhh.. klu nak wat onar boleh x jangan time raya!! tiaptaun camtu. gegeh!!!

Raya pertama ngan raya ke2 umah kene serang. Maklumla mak anak sulung. Since raya ke2 abang aku masak beriani kambing.. maka aku pun naik lunyai kemas umah. Angkat pinggan. Akak aku lak amik contract basuh pinggan. Kecut2 tangan dia. Syukur la ada orang datang. Klu x sunyi sepi la umah aku. Nape sunyi sepi??? sbb keluarga aku kecik jer..

Ni jer la family aku. Ada sorang lagik y kecik kene keje raya ke2. hahahaha tahun pertama keje trus x dapat cuti raya.. RASAKANnnnn!!! 5 beradik. sorang kakak ipar dan 3 orang anak sedara. Yang tengah2 tu ibunda tercinta. Time ni mak aku tacing sbb x amik pic mase raya pertama. klu x sume ader.. sorry la. lupe.

Raya ke 3 aku malarikan diri soping kat Jusco melaka. Sendirian. Ni la baru nak soping sikit seluar ngan baju keje.. Bak kate adik aku SEMATE!!! time raya gak nak soping!!. raya ada sale. harus la soping time sale. huhuhuhu.

Raya ke 4 aku dah nak balik JB dah. Adik ngan abang aku dah balik dulu. Begitulah raya aku yang sangat la biasa2. Orang dok kate raya best. Tp pada aku raya adalah biasa2 jer... ni pun mujur abang aku dapat cuti. dia balik raya 2 taun sekali jek. so taun depan sure lagik x besh!!.

Raya ke5 ngan ke6 aku dah ada kat kilang dah. Naik lunyai gak kehulu kehilir ngan isu2 yang menguji ketabahan dan pengetahuan aku. Bak kate sorang Engineer. Faizah, xpe you x tau sekarang. Kena marah tu tahan jer. Belajar dari kesilapan ni. Nanti lame2 you dah pandai sure you boleh handle sume.. So, Baiklah!!!! bertabah la time learning curve nih... 

Okeh masih mode raya kan... Selamat hari raya sume.. moge gembire2 selalu... Agak2 klu tahun depan aku plan trip time cuti raya mesti bestkan. huahahahaha... nanges mak haku ^_____^.
 

Sunday, 29 July 2012

Redang - aku main redah

Setelah keciwe dengan pembatalan trip ke Phuket, aku dapat invitation lak ke Redang. Kali ni ala2 berani mati sbb sorang pun aku x kenal (kenal di alam maya jek). Dan mereka ramai.. aku sorang!! Okeh lantak pi la ape nak jadik pun. Semuanyer telah diatur sebulan awal. pembayaran sume telah dilakukan secara spontan tanpa pk panjang (kemaruk nak ke pulau gamaknye). Bile dah dekat waktu nak pegi aku giler nebes ala2 nak kene pinang lak.. 

Disebabkan xder Flight JB-KT maka aku naik bas la jawabnyer. Perjalanan pegi belah malam xder la terasa sangat. Tambahan aku makan ubat selsema terus aku x sedar tetibe dah sampai KT. Sesampai jer kat Terminal KT, aku disapa oleh mereka2 yang nak sediakan sewa kereta. Since semua telah diaturkan maka aku senyum jer la tanda aku dah ada transport. Tempat pertama yang harus dituju ialah Toilet.. On the way aku nak ke toilet aku nampak salah seorang dari mereka.. (cube teka sape dia!!..) okeh aku makin nebes and trus ke toilet. Nak cover taik mate nih... Lepas dah ala2 cun cuci muka bagai aku pun gi la kat dorang yang sedang lepakking ala2 ngantuk tu. Sape yang aku dapat cam pada masa tu cume Na, Cawan, Janggel, John and Lily. 

Disebabkan kami masih awal dan nak naik ke Jetty awal lagik kami pun meround la area2 KT nih...

KT dah semakin cantek. Banyak jugak la penbangunan untuk menarik perhatian pelancung dilakukan. Bagus2 cume aku rase ada baiknyer kalau kebersihan kawasan ni turut dijaga.

Ni salah sorang pelancung sedang asik menikmati keindahan lorong penyu... kkikikikiki

Setalah boring meround kat kawasan ni kami pun bergerak ke Jety Merang. Perjalanan dari KT ke Jety Merang mengambil masa 45 min. Driver van kami ala2 mesra gitu. Sume benda dia explain. Perkhidmatan yang amat memuaskan. 

Perjalanan dari Jety Merang ke Redang plak mengambil masa dalam 1 jam. Ini adalah kali pertama aku ke Pulau Redang. Naik speed boat rupenyer bleh membantu memampatkan peyut kite. Mujur la aku ni xde pening2. Alhamdulillah.

Welcome to Redang Kalong... Sesampai jer kami diberi kunci bilik untuk berehat. Kul 2 ada activity snorkeling nih. Harus mengumpul segala tenaga tuk kejar penyu (harapan).. Okeh aku x der pic snorkeling. So sile la skodeng blog orang len klu nak tgok gambar nemo ke, penyu ker, shark ker, ikan belut ker, dan sewaktu dengannye. 

Ni plak gambar permandangan kat kawasan Kalong.





Dah penat snorkeling petang tu kami skodeng pantai Laguna... Oh mai pasir dia halus giler... pemandangan mmg santek. Satu ari aku nak lepak laguna plak (bile dah kaya la)





 Pic ni santek dan kelakar.. cube korang tengok mate dorang... 3 arah y berbeza. Sebab ada 3 camera ngah snap. adil sungguh :p



Banyak plak pic kat laguna nih. Belah malam aktivity adalah makan dan karaoke. Makanan kat resort ni mmg best. Makan saja keje aku. Aku bagi 3 bintang.. Tapi kenapa aku xder pic makanan!!!!! haaishhhh -_-' as usual klu nak pic makanan pi la skodeng blog mereka2 :p

Esok nye kami ke satu lagik tempat snorkeling yang best. Aku lupe nama tempat tu. Pada aku tu tempat snorkeling yang paling best sbb aku dapat mendarat ke pantai dan berjaya caling2 mereka turut tersadai di pantai kecik tu. Tapi y x bestnyer kat kawasan tu ada obor2. hurmmm notty la obor tu.

Belah petang lak kami ke Taman laut. Kat sini yang mabelesnyer dapat berenang dalam segerombolan ikan. wah. Aku rase dah macam dialam fantasi pun hade. Main kejar2 ngan ikan. best giler. Patutla kawan aku si Yantie tu dok gigih amik lesen dive. best rupenyer jd duyung nih... Okeh taun depan aku join kelab duyung lak...




Ni la mereka2.. bukan main lagik melompat ha... 

Malam terakhir adalah sesi bertukar hadiah. Aku sebenarnyer xde bawak hadiah. sbb aku x tau pun ada upacara tukar hadiah ni. Tp Lily dah sponser hadiah tul aku. ni la hadiah2 yang ada tu.

 Hadiah sangat la tema traveler gitu. best giler. Saya dapat hadiah kasut dari Holland. Maceh...

Next dapat lak hadiah FM dari kak Coco. Marina Bay Sand. Nice!! Maceh.. cantek. Walaupun Marina Bay Sand dekat jer ngan JB ni tp aku first time dapat FM MBS. Sangat suke... Aku dah tepek FM ni kat cubicle koje aku... Ramai lak yang tegur pasal FM MBS nih.. teringat kat Kak Coco ^____^.

Pagi esoknye aku kene balik dulu sebab tic bas aku kul 1. Dorang sume balik naik flight petang. Maka solo set la aku naik speed boat ke Jety Merang. Sementara dok tunggu Kawan aku datang amik sempat la plak aku soping sikit2 FM tuk kengkawan. Tema harusla penyu.

First destinasi bila dah jumpe kawan aku ni mestila makan kopok lekor ngan ikan tepung. Dalam kepanasan tu pekena plak ABC.. yummeh!! Kemudian kami singgah kedai kawan aku nih. Korang2 yang dok kat KT sile la datang kedai ni. Ni kedai kawan aku jual baju kanak2.

Ida n Mizi, aku dah pomot kedai ko nih. dah kaya nanti jgn lupe blanje aku kopok lekor lesung..

Kemudian kami ke kedai kopok lekor tuk dibawa balik ke JB. Oh mai ramainye orang. so kene la beratur. Aku beli 3 pek jer. Since Mizi ngan Ida nak kene jemput anak dia balik sekolah dorang pun hantar la aku ke terminal bas. Masa tu dah kul 12 pun. 

Unik x bas ni... aku rase kagum betul...

Finally aku naik bas kul 1 and sampai JB kul 11 malam. Patah bengkok pinggang aku naik bas... Tp alhamdulillah sampai dengan selamat. Thanks kengkawan sume. Best dapat kenal korang. Maceh atas segalanyer... ^_______________^.



Saturday, 23 June 2012

Kpop Activity - Haruskah?

Bulan2 mendatang ni banyak plak activity Kpop yang menyeru. Klu lepas2 raya tu macam sesuai la kot tapi yang x sesuainyer ticket dah nak start jual. hurmmm haruskah?






Jeng jeng jeng... aku nak sume!!~~ mode tamak halobe.. :P

Coklat mocha cake - cake krim pertamaku.. ^_^

Semalam dok gigih nak buat RnD cake. Dalam kepala macam2 nak dibuatnyer. Tapi aku mmg target nak buat red velvet ngan Opera cake. Yang sengalnyer aku x ler check resepi. dok pk sume barang ada kat umah tu. End up ada beberape bahan xder. Nak kuar mencari barang punyer la malas. Akhirnyer aku buar Coklat mocha cake. Betulker name dia camtu? ni name aku yang bagi. Sebenarnyer nak try buat coklat layer yang ada krim2 ni. since aku bukanla penggemar krim2 ni, memacam la aku tambah supaya krim x muak. Finally aku berjaya reka satu krim yang sodap. Mocha buttercream aku add ngan coklat. Mmg sedap. aku asik dok calit tangan kat krim jer. Ni lah rupe kek Mocha aku.


Gambar amik pki hp jer. Kamera kene pinjam ngan akak T_T. Rindu dah ni. Bile la nak dapat kamera balik..

Malam tadi jumpe henecia, so kitorang makan la kek ni sesama. Pada aku RnD aku kali ni berjaya. balik kg nanti aku nak buat tuk anak sedara aku.

Mission berjaya!!!

Wednesday, 20 June 2012

Ulat dan Belalang bercinta. korang kejam!!

Sebelum kite cite pasal si ulat yang notty ni aku nak kene tebas sawang dulu. lame bebenar rasenyer x menaip kat blog ni. Skang keje dah start bz and sibuk dengan cake. Lagipun dah lame x berjalan. BTW arini sepatutnyer aku terbang ke Phuket tp terpaksa burn tic sbb cuti x cukup. Xpela.. sok2 kite gi. Bile nak berjalan lagik?? Jeng3... mode kopok lekor lalalalalala...

Wokeh meh citer pasal ulat yang sangat noty ni... Yang wat aku sakit jiwe. Alkisahnyer kat laman umah aku yang sekangkang kere ni ada la beberapa tanaman. Pokok serai, pokok limau dan pokok daun kari. Ni sume mak aku yang taman mase dia datang dok ngan aku dulu. Pokok limau la yang paling subur. buah limaunyer besar tpppppp nape lame dah dia x berbuah? Aku lame dah x baje ker?

Jeng jeng jengggg aku balik keje tadi ni la pokok limau aku..

Cube korang kire berape helai jer daun yang tinggal. Hadeh, ni kalau mak aku nampak ni mesti aku kene bebel 2 hari 2 malam. meh kite zoom in sikit tgok sape nyer keje ni...


Ape yang korang nampak? rerase ada berape makhluk kat gambar ni. Gambar x clear sbb gune hp cap ayam. Bukan kah mereka nampak happy seperti sedang bercinta kat dahan pokok limau aku ni. Mungkin dorang sedang nyanyi lagu kanda dinda ketika ini... Siap la kau!!!!

Okeh disebabkan aku mmg x suke nak gune racun perosak chemical ni sume2 maka cara yang paling mudah ialah blenda bawang puteh + cili padi. Pastu tapis dan spraykan kat pokok. Ni mak aku yang ajar. mula2 dulu dia kate bawang puteh jer. Skang dah tambah cili padi kat resepi ni. kikikiki bagi pedas x leh blah. Pasni kalau ulat ni nak makan daun limau aku lagik kompom dia nak kene carik air sbb kepedasan. hahahaha. Bijak tul mak aku ni.

Kite tgok hasilnyer dalan 2 minggu lagik. Adakah tunas baru pokok limau aku diganggu lagik oleh ulat dan belalang yang notty ni...

Friday, 8 June 2012

I am - Layan wayang kat Singapore

Amaran awal : ni adalah entry Mini travel +  Kpop ^___^. Dan tiada langsung gambar kerana camera aku x bawak. 

Okeh alkisahnye hari Isnin lepas adalah cuti carry over bagi warga pagar laut. Maka aku telah diseru oleh geng Kpop Jb tuk tgok wanyang kat singapore. Riak x?? tgok wayang sampai masuk SG. Ok ni la iklan yang menguji minda seketika. X paham? jap lagik aku sambung cite pasal i am ni.




Ni adalah misi pertama ke Singapore naik bus lalu larkin. Selalunye aku gi SG lalu CS (selalu ker aku gi SG? :p) rupenye klu naik bas dari larkin, kurang le sikit perjalanan yang memerlukan menapak2 ni but still kene menapak la jugak. Since aku ala2 first time, aku follow jer la. Follow and learn gamaknye. Sok2 aku lepak kat SG paham2 jer la. Setelah berjaya naik bas kami continue naik MRT ke dhoby ghaut. Perjalanan MRT dari Kranji nak dekat jugak 30 min. Kami actually target tic kul 4.30pm. Harusla sempat sebab kul 2 kami dah bergerak dari JB. Sesampai jer kat dhoby ghaut, kami menggunakan ilmu pasrah sbb sume orang x tau arah tuju, and finally masuk kat satu mall ni. Pastu dok sesat carik panggung wayang. Last2 kami naik tinggkat atas sekali, kompomla wayang kat atas sekali kan. huh amik ko, 1 level atas tu wayang saja. Meluru ke kaunter tic nak beli tic, namunnnnn jawapan abang penjual tic, tic tinggal 1 jer la dik. -_-' ok next show la bang. Kul 7.30. Mula la edisi melepak dan menjelajah from kedai to kedai. Nasib ada satu kedai yang agak menarik... hahahaha rahsia!!.

Okeh 7.30 dah. jom masuk wayang. I am ada movie ala2 documentary kot pasal artis2 koya under SM Town. SM town tu hape?? ala2 syarikat naungan dorang la. So dorang ni ada wat concert kat Madison Square Garden. Hape lak madison ni. ha bace cni. aku copy dari wiki.

Madison Square Garden (MSG), known colloquially as the Garden and The World's Most Famous Arena, is a multi-purpose indoor arenain the New York City borough of Manhattan and located at 8th Avenue, between 31st and 33rd Streets, situated on top of Pennsylvania Station. Opened on February 11, 1968, it is the longest active major sporting facility in the New York metropolitan area, and is the fourth incarnation of the arena in the city. One Penn Plaza stands at its side. Several other operating entities related to the venue share its name. Madison Square Garden is the third busiest music arena in the world in terms of ticket sales, behind Manchester Arena, Manchester and The O2 Arena, London, both in the United Kingdom.

Ok kire pentas donia la. sangat2 penuh bermakna la bagi SM Town. So I am ni ada la cite disebalik tabir kelahiran artis2 macam Super Junior, SNSD, TVXQ, Shinee, Fx, BoA dll. So dorang ada tunjuk la muka2 mase bebudak ni mula2 masa training life. Dorang ni dah start training sejak umur 12 Taun. balik sekolah gi training menari dan vokal. So sejak kanak2 rebina la dorang dok training. Kebanyakkan mereka akan training selama 5 ke 6 tahun. Dan training life dorang sangat la gigih. Ada tu menari satu malam sebab nak dapat step. Dorang menari sampai menangis sbb asik wat mistake. padahal trainer x marah pun. Rase serba salah sendiri. Okeh aku sebenarnyer amat kagum. So mmg mereka layak untuk berada pada tahap skang ni. 

Ok berbalik pada cite dalam wayang. aku xleh tahan tul tgok mereka2 ni. weh wayang pun, bukan concert pun. tapi aku macam tgok concert. Kuar jer sesape yang dorang suka, menjerit. lagik2 tang super junior ni. yang best tu tgh aku dok layan tetibe ade lak sorang minah ni jerit x ingat dunia. aku ngan member aku bantai gelak. Adeh, baru tgok wayang dah macam ni, klu mamat ni tetibe ada depan mate mau pengsan budak ni. 

In over all, x sia2 jugak la aku gi tgok i am ni. But seriusly only for Kpop lover. Klu orang biasa2 tgok mesti xder perasaan. hahahaha. Satu jer yang aku amik pengajaran. Bukan senang dorang nak berjaya. they work really hard. Work hard tu mmg menghasilkan sesuatu yang mmg Awesome. As in our life pun camtu la. Klu nak berjaya kene la kerja gigih2 sikit. 

Okeh, tamat sudah cite I am. as i said before no picture la. Aku x bawak camera sbb nk gi tgok wayang jer pun. Bile pk2 balik rugi ler plak. haissshhh...